Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:18 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


SETIA 101 PERATUS, ADAKAH ZAHID HAMIDI MULA BERASA TIDAK DIPERCAYAI?

Posted: 26 Nov 2016 04:52 AM PST

shahbudindotcom


Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi,  kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.

Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.

"Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.

"Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah," ujar Zahid berfalsafah.
 
 
 
 
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?

Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?

Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?

Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?

Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?

Jadi, apa maksud Zahid dengan  setia 101 peratus itu - pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?

Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?

Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?

Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?

Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga "teringin"  kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan? 


Dituduh nyanyuk, Ku Nan malas layan Jamal

Posted: 26 Nov 2016 04:37 AM PST

Shakira Buang



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur enggan melayan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menuduh beliau sebagai 'nyanyuk'.

"Biarlah apa dia nak kata, saya tak nak layan orang macam itu," kata Tengku Adnan.

Jamal selepas dibebaskan dari tahanan lokap menyelar menteri wilayah persekutuan itu kerana mengancam untuk mengenal pasti anggota Umno yang terlibat dalam himpunan Baju Merah, Sabtu lalu.

Jamal yang merupakan ketua bahagian Umno Sungai Besar menafikan anggota Umno terlibat dalam demonstrasi yang diketuainya bagi menghalang perhimpunan BERSIH5.

Mengulas tindakan disiplin yang bakal diambil terhadap pemimpin mahupun anggota parti yang menyertai himpunan Baju Merah, Ku Nan berkata pihaknya sedang meneliti perkara tersebut.

Anggota parlimen Putrajaya itu berkata tindakan sama juga akan diambil terhadap individu yang melakukan kekecohan di Parlimen Khamis lalu.

"Kita sedang lihatlah kerana kalau semua nak ambil tindakan pun kamu tahulah macam-macam keadaan. Yang buat itu pun gila punya orang jugakan," kata Ku Nan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran dan sesi pengundian Rumawip Residensi Wangsamas, Residensi Desamas dan Residensi Taman Danau Desa di Desa Water Park, Kuala Lumpur hari ini.

Khamis lalu, sidang terakhir Dewan Rakyat bagi tahun 2016 menyaksikan kekecohan apabila kumpulan penyokong anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 'menyerang' anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bagaimanapun, Ku Nan dalam satu kenyataan menegaskan Umno tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kekecohan tersebut.


Zunar: Ahli Umno tumbuk 4 kali, tarik kolar saya

Posted: 26 Nov 2016 04:19 AM PST

Susan Loone



Empat tumbukan dilepaskan ketika serangan sekumpulan anggota Umno di Komtar semalam, kata kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque.

"Mereka juga tarik kolar saya, saya diserang secara fizikal, tetapi saya terus tenang, saya tidak mahu bertindak balas," kata Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar kepada Malaysiakini.

"Sebagai penerima anugerah kartunis untuk Anugerah Keamanan yang disampaikan oleh bekas Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Kofi Anan di Geneva tahun ini, saya mahukan keamanan, bukan perang," katanya.

Zunar berkata ketua kumpulan itu memperkenalkan diri sebagai anggota Pemuda Umno dan mereka diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Beliau menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengajar anggota-anggotanya menjaga kelakuan, bukan bertindak ganas terhadap pesaing mereka atau orang yang mempunyai pandangan berbeza dengan mereka.

"Adalah malang, kerana penyokong parti pemerintah, mereka mengancam untuk membakar buku-buku saya," kata Zunar.

"Selain memaksa saya mengambil semua karya seni saya yang telah dilekat untuk pameran, mereka menendang dan merosakkan dua keping lukisan saya, kumpulan itu juga bertanya kepada saya mengapa saya tidak melukis kartun menentang kerajaan Pulau Pinang," kata Zunar.

"Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh mengadakan pameran mereka sendiri tentang kerajaan Pulau Pinang jika mereka mahu, tetapi jangan ganggu saya," katanya.

Pameran 10 karya seni Zunar terletak di tingkat 3 Komtar telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada tengah hari sebelum ia diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno Pulau Pinang.

