Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Tun Mahathir seru serta Bersih 5

Posted: 15 Nov 2016 08:56 PM PST


Speaker tolak usul AMANAH bagi perkasa Mahkamah Syariah

Posted: 15 Nov 2016 08:55 PM PST

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul rang undang-undang (RUU) persendirian oleh anggota parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah.
Menurut anggota parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, dalam surat bertarikh 1 Oktober oleh Pandikar, usul berkenaan ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h).
Justeru, beliau mempertikaikan tindakan usul yang ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat berkenaan memandangkan usul berkenaan bukan merupakan satu pertanyaan.
Peraturan Mesyuarat 23 (1)(h) menyebut, sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah atau hendak mendapat jawapan dalam perkara yang dimisalkan.
"Alasan itu diberi mengenai pertanyaan-pertanyaan. Usul saya dari Peraturan Mesyuarat 27.
"Jadi alasan ini bukan alasan sebenar usul saya ditolak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika ditanya sama ada akan membuat rayuan, ketua angkatan wanita AMANAH itu berkata beliau tidak akan berbuat demikian.
"Tak ada guna saya buat rayuan kerana Speaker akan kata ini keputusan muktamad," katanya.
Pada 11 Oktober lalu, anggota parlimen AMANAH itu mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 yang meminta supaya peruntukan pentadbiran dan prosedur yang diamalkan oleh Mahkamah Syariah sedia ada dikaji semula.
Ini bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

Posted: 15 Nov 2016 08:28 PM PST

Sambil menyarung kemeja-T BERSIH5, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad muncul dalam apa yang percayai sebagai video promosi kempen perhimpunan BERSIH pada Sabtu ini.
Dalam mesej video sepanjang 1 minit 37 saat itu, Mahathir menggesa rakyat supaya turun ke jalanan beramai-ramai.
"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.
"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi BERSIH di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.
"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia.
"Inilah harapan saya dan saya harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan BERSIH," katanya dalam video yang dikongsi oleh ADUN Teja Chang Lih Kang di Facebook beliau.
Mahathir membuat penampilan ringkas semasa perhimpunan BERSIH4 pada Ogos tahun lalu. Ketika itu beliau masih bersama Umno tetapi sudah dilabelkan sebagai pengkritik paling lantang berhubung skandal 1MDB dan kepemimpinan Najib.
Himpunan ketika itu diadakan bagi mendesak Najib disingkirkan atas dakwaan terpalit dengan 1MDB.

Lucu Jamal dapat penumbuk, kata Wanita MCA

Posted: 15 Nov 2016 08:04 PM PST


Kumpulan Baju merah ketika menunjukkkan demonstrasi 'ilmu kebal' dalam satu himpunan baru-baru iniKumpulan Baju merah ketika menunjukkkan demonstrasi 'ilmu kebal' dalam satu himpunan baru-baru ini
Wanita MCA menyelar tindakan ketua kumpulan baju merah Datuk Sri Jamal Md Yunos yang sering bertindak ganas dan mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman khususnya kepada wanita.
Heng Seai KieHeng Seai KiePengerusinya Datuk Heng Seai Kie berkata, walaupun Jamal salah seorang pemimpin Umno namun beliau telah melanggar semangat BN dan semangat 1Malaysia yang mendukung keamanan , keharmonian dan perpaduan dalam negara.
Beliau menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak tegas ke atas Jamal dan kumpulannya dan tidak boleh memandang ringan kenyataan Jamal yang berbaur ugutan.
Ia merujuk kepada laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.
"Walaupun Wanita MCA tidak pernah bersetuju dengan mana-mana demonstrasi jalanan terutamanya Bersih 5.0 yang jelas melanggar objektif asal dan kini bertindak lebih pro pembangkang untuk mewujudkan huru-hara, namun kita bimbang dengan dakwaan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa Jamal Yunos sekali lagi mengancam untuk 'mencincang" petugas partinya.
"Kami mahu pihak polis  mengambil tundakan yang lebih tegas terhadap kumpulan kumpulan baju merah dan Jamal," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimana pun berasa lucu apabila Jamal yang selalu mahukan 'pertumpahan darah' ditumbuk dan kini menuntut keadilan ke atas dirinya.
"Lucu apabila seseorang seperti Jamal yang selalu menyeru kepada pertumpahan darah ditumbuk di hidung dan mahukan keadilan untuk dirinya sedangkan sebelm ini dia dan kumpulannya sering mengeluarkan ancaman.
"Apa yang dia lakukan kepada orang lain, akan kembali kepada dirinya. Tidak salah kalau dia mendapat penumbuk," katanya.

Rafizi: Tolong sedih pada anak orang miskin...

