Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


RM30 juta jaga 2 ekor panda China sejak 2014...Rakyat terus ikat perut...!!!

Posted: 13 Nov 2016 10:00 PM PST

RM25 juta datang daripada kerajaan Malaysia manakala selebihnya dibiayai Zoo Negara.
wan-junaidi-pandaKUALA LUMPUR: Perbelanjaan menjaga 2 ekor panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan China pada 2014 memakan sehingga RM30.2 juta, dengan purata RM60,000 sebulan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata jumlah itu diperuntukkan di bawah Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui bersama Beijing.
Dalam jawapan bertulis, Wan Junaidi berkata kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo Negara, yang menjadi tuan rumah kepada 2 panda Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang).
Panda itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China.
Perjanjian itu bagaimanapun mensyaratkan panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun dilahirkan di Malaysia.
"Untuk menamakan anak panda sekalipun, perlu ada kebenaran China," kata Wan Junaidi.
Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada Mei 2014 dan ditempatkan di dalam kawasan berhawa dingin di Zoo Negara.
Beijing sebelum ini beberapa kali menggunakan panda, antara binatang dikategorikan paling tinggi tahap kepupusan, sebagai simbol diplomatiknya dengan negara lain, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan United Kingdom.

Ekonomi: Sudah tiba masa anjak paradigma

Posted: 13 Nov 2016 09:59 PM PST


Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mengatakan sudah tiba masanya buat Malaysia untuk membuat anjakan paradigma untuk menghadapi realiti ekonomi dunia kini.

Liew Chin Tong Menurutnya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) dan Industri harus mengetuai satu pencarian ekonomi baru yang melampaui perindustrian berorientasikan eksport  yang kini banyak dipelopori oleh warga asing.
"Misi Miti bukanlah hanya sebagai urusan dagangan tetapi ia juga mengenai industri.
"Miti juga punyai peranan untuk membentuk semula  generasi seterusnya perindustrian negara yang berasaskan kemahiran dan teknologi.
"Serta cuba untuk menjana pendapatan bagi kelas pertengahan untuk pekerja Malaysia," katanya sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdagangan global dunia dijangka akan merosot pada tahun 2017, oleh itu, Malaysia memerlukan strategi yang jelas untuk jangka masa pendek.
Tambahan pula, dengan kemenangan Donald Trump Pilihan Raya Presiden  Amerika Syarikat, baru-baru ini juga mungkin tidak mahu mengimport dari Asia.
Tambahnya lagi, jangan hanya tumpuan diberikan kepada perdagangan yang akan datang sahaja.
"Miti dan Kerajaan Persekutuan juga perlu melihat  industri Malaysia dan membawanya ke peringkat seterusnya," katanya lagi.

Tak sokong Pakatan, tak bermakna sokong Najib, kata Hadi

Posted: 13 Nov 2016 09:56 PM PST

Presiden PAS mempertahankan pendiriannya yang lebih senang mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
najib hadi awangKUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
"Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib," katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan "dedak".
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
"Ada tempat kita sokong, ada tempat tidak sokong, bukannya bulat. Terpulang pada beliau untuk buat kenyataan (untuk Dr Mahathir membuat tuduhan)," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Parti Komunis China kesal sikap pembangkang M'sia

