Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:31 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


RM9 BILION UNTUK SIAPA?

Posted: 06 Nov 2016 06:51 AM PST

 shahbudindotcom


Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.

Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
 
 
 
 
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?

Ke mana perginya RM9 bilion itu?

Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?

Jika sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu saja menambahkan lagi kejutan yang ada.

Semalam, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.

Untuk isu RM9,000 juta yang penuh misteri itu, berapa lama agaknya Najib atau pasukan pengampunya mahu tampil dengan jawapan dan penjelasannya?


Lim: Kenapa Najib tak belajar dari China tangani rasuah

Posted: 06 Nov 2016 06:47 AM PST

MALAYSIAKINI

 

Putrajaya nampaknya cenderung kepada China dalam banyak bidang, tetapi agenda utamanya patut belajar bagaimana negara itu menangani rasuah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

"Najib tidak boleh tidak sedar bahawa China, di bawah halatuju anti-rasuah Presiden Xi Jinping, telah menghukum lebih daripada sejuta pegawai kerana rasuah dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

"Pegawai atasan, termasuk menteri dan lain-lain personaliti besar telah dihukum kerana rasuah.

"Sebaliknya, apa yang dapat ditunjukkan oleh kempen anti-rasuah Najib, kerana semua orang masih menunggu 'jerung' di Malaysia didakwa di mahkamah," kata Lim dalam ucapannya di Pulau Pinang malam tadi.

Di bawah teraju Najib, Malaysia kini memiliki reputasi sebagai sebuah "kleptokrasi", katanya.

"Saya takrifkan di Parlimen pada Isnin bahawa 'kleptokrasi' adalah peraturan oleh pencuri dan perompak, dan pendirian saya tidak disangkal dan tidak dicabar di Dewan Rakyat.

"(Saya beritahu Dewan Rakyat) bahawa akibat daripada gelaran 'kleptokrasi global' yang memalukan, Malaysia diperintah oleh PPP: 'Pencuri, Perompak dan Penyamun',"katanya.

Lim berkata bahawa pada tahun 2015 dan awal 2016 sahaja, masalah rasuah Malaysia disebut oleh penerbitan ternama seperti foreignpolicy.com, majalah Time dan The Economist.

Selain itu, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) pada 2015, meletakkan kedudukan Malaysia ke-54 daripada 168, turun empat tempat daripada tahun sebelumnya.

"Kerajaan Najib bercakap besar mengenai sasarannya bagi Malaysia untuk berada di dalam 30 negara teratas dalam CPI TI pada tahun 2020, tetapi tiada apa-apa selain mimpi," katanya.

Lim memberi amaran bahawa China dan Indonesia bersedia untuk memintas Malaysia dalam ranking CPI oleh TI kecuali sesuatu yang drastik dilakukan.

DEMO ADALAH FENOMENA BIASA

Posted: 06 Nov 2016 06:43 AM PST

shahbudindotcom


Demonstrasi adalah hak rakyat yang boleh dan biasa berlaku di mana-mana di dunia ini. Apabila rasa tak puas hati makin membara, demo adalah caranya untuk rakyat meluahkan apa yang ada di dalam dada mereka.

Di Indonesia, ratusan ribu rakyatnya berhimpun mendesak pengunduran Gabenor Jakarta yang lebih dikenali dengan nama Ahok. Ia tentunya akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
 
 
 
 
Di Korea Selatan juga beratus ribu rakyatnya berhimpun mendesak pengunduran Presidennya, Park  Geun-hye  yang didakwa menyalahgunakan kuasa kerana hubungan rapat dengan seorang rakan lamanya.

Di banyak negara lain juga sudah berlaku pelbagai demonstrasi sebelum ini. Jika tiada gangguan atau provokasi, ia pasti berlangsung aman.
 
 
 
 
Apakah di negara kita tidak ada masalah yang hampir serupa atau mungkin lebih parah daripada apa yang berlaku di Indonesia dan Korea?

Jadi, apa masalahnya untuk rakyat turun berhimpun dalam Bersih 5 pada 19 November ini?

Malah, jika mahu diambil kira bertimbunnya isu berkaitan Najib dan Rosmah saja dan ia berlaku di negara lain selain Malaysia, pasti setiap hujung minggu penuh dengan jadual demonya.


Barat Sudah Temui Pengganti Anwar ?

Posted: 06 Nov 2016 06:22 AM PST

 

 


Al-Azharri Siddiq Kamunri – Kejayaan Agen Barat Di Tanah Arab.


1) Ada banyak 'agen tidak disedari'. Kita kena mengkaji lagi sejarah SMAWahhab, Jamaludin Al-Afghani Sh Mohd Abduh, Rashid Reda dll, khususnya SMAW. SMAW tidak direkrut, tetapi hasil analisis Barat terhadap empayar Uthmaniyyah (kekuatan dan kelemahan) hasil analisis agen Barat seperti Hempher dan lain-lain terhadap SMAW, beliau adalah orang yang sesuai untuk memecahkan Uthmaniyyah dari dalam.
Maka beliau didorong, digalak, didedahkan, untuk meneruskan agenda Wahhabi beliau dan memecahkan Uthmaniyyah. SMAW dipertemukan dengan Saud dan bergabung tenaga untuk menguasai Semenanjung Arab. Agenda Wahhabiah untuk agama Islam telah dikaji Barat dan sangat sesuai untuk memecahkan Islam dari dalam. Harus diketahui bahawa agenda dan strategi barat berubah setelah kalah perang salib.

