Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hijrah ke Amanah demi perjuangan, bukan kerana kecewa

Posted: 12 Nov 2016 09:25 PM PST


Norazam Abd AzizNorazam Abd AzizPenghijrahan bertali arus ahli Pas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu kesedaran untuk meneruskan perjuangan Islam, bukan akibat kecewa seperti yang cuba diputar belit oleh golongan tertentu.
"Saya telah berjuang dengan segala upaya ketika bersama parti lama saya dulu semata-mata untuk melihat Islam tertegak, namun terpaksa memikirkan semula untuk menyertai satu pasti yang jelas mempunyai pendirian yang tidak berbolak-balik berhadapan pihak zalim yang menolak hukum Allah," kata bekas timbalan pengelola Halaqat Negeri Kelantan, Ustazah Norazam Abd Aziz.
Beliau berkata demikian di majlis bicara santai sempena program kutipan dana pilihan raya Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Kelantan di Wisma Tok Guru,
Salor semalam.
Menurutnya begitu ramai petugas-petugas parti lama berkorban segala aspek kehidupan masing-masing semata-mata untuk melihat Islam bangkit menghadapi penzalim dan hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan.
"Saya masih teringat-ingat pesanan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengingatkan petugas-petugas Islam supaya tidak sekali-kali cenderung hati dan berminat dengan penguasa zalim yang cuba menggunakan tawaran harta benda dan pelbagai ugutan supaya menyebelahi mereka.
"Malangnya sekarang terdapat mereka yang bergelar pemimpin Islam bermain kayu tiga dengan pihak berkuasa yang mengendalikan negara dengan penuh penyelewengan dan kezaliman," katanya.
Ustazah Norazam yang bergiat aktif lebih 25 tahun bersama Pas menyeru umat Islam di negara ini supaya memikirkan semula orientasi perjuangan Islam supaya lebih serasi dengan kaedah-kaedah yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah saw.
"Kita mesti mengutamakan keikhlasan dalam perjuangan dengan mementingkan persahabatan dan persaudaraan dan bukannya mencari kepentingan diri dengan mengada-ngadakan fitnah terhadap rakan-rakan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan tak akan bertahan walaupun bertambah besar, kata BN

Posted: 12 Nov 2016 09:24 PM PST

MCA kata Dr Mahathir punya agenda peribadi, Umno kata 4 parti PH tak dapat bersatu
Liow-Tiong-Lai-pakatan
PETALING JAYA: Blok pembangkang Pakatan Harapan tidak akan bertahan lama walaupun dengan pertambahan komponen baharu.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai malam tadi berkata rancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyertai perikatan Pakatan Harapan sekadar perkahwinan untuk kesenangan semata-mata untuk pilihan raya umum akan datang.
"Mereka akan berpisah selepas pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas himpunan tahunan MCA. "Rakyat kenal siapa Mahathir. Beliau ada agenda peribadi."
Penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuduh Dr Mahathir mahu anaknya diangkat menjadi perdana menteri bagi menjaga kepentingan keluarga dan penyokongnya.
Bekas presiden Umno itu dan bekas timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin menubuhkan PPBM pada September dalam usaha untuk menyingkirkan Najib.
Dr Mahathir menyeru pembentukan barisan pembangkang yang bersatu untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan bagaimanapun tidak menyakini masa depan PH walaupun dengan saiz yang lebih besar.
"Semoga berjaya. Terpulang mereka mahu bekerja bersama atau tidak. Kita akan bekerja lebih keras," katanya malam tadi.
"Saya ramal mereka tidak akan tahan lama. Akhirnya mereka akan berpecah kerana masing-masing mempunyai prinsip dan pandangan yang berbeza."
Read More / Baca Lagi >>

SALAHKAH BILA TUN M, MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MAHU ANWAR DIBEBASKAN?

Posted: 12 Nov 2016 09:23 PM PST

Salahkah bila Tun Mahathir Mohamad memakai lencana "Free Anwar Now"  pada bajunya?

Salahkah juga apabila Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir memegang plakad yang tertulis "Free Anwar"?

Sejak petang semalam terlihat meriah sungguh serangan dan persendaan terhadap tindakan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz itu sambil mereka turut dilabel dengan bermacam-macam tanggapan seolah-olah telah melakukan dosa yang sangat besar.
Apakah tindakan mereka itu suatu dosa dan melambangkan sikap hipokrasi dalam perjuangan?

Jika diperhalusi, tiada apa-apa yang salah sebenarnya. Tun Mahathir dengan Anwar sudah pun berbaik, bertemu dan bersalam antara satu sama lain. Begitu juga dengan Muhyiddin.

Mereka juga sudah sepakat dalam beberapa perkara dan bersetuju dengan hakikat perlunya Najib Razak disingkirkan atas kesalahan yang dilakukannya yang bukan saja merosakkan negara, malah menjadi perbualan di seluruh dunia.

Maka, setelah sealiran begitu, apakah salahnya lagi jika mereka mahu Anwar dibebaskan dalam penjara?

Lagi pun Anwar dipenjara sekarang bukan kerana Tun Mahathir, sebaliknya berlaku di era Najib di mana Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat itu didapati telah pun bertemu Najib dua hari sebelum membuat laporan polisnya.

Sama ada Anwar benar-benar melakukan seperti apa yang didakwa Saiful, biarlah Tuhan yang menentukannya. Bukan kerja kita menentukannya.

