Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:01 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Tujuan berhimpun: Baju Merah bagi jawapan merapu dan lucu

Posted: 19 Nov 2016 07:02 PM PST

BILA ditanya oleh wartawan, apa tujuan penyokong Baju Merah berhimpun di Kuala Lumpur semalam, pelbagai jawapan merapu dan lucu diberikan.

Nampak sangat mereka tidak tahu pun apa sebab diajak berhimpun melainkan sekadar mengharap dedak seorang RM50 dan nasi bungkus.

Di bawah ini video rakaman temubual yang dibuat oleh wartawan Channel News Asia terhadap salah seorang peserta Himpunan Baju Merah. — Sila scroll untuk menonton video.


Bila ditanya oleh wartawan kenapa mereka berhimpun, penyokong Baju Merah menjawab:

"Untuk membuktikan rakyat tidak bersalah, eh sorry, a.... (membuktikan) yang Merah tak bersalah, terhadap fitnah itu fitnah ini..."

Bila wartawan tanya fitnah apa, dia mula bingung tak tahu nak jawab apa,

"Finah apa ha..." Dia pula persoalkan kenyataan yang dia sendiri buat.

Kemudian dia mula toleh kiri dan kanan harapkan rakan-rakan baju merah di sekeliling boleh berikan jawapan.

"Cakap je apa-apa," kata kawan-kawan di sekeliling membuatkan dia semakin bingung.

"Macam-macam fitnah daripada pihak Bersih," jawabnya spontan selepas tak tahu apa nak jawab.

Wartawan tanya lagi apa fitnah yang dibuat oleh Bersih.

"Apa yang Bersih kata pasal Baju Merah?" tanya wartawan membuatkan dia kelu lidah tak tahu nak jawab apa. Wartawan yang kasihan melihat gelagat penyokong Baju Merah tukar kepada soalan lain.

"So (datang) sini nak 'counter' (lawan) Bersih ke?" tanya wartawan lagi. 

Kali ini dia terpinga-pinga lagi, aku syak dia tak faham perkataan 'counter' yang digunakan oleh wartawan sebab itu dia semakin bingung tak tahu nak jawab apa.

Dia pun jawab "ya, ya, ya," sambil kepalanya mengangguk-angguk tapi nampak masih bingung. Sila klik video berikut untuk menonton sendiri kebodohan penyokong Baju Merah ini.



Dari sini nampak jelas kebanyakan penyokong Baju Merah yang turun berhimpun tidak tahu pun apa yang diperjuangkan. 

Lihat sajalah pemimpin utama Baju Merah si Jamal Jamban tu, dia punya merapu siapa tengok pun geleng kepala. Pemimpin utama pun dah macam orang sewel pengikut apatah lagi.

Rakaman kemuncak Himpunan Baju Merah di Padang Merbok

Posted: 19 Nov 2016 02:02 AM PST

AKU tak dapat lihat dengan mata kepala sendiri berapa ramai peserta Himpunan Baju Merah yang berhimpun di Padang Merbok, kerana aku tidak bersama mereka.

Aku bersama Himpunan Bersih 5 akhirnya berarak ke KLCC memandangkan pihak polis tidak benarkan masuk ke Dataran Merdeka.

Asyik cerita pasal peserta Bersih 5 saja tidak adil pula rasanya, jadi apa pula cerita peserta Himpunan Baju Merah yang berhimpun di Padang Merbok?


Hasil daripada sumber yang aku perolehi, tidak sampai 500 orang pun pejuang dan pembela Najib Razak berhimpun di Padang Merbok. Oleh kerana itu mereka terpaksa pulang awal kerana merasa malu.


Di bawah ini anda boleh ikuti lintas langsung Wartawan Astro Awani yang berada di Padang Merbok pada jam 1:45 tengah hari ketika kemuncak Himpunan Baju Merah.

Sila klik untuk menonton.



Comments (0)