Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:28 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MUDAHNYA DAPAT DANA SOROS

Posted: 11 Nov 2016 03:30 PM PST

Fokus hujung minggu.
1. Seminggu dua ini, di Malaysia heboh dengan sumbangan dana Soros kepada beberapa pertubuhan khususnya disebut antara penerimanya adalah Malaysiakini.

2. Sebenarnya isu ini isu lama, kita sudah mengetahui hal ini sejak bertahun yang lalu, ketika Jamal masih berniaga ikan bakar.

3. Perkara yang sepatutnya dibuktikan ialah adakah Malaysiakini masih berterusan menerima dana Soros? Dan NGO mana lagi yang menerima bantuan daripada Soros dengan tujuan sebenar mereka untuk menanam kebencian kepada kerajaan yang demokratik, menghasut rakyat supaya rakyat bangun menentang kerajaan demokratik, dan sehinggalah kerajaan yang dibentuk melalui pilihanraya jatuh.

4. Sejarah moden membuktikan campurtangan asing di Iraq, Libya, Yemen dan Mesir tidak pun menjadikan negara itu bertambah baik. Sebaliknya bertambah lebih buruk dan rakyat mereka semakin menderita. Percubaan Kudeta di Turki baru-baru ini ada elemen asing tetapi ianya gagal kerana rakyat Turki menolak campurtangan asing. Di Malaysia, kesedaran ini masih kurang.

5. Tun Dr. Mahathir (2012) menyebut Soros menyalur dana kepada SUARAM dan Malaysiakini untuk menjatuhkan kerajaan. Tun Dr. Mahathir berkata, "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?. Kata Tun lagi, "Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Kata Tun,"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah,"."Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik, Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

6. Kritikan Tun Dr. Mahathir di atas adalah benar. Kita rakyat Malaysia hendaklah menolak elemen Soros dalam pembinaan negara kita.

7. Semasa saya di USA, mereka memberitahu jika mahu senang mendapat dana asing seperti Soros, pastikan NGO anda adalah NGO yang tidak mesra kepada Kerajaan sedia ada. Jika NGO anda mesra Kerajaan, anda tidak akan mendapat bantuan dana itu.

8. Untuk lebih memahami peranan belakang tabir NGO-NGO Yahudi seperti American Jews Association dan sebagainya dalam mencatur politik antarabangsa, saya menyarankan anda membaca buku "They Dare To Speak Out" oleh Senator Paul Findley.

KERAJAAN AZMIN ALI MOHON MAAF KEPADA MB NEGERI 9

Posted: 11 Nov 2016 04:05 AM PST


dewanAnggota Kerajaan Selangor, Yaakob Sapari hari ini seolah-olah mengesahkan bahawa tuduhan pencemaran air di Sungai Semenyih disebabkan sabotaj UMNO/BN adalah propaganda politik semata-mata untuk memburuk-burukkan parti pembangkang di Selangor.
Tidak mempedulikan propaganda itu, Yaakob berkata pencemaran air di Sungai Semenyih bukan perkara baharu, malah sudah berlaku sejak dari tahun 2008, yakni selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor.
"Masalah pencemaran di Sungai Semenyih ini bukan pada tahun ini sahaja, sejak (tahun) 2008, tiap-tiap tahun berlaku.
"Jadi saya nampak tidak ada tindakan yang begitu mantap yang dibuat oleh kerajaan (Selangor untuk) memastikan ia tidak berulang lagi.
"Apakah jaminan kerajaan ia tidak akan berulang lagi," kata Yaakob dalam sidang DUN Selangor hari ini.
Pertanyaan Yaakub itu menyebabkan ADUN PKR Bukit Lanjang, Elizabeth Wong yang juga Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna naik angin.
"Kota Anggerik sepatutnya berada dalam dewan bila saya menggulung semalam.
"Hadir dalam dewan kalau nak dengar jawapan! Kalau tidak jangan hantar soalan, sesi penggulungan hanya 45 minit!," katanya dengan nada agak keras.
Jawapan berbaur emosi itu dicelah oleh ADUN PKR Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar yang menasihati Elizabeth supaya menjawab soalan yang dikemukakan secara profesional.
"Saya ingatkan exco tak boleh marah, jangan macam itu…orang (Yaakob) tanya jawablah dengan baik, jangan marah-marah.
"Sikap sebagai seorang exco kena jaga juga, kalau nak gaduh kita boleh gaduh, tak ada masalah," kata Xavier.
Yaakob turut mencelah dengan menyifatkan Elizabeth sudah 'stress' dengan isu ketiadaan air di Selangor disebabkan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah pencemaran tersebut.
Elizabeth menafikan dirinya sudah 'stress', tetapi dalam masa sama, dia gagal untuk memberi jaminan konkrit berkenaan persoalan pencemaran air di Sungai Semenyih tidak akan berlaku lagi.
Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup 8 kali, iaitu pada 22 hingga 24 September lalu dan 3, 23 serta 28 Oktober lalu ekoran pencemaran berkenaan.
Selain Semenyih, Sungai Langat juga tercemar sebanyak 7 kali dari Januari hingga Februari lalu sehingga menyebabkan LRA Langat terpaksa ditutup dan lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas.

Comments (0)