Mereka yang terdiri sekumpulan 30 orang melemparkan kata-kata kesat terhadap Zunar dan dua pembantunya seperti "haram jadah" semasa kekecohan yang bermula sekitar jam 3 petang.

Ganggu penjawat awam bertugas: Pasangan suami isteri dipenjara 14 hari

Posted: 26 Nov 2016 04:14 AM PST

15134561_353139331707405_1653704910531132286_n 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan suami isteri yang menganggu seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas di sebuah tempat letak kereta Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Khamis.

Lor Ka Hoo, 35 dan Tat Sit Fun, 30 mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Majistret P. Sarulatha turut memerintahkan tertuduh membayar denda M3,000 seorang dan sekiranya gagal, tertuduh diarahkan dipenjara 7 hari.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Dalam insiden tersebut, pasangan itu naik berang dengan tindakan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletakkan kereta, seorang lelaki dan wanita bertindak luar kawalan semalam.

Video mempamerkan insiden tersebut telah mula viral sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya turut mengesahkan penahanan itu.

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta.

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.


Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.

LIHAT VIDEO DI SINI

Pasangan ganggu penguatkuasa MBSA ditahan

Posted: 26 Nov 2016 03:57 AM PST

mStar Online, 
mbsa 


PETALING JAYA – Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguatkuasa wanita Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat.

"Mereka ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwaraya awam untuk tindakan lanjut," katanya.
Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kod Penal kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguatkuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral di laman media sosial.

Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya.

Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita itu cuba meninggalkan pasangan tersebut tetapi dihalang lelaki berkenaan sambil mengambil gambar mangsa.

Mangsa turut kedengaran mendapatkan bantuan rakan sekerjanya yang cuba meleraikan keadaan.

Di akhir video tersebut, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat cuba membantu dua pegawai berkenaan.

Rakaman tersebut berakhir selepas pegawai itu berjaya melepasi halangan pasangan berkenaan.
Difahamkan insiden tersebut berlaku di Bukit Rahman Putra pada pukul 10.24 pagi dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguatkuasa itu.

Penguatkuasa itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh kira-kira pukul 11 pagi semalam.

LIHAT VIDEO DI SINI

Umno tidak pernah bincang kerjasama politik dengan Pas

Posted: 26 Nov 2016 03:41 AM PST

Bernama, 
zahid-hamidi 


KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno dan Pas tidak pernah berbincang mengenai kerjasama politik atau 'tahaluf siyasi'.
Sebaliknya kedua-dua parti itu hanya berbincang tentang isu-isu yang menyentuh aspek kepentingan ummah.

Ahmad Zahid selaku Naib Presiden Umno yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata, perbincangan itu lebih tertumpu kepada mencari titik persamaan termasuk dalam soal undang-undang yang melibatkan umat Islam.

"Tentang soal orang Islam, tentang soal isu-isu yang tidak terselesai yang harus didukung bersama dan saya fikir ini satu pendekatan yang baik oleh kepimpinan utama Pas (untuk berbincang)," katanya dalam temu bual dengan Bernama dalam program Ruang Bicara Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 yang akan disiarkan malam esok (26 November) menerui saluran televisyen Bernama News Channel (BNC).

Timbalan perdana menteri berkata, kepimpinan Islam dalam parti-parti politik serta organisasi lain juga perlu bersama-sama memainkan peranan dengan mengenepikan perbezaan pendapat atau pegangan politik demi mencapai titik persamaan.

"Saya fikir kematangan politik dilihat bukan hanya soal tahaluf siyasi, tetapi tentang soal keikhlasan kita menangani isu kepentingan sejagat dan kepentingan ummah keseluruhan berbanding kepentingan peribadi kita atau kepentingan sempit sesebuah organisasi itu," katanya.

Ahmad Zahid berkata, proses konsultasi sering kali menjadi amalan beliau dengan melibatkan pelbagai pihak, sama ada kawan ataupun lawan, dalam menentukan kaedah terbaik bagi merungkai setiap permasalahan yang timbul.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti itu mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik.

