Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:10 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KALI INI MACAI PUN PENING KEPALA, KENAPA PEGUAM NEGARA ENGGAN BERI KERJASAMA MLA?

Posted: 11 Nov 2016 07:30 AM PST

shahbudindotcom


Kali ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara, termasuk secara rasmi menamakan Jho Low untuk disiasat sama, pejabat Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.

Ini adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland. 

Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.

MLA atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram bernilai berbilion-bilion ringgit.
 
 
 
 
Kenapa permohonan MLA itu ditolak? Jika benar 1MDB suci lagi bersih dan tiada sebarang kesalahan dilakukan, kenapa takut untuk saling bekerjasama dengan pihak luar yang berusaha mencari kebenaran?

Apakah hanya Switzerland saja yang  mahukan kepada kebenaran, sedangkan kita sebagai negara Islam cuba menutup kebenaran yang sama?

Bukankah kebenaran sepatutnya adalah sama saja di mana-mana pelusuk dunia?

Lagi pun, tidakkah Najib Razak sendiri, selain berulangkali menafikan salah laku dalam 1MDB, turut pernah berjanji sebelum ini untuk memberi sebarang kerjasama kepada mana-mana penyiasatan antarabangsa berkaitan dengannya?

Sekarang, apa sudah jadi beb? Kenapa janji tinggal janji?

Apa lagi hujah yang mahu dipakai oleh macai dan pendedak, termasuk mereka yang terus menjelajah berjumpa pelajar di luar negara untuk "goreng" lagi tentang 1MDB jika memberi kerjasama untuk menyiasat pun Peguam Negara tiada keberaniannya?

Sudah tentu makcik Felda pun mudah faham kali ini. Kalau benar tidak bersalah dan tiada apa-apa yang cuba dilindungi, apa yang ditakuti sangat sekadar memberi kerjasama? 

Contoh mudahnya, kalau dalam rumah kita tiada barang curi dan kita juga bukan pencuri, tentu tiada sebab bagi kita untuk menghalang pihak polis untuk melakukan pemeriksaan.

Sebelum ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.

MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.

Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.

Bagaimanapun Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Eropah yang sudah bekerjasama baik dengan mereka selama ini.

Apa yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.

Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?

Sudahlah kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.

Lalu, masihkah  ada lagi yang tidak malu berkokok ke sana sini mempertahankan 1MDB dan mengatakan Malaysia di bawah Najib sedang diurus dengan baik dan sempurna? 


Cuci 'noda': Tidak malukah beli pil gugur janin?

Posted: 11 Nov 2016 07:21 AM PST


Cuci 'noda': Tidak malukah beli ubat gugur janin?
 

SEDARKAH kita, pada zaman moden dan era serba canggih ini, perasaan malu hampir tiada lagi!
Mana tidaknya, di media sosial, apa lagi yang tidak kita ketemui, hatta pil bagi menggugurkan janin juga dijual secara terbuka.

Bagi pasangan kekasih yang sudah terlanjur, proses pengguguran bayi hasil perbuatan zina bukan lagi satu masalah besar!

Hanya dengan RM300, mereka sudah boleh menggugurkan kandungan sendirian tanpa perlu bersusah payah ke klinik atau hospital.

Mudahnya gugurkan anak pada zaman sekarang!

Beberapa hari lalu penulis menerima sebuah perkongsian daripada sahabat menerusi mel masuk Facebook.

Menerusi maklumat yang dikongsikan, sahabat penulis ini bercerita mengenai betapa terbuka dan berleluasanya pil gugurkandungan yang dijual menerusi laman sosial.

Bukti-bukti gambar akaun yang menawarkan pil tersebut turut disertakan.

Tanpa menunggu, penulis melakukan carian sendiri.

Satu demi satu akaun yang menawarkan pil jenis Cytotec dan Misoprostol di Facebook dan Instagram penulis teliti.

Kesemua pemilik akaun tanpa rasa bersalah dan segan silu menawarkan khidmat nasihat awal penggunaan hinggalah proses berpantang bagi yang berminat untuk menggugurkan kandungan.

Semuanya jadi semudah ABC selagi ia mampu dibayar oleh sesiapa sahaja yang berminat!

Malah ada juga yang menawarkan free gift (hadiah percuma) dengan setiap pembelian!