Posted: 13 Nov 2016 09:56 PM PST

Timbalan Ketua Pengarah Parti Komunis China (CPC), Rao Huihua berkata, parti kesal dengan sikap pihak pembangkang di negara ini kerana mempolitikkan kunjungan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China.
"Pihak CPC berasa kesal apabila mendapat tahu kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke China baru-baru ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang negara ini.
"Saya berharap perkara ini tidak akan menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang sudah terjalin hampir dua dekad," ujarnya, memetik laporan Umno Online.
Kekesalan itu dizahirkan semasa kunjungan hormat beliau ke ibu pejabat Umno dengan mengadakan pertemuan bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, semalam.
Rao tiba ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung MCA selain mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Umno bagi mendapat tahu kedudukan politik semasa negara ini.
Sementara itu, dalam ucapan balas, Irmohizam mengakui akan kewujudan pandangan negatif yang mempertikaikan kunjungan hormat Najib ke China.
Namun, katanya, memang sudah menjadi sikap pembangkang di negara ini yang sentiasa cuba mengganggu-gugat keyakinan rakyat terhadap pemimpin sedia ada.
"Kami di pihak kerajaan telah memberi penerangan kepada rakyat bahawa kunjungan Najib ke China sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi dan hubungan politik antara kedua-dua negara.
"Apapun yang pembangkang cuba lakukan, hubungan baik antara Malaysia dan China tidak akan tergugat malah ia akan sentiasa dijaga demi kepentingan kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Dalam perjumpaan tersebut juga, Rao Huihua turut memaklumkan CPC akan kembali ke Malaysia bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno pada 29 November sehingga 3 Disember ini.

'Harapan saya Rafizi bebas pertuduhan untuk pimpinan fokus PRU14' - Azmin

Posted: 13 Nov 2016 09:52 PM PST

"Saya dipukul, bukan saya sebut polis pukul saya," sembang Jamal

Posted: 13 Nov 2016 09:45 PM PST

'Kalau tidak ada budak Zuraida pukul curi hingga darah, orang saya tidak mengamuk' sembang Jamal

Posted: 13 Nov 2016 09:33 PM PST

Saya hanya mahu audit akaun Najib jika Pakatan menang PRU14 - Rafizi

Posted: 13 Nov 2016 09:26 PM PST

Skandal 1MDB: Pesanan Rafizi Sebelum Ke Penjara

Posted: 13 Nov 2016 09:21 PM PST

Skandal 1MDB: Mahkamah jatuhkan penjara 18 bulan ke atas Rafizi - Peguam

Posted: 13 Nov 2016 09:19 PM PST

BERSIH tak minat layan geng baju merah

Posted: 13 Nov 2016 09:10 PM PST

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) tidak pernah berniat melawan kumpulan baju merah, sebaliknya lebih berminat menuntut pembaikan sistem politik dan institusi negara.
BERSIH dalam kenyataan berkata, pihaknya akan terus fokus dengan perjuangan dan tuntutan yang dimahukan rakyat antaranya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu diselesaikan.
"Peserta konvoi BERSIH tidak berminat melayan mereka (baju merah). Mengapa? Kerana tujuan kami bukan untuk melawan gangster.
"Tujuan kami untuk menuntut akauntabiliti skandal korupsi 1MDB dan pembaikan sistem politik juga institusi negara," katanya.
Baru-baru ini, berlaku insiden pertempuran antara peserta BERSIH dan baju merah di dua lokasi berbeza iaitu Pusat Beli-belah Ampang Point dan Hulu Langat.
Walaubagaimanapun, peserta BERSIH diserang ketika mengedarkan risalah hingga menyebabkan kecederaan dan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa ditumbuk di hidungnya.
Mengulas lanjut, BERSIH berkata, mereka dihentikan Gerakan Baju Merah dan seorang petugas keselamatan juga ketua koordinator ditumbuk.
"Kekacauan turut berlaku di Rawang dan Ampang, diketuai ketua gangster negara Jamal Yunos selain kejadian sama di Labuan, Tanjung Malim, dan Bangi.
"Jelas sekali baju merah UMNO berani buat provokasi tetapi takut pula dirakam kamera, justeru kami menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

'Polis perlu tubuhkan panel pemerhati BERSIH 5'