2) Keadaan ini berterusan apabila Barat mendekati Syarif Hussain (pemerintah Mekah) dan berjanji bermacam-macam untuk memberontak lawan Uthmaniyyah atas 'dasar kebangsaan/bangsa Arab' tapi Syarif Hussain tidak tahu janji Barat dengan Saud, konvensyen Balfour (untuk menubuhkan Israel) dan lain-lain. Akhirnya Syarif Hussain terlepas Mekah, dapatlah jadi Raja Jordan dan Mekah pula jatuh kepada kumpulan Wahhabiah, yang lebih rapat dengan British.
Kegagalan Agen Barat Ke Atas Anwar

3) Di Malaysia, DS Anwar Ibrahim adalah antara orang yang didekati semenjak 1970-an melalui gerakan Wahhabiah sedunia yang bernaung atas pelbagai organisasi seperti WAMY dan juga badan Islam spt IIIT. Arwah Ismail Faruqi yg disasarkan menjadi Rektor UIA merupakan pendokong kuat Wahhabi. Beliaulah yang berjaya meyakinkan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menerima masuk Anwar masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981 dahulu (rujuk buku SYAA).

4) Apabila menyertai kerajaan, tanpa Anwar sedari dia didekati dengan pelbagai agensi, yayasan dari Barat seperti Konrad Adenaur, GMB, AA, CMCU, NED dan lain-lain. Malah pelbagai urusan dan aktiviti Anwar pasca dibebaskan dari penjara ketika di luar negara amat jelas hubungan beliau dengan tokoh-tokoh Barat yang terlibat dengan New World Order seperti Paul Wolfowitz, William Cogen, John Eposito, Carl Gerhsman dan lain-lain. Anwar memang merupakan 'wakil Barat' untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Malaysia bernasib baik kerana ini tidak berlaku.

5) Didikan politik Barat seterusnya adalah pemimpin muda seperti Nurul Izzah, Rafizi dan lain-lain yang sebenarnya masih mentah dalam memahami agenda Barat terhadap Malaysia. Seorang AMT PKR mengiakan kepada saya tentang kementahan Rafizi, tetapi boleh dipergunakan.
Mereka nampak hebat dalam beridealisma dan berhalusinasi kepada rakyat, namun seringkali mereka tersalah langkah sebagai Rafizi terpaksa membayar RM200,000 kepada NFC. Hari ini, rakyat dapat melihat kemenangan Nurul Izzah di Lembah Pantai adalah hasil Fitnah ke atas Shahrizat dan keluarganya. Hari ini, kemenangan Nurul Izzah menjadi tidak bermaruah dan tidak bernilai.

Agen Barat Mendekati Golongan Agama

6) Barat sudah lama memerhatikan agamawan-agamawan popular di Malaysia. Dengan pendedahan pendidikan di universiti-universiti barat, dengan kecelaruan aqidah dan Fiqh yang dianuti agamawan ini, maka dia berganjak dan berubah jadi semakin liberal.
Dia terpengaruh dengan kebebasan dan nilai-nilai Barat apabila hidup di barat dalam tempoh yang agak panjang. Dengan orang kafir dia baik sahaja, dengan sauadara seagama khususnya ASWJ dia bermusuh sahaja. Ini fikrah Wahhabiah, sama dengan kumpulan terrorist yang pada asalnya membunuh orang Islam dan tidak menggangu orang Barat.

7) Barat sudah pasti mengikuti dan mempunya rekod segala pandangan dan tulisan agamawan ini dan tahu tentang perubahan pemikirannya. Dengan pengaruh dan popular atas kepandaian mengambil kesempatan atas isu untuk popular, atas kekurangan pemerintah negeri tentang agenda Barat kepada agamawan populis, maka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat Barat dan NGO/wakil mereka di Malaysia mendekati diri populis agama ini. Popularitinya diharapkan dapat menarik pengikutnya untuk turut menjadi liberal, memecahkan undi Islam, melemahkan politik Islam dan lain-lain.

8) Barat tidak perlu merekrut populis agamawan ini, cukup mendedahkan, berkawan, memberi galakan, dorongan untuk dia bertindak kerana beliau mempunya kualiti seperti SMAW, petah berkata, popular, kontroversi, 'boleh dipergunakan' dan lain-lain faktor untuk merosakkan Malaysia dari dalam sepertimana SMAW digunakan untuk merosakkan Uthmaniyyah dari dalam.

9) Sebab itu kita melihat agamawan ini mula dihubungi, terlibat dengan pelbagai program-program liberal anjuran NGO pro barat ini. Ini seperti hubungan SMAW dgn Saud untuk menghancurkan Uthmaniyyah dan memberikan kekuatan kepada program ini kerana ada sokongan 'org agama'. Dalam masa yang sama, PKR, DAP, PAN dan beberapa parti di Sabah/Sarawak memang berkongsi visi yang sama dengan populis agamawan ini dan golongan liberal ini.

