Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:19 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AKIBAT KEGAGALAN BERSIH5, DAP TIDAK LAGI MAHU DIKAITKAN DENGAN TUN MAHATHIR

Posted: 26 Nov 2016 01:46 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Pribumi bukan parti komponen Pakatan Harapan, alasan diberi Anthony Loke Siew Fook. Namun, ramai menyebut alasan sebenar kerana Tun M ambil kesempatan mempopularkan dirinya semasa Bersih5 dan kegagalan mengumpul 100,000 peserta, hanya 15,000 sahaja.
"PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Harapan. Ia adalah tradisi kami hanya mempelawa parti komponen pakatan kami ke persidangan kebangsaan."
Persidangan kebangsaan DAP dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 4 Disember ini.
Loke berkata, antara pemimpin Pakatan Harapan yang dijemput ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta timbalannya, Salahuddin Ayub.
"Kami sudah menjemput veteran parti kami dan turut menjemput pucuk pimpinan 2 parti komponen dalam PH, iaitu PKR dan Amanah."
Beliau berkata, hanya 2 pemimpin DAP akan menyampaikan ucapan di persidangan itu, iaitu pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.
"Tiada ucapan daripada pemimpin parti lain. Hanya 2 pemimpin DAP akan berucap pada persidangan itu dan akan ada perbahasan di kalangan perwakilan kami."
Katanya, seramai 2,732 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan kebangsaan itu yang bakal meraikan ulang tahun ke-50 parti itu.
"Parti dijangka menerima pakai pengisytiharan 'DAP pada 50', di mana ia akan memperbaharui asas perjuangan parti untuk 50 tahun akan datang." 

Comments (0)