Posted: 13 Nov 2016 09:09 PM PST

Pihak berkuasa digesa mempermudahkan perhimpunan BERSIH 5 pada Sabtu ini dengan menubuhkan panel pemerhati untuk memastikan amalan polis yang baik.
"Saya ingin mencadangkan sesuatu yang baru - polis tubuhkan panel pemerhati untuk memantau perhimpunan itu dan mengesahkan amalan baik dan pelakuan polis," ujar bekas pesuruhjaya Suhakam James Nayagam dalam kenyataan, hari ini.
"Adalah diharapkan agar pihak penganjur dan polis akan bekerjasama untuk memastikan perhimpunan itu tenteram dan berakhir dengan aman," tambahnya.
Pihak polis, katanya, perlu membenarkan para peserta untuk berhimpun tanpa sebarang ancaman atau halangan seperti yang dilakukan dalam BERSIH 4.
Selain daripada pengurusan lalu lintas, jelas Nayagam, polis perlu menyediakan keselamatan dan perlindungan kepada para peserta.
Tambahnya, para peserta BERSIH juga perlu bekerjasama dengan polis untuk memastikan perhimpunan itu aman.
"Kekalkan keamanan dan berkelakuan baik, kerjasama dengan polis bagi memantau sempadan.
"Jangan bertindak sesuka-hati," katanya sambil mengingatkan para peserta BERSIH agar tidak merosakkan harta benda.
"Saya telah memantau kira-kira 50 perhimpunan di masa lalu dan berharap semua akan menjurus kepada keharmonian dan keamanan masyarakat," jelas beliau lagi.

BN semakin ‘takut’ dengan pembangkang

Posted: 13 Nov 2016 09:07 PM PST


Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin takut dengan kekuatan pembangkang, jelas Naib Pengerusi Amanah Negeri, Che Ibrahim Mohamed.
Menurutnya, tindakan Najib mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan negara tidak boleh bergantung pada pakatan politik yang hipokrit memperlihatkan kebimbangan pemimpin nombor satu negara itu kepada kekuatan sebenar yang ada dalam pembangkang kini.
"Apa yang paling ditakuti oleh BN ialah apabila parti-parti pembangkang berjaya mengetepikan perselisihan di kalangan mereka untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang jitu melawan BN dalam PRU 14 nanti," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pertembungan yang didakwa wujud antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang adalah ketika kedua-dua tokoh tersebut dalam aliran politik yang berbeza di mana Tun Mahathir adalah Ketua Kerajaan, manakala Kit Siang pula adalah Ketua Pembangkang.
Namun kini mereka berada dalam satu barisan pembangkang yang semakin mantap dan mempunyai cita-cita politik yang sama untuk menentang BN.
"Itulah yang digeruni dan cuba dielak oleh Najib, beliau tidak mahu dan tidak selesa jika pembangkang berada dalam satu persepakatan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika barisan pembangkang bertanding dalam PRU14 nanti menggunakan satu simbol dan satu manifesto.
"Pakatan BN sebenarnya bukanlah satu pakatan yang kukuh, kekuatan mereka semata mata kerana sebagai parti yang memerintah, jika ditakdirkan BN kalah, saya yakin pakatan BN akan pecah dan akan ada komponennya yang akan bersama Pakatan Harapan,"katanya.

Skandal 1MDB: Hukuman terhadap Rafizi tak lemahkan parti, kata Azmin

Posted: 13 Nov 2016 09:06 PM PST

Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap Rafizi Ramli tidak akan melemahkan PKR, menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut anggota parlimen Gombak itu lagi, keputusan tersebut sebaliknya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan yang ada di dalam parti untuk meneruskan perjuangan.
"(Keputusan) ini tidak akan lemahkan semangat kita untuk berjuang.
"Kita cukup yakin dengan perjuangan PKR untuk tegakkan keadilan di landasan kebenaran dan saya percaya hukuman ini sebenarnya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan dalam parti untuk teruskan perjuangan," ujar Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Azmin turut berharap agar Rafizi yang juga setiausaha agung PKR dan anggota parlimen Pandan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan agar dapat bersama-sama fokus dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Sudah pasti saya mahu beliau dibebaskan dari pertuduhan ini supaya beliau dan pimpinan dapat bersama, fokus dalam persiapan pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Bekas hakim hairan MLA Swiss boleh jejas siasatan skandal 1MDB