10) Itulah peranan populis agamawan ini, memecahkan sokongan dan perpaduan Islam, menarik orang jauh dari agama, meremehmudahkan urusan agama, menjauhkan orang Islam dari kerohanian yang merupakan teras kekuatan Islam, bagi orang menyampah, meluat, tidak percaya dengan institusi agama, ulamak/ustaz, ini akan sebabkan orang makin rujuk/belajar dengn sheikh Google/YouTube, bukan belajar secara talaqqi, menghantar orang-orang dia menyerap masuk dalam pelbagai institusi agama dan agensi/kementerian, ringkasnya meruntuhkan dan merosakkan Islam dari dalam, sama seperti peranan SMAW.

11) Kalau PKR dan DAP memerintah Malaysia, populis agama akan dinaikkan menjadi menteri agama, dan mungkin sebagai Perdana Menteri pun, tidak mustahil. Kerana Barat melihat Anwar sudah gagal.

12) BERSIH1 hingga BERSIH5 adalah agenda agen Barat, sebab itulah PAS menarik diri selepas menyedari mereka sering dipergunakan ketika bersama Pakatan Rakyat. PAS sudah insaf.

Selamat Membaca,
Selamat Berhujung Minggu,
Selamat Berfikir.

UMNO dan Komunis China bersanding, DAP kah yang bersalah?

Posted: 06 Nov 2016 06:22 AM PST

china malaysia


Oleh Hafiz Zainuddin


Di saat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu disuapkan dengan momokan komunis terhadap DAP sejak sekian lama, Presiden UMNO pula menjalinkan hubungan yang sangat intim dengan negara China yang berideologi komunis itu.

Hubungan erat pemerintah UMNO dengan China semakin memuncak dan dilihat jelas dalam lawatan terkini Perdana Menteri Najib Razak ke negara itu saat ini.

Dalam lawatan itu, Najib Razak menandatangani 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion melibatkan ekonomi, pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan.

Perjanjian itu juga merangkumi penglibatan China dalam pembangunan Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Tindakan Malaysia menandatangani 14 perjanjian yang disifatkan banyak pihak sebagai jual negara kepada China itu bukan dipengaruhi oleh anasir parti-parti pembangkang apatah lagi parti DAP yang sering mendapat nama buruk akibat serangan juak-juak tentera siber UMNO, MCA, MIC, SAPP, Gerakan dan sebagainya. Malah mereka pada saat ini barangkali sedang sakit kepala dengan tindakan Najib itu.

Mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana telah jelas Pengerusi BN itu sendiri telah menyerah sebahagian milik Malaysia untuk 'dikerjakan' China demi kepentingan strategik ekonomi dan pertahanan mereka di rantau ini.

China tak peduli siapa Najib, dia hanya peduli kepentingannya

China tidak peduli tentang label kleptokrasi ke atas Malaysia. China juga tidak kisah menjalinkan hubungan intimnya dengan negara-negara diktator termasuk Korea Utara. China hanya mahu melebarkan lagi pengaruh ekonomi dan politiknya ke atas negara-negara lain khususnya di Asia dalam saingannya dengan Amerika Syarikat.

Sudah tentu, persaingan demi kepentingan strategiknya di rantau ini akan membutakan matanya ke atas penyelewengan kewangan terbesar yang berlaku melibatkan 1MDB. Asalkan, mereka boleh melabuhkan sauh dengan aman di tanah air kita.

Apa yang pasti, 'dasar pandang ke China' Najib Razak ini akan memaksa kita, rakyat Malaysia untuk semakin tunduk dengan perluasan serta penguasaan geo-politik dan ekonomi China.

Tindakan menjemput 'penjajah baru' ini juga mungkin strategi Najib untuk mengekalkan pengaruh politiknya setelah dilihat gagal melobi Amerika untuk melindungi skandal kewangan terbesar negara abad ini.

Mainan politik fitnah dengan dakwaan DAP sebagai komunis, chauvinis dan jahat tidak lagi mampu untuk menutup kebobrokan dan kemunafikan pemerintah UMNO yang terang benderang bermain mata dengan pemerintah China .

Tambahan pula, DAP semakin disukai ramai dengan penyertaan dan penglibatan rakyat pelbagai lapisan tanpa mengira warna kulit, darjat, kepercayaan, bahasa dan budaya. Hakikatnya, DAP berpegang kepada ideologi Sosial Demokrasi yang terbina di atas nilai asas kebebasan, keadilan dan setiakawan.

Rakyat Malaysia sudah semakin jelas. Dakyah jahat pencacai dan tentera siber pro-BN yang memfitnah DAP sebagai komunis sudah tidak relevan malah jauh menyimpang daripada kebenaran.

Najib sudah ada 'abang besar' China

Kita tidak pasti sejauh mana hubungan Najib dalam 'dasar pandang ke China' ini akan berjaya. Apa yang pasti, sebahagian harta milik negara akan dan sudah tergadai di tangan negara komunis tersebut.

Najib kini sudah ada 'abang besar' yang akan melindunginya setelah gagal melobi Amerika sebagai pelindung selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika membuat pendedahan malah mengambil tindakan saman untuk merampas aset yang diperoleh hasil daripada penyelewengan dana 1MDB.