Tetapi, dalam proses mahkamah, keadilan adalah penting. Sebab itu, dalam kes bunuh atau rasuah misalnya, banyak yang akhirnya didapati tidak bersalah kerana wujudnya beberapa kecurigaan berkaitan kejadian dan bukannya kerana tidak melakukan kesalahan. 
Read More / Baca Lagi >>

Lim: Taktik perkauman Umno gagal jika pakatan bangkit isu ekonomi

Posted: 12 Nov 2016 09:22 PM PST

Katanya, taktik sama seperti Umno yang digunakan Donald Trump itu tidak akan berjaya jika ekonomi Amerika Syarikat kuat dan sihat.
Lim Guan EngSHAH ALAM: Ada persamaan yang ketara dalam strategi digunakan Presiden AS Donald Trump dan Umno ketika kempen pilihan raya masing-masing, kata Lim Guan Eng hari ini.
Setiausaha agung DAP itu berkata kedua-duanya menggunakan sentimen agama dan kaum untuk memecahkan komuniti pelbagai etnik, dalam cubaan berjaya mendapat undi majoriti.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Harapan tidak perlu guna tahap yang sama, kerana permainan perkauman Trump berjaya hanya kerana ia diiringi faktor besar – kejatuhan ekonomi US menyebabkan kesukaran hidup bagi rakyatnya.
"BN-Umno dalam pilihan raya umum akan datang akan menggunakan strategi politik identiti, di mana mereka akan guna isu bangsa dan agama, untuk menghasut rakyat dan akhirnya mereka membenci satu sama lain.
"Ini strategi utama BN sekarang kerana mereka sudah gagal menguruskan ekonomi. Tetapi ekonomi ialah isu utama dalam negara kita sekarang.
"Walaupun ada yang kata Trump menang dengan menanamkan rasa takut dalam kalangan warga AS, saya rasa taktik kotornya itu tidak akan berjaya jika ekonomi AS sihat dan kuat sekrang," katanya ketika berucap di konvensyen Pakatan Harapan 2016 di sini hari ini.
Lim berkata ketika rakyat AS melihat kesan pencapaian lemah ekonomi negara, mereka memutuskan untuk mengubah pentadbiran meskipun pelbagai kontroversi menyelubungi Trump termasuk tuduhan gangguan seksual.
Katanya, itulah sebabnya Pakatan kini patut tukar strategi dengan memfokuskan kepada perkara ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Bertanding bukan untuk "syok" sahaja

Posted: 12 Nov 2016 09:20 PM PST


Pimpinan utama Pakatan Harapan dan Bersatu di Konvensyen Pakatan Harapan hari iniPimpinan utama Pakatan Harapan dan Bersatu di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini
Lim Guan Eng Lim Guan Eng Setiausaha agung DAP kebangsaan Lim Guan Eng mengingatkan anggota Pakatan Harapan bawa parti pembangkang bukan bertanding untuk "syok" sahaja.
Namun tegasnya Pakatan Harapan bertanding untuk menggantikan BN.
"Kita bukan sekadar bertanding pilihan raya tetapi mahu menggantikan BN.
"Bertanding bukan syok-syok saja. Kalau kita nak bersama dengan parti itu tak payahlah. Hasrat kita untuk tolak BN dan gantikan BN," tegasnya di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, Pakatan Harapan mesti menggantikan BN yang telah terbukti gagal menguruskan ekonomi negara.
"BN gagal dalam mengurus ekonomi negara. Ini isu utama yang Pakatan Harapan perlu tekankan," katanya.
Justeru katanya Pakatan Harapan harus menyentuh hati rakyat dengan isu ekonomi termasuk penyokong Umno BN yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
"Jika kita dapat menyentuh hati rakyat tentang isu ekonomi dan Pakatan Harapan dapat yakinkan kita ada cara, saya yakin BN akan tumbang, Pakatan Harapan akan jadi kerajaan baru akan datang.
"Kita pergi kepada perkara pokok tentang isu ekonomi. Sekarang kubu kuat BN juga marah dengan kualiti hidup sekarang ini. Ekonomi, ekonomi, ekonomi," katanya.

Pengundi tegar kita jangan diabaikan, kata Mat Sabu

Posted: 12 Nov 2016 09:19 PM PST

Presiden Amanah berkata pembentukan sekutu dengan parti lain jangan sampai menjejaskan penyokong tegar pembangkang.
Mohamad SabuSHAH ALAM: Pakatan Harapan perlu terus bekerja keras menjaga pengundi tegar mereka, bukannya bekerjasama hanya dengan sesiapa saja demi kelangsungan parti, kata Mohamad Sabu.
Presiden Amanah itu memetik kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini dan berkata Trump menang kerana dia ada pengundi tegar daripada kumpulan rakyat AS, dengan menekankan ketuanan (kulit putih).
Katanya, pesaing Trump, Hillary Clinton menggunakan penyanyi Lady Gaga, tetapi Trump tidak memerlukan Lady Gaga kerana dia ada sokongan rakyat.
"Sebab itu kalau nak menang kita jangan hilang undi 'core' kita. Kalau kita nak bersahabat dengan siapa pun jangan sampai hilang undi 'core'," katanya ketika berucap di konvensyen Pakatan Harapan di sini hari ini.
Beliau yang popular dengan panggilan Mat Sabtu berkata pembangkang perlu bersatu untuk menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Memang elok bertanding satu logo. Semua akui bersendiri tidak kuat. Kalau semua bergabung kita akan jadi parti terkuat di Malaysia. Inilah rakyat menaruh harapan," katanya.
Lebih 1,000 orang menyertai konvensyen itu yang bermula 8.30 pagi hingga 5 petang tadi.
Antara yang turut serta ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Demi rakyat, mereka yang dulu "jauh" kini bersama Pakatan Harapan

