Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:29 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Pembantu rumah dipaksa minum air seluar dalam selepas kantoi amal ilmu hitam

Posted: 08 Nov 2016 02:14 PM PST

SEBUAH video yang viral di laman sosial Facebook merakam kejadian seorang pembantu rumah dikatakan berasal dari Indonesia dipaksa minum air rendaman seluar dalam oleh majikannya selepas kantoi mengamalkan ilmu hitam.



(Scroll ke bawah untuk menonton video)

Pembantu rumah tersebut diperlakukan sedemikian rupa dipercayai selepas perbuatannya menghidangkan air kopi dengan rendaman seluar dalam dengan darah haid untuk diminum majikan terbongkar.

Majikan yang marah selepas mengetahui kejadian itu, mengarahkan pembantu tersebut meminum sendiri air rendaman seluar dalam itu sebagai hukuman.

Dalam video pendek berdurasi 22 saat itu, dapat didengar suara majikan menyebut "drink, drink," mengarahkan pembantu rumah meminum air tersebut.

Dalam masa yang sama majikan turut menyebut beberapa kali "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." (Cukuplah Allah sebagai tempat kami berlindung).

Dari pemerhatian aku, kejadian ini tidak berlaku di Malaysia, mungkin berlaku di negara Arab, ramai pembantu rumah Indonesia yang bekerja di sana.

Amalan ilmu hitam gunakan benda-benda kotor sebagai 'penunduk' oleh segelintir pembantu rumah yang jahat selalu kita dengar. Ini kali pertama aku lihat perbuatan seperti ini terbongkar.

Aku percaya tidak semua pembantu rumah Indonesia jahat macam ni, hanya segelintir yang biadap seperti ini, mungkin niatnya untuk bodohkan majikan supaya ikut telunjuk dia.


Lagi pengikut Baju Merah mengaku dapat upah RM50

Posted: 08 Nov 2016 09:04 AM PST

SEBELUM ini tersebar pengakuan seorang remaja perempuan mengaku dapat upah RM50 untuk sertai Himpunan Merah 2.0.

BACA — Remaja perempuan mengaku dapat RM50

Kali ini sebuah rakaman video pula disebarkan.

Dalam perbualan video berdurasi 1 minit 26 saat itu, seorang lelaki mengaku dibayar RM50 untuk ikut serta Himpunan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang popular dengan panggilan Jamal Jamban.



Dari perbualan video turut difahami bahawa upah sebenar pengikut yang sertai Himpunan Baju Merah adalah RM100 setiap seorang, namun separuh atau RM50 lagi sudah disapu oleh pihak tertentu, maka hanya RM50 yang sampai ke tangan pengikut bawahan.


Lelaki yang mengaku berasal dari Sabah namun sudah lama menetap di semenanjung itu turut mengaku tidak faham apa sebenarnya perjuangan Baju Merah. Dia hanya 'ikut-ikut saja' kerana dapat habuan RM50.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menyaksikan pengakuan tersebut.


Haram umat Islam sertai Himpunan Bersih 5 — Buletin Utama TV3

Posted: 08 Nov 2016 04:45 AM PST

FATWA sudah dikeluarkan dan dilaporkan oleh Buletin Utama TV3, bahawa haram hukumnya umat Islam sertai Himpunan Bersih 5.


TV3, media kawalan Barisan Nasional itu dikatakan memetik kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria yang mengeluarkan fatwa haram hukumnya umat Islam sertai himpunan dibiayai Yahudi.

Apa mesej yang ingin disampaikan oleh TV3?

Umat Islam semua diminta janganlah sertai himpunan Bersih 5 yang memperjuangkan Pilihanraya yang Bersih dan Adil. 

Tapi sertailah Himpunan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban, merangkap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar untuk pertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak.

Biarlah jadi bodoh sertai himpunan Baju Merah, pukul diri sendiri dan diketawakan oleh seluruh rakyat Malaysia asalkan umat Islam tidak bersekongkol dengan Yahudi.

Comments (0)