Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: 2 pertubuhan hak asasi kecam hukuman ke atas Rafizi

Posted: 16 Nov 2016 09:04 PM PST

Amnesty International berkata, Rafizi sekadar bertindak atas kepentingan awam sebagai seorang wakil rakyat apabila dia membuat pendedahan itu.
rafiziDua pertubuhan hak asasi manusia mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Rafizi Ramli kerana mendedahkan sebahagian laporan ketua audit negara mengenai 1MDB, lapor The Diplomat.
Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas setiausaha agung PKR itu kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, apabila dia mendedahkan petikan laporan audit mengenai penyalahgunaan dana daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam skandal 1MDB.
Amnesty International berkata, Rafizi sekadar bertindak atas kepentingan awam sebagai seorang wakil rakyat apabila dia membuat pendedahan itu.
"Dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi, pihak berkuasa Malaysia sekali lagi menggunakan alasan keselamatan negara bagi menghalang orang ramai daripada mempersoalkan dana 1MDB dan menerima maklumat sedemikian," kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi rantau Asia Tenggara dan Pasifik, Josef Benedict kepada majalah hal ehwal semasa berpangkalan di Tokyo itu.
Sementara itu, Phil Robertson yang merupakan Timbalan Pengarah Asia untuk Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata, hakikat Datuk Seri Najib Razak didakwa terbabit dalam rasuah menjadikan hak rakyat untuk mengetahuinya lebih penting, tanpa perlu takut terhadap dakwaan bermotifkan politik untuk sesiapa membincangkannya.
"Sabitan ahli Parlimen pembangkang, Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi tidak pernah berlaku sebelum ini, penyalahgunaan hak menggunakan akta ini hanya mempunyai satu tujuan, untuk menakut-nakutkan pemberi maklumat supaya mendiamkan diri berhubung skandal rasuah 1MDB," kata Robertson.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie Apdal tahu apa dicakapnya?

Posted: 16 Nov 2016 08:46 PM PST

Oleh Subky Latif
MEMANG mengharukan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal setelah keluar daripada siasatan polis atas ucapannya di Parlimen tentang 1MDB.
   
Dia dan dua lagi bekas menteri disiasat atas topik yang sama di Parlimen setelah Speaker Parlimen membangkitkan betapa mereka dikatakan, sebagai bekas anggota kabinet, melanggar sumpah kerahsiaan boleh disiasat di bawah  akta hasutan dan OSA.

Selepas isyarat dari Speaker itu, maka polispun jalankanlah kerjanya.
   
Shafie adalah lulusan undang-undang di England dan pemimpin Umno yang sangat tegar Umnonya mungkin mengatasi tegar lain-lain pemimpin. Semasa bertanding buat kali pertama jawatan Naib Presiden Umno, semua calon diberi peluang muncul di kaca TV.
   
Secara lantang Shafie berpendapat Umno yang berkuasa tidak menggunakan kuasa yang cukup daripada peruntukan dan kemudahan yang ada pada kerajaan bagi menjamin kepentingan Umno.
  
Daripada kesempatan berkuasa itu kesempatan menggunakan kuasa itu, padanya tidak diambil sebaik-baiknya.
   
Saya kira, tidak wajar bagi menteri dan pemimpin Umno guna kuasa seluas-luasnya untuk kepentingan Umno, kerana menggunakan kuasa sewenang-wenangnya boleh melanggar kuasa yang diberi.
   
Apakah yang disuaranya itu wajar atau sebaliknya, saya tidak berhajat untuk mengulasnya, tetapi saya hendak menggambar sikap kasihnya pada Umno adalah melangit. Cinta Umno yang tinggi seperti itu patut tidak disayangi Umno.
   
Saya percaya Shafie memang tahu apa yang dia boleh cakap dan yang tidak boleh cakap. Dia mungkin tidak silap membaca pantang larang Parlimen. Sekalipun Parlimen ada kekebalan bagi anggotanya boleh bercakap apa yang tidak boleh dicakapkan di tempat lain, tentulah juga faham budaya tidak boleh bercakap sebarangan.
   
Tidaklah sunyi bagi bekas menteri boleh melanggar sumpah, kerana kelemahan manusia tidak sunyi daripada silap dan salah, tetapi tidak secara sewenang-wenang mereka melanggar peraturan. Kalaulah betul mereka melanggar sumpah, apakah kesemuanya sepakat mahu melanggar sumpah?
     Read More / Baca Lagi >>

Saman AES RM150: Menteri buta atau media silap?

Posted: 16 Nov 2016 08:43 PM PST


Oleh Zulhazmi Sharif
Media melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liong Tiong Lai menyatakan bahawa jemaah menteri bersetuju untuk menetapkan kadar denda bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan di bawah sistem penguatkuasaan automatik (AES) ialah RM150 berbanding RM300 sebelum ini.
Beliau turut menyatakan saman-saman AES tidak akan dimansuhkan, malah akan menyenarai hitam penerima saman yang tidak menjelaskan saman daripada memperbaharui lesen memandu. Laporan ini amat memeranjatkan. Adakah menteri pengangkutan buta undang-undang bawah seliaan kementeriannya sendiri atau media tersilap lapor?
Jika media melaporkan dengan benar, saya ingin mengambil sedikit masa menteri untuk memberikan taklimat khas undang-undang kepada beliau kerana nampaknya penasihat undang-undang kementerian beliau gagal memberikan nasihat yang jelas.
Untuk makluman menteri dan seluruh warga Malaysia, bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang dikuatkuasakan melalui AES, peruntukan yang digunakan untuk pertuduhan ialah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu gagal mematuhi tanda isyarat lalu lintas.
Hukuman bagi kesalahan ini, jika sabit kesalahan, ialah denda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2000.
Seksyen 79(2) ini dipinda melalui Akta A1440 pada tahun 2012 untuk memasukkan hukuman denda tidak kurang RM300 adalah semata-mata memenuhi kehendak Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang dipersetujui antara kerajaan dengan pengendali AES iaitu Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd, ketika itu.
Tujuan ditetapkan minimum RM300 kerana melalui model kewangan tersebut, bagi setiap RM300 denda, syarikat Beta Tegap dan Ates Sdn Bhd akan mendapat RM16.
Sebelum tahun 2012, kesalahan bawah Seksyen 79(2) ini tiada denda minimum, jadi ini menyukarkan kerajaan membahagikan kutipan denda saman AES kepada syarikat pengendali. Justeru pindaan dibuat menetapkan denda minimum RM300 tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Dr Mahathir amal politik kebencian - Annuar Musa

