Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:13 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Sistem ATM dan CDM BSN tergendala di hari gaji, pengguna naik angin

Posted: 25 Nov 2016 09:44 PM PST

BANK Simpanan Nasional, BSN melalui laman facebook rasmi memaklumkan, sistem Automated Teller Machine, ATM, Cash Deposit Machine, CDM berkaitan perbankan bank itu mengalami masaalah ketidakstabilan.

Justeru para pengguna tidak dapat melakukan pengeluaran wang sejak dua hari lalu. 



Lebih malang, kejadian tersebut berlaku ketika hari gaji, malah sistem MEPS juga tidak berfungsi menyebabkan orang ramai pemegang akaun BSN naik angin kerana tidak dapat mengeluarkan wang walaupun daripada bank lain.



Berikut kenyataan BSN di laman facebook.

"Sistem ATM dan CDM kami kini mengalami gangguan ketidakstabilan. Kami sedang meneliti perkara ini dengan segera. 

Menjadi keutamaan kami untuk memastikan sistem tersebut beroperasi dengan lancar. Usaha secara menyeluruh sedang dijalankan.

Ketidakstabilan yang berulang adalah di luar jangkaan kami dan kami sangat menghargai kerjasama anda. Kami sentiasa komited untuk menyediakan akses perbankan yang mudah kepada pelanggan.

Kami menjangkakan sistem ATM akan pulih pada pukul 8 malam hari ini, Sabtu 26 November 2016. Walau bagaimanapun, kemungkinan sedikit gangguan sistem dijangkakan sehingga sistem stabil sepenuhnya.

Kami benar-benar menghargai kerjasama anda. Untuk bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900"


Aku ada juga mendapat aduan tentang perkara ini dari salah seorang pembaca MiLo SuaM dua hari lalu.

Buat masa ini, pemegang akaun BSN dinasihatkan untuk berurusan secara terus melalui kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, BSN yang terdekat.

Bomba Palestin bantu padam kebakaran besar di jajahan Israel

Posted: 25 Nov 2016 07:35 PM PST

KEBAKARAN besar yang tiba-tiba berlaku di negara haram Israel menjadikan negara itu huru-harta, banyak penempatan kediaman dan perniagaan musnah. Sumber berita tempatan Israel melaporkan sudah lebih 60,000 penduduk Haifa dipindahkan dan jumlah itu semakin meningkat dengan keadaan angin kencang yang memburukkan keadaan — timesofisrael.com


Israel dilaporkan terpaksa meminta bantuan negara luar untuk memadamkan api termasuk Cyprus, Greece, Russia dan Turki, malah meskipun berpuluh tahun dizalimi, pihak bomba Palestin turut sama-sama membantu memadamkan api yang marak di kawasan jajahan Israel di Haifa.


Tinjauan aku di media sosial mendapati orang ramai bersyukur dengan bala yang menimpa negara itu yang dikatakan berlaku selepas mereka cuba meluluskan undang-undang mengharamkan suara azan dilaungkan di kawasan penempatan umat Islam Palestin yang dilaporkan pada 19 November lalu — presstv.ir



Aku terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak bomba Palestin, walaupun mereka dijajah dan dizalimi berpuluh tahun, malah yang terbaru hak mereka untuk beribadah cuba diragut melalui undang-undang yang mahu mengharamkan azan, namun sifat kemanusiaan tidak luntur di hati-hati mereka.

Di kala sebahagian masyarakat dunia bergembira terhadap bala yang menimpa Israel, pihak yang dizalimi iaitu rakyat Paleatin sendiri mampu melupakan kezaliman yang ditanggung, turut sama bantu memadamkan kebakaran.

"Bagai pohon rendang berbuah lebat, walau dibaling dengan batu, masih membalas dengan buah yang manis dan ranum,"

Najib kena kutuk selepas ucap tahniah kepada juara debat UIA

Posted: 25 Nov 2016 04:58 PM PST

UCAPAN tahniah oleh Najib terhadap juara debat UIA, bukanlah satu kesalahan, namun kerana sosok yang mengucapkan tahniah itu adalah Najib, maka beliau menjadi bahan kutuk pengikutnya di twitter. 

Ini kerana beliau sering lari bila diajak atau dicabar berdebat sebelum ini, sambil mengeluarkan alasan-alasan pelik untuk menyelamatkan diri.


"Debat bukan budaya kita" inilah antara ungkapan paling popular pernah diucapkan oleh perdana menteri, Najib Razak satu masa dahulu ketika Anwar Ibrahim mencabarnya berdebat berhubung isu ekonomi.



Lantaran itu beliau kena kutuk selepas mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa kagumnya kepada juara debat Universiti Islam Antarabangsa, UIA sekitar minggu lalu.


Kau sendiri berulang kali kata "debat bukan budaya kita," tiba-tiba kau ucap tahniah kepada juara debat, memang minta kena bahan lah jawabnya. 


Najib sendiri mungkin sudah lupa dengan ungkapan yang dia ucapkan itu satu masa dahulu sama seperti dia lupa segala akujanji BN yang dia umum dan war-warkan semasa PRU13 dulu, tapi rakyat tak pernah lupa.

Perdana Menteri Israel disiasat berhubung skandal kapal selam

Posted: 25 Nov 2016 05:25 AM PST

PEGAWAI undang-undang paling senior Israel mengarahkan satu siasatan terhadap dakwaan penglibatan orang paling kanan kepercayaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan skandal perjanjian pembelian kapal selam buatan Jerman.



Skandal yang telah menjadi tajuk berita utama di dada-dada akhbar dan pelbagai sumber berita Israel selama berhari-hari itu melibatkan dakwaan konflik kepentingan yang serius di dalam pembelian kapal selam tersebut.

Peguam peribadi Netanyahu, David Shimron didakwa telah mewakili sebuah pengilang senjata Jerman untuk membina sejumlah kapal selam dalam masa yang sama Netanyahu pula mendesak pembelian kapal selam tersebut untuk kegunaan negara Israel.

Netanyahu juga didakwa telah membeli kapal selam yang baru untuk Tentera Laut Israel walaupun pembelian itu mendapat bantahan menteri pertahanan negara itu.

Pada hari Rabu lalu, siaran televisyen tempatan Israel, Channel 10 mendedahkan satu email yang didakwa menjadi bukti bahawa Shimron menggunakan hubungan rapatnya dengan Netanyahu untuk melobi kilang yang membuat kapal selam tersebut melalui sekurang-kurangnya seorang pegawai pertahanan.

Menurut laporan media Israel, siasatan itu juga berdasarkan maklumat baru yang terdedah daripada hasil siasatan terhadap seorang egawai senior yang ditahan minggu lalu atas tuduhan-tuduhan rasuah.

Anda boleh baca laporan lanjut di sini — The Guardian

Israel perdana menteri BN (Benjamin Netanyahu) disiasat kerana terlibat skandal kapal selam, di Malaysia siapa siasat perdana menteri kena selam.

Comments (0)