Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:08 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUN M MARAH MUHYIDDIN, PARTI PRIBUMI PECAH 2

Posted: 12 Nov 2016 08:02 AM PST


kit-tunPerpecahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada dua kem iaitu kem Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi) dan kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden) makin melebar.
Muammar Qadaffi merujuk kepada penangguhan PPBM atas permintaan Muhyiddin untuk menandatangani perjanjian persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) dalam konvensyen Pakatan Harapan hari ini, sedangkan sebelum ini PPBM telah bersetuju untuk menandatanganinya.
"Perjanjian ini dikatakan bakal menjanjikan perlawanan 1 lawan 1 diantara parti pembangkang dan Barisan Nasional.
"Perubahan di saat akhir Muhyiddin dipercayai berlaku selepas program beliau bersama pemimpin Pas dalam satu program ceramah yang turut dihadiri wakil PKR.
"Menurut sumber, Muhyiddin bercadang untuk menubuhkan satu gabungan beliau sendiri yang hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS dan PKR dan mengabaikan DAP dan Amanah namun cadangan beliau ditolak oleh pimpinan Pakatan Harapan," .
Sebelum ini, portal pro PAN itu melaporkan Tun Mahathir dan Muhyiddin akan hadir ke Konvesyen PH dan akan menandatangani persetujuan menjadi parti kompenan ke-4 dalam PH.
"Dalam konvensyen itu, Pengerusi Pribumi, Tun Dr Mahathir dijemput untuk berucap pada paginya manakala Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertainya pada sebelah petang.
"Mengikut jadualnya, PH akan memeterai perjanjian kerjasama dengan PPBM pada sebelah petangnya,"lapornya.
Walau bagaimanapun, semalam sumber PH memberitahu Mstar bahawa Muhyiddin meminta penangguhan untuk menandatangani kerjasama itu kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.
"Keputusannya (Muhyiddin) memberi tamparan hebat kepada konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pertama kali sejak ia ditubuhkan tahun lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat.
"Sumber Pakatan Harapan berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama.
"Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada petang Selasa,"lapor Mstar.
Mengulas lanjut, kolumnis portal pro PAN, Muammar Qadaffi berkata penangguhan Muhyiddin selaku Presiden PPBM untuk menyertai PH membuktikan perbezaan pendapat di antara beliau dengan Tun Mahathir berkenaan kedudukan DAP dan PAN semakin melebar.
"Satu satunya penjelasan yang dapat saya fikirkan buat masa ini mengapa Muhyidin cuba untuk menyingkirkan DAP dan Amanah melalui idea membentuk kerjasama baru parti pembangkang tanpa melibatkan DAP dan Amanah adalah bermula dari krisis dalaman parti Pribumi sendiri sekaligus dilihat sebagai langkah beliau untuk mengukuhkan kedudukan dalam gabungan parti parti pembangkang.
"Walaupun cuba ditutup rapi oleh pimpinan Pribumi, kewujudan dua kem dalam Pribumi adalah ketara dan dapat dilihat oleh para pemerhati politik,iaitu satu kumpulan yang dipimpin oleh Muhyidin sendiri selaku Presiden parti manakala satu kumpulan lagi dilihat berpaksikan Tun Dr. Mahathir sebagai penasihat parti.
"Sokongan yang lebih besar kepada Dr. Mahathir dilihat sebagai satu ancaman kepada Muhyidin, asas kepada dakwaan ini adalah pendedahan oleh seorang bekas ahli Pribumi, Saheme Hasyim yang mendakwa wujud sikap berpuak dalam Pribumi dan hanya kerana beliau membawa sukarelawan untuk bertemu Dr. Mahathir, maka beliau telah dituduh untuk melobi jawatan dan cuma merampas kuasa di Kedah.
"Tokoh tokoh utama yang menonjol juga dilihat lebih "rapat" dengan Dr. Mahathir antaranya Syed Saddiq, Anina Saadudin dan Mukhriz Mahathir.
"Lebih memburukkan keadaan buat Muhyiddin apabila DAP dan Amanah dilihat lebih "rapat" dengan Dr. Mahathir berbanding Muhyidin selaku presiden parti, kita boleh lihat bahawa sedari awal kehadiran Dr. Mahathir lebih banyak di pentas Pakatan Harapan berbanding Muhyiddin sendiri.
"Menyedari hakikat ini kita lihat Muhyiddin cuma mendapatkan pengaruh politik melalui hubungan baik dengan Pas, dan cuba menyingkirkan DAP dan Amanah, namun persoalannya adakah Pas akan memberi ruang kepada Muhyiddin untuk menempatkan diri sebagai ketua gabungan baru diantara mereka sekiranya ia benar benar berlaku?.
"Saranan saya, pimpinan Pribumi yang lain sewajarnya mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini termasuklah mengurangkan kuasa Presiden untuk mengawal segala perjalanan parti sebaliknya sebarang keputusan yang telah dibuat tidak boleh diganggu oleh seorang individu tanpa melalui persetujuan majoriti ahli majlis tertinggi parti," dakwanya.

Comments (0)