Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:16 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Perhimpunan Bersih 5.0 belum penuhi prasyarat - KPN

Posted: 08 Nov 2016 07:04 AM PST

Oleh Bernama
 
 
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
 
Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada 19 November, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
 
Khalid berkata, pegawai penjaga Balai Dang Wangi dan Brickfields ada menerima notis daripada penganjur, bagaimanapun, kedua-dua notis itu gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
 
"Antara lain, kedua-dua notis itu menyatakan Dataran Merdeka sebagai venue bagi perhimpunan itu, tetapi tiada surat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dikemukakan sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 PAA 2012," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Khalid mengulas artikel bertajuk 'Semua sudah dipatuhi, Bersih 5 Diteruskan' yang disiarkan sebuah portal dalam talian hari ini yang melaporkan Bersih 5.0 akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan itu kerana ia telahpun memenuhi prasyarat PAA 2012.
 
"Sehingga hari ini, tiada notis berhubung perubahan venue yang dikemukakan kepada polis," katanya, dan menambah, memandangkan tiada surat kebenaran diperoleh, kumpulan itu dipercayai membuat keputusan untuk berhimpun di luar Dataran Merdeka.
 
Khalid berkata, polis tidak dapat memproses notis berkenaan disebabkan bukan semua prasyarat bagi suatu notis yang sewajarnya, dipatuhi penganjur.
 
"Sehubungan itu, sekiranya penganjur meneruskan perhimpunan berkenaan, ia merupakan kesalahan kerana gagal memberi notis mengikut PAA 2012.
 
"Penganjur juga terikat dengan prosedur sama dalam menganjurkan konvoi Bersih," katanya

Rahman Dahlan nafi projek ECRL termahal di dunia

Posted: 08 Nov 2016 07:04 AM PST


Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion adalah termahal di dunia.

Kata beliau, laporan yang disiarkan sebuah akhbar ekonomi berbahasa Inggeris tempatan itu didakwa tidak benar.

Malah ujarnya, walaupun kos RM55 bilion dilihat mahal ia tidak bermakna projek termahal yang mana pembinaan projek ECRL berjarak 688 kilometer bukan hanya untuk pembinaan landasan semata-mata malah meningkat disebabkan penambahan jarak.

"Ikutkan pelan asal, RM46 bilion melibatkan Rangkaian dari Gombak ke Tumpat, Kelantan berjarak 600 kilometer, tetapi pertambahan rangkaian dari Gombak ke Pelabuhan Klang punca tambahan RM9 bilion bagi projek tersebut.

"Selain itu, projek bersifat hijau itu juga menelan kos bagi kajian kejuruteran untuk rekabentuk kelajuan, topografi, keadaan geologi tanah yang sangat diwajibkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru katanya, perlu mengambil tahu bahawa pemilikan, pengurusan dan operasi ECRL akan dikuasai oleh Malaysia sepenuhnya.

"Setiap projek keretapi mempunyai keunikan struktur kos sendiri disebabkan keadaan geografi dan keperluan infrastruktur.

"Contohnya Projek Rail Brammer Switzerland bernilai (AS$11.9 bilion untuk 57 kilometer - AS$209juta setiap kilometer), begitu juga dengan projek rel di Barcelona dengan kos AS$8.12 bilion untuk 48 kilometer atau USD170juta setiap kilometer.

"Bagi ECRL, USD19 juta-RM80juta untuk setiap kilometer.  Kos keseluruhan projek bernilai RM55 bilion juga meibatkan pembinaan terowong sepanjang 50 kilometer merentasi banjaran Titiwangsa dan jambatan keseluruhan pada jarak 110 kilometer," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman menjelaskan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRLS) syarikat RM2 yang bertanggungjawab ke atas projek ECRL ialah dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan projek berskala besar.

"Ya, ia (MRLS) mempunyai modal RM2 tetapi dimiliki oleh Kementerian Kewangan seperti mana dilakukan untuk Projek Keretapi laju KL-Singapura dan ia bukan satu masalah," tegasnya.

Projek ECRL tidak dibentang di Parlimen berikutan bukan satu keperluan dan hanya dirujuk ke Kabinet dan Majlis Ekonomi Negara menjadi pembuat keputusan dalam hal ini.

Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli semalam mempertikaikan pengendalian projek oleh syarikat MRLS dengan modal RM2 itu. - MalaysiaGazette


MoF yakin kutip RM39b GST tahun ini

Posted: 08 Nov 2016 07:04 AM PST

Oleh Bernama 


Kementerian Kewangan yakin kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan mencecah sasaran jumlah sebanyak RM39 bilion untuk 2016.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Lee Chee Leong berkata, sehingga bulan Oktober, jumlah keseluruhan kutipan adalah sebanyak kira-kira RM29 bilion.

"Angka tersebut masih dalam lingkungan sasaran dan matlamat kami adalah untuk mencapainya," kata beliau kepada pemberita pada majlis pra-pelancaran Anugerah Jenama Malaysia 2016 di sini hari ini.

Pelancaran ini bertujuan bagi menjemput 14 jenama tempatan, termasuk Astro, Bina Puri Holdings Bhd, Pecca Leather, Erican, Ogawa, Cleanpro dan KK Super Mart, untuk menerima Anugerah Jenama Malaysia bagi pencapaian keusahawanan mereka.

Acara tahunan tersebut yang akan diadakan pada 12 Mac 2017 di Berjaya Times Square Hotel, akan dihoskan oleh Persekutuan Perikatan Persatuan Cina Malaysia (FEMACGA).

FEMACGA, yang telah menyambut ulangtahun ke-95 baru-baru ini, telah menerima anugerah pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).


Kritik Elly Mazlein: Apa masalah Ogy?

Posted: 08 Nov 2016 06:51 AM PST

MALAYSIA GAZETTE




Semalam, cerita Elly Mazlein nekad menarik diri kerana bekecil hati dengan komen Datuk Ramli MS sebagi juri program Gegar Vaganza 3 (GV3) hangat diperkatakan.

Di sebalik netizen yang bersimpati dengan penyanyi berstatus ibu tunggal, pelakon senior Ogy Ahmad Daud tiba-tiba muncul memanaskan keadaan.

Kata Ogy lantang, dia menyokong penyingkiran Elly yang hanya suka berdrama dalam program tersebut.

"Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta"

"So you people that don't like me that's your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek. End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata," tulisnya menerusi akaun Instagram.

Pergaduhan di laman sosial itu apabila Ogy membalas komen salah seorang peminat sambil mengkritik persembahan Elly pada malam itu.

Situasi mula menjadi tegang yang mengundang kepada perang mulut di antara primadona dan peminat Elly Mazlein yang mempertahankannya.

