Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:22 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Mahasiswa berucap mengampu Najib, kena kutuk di laman sosial

Posted: 27 Nov 2016 07:11 PM PST

SEORANG wakil Mahasiswa, Wan Mahusin yang berucap dengan penuh semangat dalam Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional, PEMANAS memuji-muji dan mengampu perdana menteri jadi bahan kutukan selepas ia menjadi viral di laman sosial.


"Bisik kepada telinga kawan, beritahu kepada ibu bapa, bahawa kerajaan sedia ada hari ini adalah kerajaan yang terbaik, kita tak nak kerajaan lain, kita nak YAB Perdana Menteri dalam PRU yang ke 14 nanti tetap menjadi perdana menteri," ucapnya secara berapi-api dalam persidangan itu.

Saksikan sendiri ucapan tersebut dalam video di bawah.


Difahamkan, persidangan itu salah satunya bertujuan untuk memilih 4 calon mahasiswa terbaik yang akan menjadi jurucakap Persidangan Agong Umno 2016, PAU2016.

Maka tidak hairanlah, setiap wakil mahasiswa dalam persidangan ini nampaknya berlumba-lumba mengampu perdana menteri, kerana siapa paling pandai mengampu bakal dipilih jadi jurucakap di Persidangan  Umno sekaligus bakal menerima taburan dedak.

Di kala rakyat seluruh negara mengkritik dan mengutuk perdana menteri yang terkenal seluruh dunia kerana 'kleptokrasi' (pemerintahan yang merompak duit rakyat), masih ada mahasiswa yang sanggup jadi pelapis machai-machai pengampu kerana mengharapkan dedak yang sedikit.

Nampaknya bukan mudah untuk menghapuskan golongan machai seperti ini, kerana ada usaha khas melatih dan melahirkan pelapis-pelapis mereka bagi meneruskan legasi pengampu-pengampu terdahulu

Dokumen skandal seks Muhyiddin Yassin diserah kepada Majlis Agama Islam Johor

Posted: 27 Nov 2016 05:31 AM PST

DOKUMEN kononnya berkaitan skandal seks bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita bukan Islam dilaporkan telah diserah kepada Majlis Agama Islam Johor, MAIJ oleh sebuah NGO Jaringan Melayu Malaysia, JMM — sebuah NGO penjilat Najib.


Presidennya Azwandin Hamzah membuat laporan meminta MAIJ menjalankan siasatan susulan pengakuan bersumpah Standley Clement Augustin dalam kes penceraiannya dengan Nika Ghee Siew Yee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Azwandin dilaporkan mendakwa, dalam akaun bersumpah sewaktu proses penceraian dibuat oleh Standly di mahkamah sebelum ini, dia secara jelas menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, di mana ketika itu Muhyiddin memegang jawatan Menteri Besar Johor sekitar 20 tahun yang lalu.

Azwandin turut memberi tempoh selama tujuh hari kepada MAIJ untuk menyiasat dakwaan tersebut termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Datuk Husni Hanadzlah turut diserang dengan isu skandal seks selepas beliau mula menyerang 1MDB dan Najib.


Umno dengan seks dan lucah memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, bagai irama dan lagu, kalau dipisah Umno dan seks hilanglah identiti Umno.

Siapa lawan Umno, lawan Najib automatik skandal seks akan direkacipta, bersiap sedialah untuk dimalu dan diaibkan siang malam pagi petang dalam media-media kawalannya.

Kalau kita lihat sebenarnya kenyataan bersumpah Standley tak membuktikan apa-apa, jika dia mengesyaki isterinya ada hubungan dengan Tan Sri Muhyiddin, itu bukan bukti isterinya telah lakukan hubungan seks.

Jika dia mengaku secara bersumpah bahawa dia menyaksikan hubungan seks isterinya dan Tan Sri Muhyiddin, maknanya dia seorang suami yang bangang biar isteri lakukan seks dengan lelaki lain.

Dalam bahasa lebih mudah, dokumen tersebut hanyalah bukti bertaraf sampah.

Comments (0)