Posted: 15 Nov 2016 08:01 PM PST

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggesa penyokong untuk tidak mengesiani atau bersedih terhadap diri atau keluarganya, berikutan kemungkinan bahawa beliau akan dihumban ke penjara.
Katanya, meskipun dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan pada Isnin lalu, beliau gembira, dan yakin mampu tidur dengan lena di dalam penjara kerana telah melakukan tugasnya sebagai wakil rakyat dan tanggungjawap kepada Allah.
Sebaliknya, kata Rafizi kepada penyokongnya, mereka harus berasa sedih terhadap nasib keluarga miskin yang akan terus menderita di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tolong jangan sedih pada saya dan juga anak dan isteri. Tolong sedih pada anak-anak orang miskin, anak orang kampung, anak orang Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan yang bukan anak orang besar, kerana mereka tidak mempunyai suara seperti kami, boleh mendirikan keluarga dalam keadaan istimewa seperti kami.
"Siapa nak bela mereka, kalau tidak jatuhkan Najib dan Rosmah," katanya pada siri ceramah 'Projek Buang Najib' di Kampung Cheras Baru, malam semalam.
Kira-kira 300 orang hadir dan ada yang terpaksa mendengar dan menonton dari skrin yang dipasang di luar kerana dewan ceramah penuh.
Mahkamah Sesyen mendapati Rafizi bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 pada Isnin lalu.
Pemimpin PKR itu didakwa membocor halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Pak Tongkol or Jamal Hidung Berdarah

Posted: 15 Nov 2016 07:56 PM PST

Adakah Najib juga penerima dana dari Soros - Ambiga

Posted: 15 Nov 2016 07:55 PM PST

Low-down in Ampang

Posted: 15 Nov 2016 07:53 PM PST

Maria ajak Jamal sertai himpunan Bersih 5

Posted: 15 Nov 2016 07:52 PM PST

Tun Mahathir - Mari kita lihat perbuatan biadap samseng UMNO! Tolak politik kotor.

Posted: 15 Nov 2016 07:51 PM PST

Jamal mengaku Sekinchan Ikan Bakar bankrap akibat lawan Bersih

Posted: 15 Nov 2016 07:49 PM PST

DATUK Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, merangkap Ketua Samseng Baju Merah mengaku rangkaian perniagaan yang diusahakannya Sekinchan Ikan Bakar, 'bankrap' dalam masa 6 bulan akibat tindakannya menentang Bersih 2.

Difahamkan 23 'outlet' rangkaian perniagaan ikan bakar Jamal telah diboikot oleh orang ramai selepas tindakannya membuat demonstrasi depan rumah Datuk Ambiga yang pada masa itu merupakan pengerusi Bersih 2 bersama-sama dengan Saterawan Negara A Samad Said.
"Kita telah buat satu demonstrasi di hadapan rumah Ambiga. Ketika itu, saya tidak tahu menahu pasal politik, cuma kami ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih bahawa kami tidak mahu Bersih dilakukan di Kuala Lumpur kerana mengganggu ketenteraman awam, mengganggu peniaga," katanya.
"Dan akibat daripada apa yang saya lakukan itu, mereka ini (Bersih) melalui satu gerakan telah pun, apa nama menggerakkan agar saya di 'attack' secara 'personal' dan akibat daripada itu, rangkaian perniagaan saya telah pun tutup dalam waktu 6 bulan." tambahnya lagi.
Jamal mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama Astro Awani 7:45, sehari selepas hidungnya berdarah tersenggol tangan anggota Polis dalam satu pergelutan di Ampang Point baru-baru ini.
Pengakuan Jamal ini membuat aku teringat — dulu aku memang selalu juga pergi Restoran Sekinchan Ikan Bakar, aku selalu bawa mak aku makan bersama dengan abang dan kakak ipar aku.
Makanan di Sekinchan Ikan Bakar memang  mahal, tapi aku rasa agak berbaloi sebab masakannya boleh tahanlah walau tak sedap sangat, layanannya kadang baik kadang tidak. Sekali 'open table' kurang-kurang mesti habis dalam RM200 - RM300.
Read More / Baca Lagi >>

