Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Takut 'dicincang' Jamal, Zuraida buat laporan polis

Posted: 14 Nov 2016 09:53 PM PST

Kita Mesti HAPUSKAN Umno Ini ! - Tun Mahathir

Posted: 14 Nov 2016 09:51 PM PST

Skandal 1MDB: Muhyiddin berharap beliau tidak akan ke penjara

Posted: 14 Nov 2016 09:50 PM PST

"Saya dapat Datuk sebaris dengan Datuk Jamal," jawab Adam

Posted: 14 Nov 2016 09:49 PM PST

Jamal mohon maaf, mahu selak kain lihat kudis Zuraida

Posted: 14 Nov 2016 09:43 PM PST

NURUL IZZAH & TYRA HANIM - Don't bully us

Posted: 14 Nov 2016 09:39 PM PST

MCA percaya dapat semula sokongan kaum Cina, kata Sin Woon

Posted: 14 Nov 2016 09:37 PM PST

Zuraida buat buat laporan polis terhadap Jamal

Posted: 14 Nov 2016 09:18 PM PST

TPP Dijangka Berakhir Bawah Pentadbiran Trump

Posted: 14 Nov 2016 09:17 PM PST

Jamal 'acah-acah' hulur duit, bergurau dengan penyokong Zuraida

Posted: 14 Nov 2016 09:17 PM PST

Tian Chua: PKR yakin Rafizi menang rayu hukuman OSA

Posted: 14 Nov 2016 09:16 PM PST

Jamal anggap Zuraida sebagai kakak, mereka bertemu di IPD Ampang

Posted: 14 Nov 2016 09:14 PM PST

'Demo 19 Nov, jangan marah polis bertindak,' - amaran IGP

Posted: 14 Nov 2016 09:13 PM PST

Risalah 1MDB tuduh peguam negara AS, ramal tunai RM3 bil dalam program anjuran Jasa di Australia

Posted: 14 Nov 2016 04:28 PM PST

Buku kecil dalam Bahasa Melayu itu diedarkan dalam program anjuran Jasa di Australia baru-baru ini.
buku-1mdb
PETALING JAYA: Sebuah buku kecil yang diedarkan di sebuah program penjelasan isu 1MDB anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Australia baru-baru ini menuduh Peguam Negara Amerika Syarikat, di samping membuat ramalan syarikat itu bakal menerima lebihan tunai hampir RM3 bilion dalam tempoh 20 tahun lagi.
Akhbar The Australian melaporkan, buku kecil itu menuduh Loretta Lynch sengaja membangkitkan saman menyita aset syarikat berkenaan atas kepentingan peribadi.
Meneliti kandungannya, buku 20 muka surat itu turut mendakwa saman Jabatan Kehakiman AS (DoJ) untuk menyita aset yang didakwa dicuri daripada dana 1MDB di negara itu sebenarnya usaha Lynch mengalihkan perhatian umum terhadap skandal email Hillary Clinton, calon pilihan raya presiden yang tewas kepada Donald Trump pada 9 November lalu.
Jasa baru-baru ini menganjurkan program di Sydney, Australia, sebagai usaha kerajaan menyasarkan pelajar Malaysia di luar negara untuk menjelaskan tuduhan ke atas syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Antara lain, program tersebut dihadiri Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy. Bagaimanapun, The Australian berkata wartawannya diusir keluar daripada program itu. Sebelum ini, wartawan Rachel Pannett dari The Wall Street Journal, akhbar yang kerap melaporkan kepincangan syarikat 1MDB, turut diusir keluar, selepas penganjur menetapkan hanya mereka yang dijemput dibenarkan masuk.
The Australian melaporkan buku kecil yang diedarkan itu turut mempersoalkan dakwaan yang "Malaysian Official 1" (M01) yang disebut dalam saman DoJ pada Julai itu merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut buku itu, DoJ tidak menamakan MO1 kerana tidak mempunyai bukti dan maklumat bagi mengaitkannya dengan kesalahan yang diperincikan dalam permohonan menyita aset 1MDB.
Buku itu juga mendakwa 1MDB bakal melaporkan keuntungan RM2.96 bilion selepas ia ditutup pada 2039, menyandarkan ramalan itu kepada aliran tunai RM12.29 bilion daripada projek utamanya, Tun Razak Exchange.