Kita bimbang suatu hari nanti persaingan meluaskan pengaruh geo-politik dan ekonomi antara Amerika Syarikat dan China bakal memudaratkan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

Pada waktu itu, kita pasti akan tertanya-tanya di mana UMNO dan Najib yang barangkali sudah selamat mempertahankan kepentingan politik dan tembolok mereka sendiri, dan tidak peduli lagi tentang rakyat banyak. – Roketkini.com


'Ustaz Kazim tak kena sihir, nazak seperti yang disebarkan'

Posted: 06 Nov 2016 06:16 AM PST

MALAYSIAKINI
Keluarga Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meminta agar semua pihak menghentikan perbuatan menyebarkan berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan penceramah bebas itu.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin berkata sebagai anggota keluarga terdekat mereka berasa kecewa apabila ada pihak yang mendakwa adiknya terkena sihir, sedang nazak dan sudah kembali ke rahmatuallah.

"Viral tersebut menjadi bualan di media sosial, ini adalah sesuatu yang sensitif dan tidak boleh diterima oleh pihak keluarga," katanya kepada pemberita di Pusat Islam Al-Barakah di Manjoi di Ipoh, hari ini.

Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 8 pagi semalam, setelah mengadu kepenatan selepas baru pulang dari menyampaikan ceramah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Katanya tindakan beliau mengadakan sidang media itu adalah untuk memaklumkan tentang perkembangan kesihatan Ustaz Kazim kepada peminatnya agar ia tidak bercanggah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

"Peminat Ustaz Kazim di seluruh Malaysia dan dunia ingin mengetahui perkembangan Ustaz Kazim, ini (sidang media) adalah yang terbaik kita lakukan supaya tidak ada sumber yang bercanggah," jelasnya.

Mengenai perkembangan kesihatan Ustaz Kazim, Mohd Najmuddin berkata adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan pada jam 12.20 tengah hari tadi beliau menjalani pemeriksaan endoskopi untuk mengetahui punca sebenar sakit perut yang dialami.

"Keputusan pemeriksaan itu akan diberitahu oleh pakar perubatan petang ini," katanya sambil menambah Ustaz Kazim meminta semua pihak bertenang dan tidak panik.

Menurutnya, buat sementara waktu hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk melawat Ustaz Kazim di hospital tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Ustaz Kazim dalam menyampaikan ceramah yang telah ditetapkan oleh penganjur sehingga adiknya sembuh seperti sedia kala.

"Saya akan berbincang dengan pihak hospital dan Ustaz Kazim sendiri berapa lama dia akan berehat," katanya yang juga akan menggantikan adiknya dalam menyampaikan ceramah di Dewan Serbaguna di Tronoh, malam ini.

Pada Februari lalu, Ustaz Kazim di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok di Kelantan.

Beliau yang disahkan mengalami serangan jantung, mendapat rawatan susulan di Hospital Pakar KPJ Ipoh selama seminggu dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan sebelum aktif semula berceramah.- Bernama


Empat baju merah buang sampah di M'kini dibebaskan

Posted: 06 Nov 2016 06:12 AM PST

Bernama 




Empat individu yang ditahan susulan perhimpunan gerakan Baju Merah dekat bangunan pejabat portal berita Malaysiakini semalam, dibebaskan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dua lelaki dan dua wanita itu ditahan kerana didakwa meletakkan sampah di luar bangunan berkenaan di Petaling Jaya.

"Mereka ditahan di luar bangunan itu semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Semasa pemeriksaan dijalankan, tiada sebarang senjata ditemui.

"Bagaimanapun, kesemuanya dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perhimpunan peserta Baju Merah itu dilaporkan antara lain mendesak portal berita propembangkang itu ditutup. -Bernama


Saya bukan ‘penjilat’, ‘penderhaka’, kata Syed Saddiq

Posted: 06 Nov 2016 06:03 AM PST

 
Syed Saddiq melahirkan kekesalan kerana perbezaan pendapat tidak diraikan.


syed-saddiq-johor


PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan tindakannya menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan berkata beliau bukan "penjilat" atau "penderhaka", sebaliknya seorang yang berprinsip.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Syed Saddiq melahirkan kekesalan kerana perbezaan pendapat tidak diraikan.

Ini terbukti dengan beberapa tuduhan "penjilat" yang diterimanya apabila memuji Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam beberapa isu.

Namun, apabila beliau berbeza pendapat dengan Sultan Johor, orang yang sama memanggilnya "penderhaka".

"Bila saya menulis surat memuji tindakan Sultan dan TMJ kerana lantang bersuara menentang rasuah, saya dipanggil 'penjilat'. Bila saya menulis surat mengutuk tindakan YB Nazri Aziz yang merendah-rendahkan TMJ, saya dipanggil 'penjilat'.

"Bila saya menyokong usaha Tuanku untuk menggagaskan semangat pemuafakatan sesama kaum dan agama melalui #BangsaJohor, saya dipanggil penjilat. Bila saya menyokong kenyataan TMJ untuk menubuhkan sekolah satu aliran demi perpaduan, saya dipanggil 'penjilat'.

"Malangnya, orang sama yang sebelum ini memanggil saya 'penjilat', sekarang ini memanggil saya 'penderhaka' kerana berbeza pendapat dengan Tuanku," katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, beliau mengakui baru sahaja dimaklumkan akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana surat terbuka itu.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan pihaknya akan memanggil Syed Saddiq untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbuka yang ditujukan kepada Sultan Johor.

Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Lain kali ikutlah ucapan bajet sampai habis, kata Fadillah kepada Lim

Posted: 06 Nov 2016 05:56 AM PST

MALAYSIAKINI

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mendakwa keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan tol bagi empat lebuh raya ekoran tekanan awam.

