Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:53 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Harga minyak masak terlalu mahal, peniaga bimbang kena maki pelanggan

Posted: 02 Nov 2016 12:00 AM PDT

KENAIKAN melampau harga minyak masak akibat dari tindakan rasionalisasi subsidi (penarikan subsidi) oleh kerajaan bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah ia turut menyusahkan peniaga yang menjual komoditi itu.

Sementara pengguna terbeban dengan kenaikan harga minyak masak sehingga melebihi 60 peratus berbanding harga sebelum, peniaga pula bimbang kena maki dengan pelanggan kerana terpaksa jual minyak masak pada harga yang mahal.



Perkara itu diluahkan oleh salah seorang sahabat melalui laman facebook miliknya. Beliau mendakwa terpaksa memilih untuk membiarkan rak jualan minyak masak di kedainya kosong sementara menunggu harga diumumkan oleh KPDNKK berbanding dimarahi oleh pelanggan kerana jual minyak masak dengan harga mahal.

Menurutnya harga modal minyak masak botol 5kg tidak berjenama (cap ayam/low class) sudah lebih RM18 manakala minyak masa jenis sama berharga lebih RM20. Kalau harga modal yang diberikan oleh pembekal sudah begitu mahal, harga jualan kepada pengguna tentu lebih mahal lagi.



KPDNKK dikatakan ada mengesahkan bakal berlaku kenaikan harga minyak masak, namun kadar kenaikan masih tidak dinyatakan secara jelas.

Minyak masak adalah bahan asas kepada makanan, kenaikan harga minyak masak ini akan menyebabkan lonjakan harga makanan secara mendadak. Ekonomi rakyat yang sudah sedia tertekan, akan jadi lebih tertekan lagi.

"Terima kasih tangan-tangan bodoh yang mengundi Barang Naik, BN"

Remaja perempuan mengaku dapat RM50 sertai Himpunan Merah 2.0

Posted: 01 Nov 2016 04:12 PM PDT

SEORANG remaja perempuan mengirimkan gambarnya berpakaian T Shirt Merah bersama dua orang lagi teman di aplikasi WeChat. Dia turut menulis "perhimpunan merah 2.0".

Difahamkan apabila salah seorang kenalan bertanya berapa banyak upah yang diterima bagi menyertai himpunan itu, dia menjawab ringkas:

'RM50'.

Aku dapati screenshot WeChat ini mula tersebar sejak kelmarin (30 Oktober 2016) di Facebook.



Nampaknya Jamal Jamban tak cukup machai untuk diperbodohkan, terpaksalah guna budak sekolah untuk menampakkan seolah-olah ramai yang menyokong Samseng Merah. Sampaikan budak perempuan seperti ini pun dijadikan machai.

Sebelum ini salah seorang ibu mendakwa anaknya dapat upah RM50 untuk ikut serta dalam himpunan berbaju hitam yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemuda Bangkit di Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang.

BACA — Pemuda Umno pakai baju logo PSM

Kita semua tahu, himpunan yang dianjurkan oleh Umno, kalau tak ada duit siapa nak datang. Baru-baru ini Jamal Jamban kata dia sudah sediakan 300,000 orang untuk turun lawan Himpunan BERSIH 5 pada 19 November nanti.

Berapa puluh juta agaknya wang yang diperolehi oleh Jamal Jamban untuk anjurkan Himpunan Samseng Merah ini?

Machai bawahan sanggup jual maruah hanya dengan upah RM50. Jamal Jamban bersenang lenang kaut untung puluhan juta. Siapa yang bagi dana kepada Jamal Jamban?

Najib Razak kantoi 'crop' gambar Riza Aziz di Facebook

Posted: 01 Nov 2016 07:01 AM PDT

SEBELUM ini Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak telah terkantoi sekali selepas memadam satu tweet yang mengandungi gambar anak tirinya berada di belakang beliau ketika turun dari jet kerajaan.

Jika anda mungkin tertinggal atau kurang faham tentang isu ini sila klik pautan di bawah.

BACA — Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah

Kali ini, pentadbir halaman facebook rasmi Najib Razak pula dilihat terkantoi cuba menghilangkan wajah Riza Aziz di dalam foto dengan cara melakukan 'crop' menghilangkan atau memotong kepala Riza Aziz pada gambar tersebut.

Malangnya perkara tersebut disedari oleh orang ramai yang mengikuti facebook tersebut.



Orang ramai dilihat mengutuk tindakan pentadbir laman facebook Najib Razak yang cuba menyembunyikan gambar Riza Aziz dalam gambar tersebut.

RUJUK — Facebook Najib

Ini gambar asal sebelum di 'crop' kelihatan jelas penerbit filem penuh adengan lucah melampau, The Wolf of Wall Street berada di belakang Najib.



Apa agaknya yang terlalu sangat nak disembunyikan oleh Najib? Apa yang buat Najib kelihatan begitu terdesak dan beriya-iya sangat mahu sembunyikan kelibat anak tirinya dalam pesawat tersebut?

Sila baca juga ulasan lanjut tentang perkara ini di laman blog sahabat ASD — Kenapa pula admin FB Najib 'Crop' gambar anak tiri Najib ni?

Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah

Posted: 01 Nov 2016 03:41 AM PDT

GAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.

Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.

Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:

"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"

(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)



Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.



Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.



Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.

Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?

Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI?

Comments (0)