Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:27 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Caj wad dan rawatan hospital kerajaan naik 50 peratus mulai 1 Disember

Posted: 13 Nov 2016 09:33 PM PST

HARGA yang perlu dibayar (Caj) oleh rakyat Malaysia bagi mendapatkan wad dan rawatan di hospital kerajaan akan naik sebanyak 50 peratus mulai 1 Disember 2016.

Maklumat ini aku peroleh daripada sebaran keratan Akhbar Kosmo yang bertarikh hari ini 14 November 2016. Keratan akhbar itu mulai viral sejak pagi tadi.


Kosmo merupakan anak syarikat Utusan Malaysia, manakala Utusan Malaysia pula dimiliki oleh Umno. Jadi kalau akhbar milik Umno sendiri yang sebarkan berita ini, aku yakin memang dah dapat persetujuan pimpinan atasan kerajaan BN (Barang Naik).

Di bawah ini senarai harga sekarang dan harga selepas kenaikan 50 peratus selepas 1 Disember nanti yang dipetik daripada laporan berita di muka surat yang sama dalam halaman 2 akhbar Kosmo.


Tengah kecoh isu Jamal Jamban kena tumbuk berdarah hidung, masa tulah dia keluarkan berita untuk naikkan kos rawatan hospital kerajaan. Pandai!

Rafizi Ramli dipenjara 18 bulan bawah Akta Rahsia Rasmi

Posted: 13 Nov 2016 08:39 PM PST

AHLI Parlimen Pandan, yang juga Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur sebentar tadi selepas disabitkan bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA.

Rafizi Ramli disabitkan bersalah kerana memiliki dan mengedarkan Laporan Ketua Audit Negara tentang 1 Malaysia Development Berhad, 1MDB setebal 98 halaman.


Rafizi Ramli sebelum ini telah mengedarkan laporan audit tersebut yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan. 

Hukuman ini menunjukkan bahawa Laporan Audit 1MDB yang didedahkan dan disebarkan oleh Rafizi sebelum ini adalah dokumen tulen dan benar, bukan palsu atau fitnah.

Jika dokumen yang didedahkan oleh Rafizi adalah palsu atau fitnah, mahkamah tidak jatuhkan hukuman kepadanya di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act), sebaliknya mahkamah akan jatuhkan hukuman di bawah Akta Fitnah.

Siapa pun yang ada akal fikiran waras, pasti akan persoalkan apa sebab awal-awal lagi Laporan Audit 1MDB nak disorokkan dan diklasifikasikan sebagai rahsia negara?

Sepatutnya Laporan Audit 1MDB didedah kepada masyarakat umum, kerana ia merupakan isu yang rakyat nak tahu, ia melibatkan duit rakya.

Hutang 1MDB RM50 billion rakyat Malaysia yang akan membayarnya. Bagaimana laporan kewangannya boleh disorok di bawah Akta Rahsia Rasmi?

Mahkamah bagaimanapun dilapor membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu Rayuan dibuat oleh pihak Rafizi ke Mahkamah Tinggi. Wang jaminan dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000.

Muka depan Sinar Harian 'menganjing' kebodohan Jamal Jamban

Posted: 13 Nov 2016 05:00 PM PST

MENGANJING, itulah ayat paling sesuai kepada tajuk muka depan Akhbar Sinar Harian hari ini yang memperlekeh Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) selepas hidungnya berdarah di Ampang Point semalam, katanya kena tumbuk dengan Polis.

BACA — Hidung berdarah, analisa video kejadian bongkar kebodohan Jamal

Sinar Harian meletakkan berita kejadian hidung berdarah Jamal Jamban semalam di muka depan akhbar itu dengan tajuk besar "JAMAL TAK KEBAL".


Tajuk menganjing itu dipilih difahamkan kerana tindakan Jamal Jamban sendiri yang begitu bongkak menunjukkan kekuatan diri sehari sebelum hidungnya ditumbuk dan berdarah. 

Kelmarin, Jamal telah menyebarkan rakaman aksi bagaimana dirinya langsung tidak cedera atau berasa sakit walaupun dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan.


Kata Jamal aksi yang dipersembahkan olehnya itu untuk menunjukkan persiapan dia dan kumpulan Baju Merah bagi menentang Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 19 Nov 2016.