Pemimpin MIC: Pasangan didakwa guna nama Najib, Rosmah tipu pelabur

Posted: 26 Nov 2016 03:08 AM PST

Alyaa Azhar



Satu pasangan ahli perniagaan terkemuka didakwa menipu lebih 200 pelabur dengan menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan kementerian kewangan.

Bendahari agung MIC S Vell Paari dalam satu sidang media hari ini mendedahkan rakaman audio 32 minit yang didakwa daripada perbualan antara lelaki dari pasangan berkenaan dan wakil-wakil syarikat pelaburan pertukaran asing.

Lelaki itu antara lain mendakwa yayasannya mempunyai kaitan dengan Kementerian Kewangan.
Vell Paari berkata pasangan itu, yang mengetuai sebuah yayasan kebajikan tempatan, bekerjasama dengan syarikat pelaburan pertukaran asing, kononnya untuk mendapatkan lesen perbankan.

Rancangannya adalah agar yayasan itu menjadi sebuah syarikat induk perniagaan.

Untuk mendapatkan lesen perbankan bagi yayasan berkenaan, ia perlu menunjukkan perolehan sebanyak RM50 juta.

Untuk tujuan itu, lelaki tersebut memberitahu kepada syarikat pelaburan pertukaran asing agar mengarahkan pelabur mendepositkan dana terus ke yayasan itu.

Syarikat berkenaan kemudian memasukkan RM5 juta ke yayasan itu pada Jun dan RM2.2 juta lagi dimasukkan secara berasingan oleh pelabur yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ini adalah untuk menunjukkan bahawa yayasan itu mempunyai kewangan yang kukuh dan pasangan itu berjanji untuk memulangkan jumlah keseluruhan sebanyak RM7.2 juta.

Bagaimanapun, pada bulan lalu, mereka hanya memulangkan RM5 juta kepada syarikat dengan kira-kira RM2.2 juta belum dibayar kepada pelabur terbabit.

Sebagai seorang pemimpin MIC, Vell Paari berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membersihkan nama perdana menteri dan isterinya kerana pasangan itu menggunakan nama pengerusi BN itu untuk faedah mereka.

Vell Paari juga mendakwa beliau diugut oleh pasangan itu apabila dia bertegas bahawa mereka perlu mengembalikan baki RM2.2 juta.

"Orang India telah ditipu, Orang India yang berpendapatan rendah. Saya tidak mempunyai apa-apa isu dengan mereka (pasangan itu) tetapi selepas saya mendapat tahu perkara ini, saya tidak boleh membiarkan ia berlalu begitu sahaja," kata Vell Paari.

Impian Adibah Noor Jadi Kenyataan

Posted: 26 Nov 2016 03:05 AM PST

MALAYSIAN DIGEST


..

Penyanyi dan pengacara terkenal Adibah Noor menyifatkan peluang bergandingan dengan pengacara dan pelawak terkenal Harith Iskander untuk mengacarakan Anugerah Industri Muzik AIM Ke-22 (AIM22) bagaikan impian jadi kenyataan.

Menurut Adibah, meskipun beliau dan Harith bersahabat baik namun mereka jarang sekali digandingkan bersama di dalam kaca televisyen.

"Dari segi persefahaman kami tidak ada masalah sebab kita sudah kenal antara satu sama lain dan selalu kerja bersama.

"Cuma kami jarang sekali digandingkan bersama di kaca TV terutamanya untuk acara berprestij sebegini. Kalau ada pun dalam acara misalnya di pentas lawak, memang pernah beberapa kali kami mengacara bersama.

"Saya mengidolai Harith dan peluang ini umpama mimpi jadi kenyataan. Kalau Afdlin, dia litlle brother saya dan kalau Harith, dia big brother saya," katanya yang sebelum ini pernah muncul bersama Afdlin Shauki dan Bob Lokman.

Dalam pada itu Adibah berkata, dia dan Harith akan menggunakan pengalaman mereka sepanjang menjalankan tugas sekaligus mencipta kemeriah perjalanan acara malam tersebut.

