Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:15 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Bilangan Melayu sertai BERSIH 5 meningkat

Posted: 19 Nov 2016 04:50 AM PST

 
 
Gelagat segelintir belia Melayu semasa menghadiri Himpunan BERSIH 5 di sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 NOVEMBER 2016.
Gelagat segelintir belia Melayu semasa menghadiri Himpunan BERSIH 5 di sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 
 
 
Kalau Himpunan BERSIH 4 ia didominasi oleh kaum Cina namun pada BERSIH 5 kehadiran kaum Melayu menunjukkan peningkatan ketara.
 
Justeru timbul tanda-tanya apakah BERSIH 5 bukan lagi menjadi medan kepada kaum tertentu untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.
 
Ada juga peserta BERSIH 5 daripada kaum India dan Orang Asli namun ia tidak ramai.
 
 
Bagi peserta baju merah walaupun ada sokongan India dan Cina namun majoritinya sudah tentu orang Melayu. Mereka terdiri daripada kumpulan NGO yang pro kerajaan dan ada juga yang tidak berpihak tetapi tidak menyukai DAP.
 
Kali ini tidak nampak kelibat sebarang ahli berbaju hijau atau Unit Amal Pas yang sebelum ini orang kuat dalam penganjuran siri BERSIH terdahulu.
 
 
Faktor utama belia Melayu turut muncul kali ini mungkin kerana terdapat pelbagai isu besar yang menyelubungi rakyat ketika ini.
 
Ia mungkin ada kaitan dengan masalah yang menimpa seperti miskin bandar, kenaikan petrol, minyak masak, GST dan kos hidup yang makin tinggi 'mengheret' mereka bersama pembangkang protes di jalanan.
 
Jumlah mereka dianggarkan melebihi 30 peratus daripada keseluruhan peserta yang hadir hari ini.
 
Mereka kelihatan tidak segan silu bercampur dengan kaum Cina yang rata-rata majoriti penyokong DAP namun gelagat mereka sepanjang perhimpunan masih bersopan kerana tidak memaki hamun kepemimpinan negara dengan bahasa kesat.
 
Malah lebih menarik perhatian, mereka agak berani dan menjadi peserta yang mara ke hadapan sementara sepanduk dan placard anti kerajaan didominasi kaum Cina- ia merupakan senario biasa seperti siri-siri BERSIH lain sebelum ini.
 
Justeru tidak keterlaluan jika berpendapat kelompok belia Melayu itu mula bosan  dengan perpecahan yang berlaku dalam parti politik Melayu khususnya melibatkan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara.
 
Persoalannya, adakah BERSIH 5 mencapai tujuan penganjur menyelamatkan negara atau mahu menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?
 
Yang menjadi mangsa pastinya pemandu teksi yang mengeluh kerana sukar mendapat penumpang untuk memasuki bandar raya dan 'kesengsaraan'  orang ramai yang terjejas akibat kesesakan lalu lintas.  Aktiviti hari minggu warga kota juga terjejas teruk akibat BERSIH 5.--MalaysiaGazette
 
 

Surat terbuka ahli PKR Ampang dedah kemelut politik dalaman PKR

Posted: 19 Nov 2016 03:10 AM PST

person-apple-laptop-notebook
Gambar hiasan

Kehadapan Kak Wan,

Saya Mohd Shafiq Bin Abdullah ahli PKR dalam Cabang Ampang dan juga penduduk serta pengundi dalam Parlimen Ampang.

Tujuan saya menulis surat ini kepada Kak Wan untuk menjelaskan situasi yang berlaku di Ampang agar ianya sampai ke pengetahuan Kak Wan.

Jika bukan dengan cara begini saya yakin suara saya dan rakan-rakan di Cabang Ampang tidak akan sampai atau jadi perhatian kepada Kak Wan.

Selaku Presiden Kak Wan perlu bertindak segera mengatasi kemelut yang timbul demi untuk mempertahankan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.

Kak Wan, kemelut yang timbul hari ini bukanlah perkara baru. Sebelum-sebelum ini telah banyak kali perkara ini disuarakan kepada pihak atasan parti , tetapi seolah-olah tiada tindakan dari parti.