Posted: 12 Nov 2016 09:19 PM PST



Wan AZizah Wan Ismail
Ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim menyeru semua pihak menyatakan pendirian untuk terus bersama dalam gabungan Pakatan Harapan demi menyelamatkan Malaysia.
Beliau berkata, demi rakyat, persefahaman dan kesepakatan harus disuburkan untuk membina Malaysia yang lebih baik tanpa berundur kerana Pakatan Harapan memiliki semangat "lawan tetap lawan-satu lawan satu".
"Dalam begitu lama kita ditindas dalam perjuangan demi mahu memastikan kelangsungan perjuangan rakyat, sehinggakan sampai satu tahap, mereka yang dahulunya 'jauh' dengan kita telah bersama dengan kita.
"Kerana matlamat yang sama, ia telah merapatkan hubungan kita yang dulunya terpisah. Dengan keterpisahan itu, mengenalkan sesama kita makna perjuangan rakyat, kebajikan rakyat, dan kemajuan demi rakyat. Bak kata, pepatah melayu, "sepakat membawa berkat" dan "yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan"," katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, semalam.
Konvensyen yang dihadiri kira-kira 1,000 pemimpin akar umbi Pakatan Harapan itu melancarkan petisyen "Bebaskan Anwar".
Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu malaysia (PPBM) turut memakai lencana tertera tulisan "Bebas Anwar" di samping gambar bekas ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga mengajak seluruh pimpinan pembangkang untuk turun ke perhimpnan Bersih 5 bagi bersama-sama rakyat dari seluruh negara membantah monopoli kenaikan harga barang.
"Pada 19 November ini iaitu pada hari Sabtu hadapan, kita akan turun ke Perhimpunan Aman Bersih 5 di Dataran Merdeka bersama-sama rakyat dari segenap pelusuk negara.
Read More / Baca Lagi >>

PAS – pokok besar yang tidak dapat diendahkan

Posted: 12 Nov 2016 09:17 PM PST

PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR.
pas
Jikalau Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.
Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan "Tok Haji yang rasuah" menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri.
Tidak akan kita terlihat cubaan seorang pemimpin tertinggi PPBM melonggokkan pihak yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan penyokong perdana menteri, tanpa menyedari betapa terdesaknya kelakuan beliau di mata orang awam.
Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, ialah PAS dengan kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.
Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.
PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.
Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.
Inilah dilemma PKR.
Apakah pula dilemma PPBM?
PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.
PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.
Read More / Baca Lagi >>

Abaikan saja PAS, kata NGO kepada HARAPAN

Posted: 12 Nov 2016 09:16 PM PST

Semua parti-parti pembangkang digesa untuk menghentikan usaha memikat bagi PAS setelah parti berteraskan Islam itu tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk bersatu menukar kerajaan.
"Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu sedar Malaysia berada dalam keadaan yang 'bahaya' dari segi ekonomi, masyarakat serta politik dan suatu gerakan drastik perlu diambil untuk menggantikan parti pemerintah demi menyelamatkan negara ini.
"Bagi merealisasikan matlamat ini, gabungan pembangkang yang kuat diperlukan untuk menurunkan regim BN.
"Bagaimanapun, matlamat ini terjejas apabila terdapat pemimpin dalam HARAPAN dan rakan-rakannya yang masih menarik PAS ke dalam pakatan pembangkang.
"PAS dari semua tindakannya jelas menunjukkan tidak mempunyai komitmen untuk menerima jemputan HARAPAN ini dengan mengeluarkan pelbagai alasan dan syarat-syarat," kata NGO pro-HARAPAN dalam memorandum.
Gabungan yang terdiri daripada pertubuhan di peringkat akar umbi semalam menyerahkan memorandum kepada ketua-ketua parti komponen HARAPAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah semasa konvensyen pertama HARAPAN itu, semalam.

Konvensyen gamat dengan "setuju" permohonan mandat Rafizi

Posted: 12 Nov 2016 09:15 PM PST


Peserta Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari iniPeserta Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini
Peserta Konvensyen Pakatan Harapan hari ini bersorak "setuju" setiap kali Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyatakan cadangan dalam usaha mengukuhkan Pakatan Harapan.
Rafizi RamliRafizi RamliAhli parlimen Pandan itu antara lain memohon mandat peserta konvensyen untuk memohon Majlis Setiausaha dan Majlis Presiden Pakatan Harapan memulakan rundingan untuk pengagihan kerusi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Saya mahu minta mandat untuk saya bawa isu-isu ini kepada Majlis Setiausaha dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk buat keputusan.
"Saya mohon mandat pertama supaya pimpinan di peringkat tertinggi memulakan rundingan untuk pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum akan datang.
"Saya juga mohon mandat untuk dibawa ke Majlis Setiausaha dan Majlis Presiden, kita juga kena ada had masa untuk rundingan.
"Setakat mana yang kita boleh, calon-calon bertanding di bawah satu logo," ujarnya disambut sorakan 'setuju' hadirin dewan konvensyen.
Rafizi turut menggesa usaha membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebat.
Beliau menyifatkan Konvensyen Pakatan Harapan adalah langkah untuk menyusun kembali gabungan pembangkang supaya menjadi lebih kukuh.
"Dengan adanya Amanah, PKR, DAP dan Bersatu, saya percaya rakyat tidak lagi ragu-ragu dengan Pakatan Harapan.
"Pakatan Harapan selama ini dapat sokongan baik daripada bukan Melayu.
"Pengundi Melayu masing-masing kalau diyakinkan mereka tidak teragak-agak untuk meninggalkan Umno-BN.
"Kita berdepan dengan kerajaan yang melakukan pemborosan.
Read More / Baca Lagi >>

