Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:07 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Jamal Jamban rakam aksi badannya kena pukul dengan kayu

Posted: 10 Nov 2016 07:27 PM PST

MENJADI bahan gelak seluruh Malaysia dengan aksi tunjuk kuat memukul-mukul diri oleh kumpulan Samseng Baju Merah yang diketuainya, tidak membuatkan Jamal serik, sebaliknya makin galak dia menunjukkan kebodohan.

Scroll ke bawah untuk menonton video.

Kali ini, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih dikenali sebagai Jamal Jamban merakam aksi dirinya sendiri pula dipukul dengan kayu.

Barangkali nak tunjuk kononnya dia sudah kuat, tak cukup dengan aksi pukul badan seperti penganut Syiah oleh kumpulan Baju Merah yang jadi bahan gelak seluruh negara, kali ini Jamal Jamban dilihat tersengih-sengih ketika dipukul dengan kayu di belakang badannya. 


Aku kerap terlibat dengan acara persembahan silat masa sekolah menengah dulu. Setakat pecahkan genting batu atas perut, pecahkan batu bata guna tapak tangan dan lain-lain itu perkara biasa dalam seni persembahan.

Hanya perlukan pengetahuan fizik asas dan sedikit latihan kita boleh lakukan perkara seperti itu tanpa cederakan diri. 

Jadi aku tak tahu apa kerja kumpulan samseng baju merah ni berulang kali tayang aksi pukul badan macam orang gila, nak tunjuk aksi beruk elok buat persembahan di pentas sarkis.

Sebelum ini Tengku Mahkota Johor, TMJ turut muncul dalam sebuah video 'troll' memperlekeh aksi kumpulan baju merah.


"Kalau setakat nak tunjuk kuat, tak payahlah, orang tak hairan sehelai bulu roma pun tak meremang..."


Lelaki dibawa ke Balai Polis selepas ramal BN tumbang di Sabah

Posted: 10 Nov 2016 03:14 AM PST

LELAKI bernama Jufazli Shi Ahmad seorang anak muda yang lantang mengkritik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Barisan Nasional, BN Sabah memaklumkan di facebook  bahawa beliau telah dibawa ke Balai Polis Travers.


Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas meramalkan parti Warisan pimpinan Dato Seri Shafie Apdal akan menang besar pada pilihanraya umum ke 14, sekaligus menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di Sabah.

Orang ramai terutama pengikut facebook beliau tertanya-tanya apa sebab sebenar Jufazli dibawa ke Balai Polis. Punca penahanannya sehingga kini masih tidak jelas.

Ramai yang mengandaikan penahanan itu ada kaitan dengan pendedahan terperinci oleh Zulfadli sebelum ini tentang skandal rasuah air Sabah di mana beliau mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sebagai pelaku rasuah yang terlibat dalam skandal tersebut.


Dalam tulisannya itu, Jufazli mengaku bahawa pendedahan itu berisiko untuk diri dan Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah yang diterajuinya.

Namun menyedari bahawa ilmu itu patut dikongsi bagi menyelamatkan masyarakat, maka beliau mahu mati dipenjara kerana berkata benar di negara ini. 

Ini salah satu kelebihan bila ditahan polis, daripada orang tak berapa mengenali beliau, sekarang anak muda ini telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Aku percaya ditahan oleh polis adalah strategi beliau agar mesej-mesej yang ditulisnya menjadi bualan dan digali oleh orang ramai.

Comments (0)