Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:36 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAINAN JAHAT AKHBAR CINA, NANYANG DAN ORIENTAL

Posted: 03 Nov 2016 08:07 AM PDT

Akhbar-akhbar Cina di Malaysia seperti Nanyang Siang Pau sudah lama mengaut untung besar dengan menjaja isu-isu populis seperti kos hidup. Think thank mereka cuba menyalahkan Kerajaan dan menekan Kerajaan supaya melakukan lebih banyak pemberian seperti BR1M dan rumah mampu milik kerana mereka dapati orang-orang Cina yang miskin perlu diberi dengan percuma sepanjang masa. Namun, mereka tidak pernah menulis mengajak pembaca mereka supaya berterimakasih kerana Kerajaan prihatin

Namun, di sebalik mainan itu mereka tidak pernah mendesak syarikat-syarikat Cina yang mengaut berjuta-juta Subsidi Kerajaan supaya membantu Kerajaan dan rakyat golongan menengah dan bawah. Bayangkan sahaja, daripada hampir 20 Syarikat Minyak Masak, hanya dua sahaja bukan Cina iaitu Felda dan Alif, selebihnya semuanya syarikat Cina belaka. Sudah  bertahun-tahun mereka menikmati subsidi kerajaan. Pernahkah akhbar-akhbar Cina mendedahkan hal ini?

Begitu juga akhbar Cina lain seperti The Oriental Daily, mereka mendendangkan khabar-khabar angin supaya rakyat menjadi keliru dan seterusnya marah. Dulu mereka mainkan isu perpindahan KP Imigresen dan KP SPRM , kemudian pemindahan bekas AG yang tidak sihat. Mereka dendangkan seolah-olah mereka lebih tahu daripada kerajaan tentang mengapa seseorang bersara, masalah kesihatan atau bertukar. 

Pendek kata, akhbar-akhbar ini memberi pandangan yang sentiasa negatif sahaja. Mereka menyerang sinis institusi kerajaan, memburukkan dan merendah-rendahkan pejawat awam Melayu, mereka tidak menyentuh pun penjawat-penjawat Cina di Pulau Pinang lantikan politik DAP. Mereka tidak mahu mendedahkan rasuah, penyelewengan dan penindasan kerajaan Cina DAP kepada orang Melayu. Semalam sahaja pengusaha ikan dan nelayan di Pulau Pinang dirobohkan pondok jualan mereka yang sudah beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun. Ada mereka nak tulis bab ini?

Kerajaan patut menjadi seperti Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Singapura supaya mengambil tindakan tegas kepada akhbar-akhbar Cina yang menghasut dengan memberi gambaran tidak tepat. Mereka sangat rajin memberi komen kepada Kerajaan dan penjawat-penjawat Melayu tetapi mereka sangat-sangat menutup mata dan telinga malah political chief editor mereka sengaja melarang wartawan-wartawan untuk melapor kecurangan-kecurangan pegawai lantikan politik Cina di Pulau Pinang dan di Selangor.

Di Selangor, pegawai-pegawai DAP lantikan politik di Majlis-Majlis Perbandaran datang bekerja sesuka hati, mereka tidak respect Yang Dipertua Majlis Perbandaran terutama dalam pembahagian projek-projek majlis, mereka naikkan cukai perniagaan kecil-kecilan Melayu, mereka naikkan cukai peraih ikan, mereka naikkan cukai pintu, tetapi semua ini tidak dilapor oleh Nanyang Siang Pau, The Daily Oriental dan lain-lain akhbar Cina. 

Mereka sangka kita orang Melayu tidak tahu baca Mandrin !

RAFIZI SIMPAN WANG DIKUMPUL NGO NOW DALAM AKAUN PERIBADI ? PENDERMA MULA BERTANYA !