Bagaimanapun apa yang menyedihkan adalah dengan melihat anak-anak perempuan Melayu yang kelihatan begitu 'terdesak' meninggalkan komen 'pm' di ruangan komen di setiap posting jualan pil ini.

Tidak membuang masa, penulis mengambil kesempatan untuk mendekati vendor atau peniaga bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang khidmat yang ditawarkan.

Dengan hanya WhatsApp, pertanyaan demi pertanyaan daripada penulis dilayan mesra oleh si vendor yang nyata berharap dapat melariskan jualan pil haram ini.

Percaya atau tidak, penulis bukanlah yang pertama menghubungi si vendor bagi khidmat pil gugur.

Menerusi bualan dalam aplikasi WhatsApp, penulis disaji dan dikongsikan bermacam-macam testimoni yang rata-ratanya anak Melayu yang sudah pun menggunakan khidmat si vendor ini.

Malah penulis turut diberi 'peluang dan kesempatan' untuk melihat sendiri gambar hasil (janin yang sudah digugurkan) oleh pembeli selepas penggunaan tablet ini.

Sama ada Cytotec yang bermula dengan harga RM350 atau Misoprostol yang bermula dengan harga RM320, kedua-duanya dijamin dapat memberikan keberkesanan hampir 100 peratus!

Difahamkan, pengambilan Cytotec akan memberikan kesan kurang daripada 12 jam, manakala pengambilan Misoprostol pula akan menunjukkan keberkesanannya dalam masa 24 jam.

Pengguna pil gugur ini dikatakan akan mengalami pendarahan yang berlarutan sehingga seminggu dengan setiap pengambilan pil tersebut.

Selain itu, pengguna juga akan mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit abdomen, loya, sakit kepala, muntah, sembelit dan koyakan pada rahim.

Kesemua peniaga akan menawarkan pil tersebut berserta dengan set ubat rawatan sampingan yang dikatakan perlu diambil selepas penggunaan pil gugur.

Antara ubat rawatan yang diberikan termasuk ubat cirit-birit, ubat tahan sakit, ubat saraf atau pengawalan darah, ubat tambah darah dan antibiotik.

Untuk pengetahuan umum, tablet Cytotec merupakan produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL19890225AR, bagaimanapun ia perskripsi yang digunakan untuk tujuan rawatan ulser dan bukan untuk tujuan pengguguran janin.

Penggunaan pil Cytotec dengan tujuan menggugurkan kehamilan serta tanpa nasihat pengamal perubatan adalah amat berbahaya dan hanya mengundang padah kepada diri sendiri.

Tablet ini mengandungi Misoprostol 200 mcg, yang dikelaskan sebagai Racun Jenis B di mana ia boleh diperoleh di klinik-klinik swasta atau dengan preskripsi di farmasi-farmasi.

KKM menerusi satu kenyataan pada September 2014 telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli produk ini di Internet dan orang perseorangan memandangkan ia menyalahi undang-undang.

Tablet Misoprostol pula menerusi Surat Pekeliling Bahagian Perkhidmatan Farmasi pada Januari 2012‎ mengesahkan tablet ini mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Bagaimanapun kegunaan Misoprostol hanya bertujuan untuk merawat ulser dan gastrik teruk dan penggunaan selain daripada indikasi tersebut adalah tidak dibenarkan.

Pihak Sinar Online mendapatkan respons Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan laporan ini.


Maaf untuk kali terakhir, kita dah tak ada kat Malaysia

Posted: 11 Nov 2016 07:03 AM PST

Siti Aisah Selamat
Selamat yang memegang salinan laporan polis bersama isteri dan anak-anaknya masih menanti kepulangan Siti Aisah yang dilaporkan hilang sejak, pagi Selasa lalu. (Gambar Kecil: Siti Aisah Selamat)


SABAK BERNAM - "Mak dan bapak, tolonglah beri kepercayaan pada kita. Kita boleh jaga diri sebab kita tak pernah pilih kawan yang mengajak ke arah kemaksiatan..." itu antara isi kandungan surat yang ditinggalkan seorang anak yang menghilangkan diri sejak, Selasa lalu.