Lebih panas lagi apabila peminat mula membandingkan kedudukannya sebagai selebriti yang tidak lagi relevan pada ketika ini.

Walaupun, Elly telah pun membuat keputusan untuk menarik diri, tidak kira apa sebabnya mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

Orang luar pula tidak perlulah mengkritik sehingga bergaduh sesama sendiri. Nama pun program menyanyi, siapa tahu mungkin Elly akan diumumkan masuk semula dalam program itu pada minggu akan datang walaupun Elly nekad tidak akan kembali lagi dalam GV3.

Buat Ogy, tidak perlulah hendak melatah menyalahkan Elly. Siapa yang buat drama sebenarnya? Stesen televisyen, juri atau pengacara. Peserta yang muncul di atas pentas hanya melaksanan tugasan lagu yang diberikan sahaja. Jadi, apa masalah Ogy sebenarnya? -- MalaysiaGazette

Kaji semula fungsi LKIM sebagai pemberi lesen subsidi diesel

Posted: 08 Nov 2016 06:45 AM PST




Fungsi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai agensi pelaksana menyalurkan diesel bersubsidi kepada nelayan perlu dikaji semula dan diserahkan kepada jabatan lain seperti Jabatan Pertanian.

Selain itu, sistem pengagihan diesel bersubsidi perlu dikaji secara menyeluruh sama ada ia menepati matlamat meringankan beban kepada rakyat dan kos pengurusannya adalah berpatutan serta pemantauannya boleh mengelakkan daripada berlaku ketirisan dana kerajaan yang besar.

Jika kajian itu memerlukan skim subsidi diteruskan kepada sektor-sektor tertentu, sistem subsidi tersebut perlu dirombak secara menyeluruh.

Ia merupakan syor-syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

Ini kerana langkah-langkah penambahbaikan sebelum ini telah gagal mengawal dan mengelakkan ketirisan dan pembaziran.

Sehubungan itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, skim yang bakal dilaksanakan perlu mengehadkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan melalui pemberian baucar nilai terhad, sekali gus memudahkan pentadbiran, keperluan penguatkuasaan dan penyalahgunaan skim diesel bersubsidi.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
memaklumkan trend jualan diesel itu meningkat mendadak daripada 3.03 bilion liter pada 2009 kepada 8.61 liter pada 2013.

Peningkatan itu sebanyak 184 peratus dan tidak selari dengan jumlah permintaan pengguna industri perikanan.

Hasan menambah, LKIM perlu mengenal pasti individu yang terlibat melakukan penyelewengan itu dan mengambil tindakan ke atas mereka.

Kementerian Pertanian dan Asas Tani hendaklah memperkemaskan prosedur memproses dan meluluskan pemberian diesel kepada individu dan syarikat yang layak.

Mereka yang melanggar kontrak perlu disenaraihitamkan daripada sebarang kuota.

Fleetcard perlu mempunyai tempoh sah laku dan hanya boleh diluluskan pembaharian jika memenuhi syarat-syarat yah ditetapkan. - MalaysiaGazette


Dakwaan minyak masak kitar semula disiasat

Posted: 08 Nov 2016 06:38 AM PST

Bernama, 
datuk-seri-dr-s-subramaniam-new 


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi yang dilaporkan mempunyai unsur kitar semula.


Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ia bagi mengelak penipuan dan penjualan minyak yang dikitar semula sehingga boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

"Dari segi keselamatan makanan, kita mempunyai kuasa yang membenarkan apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual diperiksa.

"Ia termasuk pemeriksaan di kedai-kedai dan penggunaan minyak masak oleh golongan pengusaha restoran serta peniaga makanan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, orang ramai dan badan bukan kerajaan melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku penjualan minyak masak yang dikitar semula secara berleluasa akibat kenaikan harga minyak masak.

Perwakilan DAP bantah kerjasama dengan PPBM

Posted: 08 Nov 2016 06:33 AM PST

AIDC News, 
 
shamsher-singh-thind 


Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 pada Ahad membantah kerjasama di antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perwakilan dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, DAP tidak seharusnya bekerjasama dengan mana-mana individu yang pernah menjadi musuh parti semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut laporan The Star, Shamsher telah menyamakan Dr Mahathir Mohamad seperti "bapa ayam" dan "ular".

"Apabila kita menyebut Mahathir, satu cerita terlintas di fikiran saya," kata perwakilan Chai Leng Park Shamsher Singh Thind dalam ucapannya pada Ahad.

"Seorang budak lelaki melihat ular yang cedera dan membawanya pulang untuk merawatnya. Selepas ia pulih, ia mematuk kanak-kanak itu. Dalam keadaannya yang nazak, budak itu bertanya kepada ular itu mengapa ia mematuknya. Kerana saya ular. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk mematuk orang,' ular itu menjawab," kata Shamsher

Shamsher berkata Dr Mahathir boleh menjadi subjek dalam perumpamaan tentang ular itu.

"Kenyataan paling bodoh yang pernah saya dengar (tentang Dr Mahathir) adalah 'musuh kepada musuh saya adalah kawan saya'.

"Mahathir bukanlah musuh kepada musuh saya. Beliau adalah musuh saya," katanya.

Shamsher turut menyoal veteran DAP sama ada mereka berasa malu apabila mereka berjabat tangan dengan Dr Mahathir.

"Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang (pilihan raya umum), kita akan mendedahkan segala-galanya.

"Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur," kata Shamsher.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Shamsher untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai rujukan "ular dan bapa ayam" yang beliau lakukan, yang mana beliau enggan melakukan pada permulaannya.

"Janganlah kita turun sehingga ke tahap itu … Anggap ini adalah seperti dewan kuliah dan anda adalah pensyarah," kata Lim.

Namun, Shamsher kemudiannya telah menarik balik kenyataannya itu.

Siasatan burger babi P Ramly, siap dua minggu lagi

Posted: 08 Nov 2016 06:30 AM PST

Berita Harian Online, 
pramly-ninja-joe 


KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung tindakan sebuah restoran makanan segera yang meletakkan nama "P Ramly" pada burger babi dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal ) 2011.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayudin, berkata pihaknya akan melakukan tindakan lanjut termasuk pendakwaan selepas menerima kertas siasatan berkaitan.

Katanya KPDNKK sudah memanggil pegawai penyiasat JAIS pada 3 November lalu bagi membincangkan mengenai tindakan undang-undang berkenaan.

"Kertas siasatan belum lengkap lagi dan pegawai penyiasat diminta untuk melengkapkannya dalam masa dua minggu.

Kertas siasatan ini dipantau oleh KPDNKK Selangor," katanya kepada BH. Akhbar ini Oktober lalu mendedahkan tindakan sebuah rangkaian restoran mengiklankan burger babi kepada khalayak dengan menggunakan nama 'P Ramly' yang mendapat bantahan banyak pihak.