Posted: 13 Nov 2016 08:31 PM PST

Seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan hairan dengan keputusan Malaysia untuk menolak permohonan perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland dalam siasatan ke atas 1MDB.
Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang berkhidmat dengan Mahkamah Rayuan sepanjang tempoh 2009-2015, mengakui beliau tidak berkongsi maklumat sulit yang mungkin dimiliki Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkaitan dengan siasatan 1MDB di negara ini.
Namun, Mohd Hishamudin mendapati sukar untuk memahami bagaimana bantuan kepada pihak berkuasa Swiss boleh "menjejaskan" siasatan jenayah yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini seperti yang didakwa oleh Apandi.
"Apa yang 'prejudis' bagi siasatan pihak berkuasa?
"Sebaliknya, Malaysia harus bersemangat memberi apa jua bantuan kepada pihak berkuasa Swiss, terutama sekali apabila pihak berkuasa Swiss berkata penyelewengan dana 1MDB mungkin melangkaui AS$4.8 bilion yang diumumkan (oleh pihak berkuasa Swiss) awal tahun ini.
"Sudah pasti pemberian bantuan oleh Malaysia, seperti yang diminta oleh pihak berkuasa Swiss, akan dilakukan dengan penuh rahsia.
"Kita juga seharusnya menyambut tawaran pihak berkuasa Swiss untuk berkongsi hasil siasatan ke atas 1MDB dengan pihak berkuasa Malaysia," kata Mohd Hishamudin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

'Tak betul saya keseorangan dalam parti,' kata Rafizi

Posted: 13 Nov 2016 08:25 PM PST

'Dia tak faham penjara, hanya tahu Thomas the Tank Engine' - kata Rafizi

Posted: 13 Nov 2016 08:25 PM PST

'Dedah isu LTAT, mulut saya ditutup cepat,' - kata Rafizi

Posted: 13 Nov 2016 08:24 PM PST

'Saya tak takut masuk penjara, sebab tak pernah masuk jel'

Posted: 13 Nov 2016 08:24 PM PST

Skandal 1MDB: Rakyat bersalah bongkar penyelewengan.

Posted: 13 Nov 2016 08:09 PM PST

Jumlah penjara = 3 tahun untuk 2 pertuduhan


Sebarkan invokemalaysia.org/ms/ untuk lebih ramai bersama kita!

CUBAAN MEMBUNUH MUHYIDDIN DAN HUSNI DENGAN CHARACTER ASSISSINATION

Posted: 13 Nov 2016 08:03 PM PST


PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN'T THROW STONES
Dua orang bekas menteri yang dianggap paling mengancam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib ialah Mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir  dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Hanadzlah yang meletak jawatan tetapi menjadi duri dalam daging.
Mereka kedua menyimpan rahsia-rahsia besar yang boleh menambah kecemaran pada Najib dari masa kemasa.
Maka itu dengan apa cara sekalipun kredebiliti dan potensi mereka  mesti di musnahkan menerusi undang-undang  atau penghinaan secara character assassisnation (pembunuhan peribadi). Paling berkesan ialah pendedahan scandal sex yang telah pun cuba dilakukan terhadap kedua mereka.
Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew telah melakukan ini terhadap bukan sahaja pembangkang tetapi juga ahli partinya dan menteri-menterinya untuk memberikan sebuah kerajaan yang bersih kepada rakyat sebelum pun keburukan mereka terdedah.
Kerana malu seorang menteri telah membunuh diri kerana rasuah sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, seorang menteri telah dipindahkan menjadi duta dan seorang lagi yang berkahwin  dua tanpa memberitahunya dilucutkan jawatan menteri dan dihantar menjadi duta di Indonesia.
Seorang wartawan Utusan Melayu yang berasal dari Singapura  yang dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Singapura selepas kemenangan PAP  dalam  pilihanraya Singapore 1963, telah dipecat apabila diketahui  pergi ke rumah urut bersama kawan-kawannya di Utusan semasa kunjungan singkatnya ke Kuala Lumpur.
Othman Wok Menteri Sosial  Singapura yang sebelumnya adalah Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menyembunyikan perkahwinan keduanya telah dipanggil mengadap Lee Kuan Yew.
Dalam bukunya "Never in My Wildest Dream", Othman menceritakan secara terbuka bila perkahwinannya  diketahui, Menteri kanan PAP  Rajaratnam memintanya supaya menemui Lee Kuan Yew.
Othman menyatakan pada Lee Kuan Yew " I understand you have been informed"
" How Old is she" tanya Lee Kuan Yew.
" She 's 29 years old,"jawab Othman
Othman kemudiannya bertanya  "If I should still go to Indonesia."
Lee Kuan Yew memberitahu Othman" Go a head,but if you can't solve your problems,pack up (muka 217- 218). LKY sebenarnya terhutang budi besar kepada Othman yang membawa  sokongan Melayu kepadanya tetapi beliau lebih mementingkan sebuah kerajaan yang bermaruah, bersih dan jujur dan beliau sendiri adalah bersih dari sebarang scandal.
Tidak ada cerita tentangnya bersekedudukan atau berkhalwat dan diselamatkan.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Muda Amanah yakin PH kembalikan keyakinan rakyat