Jika para anggota Parlimen dari sebelah pembangkang mengikuti keseluruhan ucapan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka akan mengetahui sumber pampasan bagi pengendali lebuh raya, kata Fadillah.

Beliau merujuk kepada Perenggan 115 dari ucapan Najib yang berbunyi, "Untuk meringankan kos sara hidup, kerajaan akan menyediakan hampir RM10 bilion bagi peruntukan subsidi. Peruntukan ini terdiri daripada subsidi bahan api termasuk gas memasak, tol, dan pengangkutan awam."

"Sekiranya Lim tidak meninggalkan Dewan Rakyat awal dan jika pembangkang tidak mewujudkan kekecohan dan keluar untuk menunjukkan sepanduk semasa ucapan Bajet 2017, mereka akan tahu perenggan 115...

"Lim dan para pembangkang dinasihatkan untuk mengikuti dan memahami ucapan bajet sepenuhnya pada masa akan datang agar tidak melakukan kesilapan sama yang hanya akan memalukan diri sendiri," kata Fadillah dalam kenyataan, hari ini.

Lim sebelum ini menjelaskan bahawa beliau meninggalkan Dewan Rakyat lebih awal ketika bajet itu sedang dibentangkan pada 21 Oktober yang lalu bagi menyambut Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di George Town untuk ulang tahun ke-200 Penang Free School.

Ramai ahli parlimen pembangkang pula telah menunjukkan sepanduk yang tertera 'Siapa MO1?' ketika Najib membacakan perenggan 257 dalam ucapan belanjawan itu dannya kemudian meninggalkan dewan.

Najib menyelar ahli Parlimen pembangkang kerana kekecohan itu dengan menyifatkan tindakan itu memalukan diri sendiri di hadapan orang ramai.

Kenyataan Fadillah hari ini adalah sebagai respons kepada dakwaan Lim pada Jumaat yang lalu bahawa penangguhan kenaikan tol bagi empat konsesi lebuh raya yang dijadualkan untuk tahun 2017 berlaku kerana tekanan awam dan mempersoalkan bayaran pampasan sebanyak RM59.77 juta kepada syarikat konsesi.

Adam Adli yakin, tapi sedia dipenjara jika rayuan gagal

Posted: 06 Nov 2016 05:42 AM PST

Alyaa Alhadjri


 
Dengan kemungkinan berdepan hukuman penjara esok, aktivis Adam Adli Abdul Halim masih bersikap optimis.

Bagaimanapun, Adam bersedia jika keputusan dalam rayuan terakhir berhubung pertuduhan hasutan terhadapnya memaksa beliau menghabiskan masa di penjara.

Keyakinan itu berikutan keputusan mahkamah rayuan pada Mei yang mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atas aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana menghasut.

"Sebelum ini kes Hisham Rais, dia dibebaskan akhirnya. Jadi saya optimis, tapi pada masa yang sama kalau kalah pun saya sedia.

"Kes ni pun dah berjalan lama jadi saya dah lama sedia. Keluarga pun sama, mereka selalu sokong," katanya kepada Malaysiakini.

Aktivis pelajar berusia 24 tahun itu didakwa pada 23 Mei 2013 kerana menggesa kerajaan yang dipilih dijatuhkan, dalam satu forum pada 13 Mei tahun yang sama.

Pada 19 September 2014, Mahkamah Sesyen mendapati beliau bersalah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan.

Adam Adli gagal mengetepikan sabitan hasutan pada Februari tahun ini, tetapi Mahkamah Tinggi memutuskan beliau hanya perlu membayar RM5,000 denda berbanding setahun penjara.

Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman berkata hukuman penjara satu tahun yang dikenakan adalah berlebihan memandangkan ucapan perayu tidak menyebabkan apa-apa kesan negatif atau menyebabkan kejadian yang tidak diingini dalam masyarakat.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan akhir pendakwaan esok dalam kes Adam Adli.


TMJ 'tembak' tujuh lelaki baju merah

Posted: 06 Nov 2016 05:42 AM PST

MALAYSIAKINI
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.

Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.

Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.

Klip itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.

Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".

Dalam protes di Malaysiakini semalam, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.

Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.

Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.

Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar  Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.

Kadir persoal kecenderungan Najib terhadap China

Posted: 06 Nov 2016 05:22 AM PST

 
Menurut beliau, China menggunakan kuasa kewangan, teknologi, diplomasi dan ketenteraan untuk mengembalikan keagungan tamadun silamnya dalam bentuk baru.


kadir-jasin-bandar-malaysia


PETALING JAYA: Bekas ketua pengarang akhbar Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan pembelian kapal tentera laut negara dari China dan pendirian kerajaan berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan.

Beliau berkata, pengumuman kerajaan, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing minggu lepas boleh dianggap "anjakan paradigma dalam kerjasama dua hala dengan negara komunis".

Kerajaan berkata minggu lepas ia akan membeli 4 korvet yang dikelaskan sebagai kapal perang persisiran pantai. Ia merupakan pembelian pertama tentera negara dari China.

Menggelarkannya sebagai satu "keputusan penting", Najib berkata lebih banyak urus niaga mungkin berlaku pada masa depan.

Najib juga berkata pertikaian di Laut China Selatan akan dibincangkan secara dua hala dengan China.

