Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


Ramai Mahu PH & Bersatu Waspada Dengan PAS

Posted: 04 Nov 2016 01:30 AM PDT

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua Oleh MUAMMAR QADDAFI

Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.


Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?


Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.

Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?

Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?

Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.


Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.


Pemimpin Pakatan Harapan wajar berfikir 7 kali sebelum mula memikirkan untuk bekerjasama dengan Pas,dan fikir lagi 7 kali sebelum bertindak melakukan kerjasama, dan jika ia dilakukan sekalipun haruslah dengan cermat dan berhati hati bimbang Pakatan mungkin "dikencing" buat kali kedua. -MD

ULASAN GB

Memang benar tulisan Muammar Qaddafi di atas.

Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Saya sendiri berpandangan bahawa Pakatan Harapan dan Bersatu tidak perlu terlalu mengharapkan PAS di dalam menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun, PH & Bersatu perlu tegas dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak penjuru.

Sebelum ini GB sudah katakan Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan & Bersatu sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan & Bersatu di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan blok pembangkang sendiri.

Bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Barisan Nasional terlalu besar risikonya. Pada bila-bila masa mereka boleh menikam kita dari belakang. Dan akhirnya rakyat yang akan kerugian besar.



FEATURED ADS


Demi Keadilan, Polis Perlu Segera Tangkap Reza!

Posted: 03 Nov 2016 10:57 PM PDT

Kemunculan Riza Aziz dalam lawatan PM ke China memalukan, mengaibkan

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kewajaran Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut bersama dalam lawatan rasmi negara ke China.

"Kehadiran Riza Aziz dalam delegasi pelaburan negara sangat memalukan serta mengaibkan negara.

"PM Najib langsung tidak prihatin soal maruah negara yang tercalar kerana perbuatan anak tirinya itu.


"Sepatutnya PM Najib tidak melibatkan anak tirinya itu dalam siri lawatan rasmi ke China ini. Tiada keperluan untuk anak tirinya terlibat dalam urusan rasmi negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Riza Aziz antara nama yang dikaitkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai lalu kerana terbabit dalam siri pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB untuk menerbitkan filem 'Wolf of Wall Street' yang dilakonkan pelakon Hollywood Leornardo De Caprio.

DOJ menamakan 'Riza Aziz anak tiri MO1' dalam saman memohon untuk merampas beberapa aset bernilai lebih RM14.16 bilion yang berkaitan dengan dana 1MDB yang telah diselewengkan.

Gambar Riza Aziz yang turun dari pesawat bersama Datin Rosmah Mansor isteri perdana menteri menjadi viral apabila ramai pihak mempertikaikan kewajaran anak tiri Najib itu mengikuti lawatan rasmi negara ke China.

Justeru persoalannya ujar Mahfuz lagi, apakah keperluan untuk Najib membawa anak tirinya yang merupakan orang kena tuduh (OKT) dalam kes kecurian wang 1MDB itu ke China.

"Apakah kelayakan untuk Riza Aziz menaiki pesawat tersebut?.

"Adakah Riza Aziz tersenarai dalam peraturan sebagai orang yang layak menaiki pesawat khas kerajaan yang dibiayai oleh wang rakyat?

"Apakah peranan Riza Aziz dalam deligasi PM Najib untuk menarik pelaburan dari negara China?.

"Adakah terdapat keperluan Riza Aziz terlibat dalam perundingan dan menandatangani mana-mana MOU dengan syarikat pelabur dari China yang bernilai RM144 bilion?

"Adakah Riza Aziz menyertai lawatan ke China ini sebab nak pinjam duit dari negara China atau mencari rakan kongsi baru untuk buat filem "Wolf of Wall Street 2".

"Maklumlah duit 1MDB dah habis diguna untuk berfoya, berjudi serta istana dan kondominium mewah di Amerika dah kena sita dan bank-bank seluruh dunia pun tidak mahu berurusan lagi dengan beliau," ujarnya.

Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah

GAMBAR Najib bersama penerbit filem lucah turun dari jet kerajaan menjadi bualan hangat di facebook dan twitter. Gambar tersebut diperolehi daripada twitter rasmi perdana menteri sendiri.

Riza Aziz, merupakan penerbit filem The Wolf of Wallstreet yang sarat dengan adengan lucah terlampau. Dia dilihat berada di belakang Najib ketika Najib sedang turun daripada jet kerajaan sebaik tiba di Beijing, China.

Dalam kiriman di twitter itu Najib menulis:

"Just arrived in Beijing for my third official visit looking fwd to a fruitful visit & further strenghening M'sia-China ties and friendship"

(Baru tiba di Beijing untuk lawatan rasmi saya yang ketiga tak sabar untuk lawatan yang berhasil dan mengukuhkan lagi hubungan dan persahabatan Malaysia-China)



Orang ramai di laman sosial mempersoalkan apakah tujuan kehadiran penerbit filem lucah yang diharamkan tayangannya di banyak negara termasuk Malaysia itu menaikki jet kerajaan bersama dengan perdana menteri.


Tidak lama selepas menerima kritikan dan serangan bertalu-talu, perdana menteri dilihat memadam gambar-gambar tersebut daripada akaun twitter miliknya.


Ini menimbulkan persoalan baru orang ramai yang curiga, adakah Najib cuba menyembunyikan lokasi anak tirinya Riza Azi daripada diketahui oleh Biro Penyiasatan Persekutuan, FBI yang dikatakan sedang memburunya berhubung skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Riza Aziz yang juga merupakan anak tiri Najib turut disebut secara khusus dalam dokumen Department of Justice, DOJ berhubung skandal 1MDB yang sedang diambil tindakan di Amerika Syarikat.

Apa sebab Najib padam 'tweet' tersebut? Jika tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan beliau tidak perlu memadamnya. Persoalannya sekarang apa yang cuba disembunyikan?

Adakah benar tanggapan orang ramai bahawa Najib cuba menyelamatkan anak tirinya daripada dikesan oleh FBI? -
milosuam.net


ULASAN GB

Satu tandatanya besar. Kenapa gambar Reza itu dicrop sebaik saja diviralkan di media sosial.

Jika tak bersalah mestilah ianya dibiarkan. GB sudah ulas sebelum ini: Petikan:

Beliau kini sedang diburu di peringkat antarabangsa. Beliau tidak mungkin boleh bergerak bebas seperti dulu.

Oleh itu, ada kemungkinan beliau terpaksa mendapat "belas ikhsan" ibunya Rosmah dan Najib tumpang menaiki jet ke sana ke mari dengan menggunakan pass VVIP yang tidak ada gangguan siasatan apabila masuk dan keluar ke dalam mana-mana negara yang dilawatinya.

Satu hal lagi, Ketua Polis Negara sebelum ini menyatakan sukar untuk mengesan saksi-saksi 1MDB termasuk Reza sendiri.


Kini Reza terpampang di media. Sukarkah untuk menahannya atau sengaja beliau dibiarkan bebas? Mengapa ada pilih kasih di dalam menjalankan tugas mendaulatkan undang-undang dan melaksanakan keadilan?


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS


Comments (0)