"Kami akan gunakan pendekatan iaitu secara spontan, apa yang terlintas di fikiran kami, itu yang akan kami cakap.

"Tapi kami akan pastikan suasananya tidaklah terlalu serius sebaliknya santai dan tidak membuat penonton berasa bosan," katanya.

Selain Adibah dan Harith sebagai pengacara utama, penyampai radio dan penyanyi Aril Pilus dan pengacara Shamim Farid pula bakal bertindak sebagai pengacara Karpet Merah.

Disamping turut ditampilkan persembahan daripada barisan artis terkenal iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hazama, Khalifah, SonaOne, Yuna, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng dan Akim & The Majistret.

Manakala penyampai anugerah pula terdiri daripada barisan selebriti seperti Aaron Aziz, Hafiz Suip, Amyra Rosli, Datuk M. Nasir, Estranged dan Forteen.

AIM22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada pukul 9 malam.Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.


Tanah Runtuh: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali

Posted: 26 Nov 2016 02:47 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SERENDAH: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Daerah Hulu Selangor untuk segera menghulurkan bantuan kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Serendah, awal pagi tadi.
 
Azmin yang kini berada di Jepun atas urusan kerja, dimaklumkan berkenaan kejadian itu, beberapa jam selepas ia berlaku.
 
Dalam beberapa siri tweet di akaun Twitter, Azmin berkata kerajaan Negeri mahu tindakan yang proaktif diambil segera untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
 
 
Dalam tweet terbarunya, Azmin memaklumkan JKR Selangor akan segera ambil alih kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh.
 
Kesemua kos akan dibiayai oleh peruntukan kerajaan Negeri.
 
Dalam kejadian di Taman Idaman, Serendah itu, seorang dilaporkan cedera, manakala sekurang-kurangnya enam kereta, dua motosikal dan sebuah van milik penduduk taman itu turut tertimbus dalam runtuhan.
 
 

Bekas ahli MIC yang dipecat bakal tubuh parti baru

Posted: 26 Nov 2016 02:47 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic


KUALA LUMPUR: Sekumpulan bekas ahli termasuk bekas pemimpin MIC yang dipecat oleh parti itu bakal menubuhkan parti baru, menurut bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R Ramanan. 
Beliau tidak menamakan secara terperinci individu-individu yang terlibat dalam gerakan berkenaan dan mendakwa dirinya juga tidak terlibat. 
Penubuhan parti serpihan itu dikatakan sebagai respon kepada tindakan pemecatan beberapa pemimpin tinggi MIC termasuk bekas Setiausaha Agungnya, AK Ramalingam kerana lantang mengkritik kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri Subramaniam.
"Setahu saya, ada sekumpulan orang yang mengambil keputusan untuk berkemungkinan menubuhkan parti baru. Jadi kalau mereka menubuhkan parti baru, itu adalah hak mereka.
"Kalau mereka rasa mereka mampu tubuhkan parti baru dan boleh mendapatkan sokongan yang padu daripada rakyat, terpulanglah kepada mereka," kata Ramanan kepada pemberita hari ini.
Ramanan yang juga dipecat serentak bersama bekas Setiausaha Agung itu bagaimanapun menolak penglibatannya dalam kumpulan yang mahu menubuhkan parti baru itu.
Mengulas lanjut berkenaan krisis yang berlaku dalam MIC, ia bergantung kepada kepimpinan parti tersebut untuk membuat keputusan sama ada mahu melantik beliau semula ke dalam parti atau tidak.
"Bagi saya buat masa ini saya masih di luar MIC. Saya masih belum balik ke dalam MIC. Saya masih ahli yang sudah dipecat.
"Apa-apa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak sebelah (Subramaniam), terpulanglah kepada kepimpinan MIC sekarang, mereka mahu saya atau tidak, terpulanglah. 
Subramaniam sebelum ini mengesahkan bahawa krisis parti itu yang berlarutan sekian lama sudah selesai dengan kebanyakkan cawangan parti mendokong kepimpinan beliau. 
Bagaimanpun bekas presiden MIC Datuk G. Palanivel, Ramanan dan beberapa bekas pemimpin parti itu terus menyisih daripada parti itu.   
MIC sebelum ini pernah menyaksikan beberapa parti serpihan ditubuhkan dalam kalangan kaum India oleh kumpulan yang keluar daripada pucuk pimpinan baru parti itu.
Krisis yang berlarutan itu menyebabkan MIC kalah teruk pada pilihan raya umum yang lalu apabila hanya memenangi empat kerusi parlimen. 
Penubuhan parti serpihan bukan fenomena baru dalam sejarah MIC apabila pemimpinnya bertelagah.  
Antara parti serpihan dari MIC yang pernah wujud sebelum ini adalah  Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), yang ditubuhkan pada 1990 oleh bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri M G Pandithan apabila beliau dipecat daripada MIC pada 1988.
Parti Demokratik India Malaysia(DMIP)  juga merupakan  sebuah parti serpihan MIC yang diasaskan pada 19 Oktober 1985.