Siasatan JAIS membabitkan penggunaan perkataan yang boleh mengelirukan atau memperdayakan umat Islam bagi barang jualan yang tidak halal.

Syarikat pengeluar daging burger, Ramly Food Processing Sdn Bhd, turut membuat laporan kepada KPDNKK mempersoalkan tindakan pengusaha restoran terbabit menggunakan nama P Ramly yang menyebabkan tanda perniagaannya turut dikaitkan.

Sementara itu, Pakar Undang-Undang dan Politik (Syarak) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana tindakan peniaga itu melanggar etika dalam masyarakat Islam.

"Gabungan perkataan babi dengan nama Ramly iaitu P Ramly tidak menghormati sensitiviti Melayu di negara ini," katanya.

Didakwa miliki banglo RM5.5 juta, ini jawapan Ketua Polis Negara

Posted: 08 Nov 2016 06:25 AM PST

khalid-sanjeevan 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya tidak menafikan dakwaan berhubung sebuah rumah banglo bernilai RM5.5 juta yang dimiliknya sebaliknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat.

Khalid nyata tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya susulan pendedahan pengerusi badan pemantau MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan yang juga membuat laporan kepada SPRM baru-baru ini.

Ditanya mengenai banglo tersebut, Khalid menjawab "Saya serahkan kepada mereka," katanya dipetik dalam akhbar bahasa Inggeris, The Sun.

Malah, Khalid juga menuduh Sanjeevan sakit hati dengan beliau memandangkan polis mengambil tindakan terhadapnya yang terlibat dalam banyak kes jenayah.

Semalam, Sanjeevan dalam laporannya kepada SPRM mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.

Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.

Minggu lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.

Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.

Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun.

SKMM serbu Malaysiakini, rampas dua komputer

Posted: 08 Nov 2016 06:10 AM PST

MALAYSIAKINI

 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan merampas dua komputer.

Serbuan itu diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang dengan membawa waran geledah.

Ia adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai di sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam laporan itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.

Menurut SKMM, video tersebut melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan 'haprak' yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG

LIHAT VIDEO DI SINI

Jangan lindungi jenayah pemimpin UMNO dengan Akta Rahsia Rasmi – Tun M

Posted: 08 Nov 2016 05:59 AM PST

kit siang mahathir




 Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Akta Rahsia Rasmi seharusnya digunakan untuk memelihara rahsia dasar-dasar kerajaan, dan bukannya disalahguna bagi melindungi jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawainya.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang mengetahui tentang sebarang salah laku pegawai kerajaan, untuk melaporkannya.

"Tapi sekarang, mereka tidak boleh lapor. Jika mereka laporkan, akan ditahan polis dan didakwa atas undang-undang yang tidak berasas.

"Padahal kebebasan perlu ada (untuk wakil rakyat melapor). Barulah rakyat dapat peluang untuk luahkan rintihan dan perasaan tak senang mereka kepada kerajaan," katanya dalam mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan Parlimen tadi.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata demikian sebagai mengkritik tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin yang menuduh tiga bekas menteri melanggar Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan, kerana mengkritik 1MDB di Parlimen.

Tiga individu berkenaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut Tun, Speaker haruslah bertindak seperti hakim yang adil dan tidak boleh berat sebelah dalam setiap keputusannya.

"Tetapi Speaker sekarang bukan setakat keluarkan 'fatwa', tetapi menghalang debat berkenaan perkara-perkara yang tak disenangi pihak kerajaan. 

"Jika itu pun disekat, tak adalah demokrasi. Kita ini berada di bawah pemerintahan kuku besi. Luar (dewan) tak boleh cakap, dalam (dewan) tak boleh cakap. Ini bukan cara demokrasi," tegasnya. – Roketkini.com


Polis jangan jadi alat sekat kebebasan Ahli Parlimen kritik skandal 1MDB

Posted: 08 Nov 2016 05:59 AM PST

kit siang

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Polis diminta tidak menjadi sekutu dalam serangan sesetengah pihak yang cuba menyekat kebebasan bersuara wakil rakyat di sidang Parlimen.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata ahli Parlimen mempunyai hak dan kekebalan untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati di dalam dewan, selaras dengan Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau mempersoal sama ada tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin sebelum ini yang meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menyiasat ucapan bekas-bekas menteri berhubung 1MDB di dalam dewan, sebagai menggugat demokrasi berparlimen.

"Dalam sejarah, sudah 43 tahun saya menjadi ahli Parlimen tetapi ini merupakan serangan paling serius ke atas kebebasan dan kekebalan Parlimen.

"Serangan ke atas Parlimen merupakan serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa. Serangan ke atas doktrin pengasingan kuasa bermakna serangan ke atas demokrasi berparlimen.

"Oleh itu, saya ingin tanya sama ada Speaker boleh disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana cuba menggugat demokrasi berparlimen yang ada," katanya dalam ucapan di mesyuarat khas berkaitan hak dan kekebalan Ahli Parlimen, hari ini.

Ia susulan tindakan polis menyoal siasat bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada minggu lalu selepas membangkitkan persoalan berkenaan skandal 1MDB di Dewan Rakyat.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut akan disoal siasat kerana memberikan kritikan berkenaan masalah 1MDB dalam sesi perbahasan Belanjawan 2017 baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah meluahkan rasa hairan dengan kenyataan Pandikar sebelum ini bahawa ketiga-tiga bekas Menteri itu melanggar Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan dengan berbuat demikian.

"Speaker sepatutnya mempertahankan keistimewaan dan imuniti Parlimen, tapi kini keadaan sebaliknya," katanya.

"Speaker boleh buat sidang media di luar Parlimen dan kata tiga bekas menteri ini langgar kedua-dua akta tersebut. Ini merupakan ancaman kepada sistem demokrasi berparlimen.

"Kita mahu seorang Speaker yang pertahankan hak Parlimen, bukan sekat hak Parlimen. Jadi kita minta Speaker untuk bertaubat," tegasnya.

Turut hadir ke mesyuarat berkenaan ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta anggota Parlimen pembangkang. – Roketkini.com


YANG PENTING DAKWAAN AZMIN DIAKUI BETUL OLEH PMO

Posted: 07 Nov 2016 11:16 PM PST

 shahbudindotcom


Apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa bahawa Najib Razak cuba meletakkan bekas pegawai kanannya sebagai timbalan pengerusi SPR, tetapi ditolak oleh Majlis Raja-Raja, beliau barangkali sengaja melakukannya dengan fakta yang tidak begitu tepat.

Mustahil beliau tidak tahu ketepatannya kerana sebagai Menteri Besar, Azmin turut hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja itu mengiringi Sultan Selangor.