Surat tulisan tangan yang ditinggalkan Siti Aisah Selamat, 24, di atas meja di bilik tidurnya itu juga sempat berpesan kepada seluruh keluarganya agar tidak bimbang terhadap keselamatannya.

"Mak dan Bapak, kita minta maaf untuk kali yang terakhir masa baca surat ini, kita dah tak ada kat Malaysia sebab perlu tinggalkan mak, bapak, embah (nenek) dan adik-adik," tulis Siti Aisah dalam surat itu.

Kehilangan misteri Siti Aisah yang merupakan siswazah cemerlang itu menjadi tanda tanya memandangkan bekas penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.70 itu digambarkan sebagai seorang yang periang dan amat rapat dengan keluarganya.

Ibunya, Asnah Mat Kasa, 48, berkata, kehilangan anak kedua daripada lapan beradik tu disedarinya kira-kira jam 6 pagi Selasa lalu selepas menunaikan solat Subuh.

"Mulanya saya kejutkan empat anak saya untuk bersiap ke sekolah dan bersarapan pagi.

"Saya minta anak ketujuh, Siti Nurhidayah, 12, kejutkan kakak (Siti Aisah) di biliknya, tapi anak saya beritahu kakaknya tiada dalam bilik.

"Saya kemudiannya suruh tengok kakak di bilik nenek atau bilik air, tapi masih tak jumpa," katanya

Cemas setelah anaknya gagal ditemui, Asnah yang menetap di Parit 13 Sungai Panjang, kemudiannya
mencari Siti Aisah di sekeliling rumah, namun kelibatnya tidak kelihatan lalu menghubungi suaminya, Selamat Kasdi, 50.

"Waktu kejadian, suami saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di Asrama Yayasan Selangor di Pekan Sabak Bernam.

Sementara itu, Selamat memberitahu, sebaik terima panggilan telefon daripada isterinya itu, dia bergegas pulang ke rumah.

"Saya bersama dua anak berusaha menjejak Siti Aisah di tempat kerja lamanya di Kampar, Perak.

"Berdasarkan maklumat daripada kawannya yang pernah bekerja di tempat sama memaklumkan gerai mereka bekerja itu sudah lebih tiga bulan ditutup," katanya.

Selamat kemudiannya membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Sabak Bernam.

"Saya dan anak sulung serta dibantu seorang abang yang menetap di Johor Bahru meneruskan usaha mencari anak saya di sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Banting. Namun tiada sebarang petunjuk berhubung dengan kehilangannya," katanya.

Beliau berkata anaknya itu sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Shah Alam pada Isnin depan.

"Selain itu, Siti Aisah yang menganggur lepas berhenti kerja di Kampar, (Perak), berjaya dalam temuduga sebagai guru di sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam," katanya.

Selamat berkata, selain berusaha mengesan dan mencari anak perempuannya di sekitar Lembah Klang, usaha turut dipergiat salah seorang anaknya menerusi hebahan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika menemui Siti Aisah.

"Rakan-rakan Siti Aisah seakan tak percaya dengan kehilangannya. Beberapa rakannya ada hubungi saya, tapi mereka tak tahu di mana anaknya itu berada," katanya.

Orang ramai yang mengenali Siti Aisah diminta menghubungi bapa dan ibunya di talian 017-2413725/013-2440139 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SPRM tahan pengarah GLC, temui aset lebih RM10j

Posted: 11 Nov 2016 06:53 AM PST


SPRM
SPRM
 
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dan menerima sejumlah wang suapan.

Pasukan siasatan menahan suspek yang berusia 56 tahun di kediamannya di Seremban lebih kurang jam 9.35 pagi.

Sumber memberitahu, suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2010 juga disyaki telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengan perbuatannya.

Pegawai tersebut juga dipercayai telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarkan mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, SPRM masih menyiasat jumlah wang suapan yang telah diperolehi oleh suspek tersebut setakat ini," ujar beliau.

SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua buah kereta jenis Audi TT, Toyota Hilux dan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya itu.

SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah lebih kurang RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah.

Pembekuan ini bertujuan untuk pasukan siasatan menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM dan Penggubahan Wang Haram.

Suspek yang mempunyai tiga orang anak itu memiliki sembilan buah rumah yang mana dia dipercayai telah membeli kesemua rumah itu dengan pembayaran tunai.