Cerita tentang kerakusan YB Zuraidah yang 'menyamun' kontraktor-kontraktor dan pemaju-pemaju perumahan telah menjadi buah mulut di Ampang sejak beberapa tahun lepas lagi.

Tetapi parti mengambil sikap membuta dan membisu.Adakah orang-orang diatas dalam parti turut disuap oleh YB Zuraida? Atau Kak Wan juga turut menerima kondo-kondo kuota percuma YB Zuraidah yang diberikan oleh para pemaju perumahan untuk setiap projek yang dimajukan di kawasan Ampang?

Apa yang berlaku sehari dua ini sungguh memalukan. Jika dari dulu parti bertindak, tiadalah episod menikam sesama sendiri yang berlaku hari ini sehingga melondehkan habis segalanya.

Tahukah Kak Wan dari mana bermulanya episod tikam menikam sendiri hari ini?

Ianya bermula dari orang yang sering berada disebelah Kak Wan. Iaitu setiausaha agung parti kesayangan Kak Wan yang juga Ahli Parlimen Pandan yang bersebelahan dengan Parlimen Ampang.

Beliaulah yang menggunakan pihak keempat atau kelima untuk menyampaikan maklumat kepada Jamal.

Beliau cukup pandai baling batu sembunyi tangan. Ya selama ini hubungan mereka berdua amat rapat ketika bersama membelasah Shahrizat Jalil dalam isu NFC.

Ketika itu YB Pandan hari ini belum bergelar YB lagi.

YB Pandan memanggil YB Ampang dengan gelaran Kak Zu. Manakala YB Ampang memanggil YB Pandan dengan gelaran Adinda Rafizi. Namun segalanya berubah selepas Langkah Kajang dan YB Azmin dilantik MB Selangor.

Mereka berdua bersama dalam isu NFC.

Apabila disaman hanya YB Pandan seorang sahaja yang diheret ke mahkamah.

YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Janji-janji manis untuk menolong yuran guaman hanya tinggal janji.

Selepas tewas di mahkamah dalam isu NFC minggu lepas, YB Pandan telah menghubungi YB Ampang meminta bantuan kos yuran guaman dan kos mahkamah termasuk kos untuk memfailkan rayuan.

YB Ampang mengambil sikap lepas tangan. Berang dengan tindakan YB Ampang membuatkan YB Pandan telah menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak tertentu untuk disampaikan kepada Jamal.

Pihak-pihak tertentu pula menggunakan pihak keempat atau kelima untuk sampaikan maklumat itu kepada Jamal.

Itulah kelicikan setiausaha agung kesayangan Kak Wan mewujudkan beberapa lapisan agar tidak nampak maklumat itu datang daripadanya.

Kecekapan beliau membunuh karektor seseorang tidak boleh dinafikan.

Kak Wan, mereka-mereka semua ini bukan sahaja telah mencalarkan parti. Tetapi turut membebankan parti.

Jika Kak Wan betul-betul ada keberanian sebagaimana beraninya Kak Wan melawan UMNO dan BN, maka Kak Wan kena tunjukkan ketegasan mengambil tindakan keatas mereka sekarang sebelum keadaan menjadi parah dan merebak kepada ahli-ahli lain.

Kak Wan kena tunjukkan kepada rakyat bahawa parti kita tiada kompromi dalam isu-isu yang melibatkan rasuah.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak terpalit dengan sesen rasuah dan hanya kerana enggan melepaskan jawatan MB, boleh dipecat dari parti atas alasan tidak mengikut arahan parti, kenapa mereka-mereka yang terlibat dengan skandal yang memalukan dan mensabotaj parti tidak boleh diambil tindakan?

Kak Wan, dalam setiap kursus yang kita hadiri kita diminta supaya memainkan isu dan menyerang Rosmah supaya rakyat membencinya dan seterusnya akan membenci Najib dan UMNO.

Rosmah tidak bertudung, Rosmah rakus, Rosmah jahat, Rosmah rasuah dan macam-macam lagi. Tiba-tiba orang kita sendiri, YB Ampang yang berhijab penuh, pakaian menutup aurat dari kepala hingga ke tapak kaki yang haloba dan rakus.

