Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:54 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Jamal mengaku Sekinchan Ikan Bakar bankrap akibat lawan Bersih

Posted: 15 Nov 2016 03:47 PM PST

DATUK Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, merangkap Ketua Samseng Baju Merah mengaku rangkaian perniagaan yang diusahakannya Sekinchan Ikan Bakar, 'bankrap' dalam masa 6 bulan akibat tindakannya menentang Bersih 2.

Difahamkan 23 'outlet' rangkaian perniagaan ikan bakar Jamal telah diboikot oleh orang ramai selepas tindakannya membuat demonstrasi depan rumah Datuk Ambiga yang pada masa itu merupakan pengerusi Bersih 2 bersama-sama dengan Saterawan Negara A Samad Said.


"Kita telah buat satu demonstrasi di hadapan rumah Ambiga. Ketika itu, saya tidak tahu menahu pasal politik, cuma kami ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih bahawa kami tidak mahu Bersih dilakukan di Kuala Lumpur kerana mengganggu ketenteraman awam, mengganggu peniaga," katanya.

"Dan akibat daripada apa yang saya lakukan itu, mereka ini (Bersih) melalui satu gerakan telah pun, apa nama menggerakkan agar saya di 'attack' secara 'personal' dan akibat daripada itu, rangkaian perniagaan saya telah pun tutup dalam waktu 6 bulan." tambahnya lagi.

Jamal mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama Astro Awani 7:45, sehari selepas hidungnya berdarah tersenggol tangan anggota Polis dalam satu pergelutan di Ampang Point baru-baru ini.


Pengakuan Jamal ini membuat aku teringat — dulu aku memang selalu juga pergi Restoran Sekinchan Ikan Bakar, aku selalu bawa mak aku makan bersama dengan abang dan kakak ipar aku.

Makanan di Sekinchan Ikan Bakar memang  mahal, tapi aku rasa agak berbaloi sebab masakannya boleh tahanlah walau tak sedap sangat, layanannya kadang baik kadang tidak. Sekali 'open table' kurang-kurang mesti habis dalam RM200 - RM300.

Tapi sejak aku dapat tahu pemilik besar Sekinchan Ikan Bakar ni tiba-tiba menentang gerakan rakyat yang mahu Pilihanraya Bersih dan Adil iaitu Bersih, aku terus tak pernah lagi pergi Sekinchan Ikan Bakar, keluarga aku boikot.

Aku percaya ramai lagi yang boikot Sekinchan Ikan Bakar, selepas dapat tahu 'taukey' besarnya menentang Himpunan Bersih — maka tak hairanlah hanya dalam masa 6 bulan kesemua 23 rangkaian perniagaannya boleh melingkup.

Dari sini kita boleh faham, rupanya ada dendam peribadi antara Jamal Jamban dengan Himpunan Bersih, patutlah bermati-matian dia lawan Bersih.

Comments (0)