Posted: 13 Nov 2016 08:01 PM PST


Anis Afida Mohd AzliAnis Afida Mohd AzliWanita Muda Amanah Nasional gembira dengan kesungguhan dan keazaman politik yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan dalam menebus kembali keyakinan rakyat selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ketuanya Anis Afida Mohd Azli berkata, anak muda turut merasai tempias perpecahan parti pembangkang sebelum ini dan sikap tidak berpendirian sesetengah pihak yang sangat mengecewakan mereka.
"Bagi kami generasi baru kestabilan politik dan ekonomi negara amat penting. Sikap mementingkan diri parti-parti tertentu sangat mengecewakan kami dan segala impian kami melihat sebuah negara yang lebih baik seakan-akan terkubur.
"Tapi selepas Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu, ditambah dengan hasrat Bersatu untuk menyertai gabungan ini menyemarakkan lagi sinar yang ada.
"Penyertaan tokoh-tokoh kepimpinan negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin sangat dinantikan oleh semua. Rakyat sangat menanti kewujudan sebuah pakatan pembangkang yang kuat," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Laluan PH tumbang BN tanpa PAS sukar, kata penganalisis

Posted: 13 Nov 2016 08:01 PM PST

Katanya, walaupun pelbagai isu berlaku melibatkan kepimpinan negara, ia tidak mampu memberi kekuatan kepada pembangkang selagi isu ideologi antara parti politik gagal diselesaikan.
Dr-Sivamurugan-Pandian
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) berdasarkan kedudukan semasa parti pembangkang ketika ini, kata penganalisis.
Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata gabungan pembangkang perlu menyelesaikan perbezaan agenda dalam parti komponen jika bercita-cita menawan Putrajaya.
Katanya, masalah ideologi dalam PH perlu diselesaikan terlebih dulu kerana sering wujud percanggahan yang menyukarkan penyatuan sedangkan BN sejak sekian lama memang ada nilai kompromi dan pengorbanan dalam konteks gabungan besar.
"Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak berpihak kepada PH kerana ia terpecah kepada 3 penjuru," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana konvensyen pertama PH mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik Universiti Malaya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata pembangkang akan berdepan kesukaran merampas tampuk kepimpinan Putrajaya selagi PH gagal menarik PAS bersama gabungan mereka.
"Kemelut dalam PH dan hubungan dengan PAS perlu ditangani dengan baik. Walaupun banyak isu negara sedang berlaku selagi tidak ada perpaduan sesama pembangkang agak sukar merealisasikan impian menawan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS jangan berperang sampai kiamat, kata Amanah