Posted: 16 Nov 2016 08:40 PM PST

Annuar Musa BATU PAHAT - Pendekatan politik dibawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhir-akhir ini bersifatkan politik 'kebencian', kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata ini kerana Dr Mahathir kerap menggunakan perkataan kurang elok dan mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, katanya dakwaan bekas perdana menteri bahawa kerajaan sudah tidak lagi berkemampuan membayar hutang negara adalah tidak benar berikutan kemampuan negara dalam membayar hutang diberikan rating 'A+' oleh Standard and Poor (S&P) yang diiktiraf oleh dunia.
"Ini bermakna negara kita diurus dengan baik," katanya kepada pemberita selepas program 'Ngeteh' dan Bicara isu Semasa Bajet Rakyat di sini, malam tadi.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Katanya selain menggunakan pendekatan politik kebencian, Dr Mahathir juga didapati mempunyai sikap yang tidak konsisten dalam prinsipnya berhubung budaya demontrasi seperti dilakukan kumpulan perhimpunan haram Bersih. 
Annuar berkata, sewaktu menjadi perdana menteri, Dr Mahathir dengan keras menolak kemasukan budaya demontrasi kerana mengganggap negara ini bukanlah sebuah negara pendemontrasi dan selain bertentangan dengan budaya Islam.
"Tetapi tengok sekarang ini, Dr Mahathir membelakangkan semua ini kerana 'amarah' (marah).
"Saya fikir dalam kehidupan kita, semua ada kekecewaan dan dalam hidup ada zaman naik dan turun tetapi kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan ramai, lebih-lebih lagi melibatkan soal keselamatan, keamanan dan kesejahteraan," katanya.
Perhimpunan Bersih 5.0 dijadual Sabtu ini di ibu negara.

Demo Sabtu, polis tetap bertindak tegas - kata TPM

Posted: 16 Nov 2016 08:34 PM PST

Zuraida saman Jamal Yunos atas insiden hidung berdarah

Posted: 16 Nov 2016 08:33 PM PST

Harapan PKR, Amanah kepada Pas - " SATU LAWAN SATU "