Tujuannya ialah untuk melihat sama ada Najib berani menafi atau mengesahkannya bagi membuktikan kesahihan dakwaan wujudnya percubaan campurtangan BN dalam badan pegendali pilihanraya itu.

Tetapi, melalui kenyataan oleh Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad semalam, ia dengan sendirinya mengesahkan dakwaan Azmin itu adalah benar.
 
 
 
 
Dalam kenyataan medianya, Tengku Sariffuddin memberitahu, kertas cadangan untuk melantik bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR tidak dibentang dan dibincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Kata beliau, cadangan itu telah ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan.

Soalnya, mengapa kertas cadangan itu ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan?

Adakah Najib dapat merasakan cadangan itu sukar diterima oleh Majlis Raja-Raja atau kerana sebab-sebab lain?

Adakah cadangan itu hanya ditarik sementara atau ditarik terus? 

Jika cadangan nama Shukry ditarik balik, kenapa tidak dicadangan nama lain dan jawatan timbalan pengerusi SPR itu dibiarkan kosong sehingga kini?

Tidak mustahilkah cadangan yang sama akan dikemukakan semula di lain masa?

Yang penting ialah dengan kenyataan media itu, PMO dengan sendirinya telah mengesahkan dan mengakui memang benar ada percubaan oleh Najib untuk meletakkan bekas pegawai kanannya di kedudukan penting dalam SPR.

Jerat Azmin ternyata sudah mengena.
 
 
 

Kisah Alibaba, Najib dan RM144b...

Posted: 07 Nov 2016 11:06 PM PST

Kisah Alibaba, Najib dan RM144b...
Apakah pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma (kanan) mampu meningkatkan aktiviti e-dagang negara kita setelah dilantik oleh Najib sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.
 

ALI Baba, satu watak dongeng yang memang tidak asing lagi di seluruh dunia. Melalui Kisah Ali Baba dan 40 Penyamun, cerita yang penuh tauladan sudah pun dibaca dengan penuh minat oleh ramai orang sama ada melalui karya buku cerita ataupun tayangan filem.

Hari ini, nama Ali Baba terus menjadi sebutan ramai. Namun, ia sudah bukan lagi menjadi bahan cerita dongeng, tetapi sebagai syarikat korporat yang mampu menggegar dan mengubah dunia.

Syarikat Kumpulan Alibaba kini sudah masyhur di segenap pelosok dunia malahan laman web 'alibaba.com' menjadi buruan ramai, khasnya kepada golongan korporat dan pelanggan yang ingin membeli apa juga barangan melalui 'online'.

Apa yang menghairankan, usahawan yang memilih 'Ali Baba' sebagai nama syarikatnya bukanlah bangsa Arab ataupun Melayu, tetapi adalah seorang peniaga dari Hangzhou, China yang bernama Jack Ma Yun.

Antara Jack Ma dan Alibaba sudah tidak boleh dipisahkan. Sebut saja 'alibaba', tokoh yang pertama terlintas dalam fikiran semua orang sudah pastinya ialah Jack Ma, seorang lelaki dengan fizikalnya agak kecil namun jiwanya cukup besar, berwawasan dan semangat kental dan tidak cepat putus asa.

Kata Jack Ma, beliau sengaja menamakan syarikatnya sebagai 'alibaba' kerana nama itu mempunyai nilai antarabangsa apatah lagi semua orang sudah mengenalinya.

Pada tahun 1994, beliau mendapat idea untuk meletakkan nama syarikatnya sebagai Alibaba ketika berada di sebuah restoran, New York, Amerika Syarikat. Beliau bertanyakan seorang pelayan dalam restoran itu apakah dia kenal 'Alibaba'? Jawapan yang diterimanya adalah 'ya'.

Begitu juga dengan 20-30 orang lagi yang ditemui di tepi jalan. Semua orang memberikan jawapan sama - semua kenal 'Alibaba'. Akhirnya tanpa berfikir panjang, Jack Ma membuat keputusan guna nama watak dalam cerita dongeng Arab itu untuk syarikatnya sehingga berjaya mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit pada hari ini.

Jack Ma kini menjadi satu nama yang cukup digeruni dalam dunia teknologi maklumat era kini. Beliau bukan sahaja dihormati oleh tokoh-tokoh korporat dunia, malahan kepakarannya amat dihargai oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Pertemuan Jack Ma dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Beijing, China Jumaat lalu menarik perhatian dunia apabila Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba itu bersetuju dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.

Pelantikan itu sudah tentu akan mencetuskan mengenai idea terbaru yang bakal diilhamkan oleh taikun internet China ini dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia.

Dalam Bajet 2017 diumumkan Najib bulan lalu, sejumlah RM162 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program seperti ekosistem e-dagang dan Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu yang dipanggil Hab Digital Malaysia.

Jelas menunjukkan Malaysia cukup serius untuk membangunkan sektor e-dagang sehingga mendapat khidmat daripada Jack Ma yang sudah tentunya mampu mengubah cara hidup rakyat Malaysia dalam menjalankan aktiviti perniagaan internet dalam beberapa tahun akan datang.

Jack Ma dalam majlis pertemuan dengan Najib dan rombongan dari Malaysia itu cukup menghargai pelantikan itu. Beliau dipercayai diberi tugas menasihatkan kerajaan Malaysia dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan negara dalam sektor ekonomi digital.

Pada September lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo turut melantik Jack Ma sebagai penasihat e-commerce untuk kerajaan negara itu.

Jack Ma, yang dilahirkan pada 10 September 1964, sudah memang diakui sebagai seorang tokoh perniagaan yang berfikiran luar biasa. Kemunculannya dalam dunia perdagangan melalui teknologi maklumat kerap menjadi kontroversi lebih-lebih lagi ketika melakukan keputusan mengejut sehingga berjaya meraih beratusan juta ringgit dalam sekelip mata.

Pada awal tahun ini, Jack Ma dicatatkan memiliki kekayaan sebanyak AS$29.9 bilion (RM120 bilion) dengan menduduki tempat ke 21 orang terkaya di dunia dan orang ketiga terkaya di rantau Asia.

Berasal dari sebuah keluarga yang miskin, Jack Ma namun tidak pernah putus asa untuk memburu hidupnya untuk berjaya. Beliau pernah menjadi pendidik dengan mengajar subjek bahasa Inggeris di sekolah menengah sebelum ditugaskan mengajar di universiti dengan gaji RMB120 ( RM75) sebulan.

Beliau juga pernah menganggur agak lama walaupun cuba memohon pelbagai jenis kerja. Namun semua itu tidak melemahkan semangatnya untuk mencari kejayaan.