Sokong satu logo, kita jadi parti terkuat, kata Mohamad Sabu

Posted: 12 Nov 2016 09:14 PM PST

Mohamad SabuMohamad Sabu
Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar parti pembangkang, PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bertanding di bawah satu logo disambut baik oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dengan keyakinan Pakatan Harapan akan menjadi parti terkuat.
"Memanglah elok bertanding guna satu logo. Semua parti pembangkang mengakui tidak kuat jika bersendirian.
"Kalau semua bergabung kita akan jadi parti terkuat di Malaysia. Inilah rakyat menaruh harapan," kata Mohamad ketika berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Menurut beliau yang kurang sihat hari ini, jika semua bersetuju, ini adalah cara terbaik untuk melawan Barisan Nasional yang menggunakan satu logo.
Mohamad juga berkata, jangan ada di kalangan parti Pakatan Harapan nanti yang mahu menjadi 'king maker'.
"Jangan kita kata kita nak jadi king maker, kalau sebelah sini jadi kerajaan kita bersama yang ini, kalau di sana jadi kerajaan kita bersama mereka.
"Kalau nak, ikat perjanjian betul-betul. Setia sebelum pilihan raya, semasa pilihan raya, selepas pilihan raya," kata beliau dipercayai menindir sebuah parti yang mahu jadi king maker dalam pilihan raya nanti.
Sebelum beliau, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berjanji akan membawa cadangan penggunaan satu logo ke Sekretariat Pakatan Harapan dengan segera untuk dikaji dari segi pelaksanaannya.
Tun Dr Mahathir ketika berucap pagi tadi mengulangi cadangannya agar kesemua parti Pakatan Harapan dan Bersatu menggunakan satu logo dalam PRU ke 14 nanti.
"Kalau kita nak kalahkan BN satu cara sahaja iaitu dengan bersatu. Kita daftar seolah-olah satu parti, kita guna satu simbol. Kita letak satu calon. Tak kira DAP ke, Amanah ke, PKR ke...asalkan itu calon kita.
"Hanya dengan cara itu kita akan dapat kemenangan," katanya.
"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sajalah, pakai satu simbol," kata Mahathir ketika berucap sessi sebelah pagi tadi.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya umum 2013 lalu, DAP pernah bersedia menggunakan logo Pas di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tak hadir konvensyen, biar rakyat menilai

Posted: 12 Nov 2016 09:13 PM PST

SHAH ALAM - "Biar rakyat sendiri menilai (kedudukan dan sikap Pas terhadap pakatan pembangkang)," itu respons Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Pas pada Konvensyen Pakatan Harapan, semalam.
Nurul Izzah Anwar Katanya, pihaknya sudah memberikan jemputan rasmi kepada Pas untuk menyertai konvensyen itu.
Bagaimanapun, kata Nurul Izzah memutuskan tidak mahu ambil pusing dengan perihal Pas.
"Saya tidak mahu fikir, jemputan sudah dihantar bagi pihak Pakatan Harapan. (Tentang Pas tidak hadir) Itu biar rakyat menilai," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini.
Sebelum ini, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jemputan telah diedarkan kepada semua parti pembangkang yang mempunyai matlamat sama iaitu menjatuhkan kerajaan BN demi memenangi pilihan raya akan datang.
Jelasnya lagi, jemputan yang sama diberikan kepada parti pembangkang lain turut dihulur kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Bagaimanapun ujarnya, hanya Bersatu yang memberikan maklum balas untuk hadir menyertai konvensyen itu.

Pihak bawa masalah dalam pembangkang sokong Najib, kata Tun M

Posted: 12 Nov 2016 09:11 PM PST


Tun Dr Mahathir menerima 'standing ovation' di Konvensyen PH hari ini.Tun Dr Mahathir menerima 'standing ovation' di Konvensyen PH hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima 'standing ovation' di Konvensyen Pakatan Harapan hari ini yakin pihak yang menimbulkan masalah di kalangan pembangkang adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak.
"Saya berpendapat siapa yang menimbul masalah dalam pembangkang ini adalah penyokong Najib," kata Mahathir ketika memberikan ucapan khas dalam Konvensyen Pertama Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Tanpa menyebut mana-mana parti, bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata, mereka boleh dakwa berjuang untuk Melayu tetapi sebenarnya sokong Najib.
"Mungkin mereka terima dedak," kata Mahathir di konvensyen itu.
"Kita akan menentang mereka yang tidak bersama dalam gerakan jatuhkan Najib," tegasnya.
Bagi beliau, ada yang berkata tak boleh terlibat sebab ada DAP.
"Saya dulu paling anti DAP, tapi itu terlalu kecil berbanding usaha jatuhkan Najib," kata Mahathir yang menyifatkan Najib terlalu melampau sekarang ini.
"Orang ini sangat berbahaya kepada negara. Hutang negara tak dapat bayar. Sudahlah tak cukup untuk bayar hutang 1MDB, kini pinjam pula kononnya nak buat landasan keretapi RM55 bilion.
"Sebelum ini dia ada RM2.6 bilion dalam akaun, kononnya Tok Arab bagi. Saya minta nak buat universiti Islam, saya dapat kosong," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Saya demam bila Trump menang' - Mat Sabu

