Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:05 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Dana Asing: Samseng Baju Merah himpun depan Pejabat Malaysiakini

Posted: 03 Nov 2016 01:07 AM PDT

KUMPULAN Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Jamban, Ketua Umno Sungai Besar berhimpun depan Pejabat Malaysiakini.

Lebih 50 orang Samseng Baju Merah itu dilaporkan menjerit-jerit melaungkan 'Merah, Merah dan 'Hancur Soros'.

Kumpulan itu datang berhimpun dikatakan sebagai tindakan protes kerana Portal Malaysiakini dituduh menerima dana asing daripada yayaaan milik spekulator mata wang George Soros untuk menggulingkan kerajaan secara haram.



Dia orang nak berhimpun selagi tidak membawa senjata, dan cederakan orang aku tak ada masaalah. Itu adalah hak mereka seperti yang dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan.

Cuma aku nak beritahu, isu terima dana asing untuk gulingkan kerajaan ni bukanlah isu baru, isu ini pernah kecoh sekitar tahun 2012 yang lalu.

Pada waktu itu BERSIH, SUARAM, CIJ dan Merdeka Center dituduh menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia secara haram.

Namun akhbar News Straits Time, NST telah memohon maaf terhadap tuduhan itu. Mereka turut mengaku bahawa tuduhan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

NST mengaku bahawa tuduhan itu tidak memiliki sebarang bukti dan pihak mereka juga tidak mengesahkan terlebih dahulu informasi dan fakta-fakta dalam tuduhan yang dilaporkan.

NST turut mengaku bahawa artikel tersebut memang dari awal tidak patut pun diterbitkan. Permohonan maaf tersebut telah disiarkan dalam akhbar tu tersebut.

Di bawah ini salinan permohonan maaf tersebut yang disiarkan di halaman 3 Akhbar New Straits Times pada 15 November 2013.



Tapi kita semua tahu, kalau sudah namanya machai, mereka datang berhimpun bukan kerana mereka faham pun apa isu yang dibawa,

Mereka peduli apa isu dibawa ketua mereka si Jamal Jamban betul atau fitnah, yang penting mereka dapat RM50 upah sarung baju merah sambil menjerit melalak 'Merah, Merah' dan 'Hancur Soros'.

BACA JUGA — Remaja Perempuan mengaku dapat upah RM50 sertai Himpunan Baju Merah

Harga minyak naik, Umno DUN Jabi beri kupon petrol percuma RM5

Posted: 02 Nov 2016 10:52 PM PDT

MUDAHNYA untuk menipu rakyat, mula-mula naikkan harga minyak, kemudian buat program berikan kupon minyak petrol percuma. Itulah kaedah yang digunakan oleh Umno DUN Jabi untuk meraih sokongan.



Parti Umno sendiri yang memerintah, mereka juga yang naikkan harga minyak, kemudian Umno juga yang kononnya beri penyelesaian beri kupon petrol percuma RM5 untuk menipu orang kampung.



Bagaikan seorang bomoh yang memasukkan racun dalam sumber air di kampungnya, kemudian dia juga yang tawarkan 'panadol' secara percuma kepada penduduk kampung yang terminum air beracun dengan syarat sanggup mengundi si bomoh untuk jadi ketua kampung.

Kupon minyak RM5 tidak menyelesaikan masaalah bagaikan orang sakit diberikan gula-gula untuk menyenangkan hatinya, bila gula-gula habis kerana cair di mulut, demam pesakit tidak sembuh malah semakin melarat ditambah pula dapat sakit gigi kerana makan gula-gula.

Kemarahan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional bukanlah semata-mata kerana kenaikan harga minyak itu sendiri, tetapi rakyat lebih marah kerana kesan harga minyak itu yang akan menaikkan lagi harga barangan kegunaan harian, berikutan kos pengangkutan yang meningkat bakal menyebabkan pengeluaran barangan jadi lebih mahal.

Kupon RM5 petrol percuma tak selesaikan masaalah. Kalau aku yang dapat kupon tu, aku lempar balik ke muka penganjur.

"Umno pandang rendah kebijaksanaan rakyat"

Sumber gambar — RMS

Comments (0)