NUTP: Guru perlu neutral, tak boleh sertai sebarang perhimpunan

Posted: 15 Nov 2016 07:38 PM PST

Kamarozaman berkata, tanggungjawab guru ialah mengajar dan membina bangsa, bukannya bertindak mengikut arus politik serta menyertai perhimpunan haram.
Kamarozaman-Abd-Razak
PETALING JAYA: Tidak kira perhimpunan Bersih atau gerakan Baju Merah, guru dilarang menyertai mana-mana perhimpunan yang tidak mendatangkan kepentingan kepada penjawat awam, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
"Memang dalam akujanji, kita tidak dibenarkan berhimpun. Sebab kita ini penjawat awam yang mesti berada di mana-mana (pihak) kerajaan, termasuk kerajaan pemerintah dan kerajaan negeri tersebut.
"Kalau menyertai himpunan Bersih ini salahlah dari segi etika penjawat awam. Apa keperluan kita nak berhimpun?
"Apa-apa perhimpunan untuk kepentingan kita tidak apa. Tetapi, Bersih ini kita tidak tahu adakah kepentingan itu untuk sebelah kebaikan atau tidak," kata Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas amaran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada guru-guru supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih.
Semalam, Mahdzir berkata, guru dan penjawat awam lain akan dikenakan tindakan tatatertib seperti digantung tugas, sekiranya didapati menyertai perhimpunan Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Peruntukan ‘melampau’ untuk JPM...rakyat diarah ikat perut..!!!

Posted: 15 Nov 2016 07:35 PM PST

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menerima sejumlah RM15.94 bilion peruntukan dari bajet 2017 di mana perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion.
Saya sifatkan jumlah ini adalah terlampau besar lebih-lebih lagi apabila peruntukan untuk kementerian-kementerian lain seperti kesihatan, pendidikan, kebajikan dan kepolisian dipotong.
Kelmarin saya menerima jawapan bertulis dari Menteri di JPM, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung soalan saya mengenai hal ini.
Beliau nyatakan, RM11.01 bilion peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan akan disalurkan menerusi 31 bahagian di JPM yang bakal terlibat dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (pusingan kedua) sepertimana yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi.
Dalam jawapan bertulis itu juga, beliau memberitahu terdapat keseluruhan 92 unit di JPM.
57 bahagian, 10 badan berkanun, 13 syarikat, lima agensi pembangunan koridor, lima badan asasi dan dua organisasi antarabangsa.
Menjadikan jumlah 92 unit ini sebagai hujah untuk 'menghalal'kan peruntukan besar kepada JPM bagi saya adalah amat dangkal.
Sejak awal lagi, saya berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mewujudkan terlalu banyak agensi dibawah seliaan JPM. Secara tidak langsung, hal ini akan menghakis peranan kementerian-kementerian sedia ada.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar berada di bawah JPM tatkala di sana sudah ada Kementerian Pengangkutan.
Bahkan saya telah menimbulkan isu sejumlah peruntukan di JPM yang saya sifatkan sebagai 'dana gelap' di mana ia tidak wujud sebelum ini selain di era pentadbiran Najib sebagai perdana menteri.
Saya tidak akan mengulas lanjut hal itu di sini tetapi cukuplah saya anggap ia sebagai dana yang diperlukan Najib untuk tujuan kepentingan survival politik beliau.
Biarpun jumlah RM15.94 bilion peruntukan untuk JPM bagi tahun 2017 adalah lebih kecil berbanding RM20 bilion pada tahun 2016, ia masih perlu dibendung.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi cabar Shahrizat bertanding di Pandan pada PRU14

Posted: 15 Nov 2016 06:57 PM PST

Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Daripada semua reaksi ekoran sabitannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) pada hari Isnin, Rafizi berkata, yang dia tidak tahan adalah dari Shahrizat.
"Kalau ada pemberita di sini, saya ingin wartawan menulis dalam berita esok: Kemungkinan, saya tidak akan dapat bertanding di Pandan selepas ini. Jadi, Shahrizat tidak perlu bimbang, calon baru tidak akan bertanya tentang lembu dalam pilihan raya akan datang."
Isu mengenai lembu itu dibuat oleh Rafizi merujuk kepada skandal National Feedlot Centre (NFC).
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan demikian ketika berceramah di Kampung Cheras Baru, malam tadi.
Rafizi didapati bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan pada hari Isnin, dan hukuman itu berjalan serentak.
Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu proses rayuan.
Walaupun masih kekal sebagai anggota Parlimen pada masa itu, beliau tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya ketika proses itu masih berterusan.

