Followers

Nuffnang

Politik Harian

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:13 PG | Posted in

sumber :-

Politik Harian


Sampai bila Tun Mahathir mahu lihat Melayu berpecah?

Posted: 12 Nov 2016 07:00 PM PST



Mengimbas kembali sejarah 18 tahun yang lalu... dimana ketika itu aku juga seorang insan yang mentah sering merempit, bangga dengan diri sendiri sebab boleh korek block motorsikal GP100 @ Gipang. Guna tayar sotong potong tang coner, kepala lutut cecah jalan tar... apa ada hal masa tu...

Dalam fikiran langsung tidak pernah terfikir tentang politik kerana bagi aku UMNO adalah satu parti yang sangat gah dimana majoriti Melayu sangat kuat pada masa itu.

Namun pada 2 September, 1998 menyaksikan perpecahan dikalangan orang melayu... berlaku titik hitam dalam sejarah politik apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim selepas didakwa menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan Anwar mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur dan seterusnya tertubuhnya Keadilan (PKR) yang kononnya mahu menentang kezaliman Tun Mahathir.

PKR lahir dari cebisan orang UMNO yang memberontak diatas kezaliman Tun Mahathir! Bukan itu saja... yang gila kuasa dan gila jawatan juga mengambil kesempatan untuk bersama Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Pada hakikatnya Tun Dr Mahathir adalah punca kepada perpecahan orang Melayu sehingga menubuhkan beberapa parti kecil yang lain.

Sedar tak sedar kini Melayu terbahagi kepada lima... UMNO, PAS, PKR, PAN dan PPBM.. Parti Semangat 46 berkubur, jika tida kita orang Melayu terbahagi kepada 6 Parti. Amat menyedihkan lagi bila orang Melayu dilihat menjadi 'minoriti' kerana perpecahan ini.



Tidak dinafikan puak pembangkang dan anasir asing sentiasa memerhati dan pasti akan menangguk di air keruh.

Kita semua nampak bagaimana DAP dengan gembiranya menyingkir Pas daripada Pakatan pembangkang! Ini adalah salah satu kejayaan yang besar buat DAP... DAP berjaya mengambil kesempatan diatas perpecahan ini...

Orang Melayu sepatutnya peka dengan ancaman ini, bukannya terus berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri sehingga mengizinkan DAP mengambil kesempatan.

Apa yang membimbangkan nanti... Perpecahan orang Melayu tidak lagi menjamin suara orang Melayu pada masa akan datang dan kuasa majoriti orang Melayu yang dahulunya diterajui orang Melayu hilang entah kemana.



Cukup-cukuplah Tun... Sampai bila Tun Mahathir mahu melihat orang Melayu berpecah? Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar... menang sorak kampung tergadai!

by Hisham @ BroJinggo

Comments (0)