Posted: 03 Nov 2016 05:02 AM PDT

Selepas  Rafizi Ramli diperintahkan membayar RM200,000 semalam kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana memfitnah, kini dia didapati bersalah menganjurkan perhimpunan haram 'Blackout 505', tiga tahun lalu.
Dia bersama tiga lagi tertuduh lain didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi kesalahan itu.
Rafizi, 39, yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan, Ahli Parlimen DAP-Seremban Anthony Loke Siew Fook, 39, bekas anggota Sekretariat PKR Muhammad Adib Ishar, 27, dan anggota Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan semalam.
Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memberi mereka masa hingga 3 petang esok untuk membayar denda itu.
Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan iaitu sebagai penganjur perhimpunan itu di Padang Merbok di sini, didapati telah gagal menyertakan sesalinan persetujuan kepada pemilik padang berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan bertarikh 12 Jun 2013 kepada pegawai polis yang menjaga Daerah Dang Wangi, iaitu ACP Zainuddin Ahmad, dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara 2 petan dan 6 petang pada 22 Jun 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap kesemua tertuduh berikutan berlaku kekecohan semasa perhimpunan itu diadakan.
Katanya berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan, terdapat cubaan untuk orang ramai menghalang DBKL daripada menanggalkan khemah yang dipasang.
"Hujahan pihak pembelaan bahawa perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan adalah tidak benar kerana terdapat lebih 8,000 orang berkumpul dalam perhimpunan tersebut," katanya memetik laporan BERNAMA.
Susulan hukuman terbaru ini, ada pihak yang mengatakan kerana mentaliti dan hati Rafizi sudah sebati dengan pembangkang, tidak mungkin dia akan berhenti memfitnah semua pihak asalkan kuasa yang ada pada tangan mereka pada ketika ini kekal.
Rafizi dan Loke diwakili peguam Gobind Singh Deo, Muhammad Adib oleh peguam Eric Paulsen dan Syed Azman oleh peguam Azizul Shariman Mat Yusoff
Baru-baru ini, Rafizi mula mempromosikan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baharu menggunakan nama Invoke Malaysia sekaligus menimbulkan persoalan apa sudah jadi dengan syarikat NOW yang digerakkan sebelum ini.
Syarikat itu sebelum ini turut mengutip duit kononnya untuk digunakan bagi memfailkan saman terhadap tiga agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Tabung Haji.
Dakwaan kononnya wang akan digunakan untuk memfailkan saman itu adalah pada Mei 2015. Hampir dua tahun berlalu, tidak kedengaran saman yang dikatakan hendak difailkan Rafizi. Apa sudah jadi dengan wang itu semua?
Berikut paparan semula apa yang kami ungkapkan Mac lalu.
MANA DUIT DIKUTIP? NOW, WHERE IS THE MONEY?
NOW bukanlah sebuah organisasi pertubuhan tetapi ia adalah sebuah syarikat dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai salah seorang pemegang sahamnya.
Pada tahun lalu ia melakukan kutipan wang kononnya untuk digunakan bagi kos memfailkan permohonan injuksi terhadap tiga agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Tabung Haji.
Tentunya, ramai penyokongnya terperdaya dan pantas membuat pemindahan wang ke akaun syarikat NOW, mendengarkan Rafizi akan memfailkan saman.
Pada Mei 2015, Rafizi mendakwa akan memfailkan saman MINGGU DEPAN.
Hampir setahun berlalu, tidak pernah lagi kita mendengar Rafizi memfailkan saman terhadap tiga agensi penabungan ini. Kemanakah wang dikutip itu?
Baru-baru ini, Rafizi menulis, dia dikatakan tidak mencuit wang dividen KWSP, ASB dan Tabung Haji yang terkini memperolehi lebih RM80,000 !
Mengapa PKR membenarkan Rafizi mewujudkan sebuah syarikat berasingan untuk mengutip wang daripada penyokong mereka? Mengapa ia tidak dimasukkan dalam akaun PKR?
Mengapa saman tidak difailkan walhal wang sudah dikutip ketika Rafizi melakukannya atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen mewakili PKR?
Memandangkan syarikat itu sudah tenggelam, adakah wang yang dikutip itu turut tenggelam bersamanya? Inikah strategi PKR untuk mengutip wang?
Siapa yang memeriksa akaun syarikat NOW? Mana wang itu sekarang? Dalam akaun Rafizi? Tanya orang ramai.

Comments (0)