Sumber berkata, kesemua rumah itu dibeli di Putrajaya (3), pusat bandar Kuala Lumpur (1), Cyberjaya (1)dan Negeri Sembilan (4) bernilai lebih kurang RM8 juta.

Suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya bagi permohonan reman esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat terhadap mereka yang memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa mereka.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dipercayai telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Semalam, ketika mengulas berhubung kes ini kepada media Azam berkata, ia merupakan satu perkara yang bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara.

Maria Chin didakwa terima ugutan bunuh

Posted: 11 Nov 2016 06:47 AM PST


Maria Chin Abdullah
Maria Chin


SHAH ALAM - Seminggu menjelang perhimpunan Bersih 5 Sabtu depan, satu lagi ancaman bunuh diterima Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah melalui kiriman aplikasi WhatsApp ke telefon bimbitnya.

Maria dalam kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kiriman itu diterima jam 12:49 pagi kelmarin memaparkan gambar kepalanya yang dipercayai disunting dalam keadaan dipancung.

"Selain gambar kepala saya dipancung, individu tersebut turut menghantar gambar tiga anak lelaki saya, ahli sekretariat Bersih, Mandeep Singh dan Pengerusi Hak Asasi, Datuk S Ambiga dalam keadaan yang sama.

"Saya telah membuat laporan polis mengenai ugutan ini," katanya.

Menurutnya, tindakan itu seolah-olah ada pihak yang mahukan menakutkan Bersih agar tidak meneruskan perhimpunan 19 November depan.

"Saya tidak fikir ia dilakukan oleh Daesh tetapi yakin ia dibuat oleh mereka yang tidak mahu kami meneruskan perhimpunan itu.

"Perhimpunan Bersih akan tetap diteruskan dan kita tidak akan berhenti membantah," katanya.

Beliau berkata, kejayaan pihaknya mencipta gelombang dalam konvoi selama enam minggu lalu menyebabkan ada pihak yang cuba menakutkan kuasa rakyat.

"Ancaman bunuh itu adalah bertujuan untuk menghancurkan semangat dan menanam rasa takut dalam kepada orang ramai," katanya.

Bulan lalu, Maria turut menerima ancaman bunuh melalui sekeping foto yang memaparkan seorang lelaki memegang pisau berdekatan lehernya.


Jawatankuasa Fatwa putuskan vaksin wajib diambil

Posted: 11 Nov 2016 04:47 AM PST

SINAR HARIAN


vaksin
Gambar Hiasan
 
 
KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin adalah kaedah paling berkesan sebagai pencegahan terhadap penyakit yang membawa kemudaratan dan umat Islam wajib mendapatkannya.

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 dan 4 Okt lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti mampu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak merbahaya.

"Kecuaian ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membahayakan nyawa anak-anak sendiri adalah berdosa ," kata Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, masyarakat Islam di Perlis digesa tidak menolak suntikan vaksin dan keengganan mendapatkan pencegahan berkenaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

Malah ibu bapa yang tidak mahu imunisasi itu diberikan kepada anak mereka sehingga menyebabkan penularan wabak merbahaya dalam kalangan masyarakat juga berdosa, kata jawatankuasa itu.

Vaksinasi ialah proses memberi imunisasi kepada bayi bertujuan mencegah penyakit berjangkit yang boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut di mana jika ada kesan sampingan ia adalah ringan dan tidak membahayakan. - Bernama


Kalau Nik Aziz masih hidup pun, PAS tak sertai Bersih 5

Posted: 11 Nov 2016 04:43 AM PST

MALAYSIA TODAY


Takiyuddin Hassan


Setiausaha agung PAS berkata penyertaan PAS dalam Bersih sebelum ini atas sebab tertentu dan berbeza dengan Bersih 5.

(FMT) – PAS yakin ahlinya tidak akan menyertai Bersih 5 jika bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata jika Nik Aziz masih ada sekarang, pastinya beliau akan kata tidak perlu menyertai perhimpunan berkenaan.

"Mungkin kalau Nik Aziz (masih) ada (hidup), dia akan kata tidak perlu. Saya boleh buat andaian itu. Memanglah dulu kita sertai Bersih tetapi atas sebab tertentu.

