Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:01 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Alas Pengesat Kaki, Kenapa PAS Tersentap?

Posted: 07 Nov 2016 01:50 AM PST

Lambang Pas jadi pengesat kaki?

Kecoh di media sosial apabila imej pengesat kaki berlogokan bendera Pas dikatakan dijual di sebuah pasar raya di Sabah.

Ini termasuklah pesuruhjaya Pas Terengganu Ustaz Saiful Bahri Mamat yang mendesak pasar raya berkenaan memberi penjelasan.

"Harap pasar raya Giant beri penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh-kesah dengannya. Ditemui dijual di Giant. Tawau. Buat pengesat kaki?" soalnya dipetik dari status Facebook beliau.


Sumber memberitahu Malaysia Dateline salah seorang yang memegang pengesat kaki berlogokan Pas itu adalah rakannya di Tawau, Sabah.

Terdapat pula pihak yang memberitahu pembekal pengesat kaki Pas itu beralamat di Selangor.

Walau bagaimanapun, sebahagian netizen menyifatkan penemuan berkenaan bukan satu masalah besar seperti dapat dilihat pada ruangan komentar status Facebook Ustaz Saiful itu.

"Masuk nerakakah? Berdosa besarkah?" soal Nazaruddin Redzuan manakala Alan Dani pula menulis, "Biarlah. Bukan berdosa pun. Kalau boleh buatlah untuk lap najis sekali."

Sementara itu, Mohamad Fakhruddin menganggap tidak berdosa kerana tidak menghina Islam.

"Bukan hina Islam. Bendera je pun. Lainlah ada kalimah Allah ke kat situ," ujarnya.

Tidak kurang juga netizen yang bercadang untuk mendapatkan pengesat kaki berlogokan bendera Pas itu.

"Tolong postage ke Semenanjung. Nak satu. Khas nak letak kat tandas. Please," kata Abd Mutalib.

Lain pula reaksi penyokong Pas yang menganggap perlu wujud rasa hormat walaupun pengesat kaki itu tidak tertera ayat suci Al-Quran.

"Dari segi hukum agama memang tak salah. Tiada ayat suci Al-Quran di situ tapi kena pandang dari sudut kesopanan dan keharmonian.

"Sopan ke lambang sesebuah parti dijadikan alas kaki?" soal Wan Azhan Wan Ali. -MD

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Sebelum ini terdapat satu status di media sosial, anak seorang pemimpin PAS dari Gombak dengan bangga meletakkan baju berlambangkan AMANAH dan kemudian dipijaknya.


Pemimpin dan ahli AMANAH lansung tidak menghiraukan perbuatan beliau itu.

Gejala pijak memijak ini sudah berlaku di dalam PAS sewaktu kumpulan Geng Ulama mengadakan demonstrasi di depan pejabat agung PAS apabila mereka memijak pimpinan PAS kumpulan progresif.


Tiada lansung tindakan dikenakan ke atas mereka oleh PAS ketika itu.

Dan golongan progressif pula lansung tidak bertindak balas terhadap perbuatan melampau mereka itu.

Tetapi hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku juga.

What goes round turns around
. You get back what you give.

Kini bendera PAS dikeluarkan oleh kilang sebagai pengesat kaki. Demikian balasan Tuhan di atas setiap perbuatan PAS.

Kalau hendak didakwa pun tak boleh sebab ia mungkin sahaja faktor kebetulan. PAS pula terasa sentap kerana "kebetulan" warna dan corak pengesat kaki tersebut menyerupai lambang parti itu.

Oleh itu kita jangan lakukan apa-apa yang kita tidak mahu orang lain lakukan terhadap kita. Mudah kan sunnatullah itu?






FEATURED ADS


Pelik, Parti Serpihan Pembangkang, PAS Minta Nak Jadi Ketua

Posted: 06 Nov 2016 06:51 PM PST

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi

PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.

"Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata," katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.


Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

"PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia 'curi' dalam rumah kami," kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.

PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.

DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). -FMT

ULASAN GB

Laporan di atas memang pelik. Parti pembangkang kini sudah bergabung di dalam Pakatan Harapan dan PPBM (Bersatu) juga kini bersama PH bersatu untuk menumbangkan UMNO BN.

Alih-alih parti serpihan pembangkang, PAS namanya, tiba-tiba nak jadi ketua.

Aneh, pelik malah melucukan, tak begitu?

Kalau macam tu lebih baik mereka memohon menyertai Barisan Nasional, kemudian kata PAS nak jadi ketua.

Kalau dah membentuk sebuah parti di dalam sistem dan kerangka demokrasi, kenalah ikut suara majoriti.

Begitu juga pilihanraya. Manakan boleh kita memaksa orang lain memilih kita sebagai ketua atau pemimpin sedangkan majoriti rakyat belum dapat kita yakinkan bahawa kita layak untuk menjadi ketua? Hanya orang tidak siuman sahaja akan bertindak untuk meminta jadi ketua sedangkan majoriti menolak.

Sedangkan dalam solat pun, solat tak diterima jika imam itu tidak diredhai oleh makmumnya.

Berdasarkan hadith Abu Umamahra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Ada tiga jenis orang yang solatnya hanya sampai ke batas telinganya saja: Hamba sahaya (yang minggat) hingga ia pulang. Wanita yang tidur sementara suaminya dalam keadaan marah kepadanya. Imam solat yang dibenci oleh jamaahnya." -Sanad sahih.

Kalau dah macam tu, tergila-gila nak jadi ketua, lebih baik PAS memohon menyertai Barisan Nasional, kemudian kata PAS nak jadi ketua. Agaknya apa kata UMNO dan sekalian komponen BN? Mungkin sebulan lamanya mereka ketawa terbahak-bahak...





FEATURED ADS


Comments (0)