KITA MESTI HAPUSKAN UMNO INI – TUN MAHATHIR

Posted: 15 Nov 2016 06:46 PM PST


Saya percaya ramai yang dah dengar atau baca kenapa Tun Mahathir sanggup bertindak meninggalkan Umno yang beliau bersama selama 55 tahun sehingga ke tahap mahu menjatuhkan Umno !
Semasa berucap di majlis forum anjuran PPBM Shah Alam baru ini, Tun Mahathir sekali lagi mengulangi perkara itu. Cuma kali ini saya berdetik untuk mengambil sudut dekat ( zoom ) kepada muka Tun supaya kita dapat sedikit sebanyak menyelami hati beliau melalui raut wajahnya.
Bukan kerana faktor Najib seorang. Sebelum Najib pun, Tun pernah tidak sehaluan dengan Tunku dan PakLah dan beliau samada dipecat atau keluar juga dari Umno tapi tidaklah sehingga beliau bersama pembangkang. Kerana pada Tun, yang masalah adalah pemimpin bukan parti.
Tapi kenapa kali ini Tun bukan saja keluar Umno tapi berusaha mahu menjatuhkan Umno ?
Sebab Umno sudah rosak teruk ! Najib sudah merosakkan Umno ke tahap Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Makanya tidak harus timbul persoalan lagi apakah sekiranya Najib diturunkan dan pemimpin Umno lain ambilalih, Tun akan kembali bersama Umno.
Kerana Umno sekarang bukan lagi Umno yang dulu.
Orang2 Umno harus sedar bahawa kamu adalah sebahagian daripada sebuah parti yang tidak bersemangat sama sekali. Yang hanya berjuang untuk diri sendiri.

Sebab itu Tinggalkan Umno !
Ayat yang dipilih oleh Tun juga menggambarkan tekad dan kenyakinan beliau –

KITA MESTI HAPUSKAN UMNO INI ! !

Nothing personal … bukan untuk kepentingan diri tapi tidak lain dan tidak bukan, semata2 kerana Agama, Bangsa dan Negara. Demi rakyat Malaysia dan generasi kita seterusnya.

Malaysia hadapi kemarau demokrasi

Posted: 15 Nov 2016 06:41 PM PST

OLEH NURUL IZZAH ANWAR
Keputusan terkini dari Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Kuala Lumpur memutuskan Setiausaha Agung KEADILAN, saudara Rafizi Ramli telah didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).
Kini, saudara Rafizi yang juga berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan bagi setiap pendakwaan, yang berjalan serentak.

Penghukuman ini merupakan kemarau demokrasi yang menafikan rakyat akses kepada maklumat penting berkait penggunaan dana negara yang disalahguna dan disembunyikan menerusi penggunaan Akta Rahsia Rasmi.
Aneh, kerana walau siasatan berlangsung sudah dijalankan ke atas penyalahgunaan wang 1MDB, Laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB masih kekal rahsia di bawah OSA.
Walaupun prosiding kehakiman berdasarkan tuduhan-tuduhan rasuah 1MDB telah ditolak oleh badan kehakiman ibu negara kita sendiri, siasatan dan pendakwaan giat berjalan di peringkat antarabangsa.
Kes DOJ di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya USD$3.5 bilion yang dicuri daripada 1MDB.
Meskipun individu-individu yang terbabit dalam penyelewengan dana harta negara telah dikenal pasti, mereka masih mampu melepaskan diri daripada pendakwaan di Malaysia.
Malah, individu-individu yang melindungi kepentingan rakyat melalui pembocoran jenayah yang telah dilakukan oleh pimpinan negara pula dikenakan penghukuman.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Ketua Pembangkang telah membangkitkan kemelut skandal 1MDB secara berterusan selama 5 tahun.
Pemenjaraan beliau merampas hak rakyat menerusi wakil mereka untuk mempertanggungjawabkan kerajaan apabila salahguna dana dan kuasa rakyat berlaku.
Kini, saudara Rafizi Ramli juga dimangsakan penggunaan undang-undang rimba peninggalan penjajah British. Pendakwaan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi memperluas budaya kerahsiaan dan ketakutan yang tepat-tepat bertentangan dengan prinsip asas demokrasi yang mengutamakan kedaulatan dan kebebasan rakyat.
Sungguhpun saudara Rafizi hanya membuat penampilan maklumat 1MDB demi kepentingan awam, beliau tidak terlindung di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat atas alasan yang meragukan bahawa identiti beliau telah didedahkan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tutup’ sahaja IPTA buka universiti versi Umno

