Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ini Baru Betul-betul 'Kera Dihutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan..'

Posted: 08 Nov 2016 07:26 AM PST


Ini barulah betul bagai dikata orang tua-tua.. kera dihutan disusukan, anak sendiri dirumah dibiar mati kelaparan..



Peruntukan IPTA dalam negara dipotong.. tiba-tiba boleh pulak Kerajaan memberikan sumbangan sebanyak RM12 Juta untuk Dewan baru bagi Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Universiti Oxford di United Kingdom.

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuj Seri Najib Razak Jumaat lalu menyaksikan Universiti Malaya paling banyak menerima potongan dalam pembiyaan iaitu, RM175 juta atau 27.3 peratus.

Sementara Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi MARA dan Universiti Malaysia Terengganu, peruntukan masing-masing dipotong lebih 20 peratus.

Bajet bagi 11 IPTA lain pula dikurangkan antara 10 dan 20 peratus, manakala empat lagi IPTA peruntukan dikurangkan sehingga 10 peratus berbanding peruntukan sebelum ini.

Dalam pembentangan bajet itu, peruntukan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi berkurangan daripada RM15.78 bilion pada 2015 kepada RM13.37 bilion untuk 2016.

Tapi menurut Mahasiswa Amanah ni.. bukannya RM12Juta saja.. tapi RM55Juta semuanya untuk OCIS tu..

Baca ni..

Mahasiswa Amanah mempersoal kewajaran pihak kerajaan mengeluarkan wang hampir RM55 juta kepada sebuah universiti di luar negara ketika peruntukan kepada seluruh Universiti Awam (UA) dipotong seperti dibentangkan dalam Bajet 2017.

Pengerusinya, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya memandang serius pembiayaan sebanyak itu kepada Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), Universiti Oxford di United Kingdom yang dilihat seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kebuluran.

Menurutnya, situasi tersebut berlaku ketika peruntukan hampir semua UA dipotong antara 20 hingga 40 peratus manakala UA seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia menyaksikan potongan peruntukan yang sangat besar.

"Apakah logik di sebalik aliran wang keluar sehingga RM55 juta kepada universiti luar ini sedangkan pada masa sama peruntukan kepada UA dipotong sehingga 19.32 peratus iaitu RM1.456 bilion?

"Adakah dengan pembiayaan berjuta-juta ini bakal melihatkan peningkatan ketara jumlah pengambilan pelajar dari Malaysia oleh OCIS?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, dana berkenaan berkaitan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak lama lagi yang menyaksikan pemimpin Umno itu memberikan ucaptama.

Menurutnya, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi juga dilapor menyifatkan lawatan Zahid itu sebagai bersejarah kerana Malaysia telah membiayai sebanyak RM12 juta bagi menyiapkan sebuah dewan baru.

"Apa yang mengejutkan ialah RM12 juta ini digunakan untuk hiasan dalaman dewan itu sahaja! Selain itu, dilaporkan juga sebanyak £10 juta juga telah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia kepada OCIS," ujarnya.

Sehubungan itu, Mahasiswa Amanah, ujarnya mendesak kerajaan menghentikan pembaziran dan memberi penjelasan sejauhmana kerajaan masih menyedari peranannya untuk memajukan pengajian tinggi negara ini.

"Kami mendesak Datuk Seri Zahid Hamidi dan kerajaan untuk menjelaskan apakah kerajaan sudah lupa akan tanggungjawab membangunkan pengajian tinggi negara atau lebih suka membiayai hiasan dalam sebuah universiti luar negara?

"Sekiranya desakan ini gagal diberikan penjelasan oleh kerajaan, kami yakin para mahasiswa seluruh negara tidak akan berdiam diri," tegas Ahmad Fadhli lagi ~ MalaysiaDateline

Kenapa?.. Apa faedahnya untuk Malaysia?


Tak Mampu Nak Lawan Hujah, Noh Serang Peribadi Rafizi

Posted: 08 Nov 2016 04:30 AM PST


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai 'budak nakal yang mahu perhatian', selain layak digelar 'raja penghasut'.



"Macam budak nakal, dia nakal kerana nak dapat perhatian. Kita marah dia, kita pukul dia dan dia rasa kita beri perhatian. Kalau kita biarkan dia, dia tak puas hati selagi kita tak bagi perhatian.

"Rafizi begitulah, dia bercakap (bila) kita buat tak tahu dia rasa tak seronok.

"Jadi dia nak cakap biar orang respon kerana bila dia bercakap itu fitnah. Itulah perangai raja penghasut," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Rafizi yang sering menyerang kerajaan dengan pelbagai isu antaranya Tabung Haji dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Mengulas lanjut Noh yang juga pengerusi Umno Selangor berkata Rafizi hanya mencari populariti untuk menarik perhatian semua pihak kepadanya.

"Kalau nak menghasut ini bukan kira dalam parlimen atau luar parlimen, memang nak cari populariti. Kalau orang tak saman dia, dia rasa tak popular.