Posted: 12 Nov 2016 09:10 PM PST


Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, bukan semua ramalan yang dibuat menjadi sepertimana yang dijangkakan.
Mengambil contoh seperti  yang terjadi dalam isu kemenangan ‎Donald Trump yang sebelum ini diramalkan kalah teruk, namun sebaliknya yang berlaku.
"Saya demam bila Trump diisytiharkan menang, dalam 10 ramalan seperti yang dikeluarkan CNN, BBBC, dan lain-lain mengatakan sembilan Hillary, satu Trump, tapi Trump yang menang.
"Mereka buat ramalan bukan semua betul," katanya di Konvensyen Pakatan Harapan, di sini hari ini.
Ujarnya, dalam hal ini satu pengajaran boleh diambil iaitu pendekatan Trump yang menjaga undi sebenar itulah yang telah membuatkannya menang.
"Saya lihat Trump menjaga undi asas beliau iaitu (rakyat Amerika)," katanya.
Oleh itu, Mat Sabu mengajak pemimpin Pakatan Harapan agar mengambil iktibar daripada kejadian itu.
"Kita kena jaga undi sebenar kita, jangan lari daripada undi itu,
"Mereka ini berbicara setiap hari. Adakah kita akan terus setia dengan perjuangan suci ini," katanya lagi.‎

Anak muda mesti di barisan hadapan Bersih 5

Posted: 12 Nov 2016 09:09 PM PST

Nurul Izzah Anwar Nurul Izzah Anwar Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyeru anak muda turun ke himpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Beliau berkata, anak muda juga perlu keluar mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 dan menolak Umno BN.
"Saya percaya rakyat sudah jelek dengan pemerintah yang ada. Justeru, syarat yang ada adalah melalui pilihan raya walaupun kita sedar persempadanan semula menyebabkan kerusi marginal tidak lagi menyebelahi PH.
"Sekarang di Malaysia, ada 5 juta anak muda tidak mendaftar mengundi.
"Bila lagi di barisan hadapan, Tun Mahathir dalam himpunan Bersih 19 November," katanya di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, anak-anak muda tidak boleh lagi berdiam diri apabila mereka yang lantang bersuara mengkritik kerajaan yang memerintah ditahan pihak berkuasa.
"Jufazli ditangkap kerana berani memperkatakan krisis air di Sabah.
"Anak-anak muda kita yang pintar dikejar. Hanya sebar risalah baru ucap As'salamualaikum (Ashraf Nazrin) ditangkap.
"Dalam kita melakukan perubahan, kebijaksanaan politik mesti ada, orang buat jahat pada kita, kita tolak tapi tak perlu ulang pada orang lain.
Tarik rambut tepung. Pendekatan kita memandu bukan dipandu, bukan ikut naratif musuh," katanya.
Beliau juga berasa bangga dengan kewujudan Pakatan Harapan walaupun melalui pelbagai ujian.
Read More / Baca Lagi >>

MEMAHAMI MENGAPA PERJANJIAN PENYERTAAN PPBM KE DALAM PAKATAN HARAPAN DITANGGUHKAN

Posted: 12 Nov 2016 09:08 PM PST

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan pada hari ini.
 
2. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Sekretariat Pakatan Harapan yang telah mengundang saya untuk berucap bersama-sama pimpinan parti-parti Pakatan Harapan dalam konvensyen yang diadakan pada hari yang amat bersejarah ini.
3.​Ini adalah satu penghargaan dan penghormatan yang amat bermakna buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pastinya, saya tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama-sama dengan rakan-rakan pimpinan daripada PKR, DAP dan Amanah dalam konvensyen ini untuk merangka pembentukan sebuah gabungan parti-parti pembangkang yang mantap dan kuat serta menawarkan masa depan yang lebih baik buat Malaysia dan seluruh warganya.
4. ​Keadaan negara kita hari ini tidak bertambah baik. Harga minyak dunia yang rendah menyebabkan pendapatan negara semakin susut. Banyak subsidi yang sebelum ini diberikan untuk meringankan beban rakyat terpaksa ditarik balik. Yang terbaharu ialah penarikan subsidi minyak masak yang pastinya menambahkan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
5. ​Semalam, nilai ringgit menjunam ke paras RM4.72 berbanding satu dollar Amerika, iaitu paras paling rendah dalam tempoh 12 tahun. Ini adalah satu amaran awal yang menguji ketahanan Bank Negara dan ketangkasan kerajaan dalam menangani krisis. Saya pernah sebutkan dalam ucapan perbahasan Bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini bahawa Malaysia berada dalam keadaan yang amat terdedah kepada serangan spekulator matawang jika langkah-langkah penyelamatan ekonomi negara tidak dilakukan dengan segera. Dengan hutang luar negara kita yang tinggi, harga minyak dunia yang menjunam dan sumber kewangan kerajaan yang terhad, negara kita akan menghadapi satu malapetaka ekonomi yang dahsyat jika ringgit kita diserang oleh penyangak matawang seperti yang dilakukan oleh Soros pada tahun 1997. Nauzubillahi minzalik.
6. Dengan kejatuhan nilai ringgit, nilai hutang luar negara kita yang kebanyakannya dalam matawang dollar akan turut meningkat. Selain itu, harga barangan import, terutama barangan makanan akan bertambah mahal dan ini sudah pasti menambahkan beban rakyat yang telah pun sedia terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat, malah ramai yang terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan mata pencarian jika ekonomi negara kita terus suram dan kerajaan gagal untuk melaksanakan langkah-langkah rangsangan ekonomi dengan segera.
7. Malangnya, tatkala rakyat sedang gundah gulana dan keluh kesah memikirkan nasib hari ini dan esok, Perdana Menteri masih boleh menyanyi dan menari dengan gembira dalam pesta riang ria menyambut tetamu negara. Seolah-olahnya tiada apa yang berlaku. Malah sebelum itu, dia dan keluarganya berkelana ke negara China bukan untuk menarik pelaburan, tetapi menambah hutang negara.
8. Ketika kerajaan sepatutnya lebih berhemah dalam berbelanja dan berusaha untuk mengurangkan beban hutang negara, Najib telah menyebabkan kerajaan berhutang lagi sebanyak RM55 bilion dengan bank dari negara China untuk membina landasan keretapi paling mahal di dunia. Tatkala biasiswa mahasiswa dipotong, subsidi minyak ditarik balik dan peruntukan kepada kementerian-kementerian dikurangkan, kontrak pembinaan projek mega bernilai puluhan billion ringgit ini diberikan kepada sebuah syarikat dari negara China tanpa melalui proses tender terbuka.