Posted: 15 Nov 2016 06:39 PM PST

Semenjak semalam, 15 November 2016, seramai 3 orang cendekia telah dihukum melalui akta-akta drakonian yang menyekat hak asasi kebebasan bersuara rakyat kerana memberi pandangan dalam isu-isu melibatkan kepimpinan negara.
Pada 9 November yang lalu, seorang pensyarah daripada Universiti swasta di Malaysia telah direman kerana mendedahkan salah laku kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Saudara Jufazli direman selama 7 hari hanya kerana menulis pendedahan tersebut di status media sosial Facebook nya.
Intimidasi terhadap cendekia ini terus berlanjutan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di mana pada Jumaat yang lalu, saya telah ditahan dengan begitu kasar sehingga digari hanya kerana ingin mempromosi himpunan bersih yang telah dijanjikan hak untuk berhimpun di dalam Perlembagaan Malaysia.
Penahanan ini juga merupakan satu pencabulan hak untuk bersuara apabila saya ditahan sejurus selepas saya mengucapkan perkataan "Assalamualaikum".
Kes terbaru adalah semalam apabila saudara Asheeq Ali telah dihukum gantung satu semester dan denda RM200 oleh pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) gara-gara menyertai himpunan Tangkap MO1 pada Ogos lalu.
Kes ini yang membuatkan mahasiswa bingung, apa sebenarnya fungsi cendekia di dalam negara sebenarnya?
Walaupun AUKU selepas pindaan 2012 memperuntukkan bahawa mahasiswa boleh berpolitik di luar kampus, namun hukuman tetap menanti mahasiswa yang kritikal dengan polisi-polisi pemerintah.
Kalau tidak dikenakan kes Polis, cendekia ini akan tetap mendapat habuan AUKU di Universiti masing-masing.
Saya ingin mempersoalkan di mana peranan cendekia ini di mata Kerajaan BN? Sekiranya peranan cendekia ini penting sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan seperti yang sering digembar-gemburkan, apakah jaminan bahawa kerajaan tidak menghukum cendekia yang memberi idea kritikal terhadap polisi-polisi kepimpinan BN?
Read More / Baca Lagi >>

Mahu Tunggu Siapa Lagi Jadi Mangsa Umno@Bn ?

Posted: 15 Nov 2016 06:30 PM PST

Oleh WFAUZDIN NS
MAHU tunggu siapa lagi yang dipenjarakan? Anwar telah pun merengkok di dalam. Rafizi pula bakal merengkok juga di dalam. Yang masih menanti giliran adalah Tian Chua, Nurul Izzah dan beberapa pimpinan lagi.
Kita masih merasa selamat di luar sebab kita merasakan tidak kena pada kita, adik beradik, keluarga atau saudara mara kita. Sampai bila kita mahu mempertahankan kezaliman ini? Sampai bila kita hanya mampu menggelengkan kepala dengan apa yang kita saksikan? Masakan kita tidak tahu apa yang Anwar dan Rafizi perjuangkan?
Adakah mereka mahu memperjuangkan nasib diri dan keluarga mereka sahaja? Anwar bukan dari keluarga yang susah macam kita.
Sebelum dipenjarakan, Anwar ada gaji sebagai Ahli Parlimen dan ada elaun Ketua Pembangkang. Isterinya juga adalah Wakil Rakyat yang mempunyai gaji dan elaun yang bukan sedikit.
Anaknya, Nurul Izzah pun begitu. Anwar bukan keluarga susah macam kita. Tapi mengapa Anwar sanggup masuk penjara untuk kali kedua? Begitu juga Rafizi.
Sebelum menceburi politik, Rafizi ada kerjaya lumayan di Petronas dengan gaji puluhan ribu sebulan. Bila dia jadi Ahli Parlimen, dia juga mendapat gaji dan elaun belasan ribu sebulan. Rafizi bukan hidup susah macam kita.
Kita lihat sendiri bila Rafizi istiharkan hartanya secara sukarela, beliau memiliki simpanan lebih dari sejuta ringgit. Bukan dari duit rasuah, komisyen atau sebagainya, Apakah kita rasa Anwar dan Rafizi sanggup masuk penjara kerana kepentingan diri?
Anwar dan Rafizi korbankan kesenangan yang ada tidak lain tidak bukan adalah kerana kita. Kerana rakyat.
Mereka tahu rakyat tengah derita dan sengsara sekarang. Mereka tahu banyak hak rakyat yang telah dirompak oleh penyamun.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Mahathir sangat berharap kepada Pas, dakwa aktivis

Posted: 15 Nov 2016 06:23 PM PST


Tulisan Dr Azman Ibrahim mengenai kenyataan Mahathir. Satu lagi serangan untuk pengerusi PPBM.Tulisan Dr Azman Ibrahim mengenai kenyataan Mahathir. Satu lagi serangan untuk pengerusi PPBM.

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengakui dalam diam, parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) tidak sekuat Pas, kata bekas calon Pas Jabi, Terengganu, Dr Azman Ibrahim.
"Dengan kata lain, tanpa Pas dalam PH (Pakatan Harapan), impian Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib hanya akan tinggal mimpi," dakwa Azman melalui Facebooknya.
Azman mengulas ucapan Mahathir ketika konvensyen Pakatan Harapan pertama bahawa "Tak bersama PH bermakna Pas sedia makan dedak Najib!"
Tapi, kata Azman, dia nak iktiraf kekuatan Pas secara terbuka tentu sekali tidak.
"Lantas dia guna reverse psikologi," dakwa Azman.
"Padahal yang sebenarnya dia sangat berharap kepada Pas! Tanpa Pas dalam PH bermakna DAP akan jadi abang besar. Ini yang Tun Mahathir tak mahu. Nak harapkan Bersatu atau PKR jadi abang besar, nampak gelap gambar. PAN kelas paria saja di mata Tun Mahathir," tulis Azman lagi.
Menurut Azman, lebih 20 tahun Tun Mahathir jadi orang nombor 1 Umno, lawan politik utamanya ialah PAS.
"Bukan DAP, bukan PKR, bukan Semangat 46 dan jauh sekali PAN (Amanah)," tulisnya.

