Followers

Nuffnang

MASTER DEDAH

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:50 PG | Posted in

sumber :-

MASTER DEDAH


RAFIZI MENGAKU GUNA DOKUMEN “SAMPAH” FITNAH TABUNG HAJI!

Posted: 28 Feb 2016 03:26 AM PST



Pengkhianat ISLAM nombor 1 Negara, Rafizi telah membuat fitnah terbaru kepada Lembaga Tabung Haji kononnya pelaburan Tabung Haji di TH Heavy Engineering akan mendedahkan Tabung Haji kepada risiko kerugian RM1.4 bilion dan TH telah memberikan "corporate guarantee" sebanyak RM981 juta.


Rafizi telah mendedahkan dua dokumen membuktikan dakwaannya iaitu surat kelulusan "corporate guarantee" Kementerian Kewangan dan laporan penuh Penilaian Risiko Pelaburan ("Investment Risk Assessment") yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Risiko dari mukasurat 1 hingga mukasurat 10. Laporan Risiko Pelaburan adalah perkara dan prosedur biasa.

Dan Rafizi menyimpulkan masalah kewangan THHE mempunyai risiko berjangkit kepada kedudukan kewangan Tabung Haji. Wah hebat cara Rafizi mencipta persepsi!

Hakikatnya Tabung Haji setiap tahun kekal mengumumkan keuntungannya serta pembayaran dividen yang tinggi kepada pendepositnya.

Dimana-manapun setiap pelaburan ada untung ruginya. Cuma dengan segala macam pendedahan Rafizi mengenai THHE ia hanya memberi kesimpulan Rafizi sotong  tidak tahu hujung pangkal mengenai pelaburan THHE. TH Heavy mempunyai kontrak jangka panjang FPSO dengan Nippon Oil dan Petronas. Tapi hendak menyiapkan kapal tu melibatkan perbelanjaan yang besar. Sekiranya projek FPSO dibatal THHE terpaksa menghadapi pelbagai tindakan undang-undang termasuk ganti rugi yang berpuluh kali ganda lebih besar.

Tapi jika diteruskan sudah tentu kedudukan kewangan THHE kembali positif walau pun kontrak kerja kerja fabrikasi terutama Petronas di tangguh. Kata seorang ahli Lembaga Pengarah THHE.

Kesilapan Rafizi dengan mendedahkan dokumen Kementerian Kewangan yang dianggap sebagai kelulusan "corporate guarantee" sebanyak RM981 juta adalah satu kesilapan kerana surat dengan rujukan KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld.16 sk.4 (8) bertarikh 8 Disember 2016 yang ditandatangani Dato' Dr Mohd Isa Hussain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) hanya dokumen biasa dari Kementerian Kewangan sebagai badan yang memberi perakuan serta kelulusan. Dari segi prosedur kerajaan Tabung Haji mengikut peraturan. Itu pun jika sekiranya Tabung Haji menggunakan kemudahan ini.

Proses ini sama dengan Kementerian serta agensi lain yang memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) seperti permohonan pelaksanaan Projek Tender Terhad dimana nilai RM 10 juta ke atas memerlukan perakuan dan kelulusan MOF. Sama ada laksana atau tidak ia terpulang kepada kementerian itu. Kementerian atau agensi boleh memulangkan semula jika tidak menggunakannya atau membatalkannya. Di sini saja membuktikan TH tidak melanggar Akta Tabung Haji.

Cuba baca surat MOF itu secara teliti. Rafizi mempunyai beban pembuktian berat

1. Surat itu hanya menunjukkan RM 981 juta (USD228.2) "corporate guarantee" jika sekiranya Tabung Haji menggunakannya. Adakah TH menggunakannya?

2. Surat ini juga bukan menunjukkan Tabung Haji telah memberi "corporate guarantee" kepada THHE. Boleh Rafizi tunjukkan surat dari TH kepada THHE? 

3. Jika berlaku sekali pun CG, Bank atau entiti apakah yang telah memberi CG kepada THHE?. Ada surat dan dokumen itu?

Surat perakuan dan kelulusan MOF seperti ini biasa kepada kementerian, agensi atau GLC. Lagipun ia hanya digunakan untuk projek FPSO. Tidak terpakai projek lain. Jadi terpulang kepada Tabung Haji sama ada beri kepada THHE atau tidak.

Sekiranya gagal maka Lembaga Pengarah TH akan bertanggungjawab. Bermakna bukan mudah. Jadi menggunakan CG ini perlu komitmen dan tanggungjawab
Lembaga Pengarah TH

Sebagaimana Rafizi boleh mendapat dokumen MOF serta dokumen risiko pelaburan TH tentu Rafizi boleh mendapatkan bukti Bank atau entiti yang beri CG kepada THHE.

Dan penulis menjangka Rafizi akan bergelut kepada isu bukti ini apabila kini di media sosial FB Rafizi diganyang habis-habisan dan Rafizi berhempas pulas menjawabnya.

serangan di media sosial kepada Rafizi meminta bukti.

Dan jika Tabung Haji tidak menggunakan atau melaksanakan CG ini maka lantaran itu Tabung Haji berani membuat laporan polis kepada Rafizi kerana memfitnahnya dengan dokumen bertaraf "Sampah".

Tabung Haji membuat laporan polis dan mencabar Rafizi menamakan bukti pinjaman Bank. 

Apa helah Rafizi selepas ini? mari kita lihat sama-sama.

Comments (0)