Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Pembantu Rosmah kantoi salah guna peribahasa Cina untuk bela Najib

Posted: 03 Nov 2016 06:50 PM PDT

SEDANG aku ronda-ronda dalam facebook, terjumpa akaun milik pembantu Datin Rosmah Mansor bernama Rizal Mansor. Aku pun 'scroll' akaun facebook dia.

Aku terjumpa satu status facebook dia yang bukan main membela suami kepada boss dia berkenaan kritikan orang ramai yang mempersoalkan mengapa Najib Razak bawa anak tirinya Riza Aziz menaiki jet kerajaan semasa lawatan ke China.

Aku tak peduli sangat dengan hujah-hujah dia di dalam membela Najib Razak — sebagai pekerja tentulah dia akan bermati-matian bela suami boss dia, lantak dialah.

Cuma aku rasa lucu lihat gelagat Rizal Mansor ni yang nampak bersungguh-sungguh membela Najib sampaikan peribahasa cina dalam tulisan cina pun digunakan sebagai hujah.

Pada aku yang tak faham tulisan cina ni, pada mulanya aku rasa penggunaan peribahasa dalam tulisan cina oleh Rizal Mansor ni nampak boleh tahan menarik.



Tapi bila aku lihat di ruangan komen, ramai pengguna facebook berbangsa Cina yang sekolahkan dia. Rupanya Rizal ni memandai-mandai guna peribahasa Cina untuk pertahankan Najib sedangkan maksud yang dikaitkan langsung tak ada kena mengena.



Rizal tulis kononnya Najib memang dijemput oleh kerajaan Cina untuk datang ke negara itu bersama-sama dengan ahli keluarga sesuai seperti peribahasa Cina yang bermaksud "飲水思源" — apabila anda meminum air, fikirkanlah punca air tersebut.

""飲水思源": Peribahasa Cina ini bermakna kena mengenang budi orang yang pernah menolong kita. Dengan jelasnya tiada langsung kaitan dengan budaya membina hubungan kekeluargaan," kata Cheng See Sin salah seorang sahabat berbangsa Cina yang sekolahkan Rizal dalam ruangan komen.



Taktik berbohong guna bahasa-bahasa yang nampak macam hebat supaya orang tak faham seperti ini memang biasa digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional, BN (sebut Barang Naik).

Contohnya bila kerajaan BN nak naikkan harga minyak masak, mereka guna perkataan 'rasionalisasi subsidi' maksud mudah perkataan ini adalah tarik subsidi atau bahasa lebih jelas yang patut rakyat tahu 'rasionalisasi subsidi' bermakna harga barang naik.

Bahasa-bahasa yang tidak difahami digunakan sebab kalau guna bahasa yang mudah difahami akan buat rakyat lebih cepat marah.

BACA JUGA — Najib kantoi 'crop' gambar Riza Aziz di Facebook

Kerajaan tiada duit, anggota Polis mengadu ditindas 'pihak atasan'

Posted: 03 Nov 2016 04:56 AM PDT

BARU terima aduan daripada salah seorang sahabat di facebook, yang juga merupakan seorang anggota polis bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM.

Menurut beliau yang memohon identitinya dirahsiakan, satu mesyuarat telah diadakan di tempatnya bertugas berkisar tentang penindasan melampau 'pihak atasan' terhadap pemandu kenderaan PDRM.

Semua pemandu diminta mengambil langkah berjaga-jaga kerana 'pihak atasan' telah memperketatkan lagi hukuman bagi mana-mana pemandu yang terlibat dalam kemalangan menggunakan kenderaan pasukan meskipun ketika sedang bertugas.

Walaupun punca kemalangan bukan dari kesilapan pemandu, tindakan seperti 'surcaj' tetap akan dikenakan dakwanya.

Beliau yang kecewa dengan tindakan itu turut mendakwa terpaksa dahulukan duit saku sendiri untuk perjalanan jauh ketika bertugas sementara bayaran balik 'claim' begitu lambat diperolehi.

Beliau turut mengeluh, sudahlah gaji diterima tidak seberapa cukup untuk kegunaan sendiri, bayaran balik 'claim' juga terlalu lambat diperolehi. Kini ditambah pula dengan tindakan mengenakan surcaj yang bakal membebankan ini.

Menurutnya lagi, mensyuarat tersebut mendedahkan bahawa kerajaan kini memang sudah tidak ada duit.



Nampaknya bukan orang awam sahaja menjadi mangsa kegagalan pentadbiran Najib Nazak, anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam turut terkesan.

Aku fikir bila rakyat dipaksa bayar GST, kerajaan dapat banyak duit, maka pentadbiran negara lebih berkesan, polis boleh dapat kenderaan baru, uniform baru, gaji anggota polis juga boleh dinaikkan lagi tapi nampaknya makin ada cukai GST, rakyat makin terbeban anggota polis pun turut ditekan.

Apa celaka semua ini?

BACA JUGA

Bumbung sekolah terbang sejak 10 bulan lalu tidak dibaiki
Kementerian Pendidikan sokong sekolah cari dana sendiri selenggara bangunan
Murid terpaksa sedekah kertas A4 untuk peperiksaan mana peruntukan?

Comments (0)