Kadir mempersoalkan sama ada Kabinet sudah membincangkan terlebih dahulu kedua-dua keputusan dan menegaskan China sedang bersungguh-sungguh meluaskan pengaruh ekonomi, politik dan ketenteraan di seluruh dunia.

Beliau juga mengingatkan pinjaman RM50 bilion daripada China bagi projek kereta api Pantai Timur akan menjadikan hutang negara melonjak kepada lebih RM700 bilion, tanpa mengambil kira projek kereta api Kuala Lumpur-Singapura yang dianggarkan bernilai RM50 bilion, dan hutang sedia ada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM50 bilion.

Ahli politik pembangkang mempersoalkan kebijaksanaan 14 perjanjian dalam pertahanan, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, berjumlah kira-kira RM143.64 bilion, yang diumumkan.

Kadir, yang kini merupakan ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berkata China tidak mempunyai pemisahan di antara kerajaan dan syarikat, di mana semua industri dan aktiviti ekonomi yang strategik adalah milik kerajaan komunis.

Beliau berkata, kereta api Pantai Timur, projek Bandar Malaysia, dan kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura adalah bertepatan dengan rancangan China untuk mencipta Laluan Sutera.

Parti Komunis China menggunakan laluan kereta api secara beransur-ansur untuk mengembangkan pengaruhnya di laluan maritim, kata Kadir.

Guan Eng namakan pengerusi DAP Pulau Pinang penggantinya

Posted: 06 Nov 2016 01:05 AM PDT

 
Lim Guan Eng minta DAP menyokong Chow Kon Yeow ambil alih Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya beliau disabit kesalahan rasuah


guan


GEORGE TOWN: Lim Guan Eng hari ini meminta ahli menyokong pengerusi DAP negeri sebagai calon yang wajar mengambil alih jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sekiranya karier politiknya "dibunuh oleh BN".

Berucap kepada para perwakilan di konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang, Guan Eng berkata mereka digesa sokong Chow Kon Yeow sekiranya "rancangan jahat" BN berjaya "membunuh" kerjaya politik beliau.

Setiausaha Agung DAP itu didakwa atas 2 tuduhan rasuah membabitkan pembelian banglo RM2.8 juta di George Town dan transaksi penukaran status tanah yang berkaitan.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan pendakwaan rasuah terhadapnya itu bermotif politik dan langkah tersusun untuk membunuh kerjaya politiknya.

"Sekiranya rancangan jahat BN berjaya menggulingkan saya, saya dengan ini menyokong pengerusi negeri Kon Yeow sebagai pengganti saya. Kamu (BN) boleh tundukkan Lim Guan Eng tapi kamu takkan mampu tundukkan DAP, dan Kon Yeow sedia ambil alih jawatan saya," katanya.

"Maka, saya minta para perwakilan, semua ahli dan pemimpin supaya menyokong usul mengangkat Kon Yeow sebagai ketua menteri sekiranya BN berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka, apa kata kamu semua?" kata Guan Eng kepada 300 perwakilan yang menghadiri konvensyen hari ini, yang menyambut usul itu dengan tepukan gemuruh.

Guan Eng Julai lepas berkata Kon Yeow adalah pilihan "semulajadi" untuk jawatan itu.

Kon Yeow merupakan exco kerajaan tempatan dan Adun Padang Kota selama 2 penggal.

Pada 30 Jun lepas, Guan Eng didakwa di Mahkamah Tinggi kerana menggunakan jawatan atau kedudukan dalam kerajaan untuk suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan menukar status tanah pertanian untuk tujuan perumahan oleh Magnificent Emblem Sdn Bhd dalam satu mesyuarat exco pada 18 Julai 2014.

Guan Eng juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan dengan membeli sebuah banglo daripada seorang peniaga, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.7 juta, pada 28 Julai 2015.

Guan Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah.

Polis ambil keterangan Shafie Apdal pada Isnin

Posted: 06 Nov 2016 01:00 AM PDT

 
Siasatan ke atas ucapan beliau di Dewan Rakyat menyentuh isu 1MDB itu dibuat di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi


shafie-apdal-polis-1


PETALING JAYA: Bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memberi keterangan kepada polis pada Isnin berhubung ucapan beliau di Dewan Rakyat menyentuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Polis menghubungi Shafie pada Rabu dalam siasatan mereka ke atas 3 bekas menteri berkenaan ucapan mereka tentang 1MDB, semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017.

Star Online melaporkan Shafie akan menghadirkan diri ke Bukit Aman pada 10.00 pagi hari itu, menurut sumber yang rapat dengannya.

Selain Shafie, turut disiasat adalah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketua Polis Negara berkata siasatan dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.

Muhyiddin, yang merupakan bekas timbalan presiden Umno, manakala Shafie, bekas naib presiden Umno disingkir daripada Umno awal tahun ini dan masing-masing mengepalai parti tersendiri dalam pakatan pembangkang.

Muhyiddin adalah presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia manakala Shafie adalah presiden Parti Warisan Sabah.

Empat nelayan dikhuatiri diculik di Kinabatangan

Posted: 06 Nov 2016 12:55 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KOTA KINABALU: Empat nelayan tempatan dikhuatiri diculik di perairan Kinabatangan semalam.
 