Sebagai wanita islam dan mempunyai kuasa apakah Kak Wan tidak merasa bersalah terhadap Allah jika Kak Wan tidak bertindak?

Apakah Kak Wan tidak merasa bersalah membenarkan ahli-ahli parti menyerang dan memfitnah seorang wanita lain kerana beliau tidak menutup aurat tetapi menyorok kesalahan wanita sendiri di dalam hijabnya?

Sebagai penutup, saya mengulangi sekali lagi agar Kak Wan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini dan perlu bertindak dengan segera mengambil tindakan terhadap mereka. Kak Wan perlu adil kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakyat Selangor yang menyokongnya.

Jika tiada tindakan segera maka kita bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. Tiada gunanya kita menghabiskan peluru menentang musuh jika di dalam rumah kita pisau dan parang berterbangan menikam dan mencincang sesama sendiri.

Sekian.

Yang Benar,
Shafiq Bin Abdullah

TPM beri amaran akan tangkap lebih ramai orang terlibat BERSIH 5

Posted: 19 Nov 2016 03:00 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BAGAN DATOH: Lebih ramai individu berkaitan BERSIH 5 dan Baju Merah akan ditangkap dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan pihaknya sudah mempunyai senarai nama individu terbabit tetapi tidak akan mendedahkan kepada umum. 
 
"Saya menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan pihak polis untuk bertindak. 
 
"Individu ini bukan sahaja akan ditahan tetapi juga akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dinaiki banjir air pasang besar di Kampung Simpang Tiga di sini sebentar tadi. 
 
Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa polis menyalahgunakan kuasa kerana menangkap beberapa individu lebih awal sebelum perhimpunan BERSIH 5 berlangsung hari ini. 
 
Katanya, tiada isu salahguna kuasa kerana polis menahan individu daripada kedua-dua kumpulan baju kuning dan baju merah dan bukan hanya daripada satu pihak sahaja.
 
 

Posted: 19 Nov 2016 03:00 AM PST

Saya cabar PM Najib menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Gambar Berita Daily/Gunasilan
Saya cabar PM Najib menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. – Gambar Berita Daily/Gunasilan


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Najib Razak dicabar menjadikan dokumen laporan audit skandal syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuka untuk tetapan umum, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau berkata, tindakan kerajaan meletakkan laporan itu sebagai rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membangkitkan keyakinan masyarakat bahawa wujudnya unsur rasuah, penyelewengan dan perbuatan mencuri wang 1MDB yang dilakukan oleh satu 'pakatan jahat' negara dibawah kepimpinan Najib.

Mahfuz turut mempersoalkan tindakan Najib yang mengarahkan siasatan audit dilakukan sekiranya laporan berkaitan perkara itu kemudiannya dirahsiakan.

"Untuk apa audit dilakukan ke atas 1MDB kalau tidak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia," katanya, dalam satu kenyataan pada Khamis.


Menurutnya lagi, sebelum desakan demi desakan dilakukan, Najib menafikan wujudnya penyelewengan tetapi kemudiannya kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan skandal tersebut.

Mahfuz juga berkata, Najib turut mengarahkan suatu audit khas dijalankan oleh Ketua Audit Negara dengan meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.

Namun, beliau berkata apabila pengauditan selesai dijalankan, Najib dengan tiba-tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi dibawah Akta Rahsia Rasmi.

"Jika perdana menteri yakin yang laporan tersebut tiada unsur rasuah dan penyelewengan mencuri wang 1MDB yang membabitkan dirinya sendiri apa keperluan untuk dirahsiakan? Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum?" soal Mahfuz.

"Lebih baik dari awal tidak di audit dan apakah perkara yang nak dirahsiakan dari pengetahuan umum," ujarnya sambil mencabar Najib untuk menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum.

Kata Mahfuz lagi, jika laporan tersebut tidak menjadi dokumen rahsia, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu.

"Rafizi dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan wang rakyat terus 'bebas merata'," tegas Mahfuz.

Mahfuz mendakwa, tindakan kerajaan merahsiakan laporan audit 1MDB dan memenjarakan Rafizi adalah untuk menyelamatkan dan melindungi pencuri wang 1MDB.