Punca sebenar di sebalik kejutan Trump menang

Posted: 15 Nov 2016 06:21 PM PST

Paling berupaya menghancurkan peluang Trump menang ialah rakaman percakapannya dia boleh sahaja memegang wanita di bahagian kemaluan. Tetapi lain pula yang berlaku.
trump
Saya sudah memantau media sosial sejak lebih sedekad, lama sebelum Facebook.
Facebook mengubah budaya media sosial dengan kemudahan "tagging". Apabila kita "tag" seseorang atau kita memberikan komen dalam sesuatu perbincangan, Facebook memaklumkan kita sekiranya ada respons lain. Lalu perbincangan menjadi semakin rancak.
Pilihan raya presiden Amerika Syarikat minggu lalu mungkin pengundian paling beremosi yang pernah saya pantau.
Dari mula lagi, beratus-ratus orang dalam senarai Facebook saya menunjukkan emosi negatif apabila Donald Trump mendahului Hillary Clinton. Semua orang dalam senarai menyokong Hillary. Mereka menganggap diri mereka sebagai liberal dan progresif. Tetapi mereka semakin putus harapan sehinggalah beberapa jam kemudian apabila Trump menang.
Pencalonan Trump untuk presiden mengejutkan ramai pemerhati politik negara itu. Perlu diingat, Trump pernah menjadi calon sebelum ini untuk Reform Party kira-kira 15 tahun lalu. Anehnya, pada zaman itu, Trump menyerang calon yang konservatif seperti Pat Buchanan sebagai "nazi" dan menyerlahkan dirinya sebagai calon liberal.
Tahun lepas, Trump yang sebelum ini penyokong Democrat, menyertai parti Republican, satu perubahan amat ketara walaupun secara dasar luaran mereka sama sahaja, terutamanya di Timur Tengah di mana mereka agresif mempertahankan Israel dan mengebom negara Islam yang bukan pengeluar minyak.
Sepanjang pencalonan Trump, dia mengeluarkan kenyataan kontroversi. Dia mahu membina tembok tinggi sepanjang sempadan AS-Mexico, sebagai contoh. Dia juga mahu mengusir pendatang dari negara itu yang berada di AS tanpa izin.
Tidak ketinggalan daripada kontroversi adalah yang berkait penduduk Islam. Setelah berlaku serangan IS, Trump mencadangkan mengharamkan umat Islam melawat AS dan mempertimbangkan pengusiran rakyat AS beragama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Takkan perunding bodoh guna kadar tukaran ringgit 2009 kira kos ECRL

Posted: 15 Nov 2016 06:20 PM PST

Pua berkata, tindakan Liow menunjukkan beliau terdesak menjawab soalan semata-mata untuk mewajarkan kenaikan kos projek ECRL yang menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan.
tony-pua-liow-ecrl-1
PETALING JAYA: Tony Pua hari ini mempersoalkan menteri pengangkutan jika perunding HSS Integrated Sdn Bhd begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009 hingga 2010 untuk mengira kos Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), sedangkan kajian projek itu hanya dimuktamadkan tahun lalu.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Rakyat semalam yang kos pembinaan ECRL meningkat daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion disebabkan penurunan nilai ringgit.
Katanya, pengiraan itu dibuat mengikut kadar pertukaran ringgit pada 2009 hingga 2010, iaitu RM3.20 kepada 1 dolar Amerika, berbanding kadar sekarang RM4.20 atau sudah naik kepada RM4.50."
Pua berkata, tindakan Liow itu menunjukkan beliau terdesak menjawab soalan semata-mata untuk mewajarkan kenaikan kos daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion yang seterusnya menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan.
"Adakah menteri pengangkutan memberitahu kita perunding-perunding HSS yang menyiapkan banyak projek infrastruktur mega di negara ini begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009-2010 untuk mengira kos projek itu, walaupun mereka hanya memuktamadkan laporan berkenaan pada Disember 2015 apabila kadar pertukaran sudah mencecah RM4 kepada dolar ketika itu?"
Pua berkata, kajian kebolehlaksanaan HSS itu menelan belanja RM8.7 juta dan mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan, mulai Disember 2009 hingga Disember 2015, sebelum memuktamadkan kos ECRL berjumlah RM29 bilion.
"Disebabkan kajian lengkap HSS perlu mengambil 6 tahun untuk disiapkan dan hanya dimuktamadkan pada Disember 2015, bagaimana kerajaan tiba-tiba memutuskan hendak mengubah jajaran dalam masa 6 bulan atau lebih? Adakah perunding kejuruteraan baharu dilantik untuk menjalankan satu kajian baharu yang boleh disiapkan dalam tempoh itu?"
Read More / Baca Lagi >>