Posted: 16 Nov 2016 08:30 PM PST

SATU lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.
Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.
Khalid Abdul Samad Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang.
Ikuti reaksi Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul sebagaimana dinyatakan kepada Wartawan Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM
Satu lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.
Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.
Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang. Ikuti reaksi Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk  Johari Abdul sebagaimana dinyatakan kepada Wartawan Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM.
Bagaimana saudara terima kenyataan Mursyidul Am Pas mengenai satu lawan satu?  
Ini antara isu yang jadi pencetus perpecahan dalam Pas hingga membawa kepada tertubuhnya Amanah. Kumpulan yang akhirnya membentuk Amanah itu telah menyatakan bahawa kita perlu bekerjasama (dengan parti-parti pembangkang lain termasuk DAP), dengan semua pihak, Islam dan bukan Islam.
Itulah dasar common policy framework. Mana-mana perkara yang kita tidak boleh dipersetujui bersama, kita letak tepi dahulu, kita tidak masukkan dalam dasar bersama.
Dasar bersama ini ialah apabila memerintah,  kita mahu membentuk keadaan negara yang lebih baik daripada sedia ada, lebih terbuka, lebih demokratik, lebih berkesan dalam membawa kesejahteraan pada kehidupan rakyat serta menunjukkan contoh pemerintahan yang baik (good governance) sebagai ikutan umat Islam.
Tetapi kita tidak dihalang untuk membawa (perkara-perkara yang tidak termasuk dalam persetujuan bersama) atas nama parti sendiri. Ia adalah atas nama parti, bukan atas nama jawatan yang kita menang sebagai wakil pakatan.
Jangan kita salah guna kemenangan yang kita capai atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Tidak bolehlah setelah menang, kita tiba-tiba nak bawa cara lain pula. Ini yang menyebabkan PR berpecah dulu.
Yakin Pas telah berubah?
Ketika mula-mula berpecah, Pas menunjukkan sikap yang begitu sikap keras, tidak mahu bekerjasama, tutup pintu dan tidak boleh runding. Bagaimanapun sekarang saya nampak mereka pun sudah memahami bahawa realiti politik sekarang sudah berbeza dan memerlukan pakatan.
Mungkin Pas sudah sedar akan implikasi bersendirian, jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan sebagainya. Kalau nak dikira pada bercakap, memanglah senang tetapi kalau BN juga yang menang, apa yang kita boleh buat?
Akan tertutuplah laluan untuk kita bertemu masyarakat, berikan mereka kefahaman mengenai apa yang kita perjuangkan sebagai contoh kepimpinan.
Tetapi saya sambut ini sebagai tanda perubahan (pada Pas). Yang penting mereka sedia nak bincang. Soal syarat tidak mengapa, itu sebagai permulaan. Saya kira mereka berada pada perubahan arah yang betul.
Mudah-mudahan nanti akan datang kesedaran sebelum pilihan raya supaya kita boleh betul-betul satu lawan satu menerusi gabungan pembangkang yang kukuh dan mantap. Yang penting adalah untuk kita dapat tumpukan perhatian dan usaha tewaskan Umno/ BN.
Sudah ada perbincangan mengenai perkara itu dalam Amanah?
Tidak ada, sebab dari dulu dasar kita (Amanah) terbuka. Kita tidak berubah, yang berubah adalah Pas. Kita sentiasa menggalakkan mereka untuk datang lebih rapat. Kenyataan mengenai prinsip keterbukaan kita sentiasa diulang kerana kita tahu rakyat inginkan perubahan (kerajaan).
Kita juga tahu rakyat sudah fed up dengan Umno/ BN. Keadaan negara kita semakin merisaukan. Ini termasuk hubungan perniagaan dengan China yang mencurigakan. Perdana Menteri yang tidak ada kekuatan, mungkin akan bersetuju dengan apa sahaja yang ditawarkan oleh Kerajaan China.
Kerana itu, kita perlu kalahkan BN pada PRU14. Tidak ada cara selain satu lawan satu. Pas dipelawa (untuk bersama PH) demi kebaikan parti itu sendiri juga supaya nanti ia tidak terpinggir dan tercatit dalam sejarah sebagai parti yang jadi punca Umno/ BN terus memerintah. Ini sebab kita mahu Pas bersama dalam pakatan pembangkang.
Isu besar ialah pembahagian kerusi. Bagaimana Amanah sedia untuk hadapi kesukaran yang sudah dijangka ini?
Penting untuk kita semua sedar bahawa dalam isu kerusi (pilihan raya), kita jangan anggap seolah-olah kerusi itu hak milik mutlak kita. Ia bergantung pada suasana politik semasa, bergantung perubahan yang berlaku.
Ini memerlukan kita bersikap realistik dan fleksibel. Soal kekuatan dan di mana kita bertanding (kerusi) adalah dua perkara yang berbeza. Parti kita mungkin ada banyak cawangan dalam sesuatu kawasan dan ini menyebabkan kita berasa parti kita cukup kuat.
Dengan itu, bagi kita, parti kitalah yang paling layak bertanding walhal yang sebenarnya, untuk menang pilihan raya, kita tidak boleh berfikir dengan cara itu. Kita tidak boleh berfikir bahawa kalau kita tidak bertanding, kita rugi.
Untuk menang pilihan raya perlu ada wawasan politik jangka panjang. Jadi kita jangan ambil pendekatan secara jangka pendek. Apabila kita beri laluan untuk parti lain bertanding di kawasan kita atas sebab-sebab yang perlu mengikut keputusan pimpinan pakatan, kita kena sokong dan begitu juga di kawasan di mana calon parti kita yang dipilih untuk bertanding.
Kita sokong calon mereka, mereka akan sokong calon kita pula di tempat itu. Begitulah permuafakatan yang seharusnya berlaku dalam pakatan. Inilah yang akan membawa kemenangan kepada gabungan pembangkang di bawah konsep satu lawan satu.
Jangan kita fikir, kalau parti atau calon kita tidak diberi ruang untuk bertanding, kita tak nak beri kerjasama, susahlah kalau kita bersikap macam itu.
Sepatutnya kenalah beri laluan kerana kita nak kekuatan yang datangnya daripada Amanah, PKR, Bersatu dan DAP. Kalau kita daripada Pas, kita nak bersama kalahkan Umno/BN.  Itu yang terpenting. Kita nak undi untuk kita bersatu.
Peluang pembangkang pada PRU14?
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: ‘Pengawai bank Singapura bermalam di apartmen Jho Low’

Posted: 16 Nov 2016 08:26 PM PST

Mahkamah Singapura diberitahu bekas pegawai bank BSI Switzeland, Yeo Jiawei bukan semata-mata seorang pekerja bawahan bank itu, tetapi pernah bermalam di rumah jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low dan memakai pakaiannya, lapor The Edge Daily.
Ini adalah menurut Timbalan Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng, yang menyoal balas Yeo di mahkamah semalam dalam kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.
Tan menuduh bekas pegawai itu cuba meremehkan hubungannya dengan Jho Low, yang didakwa terbabit dalam skandal 1MDB.
Sebelum itu, Yeo mendakwa beliau hanya seorang pegawai bawahan bank itu yang hanya mengambil arahan daripada Low melalui pesanan yang disampaikan kepadanya daripada pegawai kanan, termasuk bekas bosnya Kevin Swampillai dan pegawai peribadi bank Low, Yak Yew Chee.
Yak dihukum penjara selama 18 minggu dan dikenakan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah di mahkamah Singapura.
Yeo pula berdepan dengan empat pertuduhan menyalahgunakan proses keadilan dengan menggesa saksi berbohong kepada polis ketika beliau dibebaskan atas jaminan, selepas ditahan u pada 17 Mac.
Ini adalah berkaitan dengan siasatan pengubahan wang haram terbesar di Singapura.
Beliau juga berdepan dengan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan dalam perbicaraan yang berasingan dijadual didengar pada tahun depan.
Yeo berkata beliau paling banyak menemui Low secara peribadi 10 kali, dan dibawa menaiki jet peribadi Low tidak lebih tiga kali.