JKR perlu seminggu baiki kawasan tanah runtuh

Posted: 26 Nov 2016 02:45 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
HULU SELANGOR: Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan antara tujuh hingga 10 hari bagi membaiki laluan yang terjejas akibat runtuhan tanah di Taman Idaman, Serendah, termasuk menurap semula laluan berkenaan.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata tempoh itu berdasarkan hasil pemantauan teknikal oleh JKR yang mendapati masih ada aliran air di bawah tanah di lokasi terbabit.
 
Katanya, laporan penuh mengenai kejadian juga akan dikeluarkan dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.
 
"JKR juga perlukan masa untuk melakukan siasatan dan analisis kerana masih terdapat pergerakan air di bawah tanah. Proses ini mungkin lebih rumit jika hujan berterusan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
 
Katanya, JKR turut memaklumkan rancangan untuk memasang cerucuk lebih kukuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
 
Sementara itu, beliau menggesa penduduk terjejas supaya mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan proses mengumpul data dan pemantauan.
 
"Walaupun 64 keluarga sudah berpindah keluar dari rumah mereka seperti diarahkan, ada 22 keluarga lagi belum mendaftar dengan JKM.
 
Mungkin mereka menumpang di rumah anak atau saudara mara dan saya minta mereka daftar dengan JKM supaya kita tahu dan mudah memantau pergerakan mereka," katanya.
 
 

Lebih 3,000 permohonan semakan semula keputusan UPSR 2016 hingga semalam

Posted: 26 Nov 2016 02:37 AM PST

ASTRO AWANI


Lebih 3,000 permohonan semakan semula keputusan UPSR 2016 hingga semalam
Mahdzir berkata tarikh akhir permohonan semakan semula itu adalah pada 17 Dis ini dan keputusannya boleh didapati dalam tempoh sebulan selepas permohonan tersebut dikemukakan.
 
 
JERANTUT: Sebanyak 3,495 permohonan semakan semula keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 diterima hingga semalam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 202 permohonan adalah daripada ibu bapa ataupun penjaga yang anak mereka memperoleh 5A manakala yang mendapat 7A pula terdapat 79 permohonan.

"Selebihnya 3,214 adalah permohonan yang anak mereka mendapat lain-lain gred. (Jumlah) Semakan semula UPSR tahun ini dan tahun lalu adalah lebih kurang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Bersama Masyarakat: 'Guru Pembina Negara Bangsa' peringkat negeri dekat sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Rosdi Ismail.

Mahdzir berkata tarikh akhir permohonan semakan semula itu adalah pada 17 Dis ini dan keputusannya boleh didapati dalam tempoh sebulan selepas permohonan tersebut dikemukakan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementeriannya menyasarkan tambahan 600 lagi sekolah rendah dan menengah menyertai Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) tahun depan.
"Kita sudah ada 300 sekolah yang terlibat dalam DLP ini, jadi dengan sasaran kita ini, akan menjadikan keseluruhan 900 sekolah mengambil bahagian dalam DLP hingga tahun depan," katanya.-- BERNAMA 
 
 

Comments (0)