"Kali ini kita buat keputusan tidak sertai Bersih," katanya kepada FMT.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Adun Salor Datuk Husam Musa sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz semasa hayatnya mengarahkan ahli parti Islam itu agar menyertai Bersih.

Husam berkata demikian ketika mengulas pendirian PAS yang kini enggan menyertai Bersih 5.

"Saya nak ulang sekali lagi, bagi yang was-was sampai Bersih pun tak boleh hadir, minta maaf saya tak mahu apologetik, Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir Bersih, masa dia hidup," katanya yang mendakwa memetik kata-kata Nik Aziz sebelum ini.

Takiyuddin berkata jika Husam mahu menggunakan nama Nik Aziz, itu terpulang kepadanya.

Model ekonomi sekarang cukup untuk kekalkan kadar GST - Ali Hamsa

Posted: 11 Nov 2016 04:39 AM PST

Hilal Azmi, Astro Awani
Model ekonomi sekarang cukup untuk kekalkan kadar GST - Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelbagai langkah telah diambil dalam mencapai sasaran pengukuhan fiskal menjelang 2020. - Gambar fail
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan akan terus melaksanakan model ekonomi seperti yang diamalkan sekarang dalam mengelak kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelbagai langkah telah diambil dalam mencapai sasaran pengukuhan fiskal menjelang 2020.

"Model pada masa ini sudah cukup untuk keperluan semasa tanpa perlu menaikkan apa-apa cukai seperti GST," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Kajian Ekonomi OECD: Malaysia 2016 dan Kajian OECD Mengenai Dasar Inovasi: Malaysia 2016 di sini hari ini.

Jelasnya, biarpun Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) ada mencadangkan supaya kerajaan Malaysia berani untuk melakukan penambahbaikan dalam GST, kerajaan telah pun membuat keputusan untuk mengekalkan kadar GST pada enam peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2017.
 
Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kajian Negara dan Ekonomi OECD, Alvaro Pareira memberitahu langkah pembaharuan dalam ekonomi dan pengenalan GST sangat penting kepada Malaysia ekoran pasaran komoditi yang tidak stabil pada ketika ini. 
 
 

Tebuk bilik kebal, perompak kaut emas dan wang tunai lebih RM1 juta

Posted: 11 Nov 2016 04:36 AM PST

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani
Tebuk bilik kebal, perompak kaut emas dan wang tunai lebih RM1 juta
Penjenayah terbabit dipercayai menebuk bilik kebal terbabit untuk mengambil barangan berharga itu sekitar jam 1 hingga 7 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
 
 
TAIPING: Pemilik sebuah kedai emas di Jalan Pasar di sini berputih mata dengan anggaran kerugian lebih RM1 juta apabila sekumpulan empat penjenayah bertindak melarikan barang kemas dan wang tunai yang disimpan di dalam sebuah bilik kebal kedai berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata kesemua penjenayah terbabit dipercayai menebuk bilik kebal terbabit untuk mengambil barangan berharga itu sekitar jam 1 hingga 7 pagi tadi.

Menurutnya, kesemua penjenayah itu sebelum itu dipercayai masuk melalui bumbung kedai emas sebelum memecah masuk ke bilik kebal berkenaan.

"Pemilik kedai yang merupakan sepasang suami isteri masing-masing berusia 43 dan 39 tahun, dan seorang anak saudara berusia 26 tahun hanya menyedari kedai mereka dipecah masuk apabila membuka kedai pada jam 10 pagi.

"Siasatan awal mendapati kesemua penjenayah menggunakan alat grinder (penggerudi) untuk menebuk bilik kebal berkenaan sebelum melarikan kesemua barang berharga di dalamnya,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Jelasnya, pihaknya sedang mengenal pasti kesemua empat penjenayah yang menggunakan topeng muka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan.

esemua penjenayah itu sebelum itu dipercayai masuk melalui bumbung kedai emas sebelum memecah masuk ke bilik kebal berkenaan.
Kesemua penjenayah itu sebelum itu dipercayai masuk melalui bumbung kedai emas sebelum memecah masuk ke bilik kebal berkenaan. - Foto Astro AWANI
 
 
Harrith Kam berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan kerana tiada saksi di tempat kejadian waktu ianya berlaku.

"Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan siasatan terperinci secara lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,"katanya lagi. 
 
 

Tiada keperluan untuk bubar Amanah - Dzulkefly Ahmad

Posted: 11 Nov 2016 03:56 AM PST

Hafiz Marzukhi,
Tiada keperluan untuk bubar Amanah - Dzulkefly Ahmad
DZULKEFLY: Secara ideal, sudah pasti lebih baik kami dapat bertanding di bawah satu logo. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk Parti Amanah Negara (Amanah) dibubarkan untuk memastikan pihak pembangkang dapat merealisasikan hasrat mewujudkan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pengarah Strategik parti, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jika satu persefahaman dapat diwujudkan, tiada halangan untuk mengetengahkan satu calon dari kalangan parti pembangkang untuk bertembung dengan BN.

"Secara ideal, sudah pasti lebih baik kami dapat bertanding di bawah satu logo. Namun, memandangkan gabungan kami ini adalah pra-pilihan raya, jadi sudah pasti satu persefahaman dapat dicapai bagi tujuan tersebut (satu lawan satu).

"Tidak perlu untuk bubarkan Amanah. Saya rasa sebagai gabungan, Pakatan Harapan boleh bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain untuk memenangi pilihan raya," kata Dzulkefly kepada Astro AWANI, hari ini.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris mengenai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menandatangani perjanjian untuk bersama Pakatan Harapan, Dzulkefly berkata beliau enggan memberi komen berdasarkan laporan yang belum disahkan.

"Namun secara amnya, ingin saya katakan, Pakatan Harapan boleh menjalinkan kerjasama dengan parti lain secara tidak formal atau kerjasama longgar.

"Tidak semestinya parti yang ingin bekerjasama perlu berada di dalam Pakatan Harapan secara rasmi," kata beliau lagi.

Kelantan ikut Pas pusat walau pahit

Posted: 11 Nov 2016 03:42 AM PST

MALAYSIA TODAY


image


(Sinar Harian) – Parti lain berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun desakan dalam soal strategi satu lawan satu yang dibayangkan Pas bagi menentang BN pada PRU14 nanti.

Namun, bagi Pas Kelantan, mereka akan menerima dan akur dengan keputusan ditetapkan di peringkat pusat meskipun pahit untuk ditelan.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pendirian Kelantan mudah, apa sahaja keputusan dibuat oleh kepimpinan di peringkat pusat akan diikuti.

"Cuma kita akan bagi pandangan kita apabila sudah ada keputusan di peringkat pusat dan kita akan berlawan mengikut keputusan yang dibuat. Kita bukan ikut pakatan tetapi akan ikut keputusan pimpinan Pas," katanya, semalam.

Terdahulu beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata, parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang yang lain.

Bagaimanapun kata Hashim, kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama dan juga terpulang kepada budi bicara pakatan itu bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Begitu juga dalam soal cabaran Amanah Perak yang mahu Pas menyertai perhimpunan Bersih 5, jika serius mahu mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14 nanti, Che Abdullah berkata, segalanya terletak di bahu Pas pusat.

"Tidak ada masalah dia cabar. Keputusan dibuat di peringkat pusat. Kalau Pas Pusat kata OK, Pas Kelantan akan mengerahkan seramai mungkin untuk sertai. Kalau (Pas) pusat kata tidak, kita tidak akan pergi," katanya.

Tun M, Muhyiddin berucap di konvensyen pertama Pakatan Harapan Sabtu ini

Posted: 11 Nov 2016 03:37 AM PST

MALAYSIA TODAY


Mahathir-Muhyiddin


(MMO) – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang menyampaikan ucapan sempena konvensyen pertama gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Sabtu ini.

Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebahagian PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Dr Mahathir akan menyampaikan pidato khas di Shah Alam.

Manakala presiden Muhyiddin akan memberikan ucapan bersama-sama dengan tiga pimpinan utama PKR, DAP, dan Amanah.

"Matlamatnya ialah membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat, dan mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang melawan BN dalam PRU14," kata setiausaha PH dalam kenyataan hari ini.

Katanya, konvensyen akan dihadiri 1,000 orang dan diisi dengan perbahasan beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhamad Sabu.


Comments (0)