Kurang 24 jam menteri pendidikan tarik balik pelantikan bekas model sebagai penasihat

Posted: 16 Nov 2016 08:25 PM PST

Pegawai media Mahdzir ketika membuat pengesahan itu berkata, sebab penarikan itu tidak perlu dimaklumkan.
Geethanjali1
PETALING JAYA: Kurang 24 jam selepas bekas model dilantik sebagai penasihat khas media menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bertindak menarik balik pelantikan Datuk Geethanjali G.
Pegawai media Mahdzir ketika membuat pengesahan itu berkata, sebab penarikan itu tidak perlu dimaklumkan.
"Sah (penarikan balik pelantikan itu). Rasanya sebab-sebab itu tidak perlu dimaklumkan. Itu keputusan menteri. Hanya menteri sahaja tahu sebab-sebab," kata pegawai media Mahdzir kepada FMT hari ini.
Geethanjali bagaimanapun menafikan menerima surat penarikan balik pelantikannya sebagai penasihat khas media kepada Mahdzir dan berkata, tidak logik jika beliau sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai keputusan menteri.
"Saya tidak terima surat (penarikan pelantikan) lagi. Saya macam biasa sahaja. Menteri masih belum telefon dan maklumkan kepada saya untuk penarikan itu semua, belum lagi. Tidak ada dimaklumkan.
"Kalau ada penarikan, menteri mesti akan maklumkan kepada saya tentang penarikan. Betul palsu. Tak logik. Sebelum dapat dekat tangan saya, macam mana dia boleh dapat? Saya pun tak dapat.
"Sumpah saya tak dapat lagi surat itu," katanya kepada FMT sambil menambah beliau meneruskan tugas baharu itu seperti biasa, ketika ini.
Semalam, bekas peserta akhir Miss Malaysia Universe 2009, bekas model dan ahli MIC itu menerusi Facebooknya mengumumkan tugas baharunya untuk menasihati Mahdzir dalam hal ehwal media.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH adalah rakyat

Posted: 16 Nov 2016 08:03 PM PST

Perhimpunan BERSIH pertama yang diadakan pada November 2007 berarak ke Istana Negara dengan penyerahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kepada Raja-Raja Melayu jualah akhirnya rakyat mengadu nasib, kehidupan yang terus tertekan dan berulang kali pula dipersenda di bawah pentabiran Umno-BN.
Daripada perhimpunan BERSIH yang pertama itu, warna kuning kekal dipakai sehingga ke hari ini.
Kesan dan tamparan BERSIH pertama cukup besar. Lima bulan selepas perhimpunan itu, Umno-BN kalah teruk di dalam pilihan raya umum 2008.
Mereka hilang lima negeri. Termasuk negeri strategik dari sudut ekonomi seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Umno-BN juga buat pertama kali dalam sejarah politik tanahair kehilangan dua pertiga kerusi di parlimen.
Memandangkan hebatnya penangan gerakan ini kepada Umno-BN, maka ketika rancangan untuk mengadakan perhimpunan BERSIH kedua, Pemuda Umno mula masuk kacau daun.
Waktu sama, ada kalangan tokoh tertentu dalam Pemuda Umno melihat itulah waktu untuk menyelit tumpang popular. Dia berfikir, sekurang-kurangnya dengan menentang BERSIH, dia akan segera dilihat jadi hero di kalangan partinya sendiri.
Berjuang di Instragram
Di situlah pertama kali lahirnya geng baju merah, yang diketuai oleh menantu mantan perdana menteri. Geng pemuda Umno yang membentuk geng baju merah itu telah menamakan diri sendiri sebagai "Patriot".
Betapa poyo dan tak kuatnya idea geng baju merah Patriot itu, maka dengan cepat nama Patriot lupus dan dilupakan oleh rakyat dan penyokong mereka sendiri sekalipun.
Dua-tiga orang geng baju merah Patriot itu, pada hari ini telah pun mendapat habuan menjadi YB dan menteri. Kumpulan pertama pemimpin geng baju merah itu kini tidak perlu susah-susah berpanas berhujan lagi. Mereka hanya perlu 'berjuang' di Instragram sahaja.
Daripada pemimpin pemuda Umno, geng baju merah pun beralih tangan kepada seorang lagi pemimpin Umno. Kali ini hanyalah seorang pemimpin di peringkat bahagian. Namanya Jamal Yunos.
Biar apa pun kritikan orang terhadap mantan pemilik restoren ikan bakar itu, nampaknya dia lebih berjaya memainkan watak dan peranan sebagai pemimpin geng baju merah berbanding di zaman ketua pemuda Umno dahulu.
Masakan tidak, Jamal sanggup berdarah hidung berbanding Pemuda Umno yang sekadar main acah-acah koyak-koyak t-shirt sahaja.
Tetapi, janganlah pula terlalu membezakan antara manusia.
Antara kepimpinan Jamal dan Pemuda Umno, ada kesamaannya. Walau pun seorang sudah jadi menteri dan seorang lagi masih bertungkus lumus mengejar aktivis BERSIH di mana-mana, kedua-duanya tetap gagal memberikan idea, dasar dan gagasan lebih besar dalam banyak persoalan bangsa dan negara.
Hampir kantoi
Di sela-sela permainan politik itu, BERSIH tetap berlangsung satu siri ke siri yang lain.
Di era Najib menjadi PM, sekurang-kurangnya sudah tiga kali BERSIH berhimpun secara besar-besaran di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Semuanya menjelang PRU ke-13, sehinggalah apa juga usaha PM - termasuk mengupah APCO sebagai penasihat - telah tetap gagal untuk mengembalikan kuasa dua-pertiga Umno-BN di parlimen.
Lebih menggerunkan PM Najib, dengan kuasa rakyat yang diwakili oleh begitu ramai YB Pakatan Rakyat, Bajet yang beliau bentangkan di Dewan Rakyat pada 2010 juga hampir kantoi dan dapat disailang oleh blok Pakatan Rakyat.
Kita masih ingat peristiwa malam itu di mana semua YB BN terpaksa pogoh-pagah dipanggil ke Parlimen kerana blok Pakatan Rakyat sedang membuat serangan bagi memastikan Bajet Najib tidak cukup undi untuk diluluskan.
Dan, kekuatan yang dimilik blok pembangkang di dalam Dewan Rakyat hari ini adalah kesan tidak langsung perjuangan rakyat turun ke jalan raya dengan memakai baju kuning BERSIH.
Terakhir kali perhimpunan BERSIH adalah pada Ogos tahun lalu.
Wartawan - termasuk media arus perdana - mana pun naik saksi bagaimana disiplin tinggi rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH itu dengan bermalam di sekitar Dataran Merdeka, namun tidak ada walaupun sepuntung rokok ditinggalkan bersepah apabila mereka bersurai.
Empat kali perhimpunan BERSIH juga tak pula berkesudahan menjatuhkan kerajaan dengan jalan demonstrasi.
Kehadiran Mahathir, Muhyiddin
Read More / Baca Lagi >>