9.​ Inilah cara pengurusan ekonomi Najib yang langsung tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Ini tidak termasuk perjanjian-perjanjian lain yang bernilai RM144 bilion kesemuanya, yang kebanyakannya adalah hutang, bukan pelaburan. Hutang 1MDB pun masih belum nampak jalan penyelesaiannya, Najib menambah lagi hutang negara berjumlah ratusan billion ringgit yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.
10. Apabila pemimpin yang korup salah urus ekonomi negara, rakyatlah yang menderita. Hasil kutipan GST dan cukai pendapatan tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara dan menampung pembaziran oleh pemimpin yang boros dan rasuah.
11. Dalam keadaan ini, rakyat tiada banyak pilihan. Ke mana sahaja saya pergi, mereka kata tunggu pilihanraya. Mereka tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Mereka mahu mengundi parti yang diyakini boleh membentuk sebuah kerajaan yang bersih, beramanah dan bertanggunjawab serta mampu untuk menyelamatkan negara dan membela nasib masa depan mereka.
12. Rakyat sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi kepada parti-parti pembangkang untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam PRU 14. Mereka melihat parti-parti pembangkang sebagai pilihan utama untuk menerajui negara selepas PRU 14.
13.​Namun, kita tidak boleh berasa selesa dengan sentimen rakyat yang nampaknya menyebelahi kita pada masa ini. Kerana pada masa yang sama mereka juga bertanya bolehkah parti-parti pembangkang membentuk satu gabungan politik yang mantap dan kuat untuk menewaskan Barisan Nasional? Atau mungkinkah parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya terpaksa bertanding melawan sesama sendiri dalam pilihanraya.
14.​Seperti yang telah berlaku dalam dua pilihanraya kecil baru-baru ini, pertandingan tiga penjuru melawan Barisan Nasional telah menyebabkan kekalahan parti pembangkang dan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional, walaupun parti itu dilihat terbelenggu dengan seribu satu macam permasalahan.
15. Ingin saya tegaskan bahawa pertandingan tiga penjuru akan membawa malapetaka politik yang besar kepada parti-parti pembangkang. Ia ibarat jerangkap samar yang dipasang oleh rejim Najib  untuk memecah-belahkan pembangkang dan mengekalkan kuasa Barisan Nasional dengan cara yang amat kotor.
16. Justeru, penting bagi kita sesama parti pembangkang untuk mencapai kata sepakat dan mengadakan perjanjian untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional. Kita perlu mencari satu formula terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti pembangkang, khususnya dalam pembahagian kerusi pilihanraya.
17. Pastinya perlu ada sedikit pengorbanan dalam kalangan parti-parti pembangkang untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri di dalam pilihanraya demi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menyelamatkan Malaysia daripada belenggu sebuah rejim yang jahat dan khianat. Dalam keadaan ini, kita tentunya perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan parti. Satukan barisan pembangkang. Barulah rakyat ada keyakinan bahawa kita boleh membentuk kerajaan yang lebih baik berbanding BN.
18. Untuk tujuan ini, PPBM bersedia dan komited untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya tahu bahawa PPBM tidak boleh berjuang secara sendirian. Jika kita bertanding secara bersendirian tidak mungkin kita boleh menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan.

19.​ Parti-parti dalam Pakatan Harapan pun tidak mungkin boleh menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan jika bertanding secara bersendirian tanpa mewujudkan suatu muafakat politik sesama kita. Apatah lagi jika kita bertanding melawan sesama sendiri. Kita pasti akan tewas sebelum sempat masuk ke gelanggang. Kita sebenarnya amat memerlukan antara satu sama lain.