Tun Mahathir buat kejutan, hadir himpunan BERSIH 5

Posted: 19 Nov 2016 02:48 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan kini berada di LRT Bangsar dan sedang dalam perjalanan untuk menyertai himpunan BERSIH 5, di ibu kota.
 
Difahamkan, bersama Dr Mahathir adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.
 
"Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih 5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.
 
"Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang," kata Sufi.
 
Dr Mahathir sebelum ini lantang mengkritik penganjuran himpunan BERSIH sebagai mencemarkan nama negara.
 
Namun beliau akhirnya terpaksa menyokong himpunan itu selepas segala usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui jalan buntu.
 
Beliau juga bertindak keluar daripada Umno dan menubuhkan PPBM untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.
 
Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
 

MB Johor: PRU14 akan tentukan hidup, mati Umno

Posted: 19 Nov 2016 02:44 AM PST

MALAYSIAKINI

 
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan 'hidup atau mati' bagi Umno berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti tidak boleh memandang ringan akan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi Umno, malah daripada bekas-bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.

"PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya Umno dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.

"Umno pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir," katanya.

Mohamed Khaled yang juga menteri besar Johor berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian persidangan tahunan veteran Umno bahagian-bahagian Johor 2016 yang dihadiri lebih 300 veteran di Johor Bahru hari ini.

Mohamed Khaled berkata jika Umno gagal membuat perancangan dan tidak bersiap sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk kehilangan kuasa.

"Kita patut rasa bimbang kerana yang menyerang kita ini bukan calang-calang orang, oleh itu kita perlu merancang, kerana kalau kita tidak merancang, kita akan gagal.

"Justeru itu, semua anggota Umno Johor perlu memastikan bahawa parti ini kekal relevan, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga bagi masyarakat bukan Melayu," katanya.

Demi memastikan parti kekal relevan, beliau memberi saranan agar Umno mengambil langkah proaktif untuk memperkasa dan memperjuangkan Islam bagi menyatupadukan semua orang Melayu di negara ini.

Katanya, penyatuan ini penting kerana masa depan Umno terkait dengan cara anggotanya memperjuangkan politik Islam namun kaedah perjuangan itu tidak semestinya perlu 'bersatu' dengan PAS.

"Kita boleh mencontohi pentadbiran negara-negara Islam di luar dalam aspek terbabit.

"...Pengundi memilih Umno bukan kerana faktor sentimental tetapi berdasarkan keupayaan parti untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat," katanya. Bernama

Had laju lebuh raya kekal 110km

Posted: 19 Nov 2016 02:36 AM PST

MALAYSIAKINI


Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Kerajaan tidak bercadang menaikkan had laju maksimum di lebuh raya seluruh negara yang ditetapkan sehingga 110 kilometer pada masa ini.
 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata ia berikutan kadar kemalangan di negara ini masih tinggi dan kelebaran lebuh raya pada masa ini juga hanya sesuai dengan had laju berkenaan.
 
"Kerajaan tidak akan naikkan kadar had laju lebuh raya walaupun menerima banyak cadangan yang mahu ia dinaikkan mengikut peredaran zaman.
 
"Pelbagai faktor termasuk teknologi kenderaan yang lebih maju serta bagi mengekang pemandu mengantuk antara alasan orang ramai bagi mewajarkan kenaikan itu.
 
"Namun mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), setiap lima kilometer had laju yang dinaikkan di lebuh raya, akan meningkatkan risiko kemalangan maut sehingga dua kali ganda," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2016 di Batu Pahat Mall, di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Arifin Che Mat; Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Han Ramin.
 
Sementara itu, Ab Aziz berkata, Malaysia antara negara Asia yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan tertinggi di dunia.
 
"Indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara kita adalah 2.55 kematian pada tahun lalu, sedangkan di negara maju seperti United Kingdom, Sweden dan Australia pula kurang 2.0 kematian bagi 10,000 kenderaan berdaftar," katanya.
 