Polis diingatkan tentang perundangan cegah perhimpunan balas serentak

Posted: 16 Nov 2016 07:57 PM PST

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen mengingatkan pihak polis mengenai peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan perhimpunan balas diadakan serentak terhadap yang sedia ada seperti perhimpunan BERSIH5.
Menulis di twitter malam tadi, beliau berkata, ia terkandung dalam Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman (PAA).
"Baju merah hendaklah diarah untuk menganjurkan (perhimpunan mereka) pada masa, tarikh atau tempat," katanya dalam laman sosial itu.
Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menetapkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu daerah polis akan memberikan alternatif untuk perhimpunan balas yang akan dianjurkan pada masa, tarikh atau tempat, jika pegawai mendapati bahawa perhimpunan balas itu akan menyebabkan pertelingkahan.
BERSIH merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 19 November, manakala Ketua Umno Sungai Besar bahagian Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang mengetuai baju merah, telah berikrar untuk berkumpul di mana sahaja BERSIH akan berkumpul pada hari yang sama.
Jamal yang mengetuai gerakan anti-BERSIH, mendakwa 300,000 orang telah berikrar untuk berhimpun berdepan dengan BERSIH pada 19 November.

BERSIH1 hingga 4: Apa yang kita dapat?

Posted: 16 Nov 2016 07:53 PM PST

Setiap kali menjelang perhimpunan BERSIH, persoalan seperti "Apa yang saya dapat jika turun perhimpunan BERSIH?" akan ditanya oleh sebilangan rakyat Malaysia.
Ada juga yang berpegang kepada "Hari ini turun BERSIH, esok Najib tetap perdana menteri". Mereka menganggap tiada sebarang perubahan akan berlaku.
Ini antara kenyataan yang biasa kita dengar. Benar, hari ini pergi demonstrasi, esok kerajaan BN masih mentadbir Malaysia. Hari ini pergi demonstrasi, esok harga minyak masih tidak turun. Hari ini pergi demonstrasi, esok-esok harga tol akan tetap naik.
Pernahkah kita berfikir bahawa proses pendemokrasian atau perubahan itu jarang berlaku secara drastik.
Sebaliknya, ia memerlukan rantaian usaha, pengorbanan dan masa dalam memastikan agenda perubahan mampu digerakkan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh kita teliti, yang boleh dianggap sebagai kejayaan dalam pendemokrasian negara oleh rakyat sendiri melalui perhimpunan BERSIH1 hingga BERSIH4.
Pengetahuan tentang hak-hak rakyat
Celik sivik rakyat Malaysia dalam memahami Perlembagaan Persekutuan mengenai Perkara 10(1)(b) yang menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Jika sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita semua mempunyai hak untuk menyuarakan rasa tidak setuju kepada kerajaan melalui perhimpunan aman di jalan raya.
Namun, setelah melalui empat siri BERSIH, boleh dilihat jumlah peningkatan daripada 30,000 orang pada BERSIH1 sehingga hampir 500,000 orang pada BERSIH4 menjelaskan orang ramai semakin berani ke hadapan, mengetahui dan bersuara tentang hak mereka di negara ini.
Walaupun sedikit ironi, tetapi intipatinya penting.
Dalam video terbaru yang telah dimuat naik oleh Facebook Kelab Che Det, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
"Kita kalau nak lawan sesuatu tentulah ada rintangan, halangan. Kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu.
"Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga, itu bukan perjuangan. Kerana hasilnya adalah kebaikan bagi diri kita".
Peratus keluar mengundi semakin meningkat
Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13, sebanyak 13,268,002 pemilih yang berdaftar. Mereka terdiri daripada pengundi biasa sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 146,742 orang dan pengundi awal sebanyak 235,826 orang.
Pada tahun 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa dalam PRU13 sebanyak 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar telah keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula terdapat 505 kerusi, sebanyak 9,742,254 orang atau 85.82 peratus yang telah keluar mengundi.
Jika dibandingkan dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi pada PRU12, terdapat peningkatan sebanyak 30.44 peratus iaitu dari 54.40 peratus pada PRU13 kepada 84.84 peratus pada PRU berikutnya.
Jumlah pemilih berdaftar pada PRU12 adalah sebanyak 10,922,139 dan jumlah pemilih yang keluar mengundi pula adalah 8,161,039.
PRU13 sebenarnya telah mencatatkan peratusan keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dan perincian antara PRU12 dan PRU13 dapat dilihat seperti berikut:



Read More / Baca Lagi >>

Penangkapan saya tidak sah, kata Jufazli

Posted: 16 Nov 2016 07:12 PM PST


Jufazli Shi Ahmad kecikJufazli Shi Ahmad kecikTindakan polis mengenakan tahanan reman selama seminggu ekoran status di Facebook bagi pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, Jufazli Shi Ahmad adalah sebagai tidak sah.
"Penangkapan saya pada 9 November lalu sebenarnya tidak sah. Saya ditangkap di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi. Saya digari dengan penangkapan yang melanggar hak asasi manusia.
"Seksyen itu tidak boleh digunakan oleh polis dan orang kenamaan Umno untuk menangkap saya kerana peruntukan tersebut tidak mengikut prosedur sepatutnya.
"Sila keluarkan saman mengikut prosedur undang-undang. Bagaimana polis hendak menangkap saya sedangkan saya tidak melakukan kesalahan?" bidasnya dalam kenyataan video rasmi yang dikeluarkan beliau malam tadi.
Penulis buku 'Membina Empayar: Governan Abdul Taib Mahmud di Sarawak' itu memberitahu, dirinya telah dibebaskan atas jaminan polis selepas seminggu ditahan atas apa yang disifatkan sebagai mengikut arahan politik.
"Terima kasih kepada penyokong Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah juga Solidariti Jufazli. Masyarakat awam percaya kepada pendedahan dan hak asasi untuk menyatakan perkara yang benar dan memperbaiki urus tadbir yang baik untuk Sabah.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang melakukan tugas mereka. Penangkapan ini atas arahan Musa Aman (Ketua Menteri Sabah). Kita mesti berdepan secara bersemuka," tegasnya sambil memberitahu peningkatan jumlah pengikutnya di Facebok ekoran kes dialaminya.
Sumber sahih 
Beliau turut menyatakan dirinya mempunyai hak untuk bersuara dalam mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sabah bersumberkan maklumat yang betul.
"Kebebasan rakyat untuk menggunakan media sosial. Saya mempunyai kebebasan untuk menulis apa sahaja berdasarkan sumber yang sahih dan informasi yang benar.
Read More / Baca Lagi >>

Armada PPBM mahu ahlinya isytihar harta selepas pegang jawatan

Posted: 16 Nov 2016 07:06 PM PST


Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengusulkan resolusi untuk pemimpin yang dilantik dan dipilih untuk mengisytiharkan harta mereka sebaik sahaja mereka memegang jawatan.
Perkara ini jelaskan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertujuan bagi memastikan pemimpin muda PPBM tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengumpul harta.
"Tindakan ini wajar untuk membuktikan bahawa Armada tidak akan cenderung dengan budaya rasuah dan salahguna kuasa seperti yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Pemimpin muda terutamanya harus mengambil langkah ini supaya tidak terjerumus dengan budaya politik wang yang membunuh integriti negara.
"Tindakan ini juga akan memastikan bahawa pemimpin Armadamerupakan pemimpin yang tidak gila wang ringgit atau pun membawa prinsip "Cash Is King"," ujarnya dalam satu kenyataan.
Syed Saddiq menambah politik bukan tempat untuk mengumpul kekayaan tetapi merupakan platform untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
"Jangan sesekali lupa perkara itu," Ujarnya.

Prof: Terlalu awal untuk isytihar TPPA telah berakhir

Posted: 16 Nov 2016 07:04 PM PST

Walaupun prospeknya suram bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), namun Presiden Persatuan Malaysia Untuk Pengajian Amerika Prof Dr K S Nathan berkata ia masih terlalu awal untuk mengisytiharkan perjanjian itu telah berakhir.
Katanya, ini walaupun presiden dipilih Amerika, Donald Trump telah berikrar dalam kempennya untuk menarik Amerika keluar daripada perjanjian itu.
"Mengenai TPPA, kita tidak boleh membuat kesimpulan lagi bahawa Presiden Trump akan memansuhkannya. Mungkin masih ada ruang untuk merundingkan semula beberapa aspek yang Trump percaya bertentangan dengan kepentingan Amerika.
"Ini kerana TPPA adalah satu rangka kerja perdagangan antarabangsa dengan banyak kepentingan yang terlibat, bukan hanya Malaysia dan Amerika, tetapi juga Amerika, Malaysia, dan rakan-rakan Asean," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia di Gombak semalam.
Menurutnya, TPPA adalah satu pengimbangan yang baik terhadap peningkatan pengaruh China, yang membawa rancangan dan rangka kerjanyaya sendiri untuk melonjakkan kepentingan China.
Tanpa mengimbanginya ekonomi ini, profesor hubungan antarabangsa itu berkata, situasi tersebut tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana negara dan boleh menjejaskan kestabilan rantau ini.
Read More / Baca Lagi >>

Gagal bahas kemenangan Trump, bukti Parlimen bukan kelas pertama - Shamsul

Posted: 16 Nov 2016 07:03 PM PST

shamsul-iskandar-mohd-akinPenolakan usul perbahasan berhubung kemenangan Donald Trump kepada Malaysia membuktikan Malaysia tidak serius membincangkan kesan hubungan dagang dan keselamatan serantau negara ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Malaysia juga dilihat tidak bersedia menghadapi segala kemungkinan daripada perubahan Rumah Putih susulan kemenangan Trump.

"Kesan kemenangan Trump menyebabkan berlakunya kejatuhan ekonomi dunia dengan penurunan mata wang asia lain.
"Ini berikutan dasar Trump untuk membawa pulang pelaburan di luar masuk semula ke Amerika Syarikat bagi menumpukan pelaburan domestik.
"Malaysia selaku negara dagang bebas pastinya terkesan dengan pendirian Trump ini.
"Oleh itu adalah wajar untuk Dewan Rakyat mengkaji langkah-langkah susulan untuk mengurangkan impak perubahan pentadbiran baru Amerika Syarikat terhadap ekonomi negara," katanya dalam kenyataan.
tppa-trumpUsul tersebut difailkan Naib Presiden KEADILAN itu Jumaat lalu, dan ditolak Speaker Dewan semalam atas alasan masih terlalu awal untuk kerajaan membuat penilaian terhadap dasar yang dikemukan Trump.
Usul tersebut dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) bagi membincangkan kesan kemenangan tersebut kepada Malaysia dalam soal ekonomi, dasar luar negara dan keselamatan serantau.
Read More / Baca Lagi >>

Politik bukan tempat kumpul harta - Syed Saddiq

Posted: 16 Nov 2016 07:02 PM PST

Syed Saddiq Abdul RahmanKetua Armada Parti Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengusulkan satu resolusi bagi memastikan pemimpin muda parti itu tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengumpul harta.
Menurutnya, tindakan ini wajar untuk membuktikan bahawa Armada tidak akan cenderung dengan budaya rasuah dan salah guna kuasa seperti Umno dan BN.
"Pemimpin yang dilantik dan dipilih harus mengisytiharkan harta mereka sebaik sahaja mereka memegang jawatan tersebut.
"Saya merasakan pemimpin muda terutamanya harus mengambil langkah ini supaya tidak terjerumus dengan budaya politik wang yang membunuh integriti negara," katanya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya lagi, tindakan ini juga akan memastikan bahawa pemimpin Armada tidak gila wang ringgit atau pun membawa prinsip "Cash Is King".
"Politik bukanlah tempat untuk mengumpul kekayaan tetapi merupakan platform untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara" katanya lagi.