Badan Peguam akan rayu keputusan 'tiada semakan' keputusan AG

Posted: 15 Nov 2016 06:19 PM PST

Badan Peguam Malaysia akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak membolehkannya untuk memohon semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara (AG) untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara-perkara yang berkaitan 1MDB.
Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru berkata, ia adalah satu kes yang signifikan kerana ia melibatkan bidang kuasa mengenai kuasa pendakwaan peguam negara sebagai pendakwa raya, dan kebebasan badan penyiasat mengikut undang-undang yang ditubuhkan seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Dalam satu kenyataan malam tadi, Thiru berkata kes itu juga mengenai prinsip kardinal bahawa tiada perantaraan (instrumentality) kerajaan mengatasi undang-undang dalam sistem yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang.
Thiru berkata Badan Peguam Malaysia kecewa dengan keputusan yang dibuat pada 11 November itu bahawa keputusan AG tidak tertakluk kepada semakan kehakiman dalam mahkamah undang-undang, dan ia adalah berdasarkan kepada kuasa dan budi bicara yang diperincikan dalam perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir lagi lantang, jadi kenapa saya, soal Zaid

Posted: 15 Nov 2016 04:25 PM PST

Dalam perjuangan, tidak boleh takut, kata bekas menteri undang-undang itu menjelang soal siasat polis terhadapnya hari ini.
zaid-mahathir-1
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan layanan polis yang dikatakan berat sebelah terhadapnya, sambil mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jauh lebih lantang dalam mengkritik kerajaan.
Beliau mengulas keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil keterangannya hari ini berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Twitter yang disifatkan sebagai menghasut.
"Tun Mahathir lebih lantang mengkritik Najib, menyifatkannya sebagai penyamun dan pencuri, macam-macam lagi. Kenapa tidak ambil tindakan?
"Adakah kerana mereka takut kepada Mahathir, dan tidak takut kepada saya? Ini tidak adil. Najib dan Khalid perlu beri penjelasan," katanya dalam wawancara bersama FMT.
Dr Mahathir sebelum ini pernah diarahkan memberi keterangan kepada polis, dan Jun lalu disoal selepas menyamakan Najib dengan pemimpin diktator Uganda, Idi Amin. Bagaimanapun, tiada pendakwaan dilakukan setakat ini.
Zaid yang merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dijadualkan memberi keterangan hari ini berkenaan dakwaannya Najib dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali sebagai "crooked" (jahat).
Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan peguam negara berhubung siasatan kes SRC International (SRC) dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib pada 2013.
Najib dan pemimpin Umno mendakwa wang itu merupakan sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada Umno dan sudah dipulangkan, sambil menafikan ia merupakan sebahagian dana berkait 1MDB.
Macam koboi
Read More / Baca Lagi >>

Jamal bohong dakwa 3 pemuda ubah haluan, kata Bersih

Posted: 15 Nov 2016 04:22 PM PST

Bersih 2.0 menafikan 3 penyokong yang memakai baju Bersih 5 yang bergambar dengan Jamal tidak lagi menyokong pergerakan itu.
jay-jay-jamal
PETALING JAYA: Bersih 2.0 mengesahkan 3 pemuda yang bergambar bersama Datuk Jamal Yunos merupakan penyokong kumpulan itu, bagaimanapun menafikan mereka sudah bertukar haluan seperti didakwa ketua Gerakan Baju Merah itu.
Naib Pengerusi (Pantai Barat) Bersih 2.0, Jay Jay Dennis berkata kesemua mereka berikrar akan menyertai perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.
Menurutnya, ketiga-tiga merupakan mahasiswa.
"Dakwaan kononnya ketiga-tiga mereka 'insaf' dan tidak lagi menyokong Bersih selepas bertemu Jamal tidak betul, sebab salah seorang ahli jawatankuasa Bersih yang rapat dengan salah seorang pemuda dalam gambar itu memberitahu mereka masih lagi menyokong Bersih dan akan turun pada 19 November ini," kata Jay Jay kepada FMT.
Gambar Jamal bersama 3 pemuda itu tersebar luas.
Jamal berkata beliau bertemu mereka sewaktu solat di sebuah masjid di Ampang, dan selepas mendengar penjelasannya, mereka "insaf" dan tidak mahu menyokong Bersih.
Gambar tersebut turut mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.
Jay Jay berkata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu perlu "berhenti menipu rakyat", sambil menambah taktik yang digunakannya sudah lapuk.
"Saya tengok dia (Jamal) sekarang ini macam kanak-kanak sekolah, yang tidak ada idea baharu dan kalau ada idea baharu yang digunakan untuk melawan Bersih hasilnya tetap sama dan gagal.
"Saya minta Jamal jangan buang masa," katanya kepada FMT.