Dalam beberapa tahun akan datang, rakyat Malaysia perlu memerhati 'gerak-geri' tauke Alibaba.com ini. Beliau terbukti telah mengubah urusan perniagaan online dengan pantas dan pintar. Kita mahu tak mahu perlu akur dunia tanpa sempadan ini telah diambil oleh Ma dengan meraih kekayaan yang tidak terbatas.

Sebagai ikon global dalam bidang e-dagang, Jack Ma akan membantu negara kita dalam menyediakan pakej e-ekonomi dari segi pelaksanaannya termasuk e-pembayaran, Alipay, e-pembiayaan perbankan dalam talian dan sebagainya.

Kegiatan ekonomi dan pembangunan Malaysia dalam tempoh 10-20 tahun akan datang ini bakal berubah dengan kehebatan Jack Ma dan syarikat-syarikat korporat dari China ini. Syarikat-syarikat asing inilah akan bantu kita menjalankan pelbagai projek mega.

Kunjungan Najib ke China selama enam hari itu bukan sahaja membuka lembaran baru dengan menemui tokoh-tokoh usahawan di negara itu termasuk Jack Ma, malahan telah mencatatkan rekod dalam sejarah negara apabila memeterai 14 perjanjian dengan China yang bernilai sehingga RM144 bilion. Selain itu, Malaysia dan China turut memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan masih perlukan bantuan daripada negara luar.
Jadi apakah Jack Ma akan menjadi seperti Alibaba yang mempunyai jiwa besar untuk menolong 'orang miskin' seperti dalam cerita Alibaba dan 40 Penyamun itu?

Antara projek dan perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dengan China ini termasuk pembinaan landasan kereta api pantai timur yang bernilai RM55 bilion; pembelian empat buah kapal perang Littoral Mision Ship (LMS); pembinaan kilang keluli di Sarawak; pembinaan Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang; pembinaan Taman Perindustrian Kuantan-China dan sebagainya.

Hubungan yang cukup akrab terjalin antara Najib dan kerajaan China dengan memberikan projek menelan ratusan bilion ringgit kepada negara kuasa besar Asia itu mendorong ramai pemerhati politik antarabangsa mempercayai apakah itu salah satu tindakan yang memberikan tekanan kepada sebuah lagi negara kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat.

Begitu juga andaian yang dibuat untuk perkembangan politik dalam tanah air sendiri. Apakah Najib untuk 'berbaik-baik' dengan China boleh dianggap satu cara secara tidak langsung menarik semula sokongan kaum Cina untuk BN pada pilihan raya umum akan datang?

Kenyataan beliau perlu difahami kerana sejak sekian lama, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia amatlah banyak dan sememangnya telah membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Kemajuan teknologi dari China perlu kita akui sebagai antara yang tercanggih di dunia. Alibaba dan syarikat-syarikat besar dari China bukan sahaja akan dikenali kita dengan lebih dekat, malahan pastinya mempengaruhi cara hidup kita ke alam dunia yang lebih cekap dan moden.

Najib sendiri telah menegaskan kerjasama dengan China bukanlah untuk menjual negara. Namun apakah kita sudah bersedia menerima perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh 'Negara Tembok Besar' ini?

Sama ada bersedia atau tidak, yang pasti, kata-kata sindiran 'Balik Tongsan' yang ditujukan kepada kaum Cina sebelum ini bukan sahaja perlu ditarik balik, malahan nampaknya sudah tidak praktik lagi kerana 'Tongsan' sendiri sudah datang ke Malaysia !

Muhyiddin: 'Saya 'dijemput' polis 15 November ini

Posted: 07 Nov 2016 10:57 PM PST


Muhyiddin Yassin


KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bekata, beliau akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berkenaan dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini pada 15 November depan.

Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau akan memberi komitmen dan akan hadir pada sesi berkenaan.

"Tiada masalah untuk beri keterangan," katanya di Parlimen hari ini.

Selain Muhyiddin, semalam Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  yang juga Ahli Parlimen Semporna telah dipanggil polis diatas sebab yang sama.

Sebelum ini turut dipanggil, Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

[ARTIKEL BERKAITAN:OSA: Polis akan panggil tiga bekas menteri]

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan laporan polis oleh dua pertubuhan bukan kerajaan iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Ketiga-tiga mereka didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat

Peruntukan KAFA & Maahad Integrasi ikut gred operasi

Posted: 07 Nov 2016 10:50 PM PST


    OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Peruntukan bagi sekolah agama Kelas Al-Quran Fardhu Air (KAFA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains untuk 2017 mengikut gred operasi dan kelayakannya.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato' Dr Yunus Hairi berkata, sekolah agama seluruh negeri turut mendapat kemudahan dan pemantauan berterusan Kerajaan Negeri.

"Peruntukan ini tertakluk mengikut kategori operasi iaitu bagi Gred A, peruntukan operasinya RM813,800, gred B pula RM406,200 dan gred C RM222,600.

"Bentuk kemudahan ini juga termasuklah pegawai keselamatan, pembersih kawasan, guru tetap, guru kafa dan peruntukan elaun baru untuk kakitangan tetap dan sokongan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Dr Abdul Rani Osman di Sidang Dewan Selangor (DNS) yang membangkitkan peruntukan tahunan bagi sekolah rendah agama, seluruh negeri.


Sebelum ini, prospek pembangunan dan kemudahan pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) Cina dan Tamil turut mendapat perhatian Kerajaan Negeri untuk tempoh 2017 ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2017 berkata, peruntukan berkenaan melonjak daripada tahun sebelumnya, sebagai memastikan kualiti pendidikan terus diberdaya.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16 juta semenjak 2013 bagi infrastruktur pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T).

"Belanjawan 2017 mencadangkan peruntukan bagi SAR dinaikkan kepada RM9 juta, manakala SJK(C) dinaikkan kepada RM7 juta dan SJK(T) dilonjakkan peruntukan kepada RM5 juta," katanya.
EZY

Nilai Ringgit jatuh 4.2100/2150 berbanding dolar AS

Posted: 07 Nov 2016 10:46 PM PST

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah kebimbangan dan ketidaktentuan berterusan berhubung pilihan raya presiden AS lewat hari ini.

Pada 9.29 pagi, ringgit disebut pada 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2120 Isnin, lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, pedagang berkata ketidaktentuan diimbangi kenaikan harga Brent yang berada pada AS$46.30 satu pada pembukaan.