Komuniti nelayan tempatan mendakwa mereka yakin berlaku penculikan terhadap empat nelayan memandangkan pemilik bot yang hilang merupakan salah seorang daripada ahli persatuan itu.
 
Nelayan tempatan di situ turut mendakwa sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang dua bot dan menculik kesemua empat nelayan itu ketika berada di antara perairan Mumiang dan Kertam kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
 
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid bagaimanapun tidak mengesahkan kejadian itu namun memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.
 
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, polis masih mengumpul fakta dan tidak dapat mengesahkan jika ia adalah penculikan atau rompakan.
 
Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat berhubung kejadian itu namun Esscom telah memulakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
 
 

Laporan Polis Terhadap Syed Saddiq

Posted: 06 Nov 2016 12:30 AM PDT


Peguam Ditahan Mencabul Pelajar

Posted: 06 Nov 2016 12:23 AM PDT

Oleh: FARIK ZOLKEPLI 
 
 
Chua dan Ong memberitahu kepada pemberita ketika ditemui di luar balai polis Kajang.
 
 
PETALING JAYA: Seorang peguam berusia 33 tahun menyerah diri di balai polis berhubung kes mencabul kehormatan seorang pelajar universiti di sebuah kondominium di Bandar Sungai Long, Kajang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek ditahan selepas prosedur pengecaman dilakukan mangsa.

"Dia ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan," kata ACP Othman.

The Star sebelum ini melaporkan dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman yang mengalami gangguan seksual secara 'live' video di laman Facebook turut memberi amaran kepada wanita lain untuk lebih berhati-hati.

Cristal Chua dan Tammy Ong, kedua-duanya berusia 20-an, berkata, ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke kondominium yang disewa Chua sebelum seorang lelaki tiba-tiba muncul dan meraba punggungnya.

Mereka berkata, lelaki itu juga cuba untuk meraba dada Ong tetapi dia menjerit, dan berjaya melarikan diri.

Tambah mereka lagi, pengalaman menakutkan bermula apabila mereka tiba di salah satu blok kondominium ketika Chua sedang memasukkan kata laluan untuk membuka pintu rumah mereka.

Lelaki itu telah menahan pintu dan menyusup masuk di belakang mereka.

Menyangkakan dia juga merupakan salah seorang penduduk di kawasan itu, kedua-dua mereka tidak menghiraukannya sehingga lelaki itu meraba punggung Chua ketika mereka berada di tingkat satu kondominium itu.

"Saya fikir Tammy hendak bergurau dengan saya namun Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki di belakang saya. Dia kemudian berpaling ke arah Tammy dan cuba untuk menyakitinya tetapi dia menjerit, "kata Chua, sambil menggambarkan lelaki itu agak berisi dan rendah serta memakai jersi berwarna hitam dengan perkataan Mike dan nombor 10 di belakang bajunya.

Ayrill Aqasha Ditemui Selamat

Posted: 06 Nov 2016 12:23 AM PDT


MSTAR ONLINE
 
 

Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril.




KUALA LUMPUR: Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemui selamat pada Sabtu.

Bapanya Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata anaknya dijumpai abang rakan Noor Ayrill Aqasha, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Ampang pada 6.30 petang Sabtu.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai penemuan Noor Ayrill Aqasha oleh bekas isterinya, Siti Rohayu Yaakob.

Semasa dimaklumkan, saya sedang mencari anak saya. Saya amat bersyukur dia dalam keadaan selamat," katanya.


Noor Ayrill Aqasha sebelum ini dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Cheras di sini.

Kehilangan Noor Ayrill Aqasha tersebar di laman sosial sejak Jumaat selepas ibu bapanya meminta orang ramai menghubungi mereka selain memaklumkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai budak lelaki itu. - BERNAMA

PRU-14: DAP Pulau Pinang Bentuk Jawatankuasa Kempen Pilihan Raya

Posted: 06 Nov 2016 12:22 AM PDT

MSTAR ONLINE


Lim Hui Ying.
 
 
GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai setiausaha parti negeri itu, Lim Hui Ying.

Ketika berucap pada konvensyen DAP Pulau Pinang di Hotel Vistana pada Ahad, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata perhatian khusus adalah untuk mengukuhkan jentera media sosial parti itu.

"Parti itu meluluskan lebih banyak sumber bagi jabatan ini dengan mengambil kira kepentingannya untuk mendekati rakyat," kata Chow.

Chow berkata parti itu telah memulakan program yang dikenali sebagai "Listening Tours" kepada pemimpin parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen untuk melawat kawasan Parlimen di negeri itu.

"Mereka akan dapat mendengar masalah rakyat dan menggerakkan sumber bagi membantu rakyat mengatasi masalah mereka," katanya.

Pertandingan satu lawan satu sukar dicapai kerana PAS dalam dilema - Penganalisis

Posted: 06 Nov 2016 12:16 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS masih berdepan dengan dilema dalam menentukan kerjasamanya dengan parti-parti pembangkang yang lain bagi memastikan pertandingan satu lawan satu diadakan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat keadaan itu berlaku kerana PAS tidak mahu bertolak-ansur dengan agenda politiknya. 
 
"Saya fikir PAS masih menghadapi dilema dalam menentukan sikapnya terhadap kerjasamanya dengan Pakatan Harapan (PH). Ini kerana PAS telah mengisytiharkan perang terhadap DAP dan Amanah. Malah PAS juga kelihatan ada kerenggangan dalam menerima Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). 
 