 

LAPORAN LANGSUNG BERSIH 5

Posted: 19 Nov 2016 02:35 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar, Shuhaniza Said, Azizul Osman, Haizal Yatiran & Zeanaaima M. Yusof
Post Pic


KUALA LUMPUR: Himpunan BERSIH 5 tetap berlangsung hari ini, meskipun sehingga awal pagi (Sabtu) ini polis membuat beberapa tangkapan melibatkan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) BERSIH gerakan Baju Merah, ahli politik serta aktivis.

Berikut adalah laporan langsung himpunan BERSIH 5 membabitkan beberapa lokasi yang dijangka panas iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, SOGO dan Dataran Merdeka.

DATARAN MERDEKA: 

5.55 PETANG: Polis kini membuka halangan yang dibuat sejak jam 8 pagi tadi. Ini menandakan sekitar Dataran Merdeka kini dibuka semula untuk lalu lintas.


 
5.38 PETANG: Menjelang jam 6 petang ibu kota Kuala Lumpur dibasahi hujan.

Kelihatan anggota keselamatan mula meninggalkan Dataran Merdeka yang dikawal ketat sejak pagi daripada dimasuki peserta BERSIH 5.

Malah peserta BERSIH 5 juga sudah mula meninggalkan kawasan sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan TAR.
Difahamkan sejumlah 7,000 anggota polis dari pelbagai pangkat dikerahkan bagi mengawal Dataran Merdeka hari ini.

Menurut jurucakap polis, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh akan membuat kenyataan mengenai jumlah sebenar peserta BERSIH 5 yang membanjiri sekitar dataran hari ini.



KLCC:

5.30 PETANG: Sebahagian peserta BERSIH 5 mula meninggalkan lokasi dan beredar ke kawasan sekitar untuk mencari tempat berlindung dari hujan.



DATARAN MERDEKA: 
 
5.15 PETANG: Polis mengadakan kawalan di sekitar Padang Merbok dan Jalan Raja Laut kini dalam fasa untuk bersurai. Dipercayai kumpulan Baju Merah sudah meninggalkan Padan Merbok dan Bersurai.



Pasukan keselamatan polis mengawal sekitar Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman dilaporkan akan bersurai. Ini kerana keadaan di sekitar Dataran Merdeka sudah tenang dan kembali seperti biasa. Juga peserta BERSIH 5 kini sudah meninggalkan kawasan sekitar dataran.



KLCC:
 
3:40 PETANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di KLCC.
 
Mereka akan menyampaikan ucapan sebentar lagi.
 
 
 
 
 
SOGO:

3.25 PETANG: Peserta himpunan Baju Merah kemudiannya mendesak polis agar melepaskan rakan mereka yang baru sahaja ditahan, sebentar tadi.


 
3.21 PETANG: Seorang peserta Baju Merah ditahan polis apabila memprovokasi dan cuba menyerang peserta BERSIH 5. Keadaan bagaimanapun masih tenang, meskipun tangkapan itu dibuat.



MASJID JAMEK:

2.45 PETANG: Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk A. Kadir Jasin tiba di sini bersama penyokongnya.

DATARAN MERDEKA: 

12.50 TENGAHARI: Naib Presiden AMANAH, Dr Mujahid Yusof Rawa membangkitkan isu kenapa ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan untuk mengutarakan soalan kepada kerajaan di Dewan Rakyat berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Jelas beliau, rakyat memerlukan penerangan daripada kerajaan berhubung isu berkenaan kerana melibatkan maruah negara.
 
"Kami ahli-ahli Parlimen tidak boleh tanya mengenai 1MDB. Kami ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat. Kalau tidak boleh tanya maka saya tidak tahu mana rakyat boleh bertanya. Kalau tidak boleh bertanya di Parlimen, kita akan bertanya di jalan raya. 
 
"Jangan salahkan kami tidak bertanya di Parlimen, tetapi kalau kamu menyekat suara ahli-ahli Parlimen, yang akan bertanya adalah suara-suara rakyat," katanya di hadapan peserta BERSIH 5 berhadapan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebentar tadi.
 
SOGO:

12:37 TENGAHARI: Kira-kira 1,000 peserta BERSIH 5 sedang berkumpul di Jalan TAR berhadapan dengan panggung Coliseum, tidak jauh dari Sogo.

Mereka hanya duduk di tengah-tengah jalan sambil beberapa peserta memberikan ucapan. Tiada pemimpin pembangkang kelihatan.


