Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Unknown | Posted on 1:54 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Gambar Kak Wan dicium peserta Bersih pula tersebar

Posted: 29 Nov 2016 12:36 AM PST

HARI ini tiba-tiba heboh di media sosial, gambar Dr Wan Azizah Wan Ismail atau lebih mesra dipanggil Kak Wan dicium oleh seorang peserta Bersih 4 yang berlangsung setahun yang lalu.



Pihak yang menyebarkan gambar tersebut mendakwa kononnya pipi Kak Wan dicium oleh seorang lelaki bukan Islam ketika berlangsungnya Himpunan Bersih 4 (berdasarkan T Shirt yang dipakai oleh Kak Wan tertulis Bersih 4).

Ada yang mendakwa kononnya gambar tersebut disebarkan sendiri oleh anggota KEADILAN untuk menjatuhkan beliau sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN.


Tapi selepas aku semak, individu yang mencium Kak Wan seperti didakwa itu sebenarnya bernama Pat Lu, beliau mempunyai akaun facebook yang juga menggunakan nama Pak Lu PC. Lebih penting lagi beliau adalah seorang perempuan seperti Kak Wan juga.

RUJUK — PAT LU PC



Peniaga di Thailand tampal notis tak mahu terima Ringgit Malaysia

Posted: 28 Nov 2016 08:32 PM PST

TERSEBAR notis yang dikatakan ditampal oleh peniaga di premis perniagaan di Thailand yang tak mahu terima matawang Ringgit Malaysia difahamkan kerana nilainya yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Notis tersebut ditulis dan ditampal dalam dua bahasa Inggeris dan Thailand. 

"We are sorry that from Nov 29, 2016, we will not be able to accept the Malaysian Ringgit." tulis notis itu.


Difahamkan para peniaga tidak sanggup menaggung kerugian jika menerima wang Ringgit Malaysia, RM dalam urusniaga perniagaan mereka seperti yang diamalkan sejak sekian lama sebelum ini.

Jika pelanggan tetap mahu gunakan nilai RM dalam urusniaga di Thailand, mereka meletakkan nilai yang jauh lebih rendah dari nilai terkini yang sepatutnya.



Jika anda pernah membeli belah di Thailand sebelum ini, tentu anda sedar bahawa para peniaga di sana sebelum ini tidak kisah, malah lebih suka jika anda membayar harga barangan yang dibeli gunakan matawang RM. Pada masa itu nilai RM stabil sebab itu mereka tidak kisah.

Tapi kebelakangan ini, nilai RM mengalami penyusutan yang ketara dan drastik berbanding USD menyebabkan para peniaga di sana tak sanggup tanggung kerugian jika berurus niaga gunakan matawang RM lagi. 

Perkara ini mudah difahami, kerana tentu sekali peniaga tidak mahu menyimpan matawang yang bukan sahaja tidak stabil, malah sedang mengalami penyusutan yang ketara dan berterusan.

Jika hari ini RM100 bersamaan dengan 80.00 Baht Thailand, minggu depan RM100 mungkin bersamaan dengan 70.00 Bath Thailand. Ini baru nilai RM100, kalau lebih besar nilai RM yang disimpan tentu lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga.

Jamal Jamban dicabar berentap 1 lawan 1, 1 lawan 3 pun boleh

Posted: 28 Nov 2016 07:30 PM PST

BERIKUTAN tersebarnya rakaman Ketua Umno Sungai besar, Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) membuli warga emas, perempuan dan orang yang tidak melawan sebelum ini, seorang demi seorang tampil mencabar Ketua Samseng Baju Merah itu untuk berentap secara sah.

Antara cabaran yang menarik perhatian ialah daripada Suresh, seorang pencinta kucing dari Johor Baharu. Beliau sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencabar pihak Jamal Jamban, berentap dengannya.


Jika Jamal tak berani lawan seorang diri, beliau sedia berdepan dengan tiga orang dari pihak Jamal untuk berlawan dengannya seorang diri.

"Saya Suresh, asal dari Johor saya sanggup datang daripada Johor ke sini, untuk nak cabar Jamal, come to one to one, or three I believe to get the challenge ok,"

"Jangan nak memperbodohkan atau melemahkan orang yang lemah, we a not a gangster like that, you if you want to show your gangster, if yout want to show keberanian awak tu, biar tunjuk dengan saya, saya mengalu-alukan,"

"Jangan nak pergi tunjuk dengan orang tua, nak tunjuk dengan orang perempuan, lepas tu dengan orang lemah, itu bukan caranya, you kata you hebat kan? Mari jumpa saya one to one also can, three to one also can no problem," cabar Suresh sambil disahut dengan tepukan orang ramai yang hadir.

Di bawah ini rakaman cabaran yang dilontarkan oleh Suresh terhadap Jamal Jamban. Sila klik untuk menonton.



Comments (0)