Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:33 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERATURAN BARU SEMPENA KEMENANGAN PRESIDEN TRUMP: KERAJAAN AZMIN ALI BENARKAN MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM

Posted: 09 Nov 2016 04:35 PM PST

teresa-fest

Tiada dasar minum arak secara terbuka di tempat awam diwartakan di Selangor berhubung bentuk tindakan ke atas individu yang berbuat demikian setakat ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah,
Bagaimanapun Ean Yong yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis boleh mengambil tindakan jika wujud kacau ganggu oleh individu yang mabuk.
"PBT boleh gunakan peruntukan seperti Undang-Undang Kecil Taman untuk ambil tindakan ke atas orang mabuk dan membuat kacau ganggu di kawasan masing-masing dan polis juga boleh ambil tindakan berdasarkan laporan sekiranya mereka membuat kacau di kawasan awam," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Rabu.
Ean Yong (DAP-Seri Kembangan) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Rosni Sohar (BN-Hulu Bernam) sama ada Selangor telah mewartakan dasar itu yang melarang aktiviti minum arak secara terbuka di kawasan awam termasuk tindakan kepada mereka yang terlibat.
Selain itu, beliau berkata terdapat peruntukan di bawah Seksyen 18 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang boleh dikenakan terhadap orang Islam yang didapati bersalah terlibat dengan minuman keras.
Ean Yong dalam pada itu berkata kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji satu dasar yang serupa dengan dasar minum secara terbuka di tempat awam supaya dapat mengawal aktiviti minum arak dengan lebih teratur dan perimeter yang lebih jelas.
Buat masa ini, beliau berkata, kerajaan negeri menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai di setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual minuman terhadap pembeli di bawah umur 18 tahun dan menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid dan tokong, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan.
kit-fest
kit-fest1
Sementara itu, seorang ahli Parlimen dari Parti Amanah Negara (PAN) tidak bersetuju dengan langkah menaikkan cukai minuman keras yang didakwanya akan membebankan golongan bukan Muslim.
"Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka," kata Siti Mariah Mahmood (PAN-Kota Raja) di Dewan Rakyat hari ini.
elizabeth-wong-octoberfest

MAJLIS PEGUAM SAHKAN MARIA CHIN TERIMA DANA SOROS UNTUK JATUHKAN KERAJAAN

Posted: 09 Nov 2016 07:24 AM PST

soros-maria

Pengakuan Majlis Peguam Malaysia bahawa organisasi mereka mendapat tajaan Open Society Foundation (OSF), milik George Soros menamat spekulasi berkenaan BERSIH ditaja oleh dana asing itu.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Steven Thiru berkata, Soros bukannya individu larangan yang disekat pergerakannya dan pihaknya menerima dana itu untuk tujuan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia
"Jadi perkara itu bukan masalah besar memandangkan dana yang diterima diuruskan oleh OSF dan bukannya beliau (Soros).
"Saya tidak lihat ia boleh mengganggu gugat sistem perlembagaan demokrasi di Malaysia lagipun ia hanya untuk tujuan mendapatkan keadilan bagi pekerja asing," katanya dalam satu kenyataan.
Pengakuan Majlis Peguam Malaysia itu secara tidak langsung mengesahkan NGO-NGO lain yang bergabung menyokong BERSIH seperti SUARAM, WAMI, EMPOWER dan sebagainya turut mendapat tajaan Soros.
Sebab itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah tidak mahu memberi keterangan kepada pihak polis apabila disoal tentang dana Soros, kerana dia dan organisasi pimpinannya berada di pihak yang bersalah.
Pengakuan Majlis Peguam Malaysia itu sangat penting kerana badan itu merupakan tulang belakang utama dalam pergerakan BERSIH fasa kedua atau lebih dikenali BERSIH 2.0.
Ketika itu, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Dato' Ambiga Sreenevasan merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 di samping dibantu oleh Maria Chin Abdullah yan mewakili NGO-NGO masyarakat sivil.
BERSIH yang diilhamkan badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement), milik Liew Chin Tong telah menggerakkan BERSIH mengikut tiga fasa iaitu BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH pasca 2.0.
DAP yang memainkan peranan di sebalik tabir telah menggerakkan BERSIH melalui proksi-proksi mereka iaitu BERSIH 1.0, menonjolkan Anwar Ibrahim, BERSIH 2.0 menonjolkan Ambiga dan Maria Chin dan BERSIH pasca 2.0 menonjolkan Maria Chin Abdullah.
Lihat carta di bawah.