Ekonomi lembap, pekerja Malaysia di Singapura mula pulang

Posted: 16 Nov 2016 07:00 PM PST

Ang berkata, rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di Singapura mungkin perlu mencari kerja baharu dalam bidang lain, jika mereka memilih untuk terus berada di republik itu.
ekomoni
PETALING JAYA: Ramai rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di Singapura kembali mencari pekerjaan di tanah air, ekoran kelembapan ekonomi dan dasar pekerja asing ketat dilaksanakan negara itu.
Antara sektor paling terjejas ialah minyak dan gas asli.
Nanyang Siang Pau memetik Shin Min Daily News sebagai melaporkan, kelembapan ekonomi di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun untuk pulih.
Pengarah Perkhidmatan Korporat, Modal Insan (Singapura), David Ang yang dipetik Shin Min Daily News berkata, kelembapan ekonomi bukan sahaja berlaku di Singapura, sebaliknya sektor minyak dan gas asli di seluruh dunia turut terjejas.
Beliau berkata, ekonomi Malaysia berkembang 5% tahun lalu, tetapi Singapura sekadar 2%, jadi peluang pekerjaan di republik terbabit juga berkurangan.
Berdasarkan keadaan itu, katanya, adalah normal untuk rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di negara berkenaan kembali ke tanah air untuk mencari nafkah.
"Jika pekerja yang diberhentikan itu pulang ke Malaysia, mereka akan dapat mencari pekerjaan baharu dalam sektor sama dengan cepat," katanya sambil menambah berdasarkan pengalamannya, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mempunyai permit kerja.
"Jika tidak sempat mencari kerja baharu dalam jangka pendek, permit kerja akan dibatalkan dan mereka perlu pulang ke Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

MEMAHAMI ETIKA BERSIH 5

Posted: 16 Nov 2016 06:58 PM PST

Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara, berhimpun secara aman tanpa senjata, dan berpersatuan.

Perhimpunan BERSIH 5 dianjurkan untuk membantah skandal rasuah 1MDB dan menuntut pembaharuan dan penambahbaikan institusi awam secara aman.

Sebagai penganjur perhimpunan BERSIH 5, BERSIH 2.0 telah mematuhi kehendak  Akta Perhimpunan Aman 2012 tanpa menjejaskan hak kami seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

BERSIH 2.0  akan berhimpun secara aman tanpa senjata dan tidak akan menimbulkan apa-apa  gangguan awam dan perbuatan yang tidak bermoral. Oleh itu, BERSIH 2.0  menyeru semua peserta untuk mematuhi tatakelakuan ini.
1. HORMAT NILAI-NILAI SEMUA KAUM DAN AGAMA. 
Segala ucapan dan kelakuan kami haruslah mengambil kira sensitivi agama dan kaum. Elakkan ucapan dan bertuturan berunsurkan perkauman dan agama. Hormati rakan-rakan dari agama dan bangsa lain ketika dalam perjalanan protes.

2. BERKELAKUAN SOPAN DAN BERADAB. 
Walaupun protes merupakan salah satu acara dimana kita berkumpul untuk meluahkan perasan ketidakpuasan hati kita, namun kita harus menjaga kelakukan kita dan menghormati satu sama lain, terutamanya kepada petugas-petugas sukarelawan dan pihak keselamatan, dan juga termasuk terhadap mereka yang menentang kita. Kelakuan kita pasti akan dinilai oleh pihak-pihak lain dan elakan penggunaan bahasa-bahasa rasis, seksis dan xenophobic.

3. BERDISIPLIN DAN MEMBERI PERHATIAN. 
Himpunan kita adalah dalam besar dan sudah pasti kita akan menghadapi pelbagai rintangan daripada pelbagai pihak. Adalah penting untuk kita terus memerhati persekitaran kita dan kekal dalam kumpulan. Sentiasa menjaga keselamatan rakan-rakan himpunan yang lain dan patuhi segala peraturan/arahan dari pihak Keselamatan BERSIH. Jangan panik dalam keadaan cemas.

4. WARGANEGARA BERTANGGUNGJAWAB. 
Kita menyertai himpunan BERSIH 5 atas dasar cintakan negara dan untut menuntut pembaharuan dalam sistem dan undang-undang negara. Oleh itu, segala perbuatan vandalisma adalah dilarang sama sekali dan jika perkara ini berlaku, maka pelaku itu harus bertanggungjawab dan mendepani undang-undang yang berkait.

Kita harus menunjukkan kelakuan terbaik sebagai rakyat Malaysia, sebagai rakyat yang yang sanggup berusaha untuk kebaikan negara dan sesama sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam: Benarkah baju kuning, baju merah sama sahaja?