Laporan juga menyebut calon presiden Demokrat Hillary Clinton tidak akan didakwa berhubung tuduhan jenayah berkaitan siasatan terhadap e-mel peribadi beliau, dan ini memberikan kelebihan kepada beliau berbanding pesaing Republikan Donald Trump.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama dunia. Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0244/0291 daripada 3.0260/0307 dan lemah berbanding yen kepada 4.0291/0350 daripada 4.0243/0302.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.2166/2241 daripada 5.2146/2212, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6457/6521 daripada 4.6525/6593.EZY

Implikasi hutang China RM50 bilion

Posted: 07 Nov 2016 10:39 PM PST





 
Oleh A kadir Jasin


KITA baru saja berbincang mengenai bahaya terlalu bergantung kepada negara China dalam pembangunan negara kita.Kebimbangan kita itu terbukti berasas apabila kerajaan mengambil keputusan berhutang RM50 bilion daripada China untuk membina Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Tidak ramai daripada kita tahu mengenai projek raksasa itu kerana tidak banyak atau belum banyak yang diperkatakan mengenainya.

Tiba-tiba sahaja ia muncul dan dalam sekelip mata menjadi projek yang akan mengikat kejap pergantungan negara kita kepada China dari segi kewangan, kepakaran dan guna tenaga.

Daripada apa yang kita dengar dan baca dari Beijing hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah projek itu dibagi secara francais seratus peratus kepada China.

China membekal modal, kepakaran, peralatan dan tenaga kerja. Ini mungkin projek strategik nasional pertama yang diserahkan bulat-bulat kepada sebuah negara asing untuk dilaksanakan.

Kita kena ingat, di negara China tidak ada pemisahan di antara kerajaan dengan perusahaan. Kerajaan memiliki semua industri dan kegiatan ekonomi strategik.

Kerajaan China seperti kita maklum adalah kerajaan komunis walaupun dari segi ekonomi ia mengamalkan kaedah kapitalis.

Bukan projek ECRL saja dibagi kepada China. Daripada laporan media, kerajaan juga bersetuju, buat kali pertama dalam sejarah, membeli kapal perang persisiran pantai daripada China dan bekerjasama dalam kawalan Laut China Selatan.

Saya tidak tahu sama ada Kabinet, Barisan Nasional dan Umno telah membincangkan sedalam-dalamnya anjakan paradigma kerjasama dua hala yang melibatkan negara komunis China itu.

Saya tidak mahu mempersoalkan daya maju ECRL kerana saya tidak pernah mendengar mengenainya apatah lagi mengetahui mengenai kajian kemungkinan (feasibility study) ke atasnya. Yang menakjubkan adalah kepantasan projek itu dirancang, diputuskan dan kontraknya diberikan kepada China.

Kita tidak menafikan yang China telah mengumpul dana yang banyak dan membangunkan kepakaran dalam bidang pengangkutan kereta api dalam jangka masa singkat.

Dalam masa kurang dua dekad China telah berjaya membina sistem kereta api laju di antara Beijing dengan Shanghai dan 1,956 kilometer kereta api gunung di Dataran Tibet.

Sejak itu, Parti Komunis China menjadikan kereta api sebagai landasan kedua perluasan pengaruh China secara gandingan kepada laluan maritim.

Dasar China adalah menggunakan kereta api untuk "menakluki" daratan dan armada untuk menguasai laut dalam usahanya kembali menjadi kuasa ekonomi dan tentera dunia.

Projek-projek di negara kita seperti ECRL, Bandar Malaysia dan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura adalah secocok dengan pelan induk kereta api Asia yang menghubungkan China dengan Asia Tenggara, Asia Selatan dan Eropah.

Impian China adalah menjelmakan semula kedua-dua komponen Laluan Sutera (Silk Road), iaitu darat dan laut. Laluan dagangan yang menghubungkan China dengan Eropah itu bermula pada zaman Dinasti Han sekitar 207 sebelum era Kristian hingga 220 era Kristian atau 2,213 tahun lalu.

Jadi apa yang sedang berlaku sekarang adalah China menggunakan kuasa kewangan, teknologi, diplomasi dan ketenteraan untuk mengembalikan keagungan tamadun silamnya dalam bentuk baru.

Seperti yang telah saya ceritakan dalam rencana-rencana terdahulu, 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia di tapak Pangkalan TUDM Sungai Besi telah pun dijual kepada konsortium China-Malaysia dan China dipercayai mendahului dalam rundingan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.

Baru-baru ini, Pengurus Besar China Railway Group di Malaysia, Cai Zemin berkata, syarikatnya akan membina bandar bawah tanah terbesar di dunia di tapak Bandar Malaysia yang akan menjadi "permata bergemerlapan" dalam rangkaian kereta api China.

Daripada aspek hutang kerajaan yang menggunung, pinjaman RM50 bilion daripada negara China itu akan melonjakkannya melepasi RM700 bilion. Itu belum dikira kos kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan RM50 bilion dan hutang 1MDB RM50 bilion. Ada yang kata sudah naik kepada RM53 bilion.

Perangkaan Bank Negara Malaysia pada akhir Jun lalu, menunjukkan hutang kerajaan sebanyak RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan adalah seperti berikut: Akhir zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM189 bilion, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Mohd Najib sekarang RM655.74 bilion tidak termasuk hutang RM50 bilion daripada China. Wallahuaklam

Kereta terbakar di rumah pegawai KPDNKK bukan perbuatan khianat

Posted: 07 Nov 2016 10:35 PM PST

ASTRO AWANI


Kereta terbakar di rumah pegawai KPDNKK bukan perbuatan khianat
Kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar. -Gambar hiasan
 

PUTRAJAYA: Sebuah kereta milik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terbakar di hadapan rumahnya, di Presint 9 di sini malam tadi, dan polis menolak andaian ia ada kaitan dengan perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kebakaran kereta jenis Honda yang dipandu isteri pegawai KPDNKK itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar, sekembalinya beliau dari kedai dalam kejadian kira-kira 8 malam itu.

"Enjin terbakar sendiri. Tiada perbuatan khianat atau jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini. --BERNAMA

Dewan Rakyat lulus Bajet 2017 peringkat dasar

Posted: 07 Nov 2016 10:26 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, malam tadi.
 
Seramai 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11 lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan.
 
"Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang," kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS.
 
Parti itu mempunyai 14 ahli parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengundi menentang belanjawan itu manakala presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir

Tasik Chini makin bersih

Posted: 07 Nov 2016 10:23 PM PST




 
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Pernahkan anda membayangkan satu hari nanti air di Tasik Chini, Pekan, Pahang, selamat diminum tanpa memerlukan rawatan tambahan selain dididihkan?

Usaha itu sedang digerakkan kerajaan bersama sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Pemba­ngunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Tasik Chini yang berada di daerah Pekan atau kira-kira 100 kilometer (km) dari bandar Kuantan dan diliputi 12 tasik mula menjadi perhatian untuk dibangunkan bukan saja sebagai pusat penyelidikan, malah kerja pemulihan ekosistem.

Dianggap sebagai 'laut' oleh suku Orang Asli Jakun, tasik semula jadi itu pada mulanya tidak mampu dihuni sebarang hidupan air, malah tiada daya tarikan pelancong sebelum pelbagai inisiatif diambil bagi membangunkannya sebagai pusat pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, mutu air di tasik itu pada mulanya berada pada kelas tiga yang dicatatkan pada 2008.