Gambar Jamal dengan 3 pemuda baju kuning cetus "tanda tanya"

Posted: 14 Nov 2016 04:26 PM PST

Ia mungkin amaran akan berlaku kekacauan yang kemudian dituduh ke atas penyokong Bersih.
jamal-bersih
PETALING JAYA: Sekeping gambar menunjukkan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos tersenyum mesra dengan 3 pemuda memakai baju kuning Bersih 5 mencetuskan kebimbangan mengenai penglibatan agent provocateur untuk sengaja mengundang kekacauan pada perhimpunan Sabtu ini.
Akhbar TheSun melaporkan, gambar yang dikongsi meluas di media sosial itu menimbulkan persoalan mengenai niat sebenar Jamal, yang sebelum ini berjanji akan melakukan apa sahaja bagi menghalang perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah tidak menolak ia mungkin usaha mencetuskan kekacauan yang kemudiannya akan dituduh sebagai perbuatan penyokong Bersih.
Jamal bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau terserempak dengan 3 pemuda itu di sebuah masjid di Ampang Jaya.
"Saya bertemu mereka pada Ahad ketika solat Zohor. Saya menganggap pemuda itu saudara saya.
"Saya menasihati mereka, dan mereka diselamatkan Tuhan dan bertaubat daripada menyertai Bersih," Jamal dipetik TheSun sebagai berkata.
Read More / Baca Lagi >>

Punca hidung Jamal berdarah.....

Posted: 14 Nov 2016 04:10 PM PST

Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.

Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.

Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit "polis tumbuk saya" berkali-kali.
Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh "budak" anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.
Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.
Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian

RAFIZI TAK BOLEH TANDING PRU-14 KECUALI SABITAN GUGUR – GOBIND

Posted: 14 Nov 2016 04:07 PM PST


PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang melainkan sabitan terhadapnya digugurkan.
"Jika terdapat sabitan dan beliau dihukum denda sehingga RM2,000 atau lebih dari setahun penjara, beliau tidak layak sebagai calon, jadi tidak boleh bertanding," kata peguam Gobind Singh Deo kepada The Star Online pada Isnin.
Bagaimanapun, Gobind berkata, Rafizi masih boleh menjadi Ahli Parlimen sehingga "sabitan tersebut tidak boleh dikemukakan rayuan sepenuhnya".
Pada Isnin, Naib Presiden PKR itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.
Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit berkenaan tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Beliau turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit yang sama menerusi satu sidang media pada 28 Mac lalu, tanpa kebenaran.
Hakim, Zulqarnain Hassan membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

RINGGIT TERUS MENJUNAM, BERSEDIA MALAYSIA?

Posted: 14 Nov 2016 04:06 PM PST


Profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University Dr Yeah Kim Leng berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi ketidak stabilan pasaran kewangan yang meningkat.
Ini kerana peningkatan aliran keluar modal yang sejajar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah AS selain prospek pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, jelas beliau.
Kata beliau, jangkaan tersebut ekoran terdapat perubahan dalam jangkaan ekonomi AS selepas pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS ke-45.
"Ketidakstabilan yang meningkat dijangka berlaku di kebanyakan pasaran pesat membangun berikutan pelabur tidak pasti mengenai dasar-dasar AS apabila Trump mengambil alih jawatan Presiden.
"Bagaimanapun, ketidakstabilan itu berbeza di setiap negara. Seperti Malaysia, pelaburan asing dalam pasaran bon, terutamanya dalam sekuriti kerajaan, akan menyaksikan aliran keluar yang meningkat," katanya kepada Bernama, hari ini.
Yeah berkata ini juga akan menyebabkan ringgit lemah.
"Bagaimanapun, kami berpendapat ini hanya antara keadaan yang akan berlaku dalam pasaran kewangan Malaysia, seperti sebelum ini, kita dapat menghadapi aliran keluar ini.
"Apa yang diperlihatkan ringgit ialah pelabur Malaysia dan asing berusaha untuk melindung nilai pegangan mata wang mereka disebabkan permintaan yang meningkat terhadap dolar AS," kata Yeah.
Setakat jam 2 petang, ringgit disebut pada 4.3250 berbanding dolar AS, tidak berubah sejak dibuka hari ini.
Sementara itu, The Edge Markets melaporkan, ringgit berpotensi untuk menjunam ke paras RM4.80 bagi setiap dolar AS dalam tempoh terdekat ekorang jangkaan prestasi tidak menentu sehingga dasar-dasar pentadbiran baru AS dikenal pasti.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Jamban memalukan diri sendiri dakwa perempuan pukul dia