 
 
12.25 TENGAHARI: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tiba di hadapan Jalan Tun Perak berhadapan Dataran Merdeka. 
 
Beliau meminta peserta bersabar dan bergerak dalam kumpulan sementara menunggu arahan selanjutnya.
 
12.14 TENGAHARI: Sebahagian premis perniagaan di hadapan SOGO ditutup, bagaimanapun sebahagian masih meneruskan operasi. 
 
Operasi SOGO juga seperti biasa.
 
Tindakan cekap polis menutup Jalan TAR di hadapan SOGO berjaya mengelakkan pertembungan BERSIH 5 dan Baju Merah.
 
DATARAN MERDEKA: 
 
12.02 PAGI: Penyokong Baju Merah kira-kira dalam 20 orang di'boo' penyokong BERSIH, di hadapan Dataran Merdeka. Mereka kemudiannya berjalan keluar daripada kawasan itu.
 
 
 
 
11.50 PAGI: Difahamkan, peserta Baju Merah yang berarak akan dilencongkan menuju ke Padang Merbok.
 
Dua trak FRU diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
 
11:55 PAGI: Polis menambah bilangan anggota untuk mengawal peserta di Dataran Merdeka.
 
Terbaru, sebanyak tujuh buah bas PDRM dipenuhi anggota berunifom menuju ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut.
 
 
11.30 PAGI: Ketua Wanita PKR, yang juga Ahli Parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin tiba di Jalan TAR. 
 
Antara yang dibangkitkan oleh Zuraidah adalah dimana (Datuk Seri) Jamal Md Yunus sambil mendapat gelak tawa peserta BERSIH 5. Perhimpunan masih berlangsung secara aman.
 
Dianggarkan lebih 1,000 peserta Baju Merah sedang berarak, namun laluan dilencongkan daripada melalui jalan di hadapan SOGO. 
 
Peserta Berarak sambil menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita.
 
 
DATARAN MERDEKA:
 
11.14 PAGI:  Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, IPD Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh meminta pengajur BERSIH 5 agar mengawal peserta mereka dari memasuki Dataran Merdeka kerana himpunan ini tidak mendapat permit daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Justeru ujar polis, mereka terpaksa menutup jalan-jalan masuk ke Dataran Merdeka. 
 
Menurutnya pihak polis tidak akan bertanggungjawab keatas semua peserta BERSIH 5 sekiranya memasuki kawasan sekitar dataran.
 
SOGO
 
11.10 PAGI: Polis mengetatkan kawalan di jalan berhadapan S0G0 bagi mengelakkan pertembungan di antara peserta BERSIH 5 dan penyokong Baju Merah yang dikhuatir akan mengundang insiden kekecohan.
 
Sehingga kini, hanya kelihatan beberapa kumpulan peserta BERSIH 5 berkumpul di SOGO, dan tiada peserta Baju Merah kelihatan ekoran 'pemisahan' oleh polis.
 
Turut kelihatan beberapa pemerhati daripada Majlis Peguam di kawasan Sogo membuat pemantauan.
 
Keadaan masih terkawal tanpa insiden yang tidak diingini berlaku.
 
MASJID JAMEK:
 
11.10 PAGI: Peserta di kawasan ini makin bertambah - sekitar 1000 orang. 
 

 
 
 
 
 
 
DATARAN MERDEKA: 
 
10.50 PAGI: Polis meminta peserta BERSIH 5 agar mengawal peserta sekitar Dataran Merdeka kerana penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan himpunan di sekitar dataran.
 
LRT BANDARAYA:
 
10.47 PAGI: Pertembungan aman antara penyokong BERSIH dan Baju Merah. Penyokong Baju Merah bersorak "Hidup Najib" dan "Hidup Ahmad Maslan" sambil menuju ke Padang Merbok.
 
DATARAN MERDEKA: 
 
10.45 PAGI: Peserta BERSIH 5 dilihat duduk di sekitar jalan masuk ke Dataran Merdeka sambil mendengar ceramah pemimpin pembangkang. Antaranya Ketua Wanita AMANAH, Dr. Mariah Mahmud. 
 