Katanya, sebaik Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) siap dibina pada 2004, pelbagai penyelidikan dijalankan bagi memulihkan kualiti air di tasik itu. Hasilnya ia berjaya dirawat hingga kini berada pada kelas dua.

Bak kata pepatah 'kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya', berpegang kepada kata-kata itu segala kajian dan penyelidikan masih diteruskan sehingga kualiti air tasik berkenaan dipulihkan pada kelas satu, suatu hari nanti.

"Matlamat sekarang ialah meningkatkan mutu air menjadi kelas satu menjelang 2018, iaitu ia selamat diminum tanpa memerlukan proses rawatan kecuali pendidihan," katanya.

Berbeza sebelum usaha baik pulih ekosistem dijalankan, tiada sebarang hidupan air seperti ikan direkodkan dan apabila ia berjaya dipulihkan kepada tahap dua, beberapa spesies asal ikan tasik itu seperti lampam, sebarau dan kelah mampu hidup serta membiak.

Tidak terhenti setakat itu, Jebasingam memaklumkan segala usaha diatur itu antara lain untuk mengekalkan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain meningkatkan kehadiran pelancong.

Terletak di kawasan tanah tinggi serta hutan rendah selain kaya dengan spesies flora dan fauna, kumpulan penyelidik turut mengatur strategi memastikan 87 spesies ikan air tawar, 51 spesies bunga hutan, 25 spesies hutan ekuatik serta 15 spesies hutan bakau dapat dikekalkan pada masa depan.

Menyedari tasik semula jadi milik negara perlu dipelihara dan dipulihara, PPTC melalui Kompleks Makmal Air Tawar Tasik Chini turut melaksanakan inisiatif penyelidikan dalam menguruskan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem selain membangunkannya sebagai tapak eko-pelancongan alam semula jadi negara.

Ketua PPTC Prof Datuk Dr Mushrifah Idris berkata, pusat di tapak berkeluasan kira-kira empat hektar hasil sumbangan kerajaan negeri itu turut merangka Pelan Pelaksanaan Strategik membabitkan strategi dan inisiatif hingga 2025.

"Antara pelan strategi itu ialah pemuliharaan kawasan tebing tasik, penstabilan cerun, pembiakan ikan dan pembersihan tasik.

"Tujuh stesen pengawasan mutu air (stesen telemetri) turut dibina di sungai utama yang mengalir masuk ke tasik ini," katanya.

Segala inisiatif dilakukan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan komitmen pemeliharaan dan pemuliharaan itu sentiasa konsisten selain mengekalkannya sebagai Rizab Biosfera UNESCO pertama di Malaysia.

Dr Mushrifah berkata, pelan pelaksanaan strategik dirangka mempunyai garis panduan yang terbahagi kepada tiga Zon Pengurusan iaitu Zon Teras, Penampan dan Peralihan mengikut garis kerja Rizab Biosfera UNESCO.

Sejak diangkat menjadi Rizab Biosfera UNESCO pada 2009, tasik yang terkenal dengan legenda naga itu kini selamat untuk aktiviti rekreasi air selepas mutu airnya dipulihkan kepada kelas dua.

Kata Mushrifah, peningkatan mutu air turut membawa kepada pertumbuhan flora dan fauna secara sihat di kawasan berkenaan.

"Pokok teratai yang menjadi tumbuhan ikonik di tasik ini sudah diperkenalkan semula melalui pendekatan pembenihan yang membantu menghidupkan ekosistem semula jadi tasik," katanya.

Bagaimanapun, usaha itu tidak dapat direalisasikan jika ada pihak cuba memusnahkan ekosistem di tasik berkenaan.

Pembalakan haram dan pembangunan secara tidak terurus perlu dikawal dan dipantau kerajaan untuk mengelakkan Tasik Chini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mementingkan wang ringgit berbanding keseimbangan alam.

Warna-warni ladang kelulut

Posted: 07 Nov 2016 10:21 PM PST


 
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad


Berbekalkan daya kreativiti dan minat terhadap flora dan fauna, seorang penternak kelulut berjaya mentransformasikan ladang ternakannya menjadi sebuah taman bercorak fantasi, sekali gus menarik perhatian orang ramai untuk melawatnya.

Tidak hairanlah kini, setiap hari ladang di Kilometer 8.4, Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, Alor Setar, Kedah, itu bukan saja dikunjungi penduduk tempatan malah pelancong luar negara.

Menerusi carian di Internet, penulis teruja melihat sendiri tempat itu yang dikenali sebagai Ladang Madu Kelulut Ori berikutan banyak gambar keindahan landskap hiasannya dikongsikan netizen.

Keramahan pemiliknya Chan Kok Thian, 32, yang tidak lokek bercerita mengenai ternakan kelulutnya dan usaha membina ladang itu, masih terngiang-ngiang di telinga penulis ketika berkunjung ke situ, baru-baru ini.

Lokasinya cukup mudah untuk dikunjungi iaitu di tepi Jalan Kangar-Alor Setar dan biarpun laluan itu agak sibuk dengan kenderaan, ladang berkonsepkan ekotourism dan berwarna-warni itu diterjemahkan pemiliknya menjadi tarikan untuk sesiapa saja singgah di situ.

Menurut Chan, ladang itu dibuka sejak 24 Julai 2014 selepas melihat potensinya berikutan ketika itu di kawasan berkenaan masih kurang tempat tarikan pelancongan.

"Saya menternak kelulut ini secara suka-suka apabila diajak rakan. Apabila sudah lama, madu semakin banyak sehingga tidak tahu hendak buat apa.

"Dari situ saya membuka kedai menjual madu kelulut dan produk sampingan berasaskan madu kelulut seperti kopi madu kelulut dan sabun badan madu kelulut menggunakan jenama Dukun Jaya.


"Saya kemudian membuat perubahan dengan membangunkan landskap bertemakan alam fantasi ini untuk menarik pengunjung," katanya.

Sejak mula tiba, pandangan penulis tertumpu kepada sebuah replika kincir angin, pondok telefon, binaan batu hiasan berbentuk cendawan dan patung kecil yang dicat dengan warna terang.

Chan memberitahu dia membina sendiri kincir angin itu menggunakan bahan terbuang dan bercadang melakukan perubahan lain termasuk mengubah susun atur hiasan di situ supaya pengunjung tidak bosan.

Melangkah ke dalam kawasan ladang itu, banyak hiasan lain tidak kurang menarik seperti binaan perigi lama, atap diperbuat daripada botol terpakai dan pelantar kayu serta binaan buluh juga daripada bahan terbuang.

