Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:03 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIHATLAH BERSIH5 BELUM BERKUASA GUNA UNDANG-UNDANG RIMBA

Posted: 28 Nov 2016 03:07 AM PST


Inilah dia ajaran Bersih5, melaung-laungkan mahukan pilihanraya bersih dan adil, tapi perangai pemimpin dan penyokong sama-sama kotor. Belum berkuasa, sudah pandai mengambil tindakan sendiri. Mereka ini memang jenis yang suka membelakangkan undang-undang.

Satu persatu kita diperlihatkan wajah mereka yang sebenar, lepas memperlakukan pegawai penguatkuasa MBSA, kali ini warga asing dipukul tanpa peri kemanusian.


Berita:

Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul. Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton 63,000 kali dan 3,395 shares di laman Facebook.

"Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?" kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.

Netizen rata-rata mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusiaan dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.

"Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan," kata netizen. - The Coverage

Comments (0)