Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:00 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Malu tak ramai penyokong, peserta Baju Merah tanggal baju dan beredar

Posted: 18 Nov 2016 10:44 PM PST

SELEPAS menyedari bahawa kehadiran penyokong Baju Merah terlalu sedikit di Dataran Merbok, peserta Baju Merah mula menanggalkan baju merah yang dipakai sebelum beredar pergi.

Berita ini aku dapat daripada Facebook Buletin Utama TV3, media pengampu nombor satu Barisan Nasional. Aku pun tak tahu kenapa media pengampu sanggup tulis berita yang memalukan baju merah, kena sabotaj agaknya.


Apa pun bagi aku, tindakan peserta Baju Merah yang menanggalkan baju dan berlalu pergi ini, bolehlah dikatakan bijak — Nak tunggu apa lagi, duit RM50 dah dapat, nasi bungkus pun dah dapat cabutlah apa lagi.

Lepas ini Jamal Jamban akan kena bambu dengan pihak yang taja himpunan baju merah dia. Konon nak bawa 300 ribu turun lawan bersih, tapi yang datang tak sampai 5,000 pun.

Sementara itu, peserta bersih 5 semakin meningkat, lebih ramai lagi peserta dijangka akan turun ke Himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur petang ini.

"Mesti kau menyesal ikut Jamal Jamban kan? Kahkahkah..."

BACA JUGA — Tun Mahathir turun pesawat pakai baju Bersih 5

Tun Mahathir turun pesawat pakai baju Bersih 5

Posted: 18 Nov 2016 09:55 PM PST

GAMBAR mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang turun dari pesawat dengan memakai baju T Shirt Bersih 5 mengesahkan kehadiran beliau dalam Himpunan bersejarah itu di ibu negara hari ini.

Berikutan ketibaannya itu, Tun Mahathir dikatakan akan turun berhimpun bersama-sama orang ramai dalam Himpunan Bersih 5 petang nanti.


Beliau sebelum ini dikatakan mungkin tidak dapat menyertai Himpunan Bersih 5, kerana terpaksa berada di salah sebuah program di luar negara iaitu di Sudan yang telah dirancang lebih awal.

Memperlihatkan jumlah kehadiran peserta Bersih 5 yang begitu ramai dan di luar jangkaan, barangkali membuatkan Tun Mahathir tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama puluhan ribu rakyat berbaju kuning menggesa Najib, perdana menteri rasuah agar meletak jawatan.

Kumpulan Baju Merah berarak tutup muka, bawa kayu dan buluh

Posted: 18 Nov 2016 07:50 PM PST

ADA beberapa perkara pelik aku perhatikan di kalangan Samseng Baju Merah — kebanyakan tak berani tunjuk muka, rata-rata menutup muka agar identiti mereka tidak diketahui. Kalau ada pun yang tidak menutup muka, mereka akan cepat-cepat tutup muka bila sedar ada yang merakam atau mengambil gambar mereka.

Aku rasa mungkin kebanyakan peserta kumpulan baju merah ini berasa malu nak dedahkan diri mereka. Siapa pun akan malu bila orang tahu dia sokong Najib pemimpin rasuah. Tambah lagi datang berhimpun semata-mata nak dapat 'dedak' RM50 dan nasi bungkus, sangat memalukan.


Satu lagi perkara pelik ialah ada sebilangan besar kumpulan Baju Merah yang membawa senjata, seperti buluh dan kayu. Ramai berpendapat kayu-kayu itu akan digunakan untuk mempersembahkan aksi pukul-pukul badan macam orang gila seperti yang selalu mereka lakukan.



Buluh-buluh itu dibekalkan oleh sebuah van yang diletakkan berhampiran Bangunan Umno PWTC.


Ada juga yang kata, kayu-kayu dan buluh itu semua akan digunakan sebagai kayu bendera. 

Aku tak fikir samseng Baju Merah ini semua berani nak cari pasal dengan kumpulan Bersih yang berbaju kuning, dengan menjadikan kayu dan buluh itu sebagai senjata, kerana Kumpulan Baju kuning jumlahnya berlipat kali ganda berbanding kumpulan merah.



Tapi apa pun kita tahu mereka ni samseng, jadi tidak salah untuk berhati-hati. Aku harap semua peserta Himpunan Bersih, dapat mengambil langkah keselamatan.

Samseng Baju Merah mula rempuh Baju Kuning di Jalan TAR #Bersih5

Posted: 18 Nov 2016 05:45 PM PST

VIDEO ini aku sempat rakam berlaku di Jalan Tungku Abdul Rahman, berhampiran Dataran Merdeka di mana kumpulan Samseng Baju Merah yang kebanyakannya menutup muka (malu sebab sokong kleptokrat) berarak melalui kumpulan Bersih, berbaju kuning.

Scroll ke bawah untuk menonton video.

Mereka bagaikan zombie melanggar peserta Bersih berbaju kuning yang dari awal berada di situ. Bagaimanapun peserta Bersih yang tidak mahu berlaku pergaduhan mengalah, memberikan laluan kepada kumpulan ini.


Kepada semua peserta Bersih, harap janganlah termakan provokasi Samseng Baju Merah ini, mereka memang sengaja mahu mewujudkan huru hara, lihat sahajalah bagaimana ketua mereka si Jamal Jamban, tak habis-habis cetuskan provokasi.

Teruskan berhimpun secara aman. 

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.



LAGI UPDATE — Kumpulan Baju Merah berarak tutup muka bawa kayu dan buluh

#BERSIH5 — Suasana pagi Polis kepung Dataran Merdeka

Posted: 18 Nov 2016 04:38 PM PST

ORANG ramai sudah mula berkumpul di Kuala Lumpur sejak malam tadi untuk sertai Himpunan Bersih 5. Ramai aku tengok yang tidur di tepi-tepi jalan mungkin kerana tak dapat nak sewa hotel kerana hotel semua sudah habis ditempah orang.



Aku jangkakan perhimpunan Bersih kali ini lebih meriah. Ramai yang jadi bersemangat nak turun berhimpun kerana provokasi Jamal Jamban dan Geng Samseng Baju Merah. dalam perkara ini kita kena berterima kasih kepada Jamal, tindakan provokasi dia meningkatkan penyertaan peserta Himpunan Bersih 5.

Aku keluar dari hotel, berjalan ke Dataran merdeka, sambil mencari sarapan, aku nampak Pihak polis seawal pagi sudah mengepung Dataran Merdeka.


Dari tingkap hotel tadi dapat dilihat, abang-abang polis SB, berpakaian biasa yang menjaga keselamatan sedang menerima taklimat.


Setakat ini talian telefon masih belum kena 'jamm' jadi aku masih boleh update blog. Biasanya bila orang dah semakin ramai talian internet dah tak berfungsi, tak boleh lagi nak update.

Selagi boleh update aku akan update insya Allah.

LAGI UPDATE — Baju Merah mula rempuh Baju kuning di Jalan TAR

Comments (0)