Posted: 14 Nov 2016 03:58 PM PST

Baju Merah dijangka provoke kaum Cina BERSIH 5

Posted: 14 Nov 2016 03:58 PM PST

Negara di perintah oleh PENCURI, PEROMPAK & PENYAMUN

Posted: 14 Nov 2016 03:57 PM PST

Malaysiakini buktikan Jamal Jamban penipu

Posted: 14 Nov 2016 03:57 PM PST

LKS sanggup kerjasama dgn Najib utk hapus KLEPTROKASI

Posted: 14 Nov 2016 03:56 PM PST

Skandal 1MDB: Surat Rafizi dari kandang tertuduh

Posted: 14 Nov 2016 09:28 AM PST

Oleh Rafizi Ramli
Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf.


Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim.

Ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat. Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya. Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat.
Keputusan pada hari ini telah saya jangka. Hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua kes juga telah saya jangka.
Saya yakin atas penghujahan undang-undang yang kukuh oleh pasukan guaman, rayuan saya ke Mahkamah Tinggi ada peluang baik untuk menang.

Saya telah meminta supaya Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham dan Saudara Ahmad Nizam bersama-sama peguam muda untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.
Pun begitu, saya bukan orang baru dalam sepak terajang politik negara. Saya tahu saya perlu realistik bahawa besar kemungkinan saya akan dipenjarakan dan ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang.
Saya telah susun seadanya segala perancangan agar isteri, anak dan ibu bapa kami dapat menjalankan kehidupan sebaik mungkin walaupun saya tiada buat sementara waktu.
Saya menghargai rasa prihatin yang dicurahkan, namun saya juga memohon supaya ruang peribadi kami bertiga (saya, isteri dan anak) dihormati dalam beberapa bulan akan datang supaya kami boleh menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga biasa.
Setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT, saya tidak pernah memohon agar dibebaskan atau tidak dipenjarakan. Saya memohon supaya Allah SWT melapangkan dada saya supaya redha dengan apa-apa keputusan hari ini dan yang akan datang kerana semuanya telah ditetapkan oleh-Nya.
Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat.

Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.
Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik dalam BN atau parti saya sendiri.

Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun.

Maka janganlah terlalu takut atau bimbang dengan pandangan sang berkuasa, atau terlalu berkira-kira dalam keputusan kita sebagai seorang pemimpin, kerana berkira-kira kerana takut atau bimbangkan pertimbangan politik dalam keadaan kita berdepan dengan isu yang jelas yang benar dan jelas yang salahnya; itu pun akan turut dicatat untuk dihisab.
Oleh sebab itu, keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.

Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan biar perbezaan politik rosak keamanan negara - WeMalaysia

Posted: 14 Nov 2016 09:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini tidak harus membiarkan perbezaan politik merosakkan keharmonian telah berlaku dikecapi selama berpuluh tahun yang lalu.

Pengerusi WeMalaysia, Mohd Ali Halim Sirat berkata, kerjasama semua dalam menyebarkan mesej perpaduan kepada semua rakyat menjadi asas ia sentiasa kukuh walaupun diakui sentiasa berhadapan halangan.

"Kita percaya kepada peranan generasi milenium. Mereka terdedah kepada perspektif dan kebebasan global untuk bertukar-tukar idea dengan sesiapa sahaja termasuk dalam mengubah dinamik politik negara.

"Perbincangan boleh dibuat namun dalam perbahasan sihat dan untuk menyumbang secara positif kepada pertumbuhan negara. Ia langkah menjadi negara yang progresif, semuanya harus diurus dengan kesederhanaan tetapi tidak dengan keganasan," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

Mohd Ali mengulas mengenai Perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November ini.

Bersih 5 menuntut lima perkara dilaksanakan, antaranya mengadakan pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah, dan memperkasa Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, Penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos juga menjangkakan akan mengadakan perhimpunan pada waktu dan tarikh yang sama.

Dalam pada itu kata Mohd Ali, toleransi dan saling hormat-menghormati menjadi asas kesederhanaan dan harus dipertahankan.

"Dengan sejarah yang berwarna-warni, rakyat Malaysia sering berbangga dengan kesopanan rakyat termasuk melibatkan isu politik. Sepanjang tahun, semua telah berjaya mempamerkan kefahaman yang mendalam mengenai hak seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Namun semua harus ingat, ketakutan kepada perpecahan dan perpaduan harus dilupuskan dengan tidak ada lagi sebarang perhimpunan yang membangkitkan kepada kenangan rusuhan.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)