Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS PUSAT DAKWA YB ISKADAR ABDUL SAMAD TERIMA HABUAN BESAR, SEBAB ITU BERANI LAWAN HJ. HADI

Posted: 22 Nov 2016 08:27 PM PST


iskandar-hadi


Dato' Iskandar Abdul Samad didakwa tidak akur dengan arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membelakangi dan 'menikam dari belakang' Presiden Parti Islam itu.
Krisis dalaman itu semakin memuncak sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Iskandar dan sesetengah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat dalam mesyuarat parti itu pada 14 Nov di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
"AJK PAS pusat tidak berpuas hati dan bimbang Iskandar bakal mengkhianati PAS dengan berpihak kepada PAN Selangor.
"Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan Iskandar sebelum ini tidak sependapat dengan Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, antaranya mendesak PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan agar parti Islam itu kekal menang dan memerintah Selangor pada PRU 14," dedah satu sumber dalaman.
Sumber dalaman itu berkata pertikaman lidah itu bermula sebaik sahaja isu penstrukturan semula industri air Selangor dibangkitkan.
"Iskandar mengkritik sesetengah AJK PAS pusat yang didakwanya tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya berkaitan isu tersebut.
"Pesuruhjaya PAS Selangor cuba memberi penjelasan berkenaan dengan isu air Selangor itu, namun penjelasannya kurang memuaskan hingga mengundang ketidakpuasan hati, syak wasangka mengenai wang tawaran yang dihebohkan sebelum ini," dedahnya.
Tambah sumber itu, sesetengah AJK PAS pusat itu percaya Iskandar turut sama terlibat dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tanpa pengetahuan Presiden PAS.
"AJK PAS pusat percaya Iskandar turut sama-sama terlibat dengan MB Azmin Ali dalam soal habuan dan kepentingan lain.
"Perang mulut sesama sendiri dalam mesyuarat tersebut tidak dapat dielakkan sehinggakan mesyuarat terpaksa dihentikan,"dedahnya.
AIDCNews turut diberitahu bahawa mesyuarat AJK PAS Pusat itu turut membincangkan tentang masa depan kerjasama politik PAS dan PKR di Selangor.
"Soal kerjasama PAS dengan PKR di Selangor masih dalam penelitian sama ada perlu dipanjangkan atau diputuskan hubungan.
"Segala keputusan akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac 2017," dedah sumber itu lagi.

Comments (0)