"Sementara PAS berkeinginan menyaksikan boleh menang banyak kerusi dalam PRU14 melalui persefahaman PH dan sekutunya, dan dalam masa sama PAS merasakan perkara ini harus dibuat secara tak langsung dengan tak melibatkan Amanah dan DAP," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Mustafa berkata demikian mengulas sikap PAS dalam menyatakan pendiriannya bersabit tujuan mengadakan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya depan.
 
Terdahulu Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengatakan partinya bersedia untuk tujuan tersebut untuk memastikan Umno-Barisan Nasional (BN) tewas dalam PRU14 dengan syarat semua pihak bersatu atas dasar agama Allah.
 
Kenyataan tersebut kemudiannya disambut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan memberitahu bersedia mengadakan rundingan dengan pembangkang, namun memberi amaran 'jangan kacau rumah kami', dipercayai merujuk kepada kerusi-kerusi tradisi yang dimenangi parti itu.
 
Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS tidak akan mengikat kerjasama dengan DAP, sekali gus membayangkan peluang tipis untuk parti itu mengadakan permuafakatan dengan Pakatan Harapan. 
 
Mengulas lanjut Mustafa berpandangan ia berlaku kerana PAS melihat ada isu-isu tertentu yang akan timbul dalam kerjasamanya dengan parti-parti pembangkang yang lain.
 
"Masih ada  isu yang memisahkan PAS dan parti-parti tersebut. Sebab itu PAS kelihatan berbelah-bahagi. Ada pihak di dalam PAS mahu mereka ambil kesempatan ini supaya strategi satu lawan satu berlaku. 
 
"Dalam masa PAS ada agenda yang tidak mahu dikompromi dan tidak mahu secara langsung dilihat ada kaitan dengan DAP dan Amanah," ujarnya.
 
Dalam masa yang sama, Mustafa menyuarakan pendapatnya bahawa rundingan satu lawan satu itu di kalangan pembangkang tidak akan kemana sekiranya kesemua mereka enggan berkorban prinsip perjuangan politiknya.
 
 

PAS buka pintu kerjasama untuk pihak sealiran matlamat perjuangan parti - Hadi

Posted: 06 Nov 2016 12:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ARAU: PAS bersedia membuka pintu kerjasama kepada parti-parti yang sesuai dan sealiran dengan matlamat perjuangannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS sudah membuka ruang itu sejak lama dahulu namun pihak-pihak yang sudi haruslah menghormati dan tidak mencampuri urusan dalamannya.
 
"PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami.... tapi jangan pula lepas itu dia 'curi' dalam rumah kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana 'Budaya Politik Matang Dan RUU 355' di Balai Islam Madi, Jejawi di sini, Sabtu malam.
 
Abdul Hadi berkata PAS tidak pernah mengubah pendekatan bersifat terbuka dalam bekerjasama dengan pihak lain demi menegakkan syiar Islam dan mendapatkan keredaan Allah SWT.
 
"Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata," katanya.
 
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pula menegaskan parti itu mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usaha dan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, Akta 355 untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
 
Beliau berkata PAS tidak memandang bangsa atau agama kerana matlamat penting adalah untuk mengangkat perpaduan manusia demi kesejahteraan negara.
 
"Walaupun PAS menjadi pembangkang... kami tetap mahu memberi nasihat, kita bersatu dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza," katanya.
 
RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.
 
Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.
 
 

Tindakan Jamal tidak ada kena mengena dengan Umno - Annuar Musa

Posted: 06 Nov 2016 12:03 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno tidak perlu dipersalahkan bersabit tindakan Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Jamal Md Yunos yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat Malaysiakini semalam.
 
Menurut Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, tindakan oleh Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu tidak mencerminkan pendirian sebenar parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.
 
"Kenapa tanya saya? Saya tidak kena mengena dengan Jamal (Baju Merah). Itu tidak kena mengena dengan Umno," katanya selepas selesai sidang media sempena Himpunan Penerangan Umno Selangor 2016 di pejabat Umno Selangor hari ini.
 
Semalam Jamal bersama peserta Himpunan Merah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Malaysiakini bagi membantah penerimaan dana oleh portal pro-pembangkang itu daripada Pertubuhan Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan terkemuka Amerika Syarikat George Soros.
 
Himpunan berkenaan menuntut supaya portal berkenaan mendedahkan butiran penyata kewangan dan dokumen berkaitan.
 
Dalam pada itu, Annuar berkata Umno tidak pernah membincangkan mengenai tindakan Jamal yang mengadakan himpunan dengan menggunakan ahli-ahli dan penyokong Umno.
 
"Kita tidak pernah bincang, itu bukan Umno, itu Jamal," katanya.
 
Sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata tingkah laku Jamal tidak melambangkan sikap parti itu.
 
Ia ekoran tindakan Jamal apabila mengadakan sidang media dalam tandas bangunan Umno Selangor Shah Alam pada awal Oktober lalu yang mencampak surat tuntutan permohonan maaf BERSIH ke dalam lubang tandas. 
 
BERSIH menuntut Jamal membuat permohonan maaf apabila ahli Umno itu mendakwa pertubuhan itu diresapi militan IS.
 
Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno dibenarkan menyertai perhimpunan anjuran gerakan itu namun akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 5, 19 November depan. 


Comments (0)