Read More / Baca Lagi >>

Dapsy mahu setiakawan, tumpu tawaran terbaik untuk belia

Posted: 12 Nov 2016 03:31 PM PST

Pemimpin dan peserta konvensyen berdiri tegak nyanyikan lagu Negaraku.Pemimpin dan peserta konvensyen berdiri tegak nyanyikan lagu Negaraku.
Pengerusi Dapsy, Wong Kah Woh yang muncul sebagai pemidato keempat Konvensyen Pakatan Harapan sekaligus pertama mewakili DAP dengan menyampaikan mesej pentingnya Pakatan Harapan iaitu setiakawan.
"Kita berjaya mengharung kesukaran dan kita bersetiakawan dalam Pakatan Harapan.
Sejauhmana kita bersedia untuk menjadi kerajaan pada PRU14?
Apa yang patut kita buat kita harus selesaikan masalah dengan cara matang. Selepas Konvensyen ini, kita Amanah, DAP dan PKR betul-betul bekerjasama.
Wong Kah WohWong Kah Woh"Cabaran ini sangat besar mungkin ada kalangan parti di luar Pakatan Harapan yang berdiam diri semasa pengundian Bajet 2017. Abaikan saja mereka ini," tegasnya diikuti tepukan gemuruh hadirin yang memakai T-shirt berlambangkan Amanah dan DAP.
Kita hanya bersama dengan parti yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan BN.
Beliau turut menggesa Pakatan Harapan peka dengan keperluan dan tekanan hidup golongan muda.
"Kita sudah nampak pada hari ini graduan Oxford Umno sudah menunjukkan belang (Khairy) dengan membiarkan Geng Baju Merah dan menggesa jalan ke Dataran Merdeka ditutup," ujarnya.
Bagi beliau, Pemuda Umno sudah hilang fokus sekarang kepada masalah sebenar yang dihadapi oleh remaja dan orang muda.
"Jangan katakan nak beli rumah. Bayar hutang PTPTN pun tidak mampu. Itulah anak muda suarakan. Itulah yang perlu kita sahut," katanya.
Sehubungan itu, beliau percaya anak muda akan bersama Pakatan Harapan kalau PH mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka.
"Kita anak muda telah mencadangkan tema Harapan Pemuda dalam manifesto Pemuda Pakatan Harapan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir

Posted: 12 Nov 2016 03:30 PM PST

Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir
Mahathir ditemani isterinya Tun Hasmah Mohd Ali.
SHAH ALAM - Pelbagai momen menarik yang dapat dicoretkan sempena konvensyen Pakatan Harapan 2016 hari ini.
Antaranya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana 'bebas Anwar sekarang' di bahagian  poket kirinya.‎
Mahathir yang ditemani isterinya Tun Hasmah Mohd Ali dilihat duduk sebelah menyebelah sepanjang konvensyen berlangsung.
Terdahulu, Mahathir dalam ucapannya mengesahkan hasrat parti itu untuk  menjadi sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan. ‎
Menurutnya, tidak ada sebab Bersatu tidak bersetuju dengan perjuangan Pakatan Harapan memandangkan ia berpegang kepada dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.  ‎
‎"Saya tidak ada masalah untuk menyokong reformasi.  Bersatu akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan saya berharap akan diterima untuk bersama-sama menjatuhkan kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Mahathir yang sebelum ini merupakan lawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎dalam dunia politik mengejutkan negara apabila menghulurkan salam perpaduan tatkala menemui Anwar di Mahkamah Tinggi pada beberapa bulan yang lalu.

Konvensyen PH bakal tentukan calon PM menunggu sebelum Anwar bebas

Posted: 12 Nov 2016 03:29 PM PST

Konvensyen perlu putuskan siapa PM menunggu sebelum Anwar bebas, kata Salahudin Ayub.Konvensyen perlu putuskan siapa PM menunggu sebelum Anwar bebas, kata Salahudin Ayub.

Konvensyen Pakatan Harapan pertama hari ini diharap dapat menentukan siapakah calon perdana menteri sebelum terbebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub berkata, sebelum Anwar bebas, perlu ada Perdana Menteri menunggu.
"Siapa dia? Konvensyen ini akan putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahudin yang berucap di Konvensyen Pertama Pakatan Harapan pagi ini.
Salahudin yang memulakan pidato pemimpin PH hari berkata, tanpa ragu tanpa apologetik, beliau menyatakan perdana menteri Pakatan Harapan adalah Anwar Ibrahim.
Salahudin berucap membuka tirai pidato pemimpin Pakatan Harapan sempena konvensyen pertama PH hari ini.Salahudin berucap membuka tirai pidato pemimpin Pakatan Harapan sempena konvensyen pertama PH hari ini."Untuk bebaskan Anwar kena kuasai Putrajaya," katanya dalam pidato itu.
Katanya, pemimpin PH kini (Anwar) berada di belakang jeriji besi.
"Beliau bersama kita di kala senang dan susah.
"Apabila dua tragedi besar berlaku, Anwar Ibrahim dalam penjara dan runtuhnya PR, kita bangun menubuhkan Pakatan Harapan," katanya.
Menurut beliau, PH perlu memberikan fokus untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

