Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:19 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Skandal Najib jadi bahan lawak Akhbar Korea Selatan

Posted: 16 Nov 2016 06:03 PM PST

JIKA Presiden Filipina, Rodrigo Duterte terkenal dengan tindakan membunuh ramai orang di negaranya yang terkait dengan dadah, sehingga mencetuskan kecaman dunia, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pula terkenal seluruh dunia dengan skandal 1MDB dan RM2.6 billion dalam akaun peribadinya.

Pertemuan kedua-dua pemimpin negara itu baru-baru ini dilaporkan telah membawa kepada satu persetujuan di mana kerajaan Filipina pimpinan Duterte membenarkan pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk masuk ke perairan negara itu bagi memerangi lanun.

Sebuah karikatur yang dikatakan disiar dalam akhbar Korea Selatan bagaimanapun dilihat memerli dan menjadikan perjanjian tersebut sebagai bahan lawak. Karikatur itu menjadi viral di facebook.


Dalam karikatur itu, Duterte digambarkan sebagai pemimpin yang gemar membunuh, manakala Najib pula pemimpin yang hanya tahu fikir pasal duit.

Duterte: Kamu boleh bunuh sebanyak mana pun lanun yang kamu mahu di wilayah kami.

Najib: Bunuh? Itu jahat! Tak ada peluang rembat duit ke dengan lanun-lanun tu?

Di dalam menghasilkan karikatur seperti ini, hanya orang yang faham tentang karakter individu-individu yang dilukis akan merasa lucu, jika tidak kartun seperti ini tiada unsur humor.

Boleh kita faham bahawa, majoriti pembaca akhbar dari korea Selatan ini sudah faham benar dengan perangai kedua-dua pemimpin ini — seorang suka membunuh, manakala seorang lagi suka menyeleweng duit. Kerana itu karikatur ini dilukis.

Dalam bahasa lebih mudah, orang Korea pun kenal dengan perangai Perdana Menteri Malaysia yang suka menyeleweng duit. Memalukan!

Tun Mahathir mengaku pilihanraya di Malaysia ini kotor

Posted: 16 Nov 2016 03:02 PM PST

BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengakui bahawa pilihanraya di Malaysia ini kotor dan kerana itu Bersih mengajak rakyat mengadakan tunjuk perasaan.

"Bersih harus mengadakan tunjuk perasaan supaya rakyat sedar tentang kekotoran pilihanraya di Malaysia ini," katanya.

Beliau turut menyeru supaya rakyat agar tidak berasa takut untuk sertai Himpunan Bersih 5 di Dataran Merdeka pada 19 November 2016,


"Kita kalau nak lawan sesuatu, tentulah ada rintangan, halangan, kita mesti sanggup untuk menghadapi halangan dan mengatasi halangan itu," katanya.

"Kalau kita nak berjuang cuma bila keadaan cukup bersih, cukup elok, jalan luas dengan ditabur bunga itu bukan perjuangan," katanya lagi.

Tun Mahathir berkata demikian dalam satu rakaman video promosi mengajak rakyat Malaysia turun ke Himpunan Bersih 5 bertajuk "Dulu musuh sekarang kawan".

Sila klik link berikut untuk menonton video yang dimaksudkan

LINK — YouTube

Nombor telefon Rafizi disebar dalam poster promosi parti sabun lucah

Posted: 16 Nov 2016 06:00 AM PST

NOMBOR telefon Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disebar dalam poster Parti Sabun Lucah difahamkan untuk mengganggu beliau menjelang Himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016.

Poster yang disebarkan seolah-olah mempromosi jualan tiket untuk ke parti sabun bogel itu meletakkan nombor telefon Rafizi sebagai salah seorang 'contact person' bernama Rifa.

Perkara itu didedahkan oleh Rafizi melalui akaun twitter miliknya. 

"Saya bukanlah Rifa di dalam iklan parti sabun bogel walaupun itu nombor saya. Tolong jangan telefon lagi nak beli tiket," tulis Rafizi.



Taktik ini biasa dilakukan oleh pihak tertentu sebagai langkah sabotaj. 

Sebelum ini aku sendiri pernah lihat bagaimana saudara Fariz Musa, yang terlibat dengan Himpunan Kita Lawan menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai.

Rupa-rupanya ada pihak tertentu menggunakan kaedah 'spoofing' membuatkan seolah-olah nombor telefon Fariz menghantar mesej ugutan kepada ribuan orang di Sabah dan Sarawak.

Ribuan orang yang menerima mesej ugutan daripada nombor Fariz itu, ada yang membuat laporan polis, sebahagian menelefon kembali, ada yang ajak bergaduh, ada yang maki hamun, ada juga yang hantar mesej balasan mengugut, maki hamun dan tak kurang yang nak hantar santau.

Dua tiga hari juga Fariz terpaksa layan panggilan dan mesej yang masuk secara beetubi-tubi. Aku yang menyaksikan kejadian itu, rasa nak tergelak pun ada.

Aku difahamkan perbuatan sabotaj itu dilakukan kepada nombor Fariz kerana beliau terlibat sebagai salah seorang penganjur Himpunan Kita Lawan — Tindakan itu dilakukan untuk membuat telefonnya sentiasa 'engaged' agar sukar dihubungi sekaligus menjejaskan himpunan Kita Lawan.

Berbalik kepada sabotaj yang dilakukan terhadap nombor telefon Rafizi, nampaknya ada pihak tertentu menyangka Rafizi sebagai antara tulang belakang bagi menjayakan Himpunan Bersih 5. Maka tindakan sabotaj nombor telefon beliau diharap dapat jejaskan perjalanan Himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016 ini.



Comments (0)