MASJID JAMEK:
 
10.43 PAGI: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan akan berada di Dataran Merdeka jam 2 petang bersama penyokong BERSIH 5
 
JALAN RAJA LAUT:
 
10.40 PAGI: Lebih kurang 30 orang penyokong Baju Merah berkumpul di hadapan kawalan polis.
 
Mereka yang sepatutnya berkumpul di Padang Merbok terpaksa berkumpul di Jalan Raja Laut kerana halangan daripada polis.
 
Ribuan peserta Baju Merah mulai berkumpul di perkarangan PWTC sejak jam 8 pagi tadi. 
 
Pemimpin Baju Merah, Armand Azha Abu Hanifah berkata semua peserta akan berkumpul di PWTC sebelum berarak menuju ke Padang Merbok sekitar jam 12 tengahari nanti. 
 
Jelasnya, Baju Merah akan berarak melalui Jalan Kuching bagi mengelakkan pertembungan dengan peserta BERSIH 5 yang turut mengadakan himpunan pada hari ini.
 
DATARAN MERDEKA: 

10.35 PAGI: Sekitar jam 10 pagi peserta BERSIH 5 mula membanjiri sekitar Dataran Merdeka.  Namun kesemua jalan untuk memasuki dataran ditutup dan dihalang dengan penghadang. Kelihatan kesemua pintu masuk ke Dataran dikawal rapi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah para wartawan juga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekitar Dataran. 
 
Antara jalan yang ditutup polis adalah Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Jalan Raja Laut, dan sekitar Masjid Jamek menuju ke Jalan Pudu.
 
Juga kelihatan peniaga-peniaga menjalankan perniagaan mereka sejurus sahaja himpunan BERSIH 5 bermula di Dataran Merdeka.
 
Antaranya gerai menjual minuman, nasi lemak dan juga sup gearbox.
 
Malah gerai menjual pakaian BERSIH 5 juga turut didirikan di sekitar Jalan TAR.
 
SOGO:

10.30 PAGI: Semua premis perniagaan di sini dibuka seperti biasa.
MASJID JAMEK:
 
10.15 PAGI: Hanya peserta BERSIH sahaja berkumpul di Masjid Jamek sambil dikawal oleh pasukan keselamatan.
 
Jumlah peserta dianggarkan 500 orang. Peserta kumpulan Baju Merah setakat ini tidak kelihatan.
 
 
 



SOGO:
 
10.00 PAGI: Kelihatan anggota FRU ditempatkan di sekitar jalan menghampiri Pusat Beli Belah Sogo, iaitu salah satu tempat berkumpul peserta BERSIH 5 dan Penyokong Gerakan Baju Merah.

Di sekitar kawasan ini, penyokong Baju Merah sedang berkumpul di Hotel Quality sebelum berarak ke Sogo.
 
Kelihatan kurang 30 orang penyokong BERSIH berkumpul di kawasan ini.
 
DATARAN MERDEKA:
 
10.00 PAGI: Kawalan keselamatan di Dataran Merdeka dilihat amat ketat. Sejumlah polis mengawal tapak bersejarah ini bagi menghalang peserta BERSIH daripada memasukinya.
JALAN TAR:

9.48 PAGI: Kelihatan hampir 200 peserta berhimpun di sini. Suasana masih aman. Masing-masing melaungkan perkataan BERSIH.

MASJID JAMEK

9.43 PAGI: Himpunan bermula dengan perarakan daripada peserta BERSIH. Rata-rata mereka memakai t-shirt berwarna Kuning sambil melaungkan perkataan BERSIH.

Suasana setakat ini masih aman. Tiada kelibat pemimpin utama BERSIH, ahli politik atau mana-mana aktivis setakat ini.



Jamal Yunos direman empat hari

Posted: 19 Nov 2016 02:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Ampang Point pada Ahad lalu.
 
Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret selepas Jamal dibawa ke mahkamah di sini kira-kira pukul 1.35 petang.
 
Penahanan Jamal menyebabkan beliau tidak dapat memimpin Baju Merah yang turut sama turun padang bagi membantah himpunan BERSIH 5 di ibu kota, hari ini.
 
Tahanan reman dibuat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Sekyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
 
 

Comments (0)