"Kita bayar mahal untuk perjuangan. Ada dipenjara. Bukan murah perjuangan ini. Kita mahu pemimpin yang mahu menumbangkan Umno-BN bukan sekadar menjadi penasihat," katanya dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas yang mahu menjadi penasihat bukannya jatuhkan BN.
Salahudin juga mengingatkan, setiap orang berada di konvensyen ini terlalu faham kenapa Pakatan Rakyat runtuh.
"Kita yang ada hari ini mesti belajar dengan tidak mengulang kesilapan itu," kata beliau memberikan ingatan agar mereka tidak mengulangi kesilapan sebelum ini.
Bagi beliau, PH perlu mempunyai kesetiakawanan yang jujur dengan satu tekad, satu matlamat yang tidak berbelah bahagi.
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 50 sertai demo "tolak Pas" di Konvensyen Pakatan Harapan

Posted: 12 Nov 2016 03:26 PM PST

Leboh 50peserta demonstrasi "menolak Pas dalam Pakatan harapan" di IDCC pagi iniLeboh 50peserta demonstrasi "menolak Pas dalam Pakatan harapan" di IDCC pagi ini
Laungan "Tolak Pas" kedengaran di luar Ideal Convensyen Centre (IDCC), Shah Alam bermula jam 9 pagi tadi, tempat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang pertama.
Lebih 50 peserta terbabit dalam demonstrasi anjuran kumpulan yang diberi nama Kelab Penyokong Pakatan Harapan itu.
Ungkapan tertera pada dua kain rentang itu adalah "Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas" serta "Sampai bila mahu tunggu Pas? Kami akar umbi sudah bosan!"
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebelum ini menafikan parti itu terlibat dalam demonstrasi tersebut.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa hari sebelum konvensyen, para penyokong Pakatan Harapan dijemput untuk menyertai demonstrasi aman membantah kemasukan atau penyertaan Pas ke dalam pakatan pembangkang.
Notis yang dikeluarkan oleh Rozita bt Harun bagi pihak Sekretariat NGO Pro PH itu meminta semua yang hadir memakai baju NGO masing-masing.
Konvensyen Pakatan Harapan (PH) berlangsung hari ini dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan turut serta.
Ia dijangka bakal mempersiapkan PH dan rakan-rakannya untuk mengemaskan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Pagi ini, para setiausaha dan sayap-sayap kepada parti-parti PKR, DAP dan Amanah akan bersidang bersama manakala para pemimpin utama mereka akan bersidang petang ini.
Di samping ucapan pemimpin sayap, isu-isu juga akan dibahaskan pagi ini sebelum di bawa ke sidang para pemimpin utama petang ini.

 MEMORANDUM

Kepada:

YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
Ketua Pembangkang/Presiden KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung Dap

Ybhg Tuan Hj Muhammad bin Sabu
Presiden AMANAH

YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Presiden PPBM

YB Dato' Seri Mohd Shafie bin Apdal
Presiden Parti WARISAN Sabah

PERKUATKAN PAKATAN HARAPAN BERSAMA RAKAN SEKUTU TANPA PAS

1.    Menyedari Malaysia berada di dalam situasi yang amat getir dari sudut ekonomi, integriti sosial dan politik, satu gerakan drastik wajib dilaksanakan bagi menggantikan parti yang memerintah Kerajaan Malaysia bagi menyelamatkan negara.

2.    Bagi merealisasikan hasrat ini, gabungan yang kuat dari pihak Pembangkang amat di perlukan bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional.  Namun hasrat ini agak terganggu apabila ada di kalangan pimpinan Pakatan Harapan serta rakan sekutu yang lain masih meyakini bahawa PAS akan bersama kita dalam gabungan pembangkang ini.   PAS dari tindak tanduknya, jelas memperlihatkan tiada komitmen untuk menyambut pelawaan Pakatan Harapan untuk mengadakan kerjasama dengan mengemukakan berbagai alasan dan syarat.

3.    Tindak tanduk PAS yang sedemikian rupa, ditambah pula dengan kegagalan kita memahami kehendak tersirat PAS itu, sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan rakyat akan iltizam Pembangkang untuk menumbangkan rejim yang memerintah.  Sehubungan itu, kami mewakili sebahagian rakyat di akar umbi yang menaruh harapan kepada Pakatan Harapan mendesak dan menuntut;

a.    Pakatan Harapan bersama PPBM dan WARISAN Sabah harus diperkuatkan dari segi persefahaman dan kerjasama di semua peringkat dan aspek.

b.    Mewujudkan satu logo untuk digunapakai di dalam PRU14 akan datang bagi menzahirkan perpaduan dan kerjasama erat di kalangan Pembangkang.

c.    Menyatakan dengan jelas secara muafakat bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri sekiranya Pembangkang berjaya ke Putrajaya. 

d.    Pakatan Harapan, PPBM dan WARISAN Sabah, harus segera membuat keputusan untuk menghentikan sebarang kerjasama atau rundingan dengan PAS atas faktor-faktor berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Dr M, Muhyiddin, Mukhriz display solidarity for Anwar

Posted: 12 Nov 2016 02:47 PM PST

Mahfuz Omar hadir ke Konvensyen PH bukan mewakili PAS, kata Tuan Ibrahim

Posted: 12 Nov 2016 02:46 PM PST

Mahathir: PPBM sertai Pakatan Harapan secara langsung

Posted: 12 Nov 2016 02:46 PM PST

Saya orang yang teliti, mahu kaji lagi sebelum PPBM sertai PH, kata Muhyiddin

Posted: 12 Nov 2016 02:45 PM PST

Tun M: PPBM will join Pakatan Harapan as soon as issues ironed out

Posted: 12 Nov 2016 02:44 PM PST

Comments (0)