Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:09 PTG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


PENGERUSI SUHAKAM SAPU LEBIH RM500 JUTA PROJEK KINI TIBAI KERAJAAN!

Posted: 29 Nov 2016 01:30 AM PST




Tan Sri Razali Ismail dan Cypark Resources Berhad dapat projek kerajaan lebih RM500 juta


Siapa tidak kenal Tan Sri Razali Ismail? Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York ; Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990) ; Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung Sekatan Senjata di Afrika Selatan (1990) dan bermacam jawatan lagi. Begitulah pegawai kesayangan Tun Mahathir ini satu ketika sehingga pernah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (1998). Biodata dan Latar Belakangnya bukanlah rahsia anda boleh menyemaknya dalam internet.Perubahan beliau paling menarik ialah beliau digambarkan seorang diplomatik (Bersara) yang beralih arah sebagai seorang Ahli Korporat. The Star tahun 2010 pernah mengetengahkan beliau dalam ruangan Up close & Personal. Sejak 2002 di lantik sebagai Pengerusi Syarikat Iris Corporation Berhad hingga kini dan mengasaskan penubuhan Syarikat Cypark Resources Berhad. 



Ketika Paklah sebagai Perdana Menteri Syarikat Iris Corporation Berhad dibawah pengaruhnya mendapat projek mencetak dan membekal Kad Pengenalan dan Passport Malaysia. Dibawah syarikatnya sendiri Cypark Resources Berhad dalam Rancangan Malaysia Ke-9 diberi anugerah projek SECARA RUNDINGAN TERUS RM480 juta bagi menutup dan menjalankan pemulihan 16 tapak landfills di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pemberian projek untuk 16 tapak bernilai RM 480 juta menjadi satu polemik ketika itu kerana dianggap terlalu mahal dan pernah dibangkitkan semula dalam Dewan Rakyat 2011 oleh Teresa Kok. Polemik paling besar ialah bagaimana Dato' Seri Ahmad Kabit KSU KPKT ketika itu menandatangani kontrak RM480 juta melampaui had limit penurunan kuasa Menteri. Semuanya atas kuasa wang dan "kawtim".

Hampir RM500 juta iaitu Projek penutupan Tapak Pelupusan Sampah di 16 tapak seluruh negara. Cypark Ghairah untuk menguasai 112 tapak lagi yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara KPKT ketika itu. Walaubagaimanapun mereka gagal! Namun Cypark mengubah bekas tapak pelupusan sampah Pajam di Nilai, Negeri Sembilan kepada taman tenaga boleh diperbaharui yang pertama dan terbesar di Malaysia yang bernilai RM150 juta.


Ahli Lembaga Pengarah Cypark Resources Berhad








TAHUN 2011 CYPARK TERUS MERAIH LABA PROJEK KERAJAAN DI PUTRAJAYA



Cypark turut disenaraikan di Bursa Saham Malaysia serta mendapat bantuan dari Teraju untuk dana Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).


Begitulah kerajaan hendak menolong seseorang pegawai kerajaan yang pernah berjasa kepada negara sehingga menjadi jutawan dan syarikat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Namun keadaan berubah selepas Tan Sri Razali dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM


Tan Sri Razali Ismail dilantik Pengerusi SUHAKAM baru
Pada jun 2016 Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun (2016-2019) menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia 1999 (Akta 597). 

Harapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Razali dapat menolong dan membantu kerajaan tetapi sebaliknya berlaku. Di awal pelantikan Tan Sri Razali sebagai Pengerusi lalu tidak ada tanda-tanda keganjilan dan mencurigakan tentang tugas Pengerusi SUHAKAM


Pertemuan SULIT Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM dengan Tun Mahathir.

Sumber dalaman mendedahkan Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM ada membuat perjumpaan SULIT sebelum ini dengan Mahathir Mohamad. Umum mengetahui Tan Sri Razali pernah bertugas sebagai Penasihat PM Mahathir suatu ketika. Mahathir sedang mengumpul semua orang-orangnya sama ada yang bersara atau yang sedang bertugas sekarang. Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu jelas menunjukkan usaha itu. 

