Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PENGLIBATAN SOROS AKAN ROSAKKAN NEGARA, KATA PAS

Posted: 06 Nov 2016 10:00 PM PST



PAS menyifatkan suntikan dana daripada daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros kepada pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 5 sebagai satu perkembangan tidak sihat untuk negara.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya benar, penganjur perhimpunan itu menerima dana daripada AS siasatan terperinci harus dilakukan.
"Saya rasa kita kena membuat semakan dan kalau BERSIH 5 ditaja oleh Soros, bagi saya, ini perbuatan tidak sihat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang ke-50 Tahun di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini.

VIDEO MARIA CHIN: BERAPA JUMLAH SOROS BAGI KAMI ITU RAHSIA KAMI BERDUA, KENAPA NAK SIBUK?

Posted: 06 Nov 2016 03:42 PM PST


Bersih 2.0 tidak akan memberi apa-apa keterangan mengenai dana Open Society Foundation (OSF), milik George Soros kepada polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang pendedahan akaun itu hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.
"Kerana akaun (nombor akaun ?) kita dah masuk dalam laman web, Facebook dan semua itu. Mereka (polis) boleh bacalah daripada laman web, jadi kita tidak akan jawab kerana kita akan jawab di mahkamah lah,"katanya.
Jelasnya, beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan yang dikaitkan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)(SOSMA).
Pada 31 Oktober media mendedahkan nama beberapa persatuan, portal berita dan NGO menerima dana OSF yang dinaungi spekulator mata wang, George Soros.
Laporan itu dibuat berdasarkan kepada pendedahan DC Leaks.
Maria Chin juga berkata bahawa Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November akan diteruskan.

Comments (0)