Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Syarikat Bina ECRL Bukan Milik Kerajaan, Menteri Bohong Dakwa Rafizi

Posted: 09 Nov 2016 04:30 AM PST


Syarikat yang didakwa mewakili kerajaan Malaysia dalam projek pembinaan landasan keretapi Pantai Timur tidak dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) tetapi dimiliki dua kakitangan Kementerian Kewangan, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.



Menurut Naib Presiden PKR itu, jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc dan bukannya dua individu terbabit.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan melakukan pembohongan apabila mendakwa MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.

Beliau merujuk wawancara Abdul Rahman Dahlan dengan SinarTV yang mendakwa Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki Kementerian Kewangan.

Malah tambah Rafizi, jika dua pemilik saham tersebut iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, beliau mempersoalkan proses kelulusan yang akan diguna pakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?

"Kenyataan Dato' Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.

"Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.

"Perkara yang sama juga akan berlaku dengan MRL yang mengendalikan ECRL ini," ujarnya.

Rafizi turut mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman bahawa kontrak yang dianugerahkan kepada CCCC (syarikat milik kerajaan China) sememangnya berjumlah RM46 bilion dan bukannya RM55 bilion kerana ia hanya melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km dan tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.

Sebelum ini, nilai projek landasan keretapi Pantai Timur itu menjadi persoalan apabila laman web CCCC menyatakan projek itu bernilai RM46 bilion sedangkan Perdana Menteri menyebut ianya bernilai RM55 bilion.

Menurutnya, jawapan yang diberikan Abdul Rahman itu boleh dipatahkan dengan laporan-laporan lain yang menyebut pelbagai angka.

Walaupun angka sebenar projek tersebut terus menjadi persoalan, Rafizi melontarkan soalan yang lebih penting iaitu mengapa Perdana Menteri secara terburu-buru menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion itu.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Najib tidak boleh menunggu rundingan pakej pembinaan keseluruhan dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang dimuktamadkan.

"Bukankah jika kontrak pembinaan EPCC dirundingkan secara bersekali dan dalam satu pakej iaitu dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang, secara logiknya ia lebih murah kerana kontraktor tidak perlu membuat kerja dua kali, tidak perlu membayar kos mobilization dan de-mobilisation dua kali dan kontraktor boleh mendapatkan harga material yang lebih murah kerana membeli secara pukal," soal beliau.

Abdul Rahman dalam wawancara dengan SinarTV menjelaskan, nilai projek sistem keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km adalah RM9 bilion.

Jumlah ini, ujarnya bertepatan dengan kos keseluruhan projek landasan keretapi Pantai Timur berjumlah RM55 bilion seperti diumum Najib lapor MalaysiaDateline


Kumpulan Baju Merah Manusia Kurang Ajar, Cari Kesempatan.. Guru Silat Kata

Posted: 09 Nov 2016 12:42 AM PST


Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Majid Mat Isa memberi amaran kepada semua anak muridnya agar tidak menyertai himpunan yang dianjurkan oleh gerakan baju merah.



Majid berkata, ini kerana pertubuhan silat itu tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

"Mana-mana anak silat yang menyertai mana-mana himpunan mahu pun yang dijadualkan akan datang saya akan balun dan tentang mereka.

"Kita juga telah memberi arahan kepada anak-anak gayung Pusaka jangan sertai himpunan akan datang. Kalau sertai juga dan kita dapat tahu, kita akan panggil dan ambil tindakan kepada mereka," kata Majid kepada Malaysiakini.

Malah, tegas Majid, aksi silat yang dipersembahkan pada himpunan membantah portal berita Malaysiakini Sabtu lalu bukan dari persatuan seni silat itu.

"Kita Persatuan Seni Gayung Pusaka Malaysia tak campur masalah orang lain dan yang pandai-pandai tunjuk silat hari itu pun bukan dari anak silat kita tetapi orang yang mahu busukkan nama silat gayung.

"Ini semua manusia kurang ajar yang hanya mencari kesempatan," keluh Majid dengan nada kesal.

Dalam protes di pejabat Malaysiakini pada Sabtu, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.

Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.

Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.

Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH. 

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.


Bila Anggota PolisTunjuk Kuasa Pada Individu Lebih Berkuasa..

Posted: 08 Nov 2016 08:14 PM PST


Seorang anggota polis ditahan kerana didakwa menyalahgunakan kuasanya selepas cuba "lompat barisan" ketika beratur di mesin ATM di sebuah bank di Publika di sini, Sabtu lalu lapor akhbar The Sun.



Akhbar itu melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu suspek yang berada di barisan belakang mendekati seorang orang awam yang sedang beratur di hadapan dan mendesak supaya dibenarkan menggunakan mesin ATM dulu.

Sumber memberitahu The Sun, suspek tidak mengetahui yang orang awam didekatinya itu ialah seorang pegawai polis berpangkat tinggi dari negeri lain.

"Suspek mendekati individu disangka orang awam itu dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis dengan menunjukkan lencananya.

"Polis lebih berpangkat itu kemudian mengenalkan dirinya dan meminta suspek menunjukkan kad kuasa," kata sumber dipetik daripada akhbar itu.

Suspek kemudian meninggikan suaranya dan mereka bertengkar sebelum suspek meninggalkan tempat itu.

Menurut akhbar itu, pegawai polis berkenaan menangkap suspek beberapa minit kemudian, di depan kedai makan berhampiran dan sekali lagi meminta kad kuasanya.

"Kali ini, suspek mencabar pegawai itu dengan mendakwa dia ada kenal 'orang besar' dan tidak berminat untuk bergaduh dengan pegawai berkenaan," kata sumber itu, sambil menambah suspek lari lagi selepas konfrontasi itu.

Suspek kemudian ditahan sekali lagi oleh polis bantuan yang dimaklumkan pegawai kanan polis berkenaan.

Pemeriksaan mendapati konstabel berusia 31 tahun itu berkhidmat sebagai anggota polis sejak 2012 dan ditempatkan di balai polis Sungai Besi.

Suspek juga mempunyai 2 rekod lampau ketika masih berkhidmat dan 1 lagi sebelum menyertai pasukan – di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Difahamkan butiran kes itu diserahkan pada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Seorang pegawai polis kanan mengesahkan kejadian itu lapor FMT


Comments (0)