Di atas pelantar kayu itu pengunjung boleh bergambar berlatarbelakangkan sawah padi dan Gunung Keriang selain melihat pelbagai jenis itik air dipelihara di tali air.

Selain itik, pemiliknya turut memelihara beberapa kambing yang jinak, angsa dan pelbagai spesies burung.

Penulis sempat berbual dengan dua pengunjung iaitu Hafifuddin Hashim, 42, dari Alor Setar dan Dexter Wong, 38, dari Pulau Pinang yang kelihatan begitu ceria bersiar-siar dan merakam gambar bersama keluarga masing-masing di pelbagai sudut di ladang itu.

Bagi Hafiffuddin ladang itu umpama zoo mini manakala Dexter pula kali kedua datang kerana ia percuma dan anaknya suka melihat haiwan.

Difahamkan, disebabkan keunikan ladang berkenaan, ia pernah menjadi lokasi penggambaran video klip lagu dan program televisyen selain dikunjungi pasangan pengantin untuk merakam gambar kenangan.

Ladang Madu Kelulut Ori beroperasi setiap hari mulai jam 9.30 pagi hingga 7 malam manakala pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum, ia dibuka pada jam 9 pagi hingga jam 7.30 malam.

Setakat ini pemiliknya tidak bercadang mengenakan bayaran masuk kerana gembira melihat orang ramai datang ke ladangnya dan merakam gambar.

Jalan Teluk Bahang dibuka kepada penunggang motosikal

Posted: 07 Nov 2016 10:10 PM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Penunggang motosikal sekarang boleh menggunakan Jalan Teluk Bahang yang ditutup sejak awal pagi semalam kerana insiden tanah runtuh.
 
Menurut maklumat yang dimuatkan dalam laman rasmi Facebook Ketua Menteri Lim Guan Eng, penunggang motosikal boleh menggunakan Jalan Teluk Bahang dari 6 pagi hingga 9 pagi, 5 petang hingga 8 malam, dan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.
 
Bagaimanapun, kenderaan berat seperti kereta, lori dan bas tidak dibenarkan menggunakan jalan tersebut sehingga diberitahu kelak.
 
Untuk memastikan keselamatan pengguna, para pegawai akan ditempatkan di lokasi berkenaan untuk memantau lalu lintas.
 
Awal pagi semalam, jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dan pusat bandar terhalang akibat tanah runtuh dan juga struktur jalan yang runtuh selepas hujan berterusan sejak tengah malam.
 
Calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kedua-dua kawasan terkandas dan kerja-kerja pembersihan runtuhan selesai kira-kira 2 petang sementara kerja-kerja pembaikan bagi struktur jalan yang runtuh dijalankan dengan segera.
 
 

Hina Kristian: Mahkamah benar Hadi ketepi perintah ingkar

Posted: 07 Nov 2016 10:03 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengetepikan perintah ingkar terhadapnya susulan kenyataannya berkaitan ajaran Kristian.
 
Memetik laporan Harakahdaily, kebenaran itu diberikan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah. 
 
Peguamnya Hamid Ismail berkata, kebenaran itu dibuat pada jam 2.30 petang semalam terhadap permohonan terhadap presiden PAS itu pada 12 Ogos lalu.
 
Sebelum ini, Hadi disaman oleh peguam Sabah Marcel Jude Joseph atas sebuah artikel berkaitan dengan Kristian.
 
Hadi sebelum ini memfailkan permohonan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Marcel ekoran kenyataan negatif terhadap Kristian.
 
Hamid berhujah, anak guamnya tidak menerima writ saman dan tidak tahu bahawa beliau perlu hadir diri ke mahkamah.
 
Oleh kerana kegagalan anggota parlimen Marang itu untuk hadir ke mahkamah, Hadi dikenakan penghakiman ingkar.
 
Mahkamah Sesyen pada 12 Ogos mengarahkan Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang untuk membayar Marcel, 54, ganti rugi kerana mencampuri hak perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
 
Marcel memohon penghakiman memandangkan Hadi tidak hadir ke mahkamah dan mahkamah kemudiannya mengeluarkan surat ketidakhadiran oleh defendan.
 
Saman daripada peguam Marcel diberikan kepada Abdul Hadi pada 19 Julai.
 
Marcel yang juga anggota Majlis Peguam Sabah dan Sabah Catholic Lawyers Apostolate memfailkan saman terhadap Hadi kerana kenyataannya yang didakwa sebagai menyalahi undang-undang dan hak perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama.
 
 

Paras air empangan utama Selangor mencukupi, kata Exco

Posted: 07 Nov 2016 09:47 PM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Paras air di empangan-empangan utama di Selangor berada pada tahap yang mencukupi dan selamat, demikian menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib.
 
Zaidy turut memberitahu sidang DUN hari ini mengenai kapasiti terkini isipadu air bagi setiap empangan di negeri Selangor.
 
Empangan Sungai Selangor: 43.29% / 99.56 Juta Meter Padu
 
Empangan Sungai Tinggi: 51.56% / 59.04 Juta Meter Padu
 
Empangan Sungai Semenyih : 67.78% / 40.04 Juta Meter Padu
 
Empangan Sungai Langat: 71.74% / 24.26 Juta Meter Padu
 
Empangan Batu : 46.19% / 14.77 Juta Meter Padu
 
Empangan Klang Gates : 43.63% / 11.05 Juta Meter Padu
 
Empangan Tasik Subang : 50.78% / 2.14 Juta Meter Padu
 
Zaidy berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini berkenaan paras air empangan.
 
Zaidy turut menolak dakwaan bahawa Selangor bakal menghadapi krisis air pada tahun hadapan berikutan isipadu air di empangan-empangan utama ketika ini berada di atas paras kritikal.  
 
"Dari sudut simpanan kritikal, 30% kalau spesifik Sungai Selangor, 69 juta padu, jadi saya sebut tadi, di atas paras kritikal, dibandingkan paras-paras sebelum ini ia adalah normal.
 
"Apatah lagi menghampiri musim monson timur laut, tengkujuh ini, hujan akan banyak turun kita doakan banyak hujan yang masuk ke dalam empangan-empangan di Sungai Selangor secara khusus dan empangan lain," katanya.
 
Daerah Semenyih berdepan krisis air paling teruk tahun ini apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup sebanyak enam kali ekoran masalah pencemaran.
 
Penutupan loji itu mengakibatkan hampir 1.8 juta pengguna di Lembah Klang terkesan.
 
Pelbagai pihak sebelum ini tampil membuat desakan agar kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menyelesaikan isu ini.
 
Terbaru, pada minggu lalu, sekumpulan anak muda membuat demonstrasi di hadapan bangunan SUK sebagai bantahan terhadap isu air yang berlarutan di negeri ini.
 
 

Comments (0)