Halal atau haram? Bersih 5 menurut Islam

Posted: 15 Nov 2016 04:21 PM PST

Menjawab 5 persoalan yang menjadi keraguan segelintir umat Islam mengenai perhimpunan Bersih 5 Sabtu ini.
bersih-5
Oleh Lokman Salleh
Islam membenarkan demonstrasi untuk meluahkan perasaan secara aman. Namun, bagaimanakah kaedah yang sepatutnya supaya ia selaras dengan syariat?
Meluahkan perasaan secara kolektif merupakan fitrah manusia, terutamanya manusia bertamadun. Ia termasuklah menyatakan sokongan serta dokongan, menyambut kepulangan orang yang disayang seperti pemimpin, atau orang yang mempunyai tempat di dalam hati kumpulan atau masyarakat, dan juga melahirkan bantahan ataupun pendapat yang berlainan.
Isunya bukanlah berkenaan boleh atau tidak untuk berdemonstrasi. Sebabnya di dalam Islam, sebarang perbuatan selain amal ibadat khusus adalah harus dan tidak memerlukan dalil untuk menunjukkan kebenarannya, selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya.
Ulama fiqh menyatakan: "Hukum asal bagi sesuatu perkara (yang tidak disebutkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah) adalah harus selagi mana tidak menghalalkan yang jelas haram, ataupun mengharamkan yang jelas halal."
Malah masyarakat berkumpul untuk menzahirkan perasaan acapkali berlaku di zaman Nabi.
Sebagai contoh, sambutan penduduk Madinah yang menyambut kedatangan Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dari Mekah, perarakan penduduk Madinah ketika menyambut kelahiran Abdullah bin Zubair, ataupun penzahiran kekuatan kaum Muslimin dengan bertawaf sekeliling Kaabah di Mekah sewaktu Umar al-Khattab memeluk Islam.
Kesimpulannya, perbuatan seperti demonstrasi tidak diharamkan sama ada di dalam Al-Quran mahupun Sunnah.
Bagaimanakah kaedah atau cara bagi mengimbang di antara mudarat di sebalik demonstrasi seperti gangguan kepada peniaga di sekitar tempat demokrasi? Dan, apakah langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini?
Demonstrasi seringkali membawa keuntungan bagi para peniaga. Logiknya adalah, apabila ramai orang berhimpun, maka semakin ramai pelanggan yang akan datang membeli barang berbanding hari-hari biasa.
Namun, janganlah pula pihak berkuasa memomokkan demonstrasi ini dengan menyamakannya seperti pemberontakan ataupun rusuhan. Itu isu lain.
Perhimpunan aman adalah satu peluang untuk para peniaga mendapat pelanggan yang lebih ramai berbanding hari-hari lain.
Pihak berkuasa juga janganlah memprovokasikan para demonstran ataupun menangkap mereka sesuka-hati.
Kita seharusnya mengambil contoh daripada para anggota keselamatan di negara-negara maju seperti Amerika, UK, negara-negara Eropah, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain lagi dalam membantu para demonstran agar demonstrasi berjalan lancar dan tidak menganggu trafik.
Kekecohan demonstrasi hanya berlaku apabila ada pihak yang membuat provokasi. Dalam kes ini rakyat Malaysia, samada para demonstran mahupun pihak anggota keselamatan haruslah saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan berusaha memastikan keamanan terjaga.
Justeru, kerajaan haruslah juga mengambil teladan daripada kerajaan negara-negara maju. Yakni, professional dan bersedia mendengar suara rakyat. Sikap ini akan membuatkan rakyat lebih menghormati kerajaan dan menyayangi mereka walaupun ada isu yang mereka tidak bersetuju.
Kerajaan tidak perlulah khuatir atau bimbang kerana rakyat Malaysia tidak akan memberontak ataupun melancarkan revolusi seperti di negara Arab dan Afrika.
Rakyat kita mempunyai kerjaya dan urusan rumah masing-masing. Mereka akan balik ke rumah setelah penat, dan panas. Malahan, rakyat Malaysia juga cukup makan dan tidak kelaparan seperti rakyat dunia ketiga yang menjadikan demonstrasi sebagai wahana pemberontakan. Memberontak bukan budaya rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)