Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:02 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIA DICADANG HANTAR NOTA BANTAHAN CAMPURTANGAN SENATOR GAY

Posted: 20 Nov 2016 04:00 PM PST

1. KEGAGALAN BERSIH5 semalam sudah dijangka, kerana kesedaran rakyat semakin matang. Rakyat tidak lagi mahu diperbodohkan dengan slogan turun jalanan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik.

2. Syabas kepada PDRM kerana tidak menggunakan penyembur pemedih mata sebagaimana digunakan kepada kumpulan Reformasi 1998. Tidak ada insiden mata lebam kepada Maria Chin, dan lain-lain yang ditahan polis. Semua tahanan mendapat layanan yang baik oleh PDRM.

3. Kira-kira 200,000 demonstran di Jakarta, 100,000 orang di Seoul tetapi hanya 15,500 di Kuala Lumpur. Malaysiakini dalam laporannya memberi gambaran kemerosotan 90%. Sepatutnya BERSIH5 paling sedikit boleh mengumpul 100,000 orang dan paling banyak 500,000 orang kerana kehadiran orang baru Tun Dr. Mahathir dan TS Muhyiddin Yassin. Nampaknya petunjuk baru ini meresahkan parti serpihan, Pribumi.

4. Tidak ada BERSIH5 di Bangkok, Washington, Taiwan, Hong Kong, Singapura, London, Paris, Madinah tetapi ada sedikit di Melbourne, Australia.

5. Pada hujung 1990an, apabila Australia campurtangan dalam urusan politik Malaysia, Tun Dr. Mahathir menempelak kerajaan Australia.

6. Ucapan Senator Jamie Parker dari Australia yang memperjuangkan Gay di negaranya semasa perhimpunan BERSIH5 di Australi semalam patut diberi perhatian keras. Kerajaan Malaysia hendaklah menghantar Nota Bantahan jika tidak mahu memutuskan hubungan diplomatik dengan Australia.

7. Hal negara kita tidak boleh ditentukan oleh seorang warga asing apatah lag dia seorang yang memperjuangkan Gay. Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita mesti mempertahankan kedaulatan negara kita.

8. Orang-orang putih seperti Jamie Parker di Australia bukanlah boleh dibanggakan pun, mereka sendiri tidak memberikan keadilan kepada orang asli Australia. Mereka boleh menghalalkan gay tetapi bukan di Malaysia.

Siapa Jamie Parker (MP Balmain, Parliment of NSW):-

Tonight I speak about the important matter of marriage equality, recognising that this weekend the Sydney Gay and Lesbian Mardi Gras will celebrate its thirty-fifth anniversary festival "Sydney Mardi Gras 2013—Generations of Love."

As a strong supporter of marriage equality I have joined my Greens colleagues in calling on the Parliament of the Commonwealth of Australia to amend the Commonwealth Marriage Act 1961 to provide for marriage equality, that is, to remove discrimination and allow people to marry regardless of sex, sexual orientation and gender.


http://www.jamieparker.org.au/state-mp-calls-for-marriage-equality-as-sydney-gears-up-for-mardi-gras/

DEMO JAKARTA 200,000, SEOUL 100,000, MALAYSIA 15,500 : MALAYSIAKINI SALAHKAN TUN DR MAHATHIR

Posted: 20 Nov 2016 01:37 AM PST




tun-m-2

Tun Mahathir & PPBM Punca Kehadiran Peserta BERSIH Merosot Lebih 90 Peratus


tun-mahathirBAYANGKAN lebih 200,000 umat Islam tunjuk perasaan protes terhadap Gabenor Jakarta di ibu kota Indonesia itu pada 4 November lalu kerana hina al-Quran dalam demonstrasi hampir 20 jam.
Begitu juga kira-kira 100,000 rakyat Korea Selatan berkumpul padat di pusat bandar raya Seoul sebagai membantah skandal amalan penyelewengan presiden negara 'kimchi' itu dalam himpunan sepanjang hari 12 November lalu.
Itu cerita di luar negara namun di ibu kota Malaysia, hanya 15,500 orang menyertai perhimpunan haram Bersih 5 pada 19 November dan berlangsung cuma sembilan jam waima 'dicanangkan' ke seluruh dunia sejak tiga bulan lalu.
Angka rasmi itu disahkan pihak polis Kuala Lumpur hasil pemantauan rapi dengan mengambil kira waktu puncak demonstrasi berlangsung iaitu pukul 2.30 petang susulan kehadiran secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Manakala lawan Baju Kuning yang disebut juga sebagai gerakan Baju Merah pula jauh lebih kecil dengan pihak polis menganggarkan hanya disertai kira-kira 2,500 orang pada masa kemuncak iaitu selepas selesai solat fardu Zohor.
Itulah angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa yang lazim menjadi rujukan kebanyakan organisasi media tempatan dan antarabangsa jika berlaku sebarang acara keramaian melibatkan penyertaan jumlah peserta agak tinggi.
Ironi, portal berita propembangkang pula membuat angka yang jauh lebih tinggi iaitu 30,000 orang, dan itupun diuar-uarkan ke seantero dunia seolah-olah kerajaan Malaysia sudah pun habis 'tumbang' kepada pembangkang!
Untuk rekod, tahun lalu ketika berlangsung Bersih 4 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos, portal itu lebih dahsyat apabila gah melaporkan seramai 500,000 peserta menyertai perhimpunan tanpa permit tersebut.
Ia bukan sahaja kelakar, malah ketika media arus perdana menganggarkan kira-kira 20,000 peserta sahaja terlibat, portal antikerajaan itu pula 'tongkah arus' dengan dakwa Bersih 4 konon disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lucunya, sewaktu Himpunan Rakyat Bersatu pada Hari Malaysia tahun lalu yang diadakan susulan demonstrasi Bersih 4, portal itu 'bijak' mengatur ayat: "hanya 200,000 orang menyertai perhimpunan anjuran Baju Merah."
Malangnya, kali ini di sebalik boikot berterusan PAS, Bersih 5 betul-betul boleh dianggap gagal teruk selepas ditolak faktor hujan lebat, penahanan beberapa aktivis Bersih dan perarakan Baju Merah serentak di kawasan berbeza.
Jelaslah, perhimpunan haram yang secara nyata disertai PPBM diterajui Mahathir buat kali pertama membuktikan tahap pengaruh parti kecil itu tidaklah sehebat mana pun dan sebenarnya amat lemah menarik ramai peserta.
Bayangkan bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang, PPBM terpaksa mengharapkan 'belas ihsan' penyokong totok DAP yang majoritinya etnik Cina untuk hadir memeriahkan Bersih 5 di sebalik menyusahkan aktiviti warga kota.
Dengan kehadiran ramai nama besar dari Pakatan Harapan diketuai DAP selain sekutunya PKR dan PAN, Bersih 5 ternyata sekadar 'tin kosong' pihak pembangkang yang berselindung di sebalik isu konon tuntutan pilihan raya adil.
PPBM rupa-rupanya tidak dapat sokongan rakyat, hatta bukanlah memiliki ramai penyokong sebagai mana PAS mampu menjayakan siri Bersih 1, 2 dan 3 sebelum memulaukan Bersih 4 pada tahun lalu. – 

Comments (0)