Posted: 13 Nov 2016 07:59 PM PST

Anuar Tahir berkata Amanah sekali lagi mempelawa PAS bergabung, terutama apabila PPBM juga sudah bergabung dalam PH, meskipun dulu pemimpin mereka bermusuh dengan pembangkang.
Anuar_Tahir
PETALING JAYA: Amanah sekali lagi menyeru PAS untuk melupakan perbalahan antara mereka dan bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata perkara itu tidak mustahil kerana PH kini menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kebanyakan dalam PPBM iaitu, Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir musuh kita (pembangkang) dulu. Tetapi demi kepentingan rakyat kita berfikir secara rasional dan dapat melupakan permusuhan. Kini kita dapat duduk bersama kembali dan bersatu.
"Takkan sampai kiamat kita nak perang. Takkan orang Islam kuat tarbiah tidak boleh lakukan hal sama, macam apa berlaku dengan Dr Mahathir," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Amanah terbuka untuk menerima PAS dalam PH, atau tidak.
Dr Mahathir sebelum ini berkata hanya satu cara saja untuk menewaskan BN iaitu dengan bersatu – pakatan pembangkang perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.
Pengerusi PPBM itu berkata pakatan pembangkang perlu bersatu dan meletakkan seorang calon dalam pilihan raya tanpa mengira daripada DAP, PKR, Amanah atau PPBM.
Bagaimanapun pada konvensyen PH, tiada seorang pun pemimpin PAS menyertainya atas alasan program lain.
Anuar berkata jika PAS menyertai konvensyen PH semestinya suasana akan lebih gamat dalam penyatuan parti pembangkang untuk menumbangkan BN.
"Saya sentiasa doakan semua pihak dalam kalangan parti pembangkang akan terbuka hati untuk lihat kepentingan rakyat itu lebih penting daripada peribadi.
"Ini demi melakukan perubahan besar setelah berpuluh tahun sejak merdeka lagi. Mana-mana pihak yang tidak mahu terlibat malah secara langsung dan tidak langsung dan menyokong BN, saya percaya ia tidak diampunkan rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hidung berdarah ditumbuk, analisa video bongkar kebodohan Jamal

Posted: 13 Nov 2016 07:58 PM PST

SEMALAM kecoh betul kisah ketua Samseng Baju Merah, Datuk Jamal Yunos (panggil Jamal Jamban) yang berdarah hidung katanya ditumbuk dalam satu kekecohan di Ampang. Selepas kejadian itu, Jamal Jamban mendakwa hidungnya ditumbuk oleh budak YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang memakai T Shirt kuning BERSIH 5.

Di sini aku buat sedikit analisa terhadap rakaman kejadian tersebut. Mula-mula sekali anda boleh lihat pada video sekitar durasi 0:35 hingga 0:50. pada waktu ini Jamal Jamban belum kena tumbuk, tiada kesan darah di hidungnya. 
Selepas itu Jamal Jamban tiba-tiba menjerit dan meracau bagai orang gila kepada pihak Polis yang cuba menenangkannya:

"Kami nak keluar! Kami nak keluar! Kami nak keluar!" Jerit Jamal berulang kali.
Ini adalah permulaan berlakunya pergelutan antara Jamal Jamban bersama pengikutnya dan kumpulan anggota Polis yang bertugas. Kalau lihat dari rakaman ini, langsung tak ada sesiapa pakai baju kuning Bersih 5 di lokasi kejadian.
Kemudian berlakulah pergelutan antara Samseng Baju Merah dan pihak Polis. 
Dalam situasi ini pihak Polis yang jaga keselamatan telah mengepung kumpulan Samseng Baju Merah di dalam pasaraya, Polis telah membina satu 'buffer zone' kalau ada sesiapa pakai T Shirt kuning dalam kawasan ni memang lunyai kena belasah dengan Samseng Baju Merah yang sedang meracau.
Boleh juga dilihat gelagat lucu pengikut Baju Merah mengeraskan badan seperti dalam aksi memukul-mukul badan mereka sebelum ini.
Tidak lama selepas itu, Jamal Jamban muncul dengan darah merah mengalir keluar dari hidungnya sambil menjerit berulangkali menuduh pihak Polis telah menumbuknya.
"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" Jerit jamal berulang kali, sambil jari tunjuk pada hidungnya yang berdarah.
Jadi jelas di sini tidak ada penyokong Bersih 5 pakai baju kuning yang tumbuk Jamal Jamban, jika benar ada pun hanya Jamal seorang yang nampak.
Lebih lawak, di hujung video sekitar durasi 4:51 boleh dengar suara dari penyokong Jamal Jamban berkata:
"Datuk, kita bukan nak bergaduh dengan Polis datuk...
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)