Kejayaan perhimpunan BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 adalah memecahkan monopoli kemenangan 2/3 Barisan Nasional (BN) di Parlimen bermula pada PRU 2008 (BERSIH 1.0) dan PRU 2013 (BERSIH 2.0).
Selaras dengan kerja keras DAP di sebalik tabir dalam menggerakkan BERSIH itu telah meletakkan parti itu paling dominan di kalangan pembangkang dengan 38 kerusi selepas PRU 2013.
Kerusi DAP itu berkurangan kepada 37 kerusi apabila calonnya tewas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada 2014.
Menyedari kemerosotan pengundi Cina itu, DAP mula memainkan peranan sebagai 'batu api' untuk melemahkan parti-parti Melayu supaya terus berpecah belah demi memastikan DAP kekal dominan di kalangan pembangkang.
Kedudukan kerusi PAS yang asalnya berjumlah 21 kerusi pada PRU 2013 telah berkurangan menjadi 14 kerusi apabila 7 Ahli Parlimen parti Islam itu keluar parti, 6 orang menubuhkan parti baharu, Parti Amanah Negara (PAN) dan seorang melompat ke dalam PKR.
husniDalam masa sama, DAP berjaya mengikis kekuatan UMNO yang asalnya, 89 kerusi parlimen berkurangan kepada 87 orang apabila seorang menubuhkan parti baharu, Parti Pribumi Bresatu Malaysia (PPBM) dan seorang lagi menubuhkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
BERSIH pasca 2.0 bermatlamat tawan Putrajaya
Jika BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 berjaya mengurangkan 2/3 BN di parlimen, matamat utama BERSIH pasca 2.0 pula untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Dokumen DC Leaks yang dibocorkan mendedahkan perkaitan yayasan dana Soros- OSF dengan NG0-NGO BERSIH untuk mempengaruhi politik Malaysia sebagai persediaan menghadapi PRU 14 yang dijangka pada 2018.
Mensyuarat perancangan persediaan menghadapi PRU 14 itu telah dihadiri oleh Christopher Stone, Presiden OSF; Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre for Opinion Research; Mary Agnes James, Ketua Penolong Pengarah Program Malaysia dan lain-lain pegawai strategik OSF.
Ibrahim Suffian Pengarah Merdeka Centre seperti dilaporkan media mengesahkan kehadiran beliau dalam pertemuan bersama pimpinan OSF itu.
Antara lain kandungan mesyuarat itu sepertimana dirumuskan focuss.my adalah seperti berikut :
1. OSF mula berusaha untuk mempengaruhi politik tanah air kita semenjak tahun 2010, setahun selepas Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. OSF meramalkan pilihanraya diadakan pada tahun 2011 tetapi akhirnya ditetapkan pada tahun 2013. Melihatkan kepentingan pilihanraya umum 2013 dan 'kepentingan peribadi' George Soros terhadap pilihanraya, maka OSF membuat keputusan untuk meningkatkan usaha agensi-agensi pertubuhannya dalam kerja-kerja dan memanfaatkan rangkaiannya, membawa masuk kepakaran luar dan menjalankan advokasi di Washington DC untuk pilihanraya 2018.
2. Pemberian dana atau geran dari OSF dilihat sebagai campur tangan yang paling berjaya. Antara pelbagai campur tangan, ini adalah yang terbaik yang dirancang hasil dari pelbagai dialog yang dilaksanakan di dalam negara dan dengan itu mencerminkan keperluan yang dikenal pasti dalam negara.
3. Sokongan dana OSF untuk penerima dana memainkan peranan penting untuk menggerakkan penyertaan awam dan menyokong usaha masyarakat sivil, tetapi satu hakikat yang tidak boleh diabaikan adalah motivasi tinggi dari masyarakat awam yang menghendaki perubahan terhadap kerajaan turut mengakibatkan penyertaan yang ramai dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sokongan OSF amat berkesan terutamanya terhadap penyertaan belia dengan beratus-ratus ribu belia digerakkan.
4. Oleh kerana pendedahan negatif oleh pihak media rasmi negara terhadap George Soros dan OSF, program-program yang dirancang OSF berjalan secara rahsia, dengan staf bekerja secara senyap-senyap untuk mengurangkan pendedahan awam. Pengarah South East Asia Institute (SEAI), Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas perhimpunan BERSIH Julai 2011 oleh kerana dilaporkan oleh blog-blog tempatan bahawa BERSIH dibiayai oleh OSF.
5. MalaysiaKini dan perkhidmatan penyiaran dalam taliannya KiniTV menerima peruntukan khas dari OSF untuk laporan pilihan raya, dengan sokongan berterusan di luar musim pilihan raya.
6. Untuk pilhanraya 2018 yang akan datang, Ibrahim Suffian merasakan bahawa fokus terhadap Muslim harus ditingkatkan. Berdasarkan pengundian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan usaha reformasi. Dengan elemen etnik yang kuat di Malaysia dalam wacana politik, terdapat keperluan untuk memperluaskan pengaruh di kawasan-kawasan pilihan raya.
7. Binaifer Nowrojee; Pengarah Asia Pacific Regional Office (APRO), menyatakan dengan kejatuhan pembangkang, bilangan undi akan berpecah jadi usaha-usaha pada masa hadapan adalah untuk mewujudkan satu 'playing field' yang jelas dan mengenal pasti pembaharuan dasar yang diperlukan untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
baha
baha1

Comments (0)