Posted: 16 Nov 2016 06:56 PM PST


Syahredzan Johan Syahredzan Johan Jangan samakan Bersih5 dengan kumpulan Baju Merah kerana perbedaan di antara mereka melangkaui apa yang mereka perjuangkan kata peguam Syahredzan Johan.
Menulis di facebooknya beliau mahu rakyat membayangkan: Anda mahu muat naik status di Facebook. Kemudian ada orang ini ugut anda, kata kalau anda muatnaik status Facebook dia akan tumbuk muka anda dan pecahkan telefon anda. Sebabnya dia tidak suka apa yang anda tulis.
Adakah anda salah, sebab mahu muatnaik status Facebook yang sememangnya hak anda? Wajarkah anda dihalang daripada muatnaik status Facebook kerana ugutan oleh orang itu?
Kata Syahredzan lagi,Bersih5 mahu mengadakan perhimpunan aman. Gerakan Baju Merah mahu menghalang suatu perhimpunan aman dengan keganasan.
Justeru ada perbedaan ketara dan fundamental di antara mereka.
"Jangan samakan mereka, kerana jika kita berbuat demikian kita akan membiasakan budaya politik samseng dan ganas yang semakin menular dan meletakkannya pada taraf yang sama dengan ekspresi demokratik yang dilindungi Perlembagaan," tulis beliau yang juga seorang pengkritik politik dan pengulas sosial.

Tadbir Malaysia dengan ikhlas, nasihat sami Taiwan kepada Najib

Posted: 16 Nov 2016 06:55 PM PST

Chin Kung menyifatkan Najib sebagai orang baik dan kawan lamannya.
chin-kung
PETALING JAYA: Keadaan di Malaysia akan menjadi lebih baik, jika Datuk Seri Najib Razak menjaga rakyat dan mentadbir negara dengan ikhlas, nasihat seorang sami dari Taiwan.
Chin Kung yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, sebagai negara kecil, Malaysia masih boleh memainkan peranan dengan mempromosi keamanan ke seluruh dunia, melalui penyebaran keamanan agama dan pemikiran sederhana, berdasarkan hubungan baik Malaysia dengan China.
"Saya dengan Najib boleh dikatakan kawan lama, saya pertama kali berjumpa dengannya pada 2005, di mana Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memperkenalkan kami berdua.
"Najib adalah orang baik. Pada perjumpaan pertama kami, soalan pertama beliau tanya saya ialah bagaimana hendak mentadbir Malaysia dengan baik?" katanya selepas mengadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia dan masyarakat Cina di Wisma Huazong, Seri Kembangan, semalam.
Katanya, nasihat beliau kepada Najib ketika itu ialah beliau perlu menggunakan keikhlasan, meningkatkan sistem pendidikan dan mendidik rakyat dengan baik, demi masa depan lebih cerah.
Sejak 2011, beliau melawat Malaysia setiap tahun dan menemui Najib, termasuk ketika beliau berkunjung ke negara ini pada April lalu.
Bagaimanapun, kali ini mereka berdua tidak berpeluang menemui satu sama lain kerana kebetulan Najib sedang mengadakan lawatan 3 hari ke Jepun.

Jangan guna baju kami, amaran PAS menjelang Bersih 5

Posted: 16 Nov 2016 06:54 PM PST

Ia sejajar dengan keputusan pimpinan PAS tidak menyertai perhimpunan Sabtu ini.
unit-amal
KUALA LUMPUR: Unit seragam PAS yang bertanggungjawab soal keselamatan hari ini melarang mana-mana pihak memakai baju pasukan itu pada perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.
Jabatan Amal Malaysia, yang menguruskan pasukan Unit Amal yang kerap mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta perhimpunan Bersih sebelum ini, berkata larangan itu sejajar dengan keputusan pimpinan tertinggi PAS untuk tidak menyertai perhimpunan anjuran Bersih 2.0 kali ini.
Ketua pengarah unit itu, Mohd Nazree Mohd Aris, berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas sesiapa yang memakai pakaian seragamnya termasuk topi yang mempunyai lambang atau nama Jabatan Amal Malaysia.
"Pihak Jabatan Amal Malaysia juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan dan kecederaan yang diakibatkan daripada tindakan individu yang menyamar sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia semasa perhimpunan Bersih 5," katanya.
Unit Amal PAS sebelum ini menerima pujian atas kejayaannya mengawal perhimpunan Bersih 1, 2 dan 3.
Bagaimanapun, keretakan hubungan antara pimpinan tertinggi PAS dengan badan NGO dan parti pembangkang lain sejak muktamar tahun lalu menyaksikan PAS tidak menyertai Bersih 4 pada Ogos tahun lalu.

Najib harap Baju Merah, Bersih tidak bertembung Sabtu ini

Posted: 16 Nov 2016 06:52 PM PST

Perdana menteri berkata, protes ganas bukan budaya Malaysia.
najib
TOKYO: Datuk Seri Najib Razak hari ini menyuarakan kebimbangannya berhubung kemungkinan berlaku pertembungan antara peserta himpunan Bersih 5 dan penyokong Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos, pada Sabtu ini.
"Anda tidak boleh terbabit dalam sebarang pertembungan fizikal langsung. Ia tidak baik untuk kita dan itu bukan budaya yang kami mahu terima sebagai cara hidup di Malaysia," kata perdana menteri yang dipetik Bernama di Tokyo sempena lawatan rasmi 3 hari ke Jepun yang berakhir hari ini.
Kenyataan itu susulan amaran Jamal yang gerakan Baju Merah akan membuat apa sahaja untuk mengganggu himpunan Bersih 5 anjuran Bersih 2.0 bagi mendesak Najib meletak jawatan susulan skandal 1MDB.
Sejak beberapa minggu ini, penyokong Baju Merah yang diketuai Jamal dilaporkan terbabit dalam pergelutan dengan penyokong Bersih dan polis.
Semalam, Jamal memberi amaran yang beliau tidak mampu mengawal penyokongnya apabila mereka berkumpul pada Sabtu ini.
"Mereka yang bercadang menyertai kami pada hari itu akan 'lapar'," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Dendam Khairuddin tidak akan hilang selagi Najib bebas

Posted: 16 Nov 2016 06:36 PM PST

Raja Hasut seru rakyat turun ke BERSIH 5

Posted: 16 Nov 2016 06:35 PM PST

Comments (0)