Mahathir mahu menggunakan Pengerusi SUHAKAM bagi tujuan jahatnya dalam perhimpunan BERSIH. Bursa Malaysia pada 31 Oktober 2016 mengumumkan Penjualan saham dan kepentingannya di Cypark Resources Berhad. Ia satu isyarat bahawa Tan Sri Razali mahu menyelamatkan syarikat yang diasaskannya dari persepsi buruk jika beliau kelihatan terlibat dan menyokong Tun Mahathir serta kumpulan bersih. 


19.2 PERATUS KEPENTINGAN SAHAM MILIK TAN SRI RAZALI ATAU 45,580,600 UNIT SABAH. RAZALI MENUNJUKKAN DIA MELUPUSKAN SAHAMNYA SEBAGAI MENGABURKAN KEADAAN JIKA ADA SESIAPA MENYERANGNYA SEBAGAI PENGERUSI CYPARK RESOURCES BERHAD.

Memandangkan begitu banyak projek kerajaan serta pelaburan yang Cypark telah lakukan jalan paling selamat ialah menyelamatkan Cypark dari tekanan politik.

Maka tidak hairan pada 17 November 2016 Pengerusi SUHAKAM ini berani menyatakan sokongan agar Penjawat awam berhak sertai perhimpunan demo Bersih 5 sebagai menghormati hak kebebasan bersuara Artikel 10 (1). Ia susulan amaran KSN terhadap penjawat awam. Perkara ini mendapat bantahan oleh Ketua Polis Negara sebelum itu m
mempersoalkan niat sebenar SUHAKAM

Tidak cukup itu Pengerusi SUHAKAM menyelar pasukan Merah dan meminta polis menangkap mereka segera. Paling bias ialah SUHAKAM melawat Maria Chin pemimpin BERSIH di penjara  pada 23 November 2016.

Inilah sebenarlah tujuan perjumpaan sulit Mahathir dan Razali Ismail Pengerusi SUHAKAM ini iaitu menjadi alat menghalalkan demo Bersih 5 dan memburukkan imej kerajaan. Jika sekiranya kerajaan menangkap Tun Mahatnir, Muhyiddin, Mukhriz dan beberapa pemimpin pembangkang maka Tan Sri Razali SUHAKAM akan membela habis-habisan. 


Utusan 26 November 2016 mempertikaikan SUHAKAM sebagai satu langkah populis membela pasukan BERSIH 5. Kelihatannya Tan Sri Razali bijak menyelamatkan syarikat Cypark yang diasaskannya. 

Pengerusi SUHAKAM pro Mahathir dan BERSIH ini menyulitkan kerajaan kerana ia adalah gunting dalam lipatan sebagai satu suruhanjaya yang terpesong besar menyokong pembangkang. Kerajaan melalui Yang Dipertuan Agong melantik Pengerusi SUHAKAM mohon memperhalusi pelantikan Tan Sri Razali yang dikatakan hanya akan tamat 2019. Ini bakal mengundang padah jika Tun Mahathir menggunakan SUHAKAM menekan kerajaan dalam SPR dan pilihanraya. 

Sikap Anti Tan Sri Razali marah kerana projek?


Pengerusi SUHAKAM selain pro Mahathir beliau juga adalah Pengerusi Syarikat taikun teknologi cip iaitu Syarikat Iris Corporation Berhad yang satu ketika memonopoli projek My Kad (Kad Pengenalan) bermutu tinggi dan juga passport Malaysia. Selepas syarikat mereka kalah kepada Datasonic Group Berhad musuh utama dalam perang cip maka Tan Sri ini mula merajuk dengan kerajaan. Jadi tidak hairanlan beliau bersikap anti PM Najib walaupun dalam masa sama Syarikatnya Cypark Resources terus mendapat projek kerajaan. 

Jadi pemimpin UMNO yang bersidang di PAU 2016 fikir-fikirkanlah. Anda penat tapi mamat nama Razali Ismail ni kaya raya dari projek kerajaan kemudian dia bersekongkol dengan Mahathir Mohamed bekas majikannya. Apa kamu dapat? Mahathir dan Razali sedang merancang dari dalam dan menggunakan sekali proksi lamanya seperti YTL, Berjaya dll untuk memusnahkan ekonomi negara.


MD

Comments (0)