Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


DUA TAHUN KAMI DEDAHKAN ISU IKAN STURGEON BERNILAI RM135 JUTA

Posted: 22 Nov 2016 05:14 PM PST

 Dalam tempoh dua tahun ini kami dilebalkan penyangak dan penghasut kepada warga Felda. Kami juga dihalang memasuki kawasan projek 'Felda Caviartive Blue Dream Park' di Kuala Tahan, Pahang.
Hari ini laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.
Alasan kami membantah projek ini sangat mudah, Felda tiada kepakaran mengenai penternakan ikan sturgeon dan penggunaan dana dari Felda. Projek ini sudah tersasar dari perniagaan teras Felda .
Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61juta dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.
FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.
"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.
Apa pun bentuk laporan Ketua Audit Negara berkait kegagalan dan kerugian projek ini, kami mengucapkan terima kasih kerana mengesahkan dakwaan kami selama ini. Projek yang didakwa mampu menjana hasil RM360 juta setahun ini akhirnya menemui kegagalan dan pastinya kerugian berpuluh juta ini memberi kesan kepada kewangan Felda dan peneroka.
Felda pernah memanggil wartawan dan ketua-ketua peneroka untuk memberi keyakinan keuntungan dari projek ini. Felda juga berhasrat memperluaskan projek ini di 11 buah Wilayah Felda di seluruh negara dengan menyasarkan 30 tan metrik kaviar yang didakwa bernilai RM12,000 sekilogram.
Felda juga berjaya mengumpul kira-kira 100 penduduk mengadakan perhimpunan aman di Felda Sungai Rentang untuk mendesak projek ini diteruskan walaupun ada bantahan dari perbagai pihak. Hari ini terjawab apa yang kami bimbangkan selama ini.
Banyak lagi isu besar yang sedang kami ketengahkan agar Felda dapat kembali pulih dan berada di landasan yang betul serta mengekalkan kegemilangan mereka. Walaupun usaha kami ini difitnah sebagai apa jua gelaran yang menyakitkan halwa telinga.
Antaranya isu pembelian Apartmen mewah Grand Plaza Servis di Bayswater London pada harga yang tidak munasabah RM538 juta. Dakwaan ini pada mulanya dinafikan oleh pihak pengurusan Felda.
Pembelian sebuah Hotel 4 bintang di kawasan mewah Kensington juga di London pada harga RM330 juta dan lain-lain hotel menjadi tanda tanya. Felda sewajarnya menjawab dan memberi taklimat perangcangan pembelian hartanah kepada awam kerana melibatkan dana yang besar.
Alasan untuk menambah pendapatan kumpulan dengan pembelian aset dengan harga lebih tinggi dari pasaran sememangnya tidak boleh diterima.
Kami bimbang pelaburan gajah putih ini semata-mata untuk mencari keuntungan anak beranak orang besar yang memimpin Felda akan memusnahkan satu nama yang gah sebelum ini. Kerajaan juga perlu menuhkan satu suruhjaya bebas untuk menyiasat semua pelaburan Felda yang berskala besar dalam dan luar negara agar .
Susulan laporan Ketua Audit Negara ini, kami mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk membawa mana-mana pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian kepada Felda termasuklah Pengerusi Felda itu sendiri perlu dipertanggungjawabkan.

Sekian.
Naraza Muda
Peengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 November 2016.

LAPORAN AUDIT NEGARA BERKENAAN PENGURUSAN PROJEK FELDA DAN SUBSIDIARI

Posted: 22 Nov 2016 05:11 PM PST


Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) memandang serius Laporan Ketua Audit Negara siri 2 2015 berkenaan pengurusan projek FELDA dan subsidiarinya yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit. Projek-projek tersebut adalah:
i) LiDAR (Light Detection And Ranging)
ii) Projek Inisiatif Jalur Lebar
iii) Projek Ternakan Ikan Sturgeon dilaksanakan oleh FELDA Caviartive Sdn. Bhd.
iv) Restoran Savaro dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
v) Pastri Schneeballen dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
Sebagai pertubuhan rasmi yang mewakili warga belia Felda di seluruh negara, MBFM merasakan laporan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan terdapatnya kepincangan serta kelemahan serius dalam pentadbiran dan pengurusan FELDA terutamanya melibatkan pelaksanaan projek melibatkan kepentingan warga Felda.
Kerugian yang dialami FELDA ini bukan sahaja tidak membawa apa-apa manfaat kepada warga FELDA malah menyebabkan masyarakat terutamanya warga FELDA hilang kepercayaan kepada institusi FELDA itu sendiri yang selama ini diletakkan kepercayaan yang tinggi bagi membela nasib dan kebajikan warga Felda.
MBFM juga maklum akan tindakan yang telah diambil sebelum ini ke atas individu-individu terbabit termasuklah terhadap beberapa Pengarah dan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi pada tahun lepas. Namun begitu, tindakan tersebut dilihat masih belum menyeluruh dan jika masih terdapat individu lain yang masih belum dikenakan apa-apa tindakan, maka Felda seharusnya mengambil tindakan tegas kepada mereka.
Sehubungan dengan itu, MBFM mendesak agar pihak pengurusan tertinggi FELDA mengambil tindakan segera ke atas kesemua syor yang dicadangkan melalui Laporan Ketua Audit Negara termasuklah mengambil tindakan tatatertib terhadap kesemua pegawai dan individu terlibat jika jelas berlaku perlanggaran undang-undang akibat dari keputusan yang dibuat pihak terbabit sehingga menyebabkan berlakunya kerugian tersebut selain tampil ke hadapan menjelaskan perkara sebenar kepada warga FELDA. Pihak pengurusan FELDA juga haruslah memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat.

* * * * * * * * * * * *
Anuar bin Abd Manap
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia

Projek Ternakan Ikan, Felda Rugi RM45 Juta

Posted: 22 Nov 2016 05:07 PM PST

PETALING JAYA:  Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.
Laporan tersebut turut berkata Felda mengalami kerugian sebanyak RM28 juta membabitkan empat anak syarikat dan syarikat dibawah kumpulannya yang ditubuhkan tanpa kelulusan Menteri Kewangan.
Syarikat tersebut ditubuhkan untuk melaksanakan Projek Pertanian Sturgeon, restoran Savaro dan Projek Pastri Schneeballen.
Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61mil dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.
FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.
"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.
Global Settlers Sdn Bhd (GSSB) pula membelanjakan RM8.4 juta untuk membuka lima restoran Savaro tetapi kesemuanya ditutup selepas dua atau tiga tahun beroperasi.
Sementara itu, bagi Projek Pastri Schneeballen, GSSB membuat bayaran berjumlah RM2.29 juta kepada sebuah syarikat yang tidak berkaitan.
"Bayaran itu juga dibuat tanpa dokumen sokongan yang mencukupi dan penglibatan syarikat tidak berkaitan ini tidak dinyatakan dalam kontrak," katanya.
Laporan itu turut mendedahkan Projek Pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober tahun lalu dan RM6.39 juta dibayar untuk kontrak dan mesin pastri.


Comments (0)