Aku rasa eloklah Jamal berehat, tak payahlah berangan dan berlagak nak tunjuk kuat, itu baru sikit Allah nak beri pengajaran kepada manusia bongkak. Bersih 5 tak buat apa-apa pun kau dah cedera sendiri.

Rakyat tertekan, terhimpit dengan kos sara hidup akibat pemimpin kleptokrasi, pemimpin perompak, rakyat mahu suarakan bantahan terhadap pemimpin ini secara aman tapi kau halang.

Kau meracau tak tentu pasal, tunjuk kuat dan menyombong sendiri, tiba-tiba dapat hadiah hidung berdarah. 

Kalau masih tak mahu sedar lepas ni entah apa lagi kejadian memalukan akan berlaku pada kau. Tapi jika kau memang saja nak malukan diri dan keluarga, lantak kaulah labu...

Hidung berdarah ditumbuk, analisa video bongkar kebodohan Jamal

Posted: 13 Nov 2016 12:45 PM PST

SEMALAM kecoh betul kisah ketua Samseng Baju Merah, Datuk Jamal Yunos (panggil Jamal Jamban) yang berdarah hidung katanya ditumbuk dalam satu kekecohan di Ampang. Selepas kejadian itu, Jamal Jamban mendakwa hidungnya ditumbuk oleh budak YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang yang memakai T Shirt kuning BERSIH 5.

Di sini aku buat sedikit analisa terhadap rakaman kejadian tersebut. Mula-mula sekali anda boleh lihat pada video sekitar durasi 0:35 hingga 0:50. pada waktu ini Jamal Jamban belum kena tumbuk, tiada kesan darah di hidungnya. 


Selepas itu Jamal Jamban tiba-tiba menjerit dan meracau bagai orang gila kepada pihak Polis yang cuba menenangkannya:

"Kami nak keluar! Kami nak keluar! Kami nak keluar!" Jerit Jamal berulang kali.


Ini adalah permulaan berlakunya pergelutan antara Jamal Jamban bersama pengikutnya dan kumpulan anggota Polis yang bertugas. Kalau lihat dari rakaman ini, langsung tak ada sesiapa pakai baju kuning Bersih 5 di lokasi kejadian.

Kemudian berlakulah pergelutan antara Samseng Baju Merah dan pihak Polis. 

Dalam situasi ini pihak Polis yang jaga keselamatan telah mengepung kumpulan Samseng Baju Merah di dalam pasaraya, Polis telah membina satu 'buffer zone' kalau ada sesiapa pakai T Shirt kuning dalam kawasan ni memang lunyai kena belasah dengan Samseng Baju Merah yang sedang meracau.


Boleh juga dilihat gelagat lucu pengikut Baju Merah mengeraskan badan seperti dalam aksi memukul-mukul badan mereka sebelum ini.

Tidak lama selepas itu, Jamal Jamban muncul dengan darah merah mengalir keluar dari hidungnya sambil menjerit berulangkali menuduh pihak Polis telah menumbuknya.


"Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya!" Jerit jamal berulang kali, sambil jari tunjuk pada hidungnya yang berdarah.

Jadi jelas di sini tidak ada penyokong Bersih 5 pakai baju kuning yang tumbuk Jamal Jamban, jika benar ada pun hanya Jamal seorang yang nampak.

Lebih lawak, di hujung video sekitar durasi 4:51 boleh dengar suara dari penyokong Jamal Jamban berkata:

"Datuk, kita bukan nak bergaduh dengan Polis datuk...


Sejurus selepas mendengar kata-kata penyokongnya itu, tiba-tiba Jamal Jamban bersuara kepada media, menuduh berulang kali budak YB Zuraida kurang ajar tumbuk hidung dia.

Akhirnya entah apa bangang merasuk dia, dia kata YB Zuraidah pula tumbuk hidung dia.


Dari sini anda boleh nampak betapa bebalnya Jamal Jamban, gelagat lucu dia menjadi bahan lawak seluruh Malaysia.

Berikut video penuh kejadian tersebut sila klik untuk menonton.



"llmu kebal yang dituntut, tapi ilmu bebal yang menjadi"

Comments (0)