"Perangai dia nak popular, buat sesuatu tarik perhatian masyarakat supaya dapat perhatian," katanya.

Noh berkata Rafizi juga boleh diberikan anugerah 'raja penghasut' , malah setiausaha agung PKR itu pernah memberitahu akan melakukan hasutan dalam satu rakaman video.

"Dia boleh diberikan anugerah raja penghasut, raja fitnah. Dalam video dia mengaku mesti menghasut. Jadi kalau dia dah mengaku menghasut maka kita kena lihat hasutan dia dan bawa ke mahkamah, kita dapatkan ia satu fitnah.

"Macam kes NFC dia mulakan isu ini. (Rafizi) nak jadikan NFC ini isu yang besar akhirnya kita saman dia dan dapati dia bersalah dalam kes fitnah," katanya.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Rafizi bersalah kerana memfitnah NFC.

Ia susulan kenyataan Rafizi bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya lapor Malaysiakini


PAS Tak Mahu Rakyat Lebih Perit Sebab Itu Berkecuali?

Posted: 08 Nov 2016 12:00 AM PST


Setelah tersebarnya laporan yang mengatakan sebelas Ahli-ahli Parlimen dari PAS telah menyatakan mereka berkecuali mereka telah menjadi sasaran serangan dalam Facebook.



Rentetan dari itu beberapa individu yang dipercayai penyokong PAS telah memberikan jawapan-jawapan dari MP pilihan mereka mengapa PAS memilih untuk berkecuali..

Berikut adalah jawapan yang pertama..

MENGAPA PAS MENGAMBIL SIKAP BERKECUALI DALAM MENGUNDI TIDAK PERCAYA PADA BAJET 2016? 
PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan percen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yg diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016. Begitu juga, hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan FELDA melalui Bajet 2016. 
PAS tidak bersetuju dengan BRIM, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti. 
Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu??? 
Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown", selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya, namun Obama terus berkuasa. 
"Goverment Shutdown" menyebabkan 800 ribu kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara dan 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang. 
Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan keadaan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tidak akan meletakkan jawatan walaupu bajetnya ditolak. 
Tuan Ibrahim Tuan Man

Macam tak percaya pulak aku kenyataan tu datangnya dari Tuan Ibrahim Tuan Man.. sebab dia bandingkan antara Malaysia dengan Amerika..

Kat Amarika katanya 'Goverment Shutdown' setelah bajet Obama kena tolak..

Tu kat Amarika.. kita bercakap ni soal di Malaysia.. kalaupun PAS menyokong bajet Najib tu tak akan tertolak punyalah sebab jika dicampur 11 MP dari PAS itu dengan 70 lagi MP dari PKR, DAP, Amanah dan Bersatu baru 81 undi semuanya.

Masih lagi tidak mampu untuk mengalahkan majoriti 117 undi dari MP BN tu..

Tapi kalau tak mahu berlakunya 'Goverment Shutdown' macam kat Amarika tu kenapa tak undi untuk menyokong?.. kenapa pilih berkecuali?

Ini satu lagi..

PAS telah menegur kerajaan menerusi sesi perbahasan Bajet 2017 pada isu dan perkara yang tidak dipersetujui oleh PAS dalam Bajet untuk diambil tanggungjawab oleh kerajaan di samping mengemukakan pelbagai cadangan penambah-baikan. 
YB Kuala nerus
Tegur Kerajaan??... hmmm.. malas dah aku nak komen..


Berkecuali?.. Sebab Nak Jaga Hati Najib Ke?

Posted: 07 Nov 2016 07:37 PM PST


Berkecuali ni kalau kita lihat dalam Kamus Dewan ianya membawa maksud tidak memihak ke mana-mana pihak..



Adakalanya ianya perlu dilakukan demi menjaga hati pihak lain ada kala ianya tidak wajar dilakukan, contohnya dalam hal yang jelas menyusahkan rakyat..

Berkecuali ni juga boleh juga dianggap sebagai ada tapi serupa tak ada.. Tapi bila dah berkecuali dalam hal yg membebankan rakyat lebih baik tak ada dari ada..

Sebab tak ada siapapun yg mengundi mereka untuk melihat mereka jadi tunggul dalam Dewan..

Rakyat menghantar mereka ke Parlimen sebagai wakil untuk mereka membuat keputusan, namun tindakan berkecuali menunjukkan mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan...

Laporan berkaitan..

Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, malam ini. 
Seramai 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11 lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan. 
"Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali kedua, 117 orang," kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 
Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS. 
Parti itu mempunyai 14 ahli parlimen. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengundi menentang belanjawan itu manakala presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) tidak hadir. 
Ditanya mengapa mereka berkecuali, Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) berkata mereka mengambil pendirian tersebut kerana mereka bersetuju dengan perkara tertentu tetapi menentang elemen lain. 
Bagaimanapun beliau berkata, mereka akan membincangkan apa tindakan yang perlu diambil apabila Bajet 2017 dibawa kepada pengundian peringkat jawatankuasa. 
"PAS ambil sikap yang tersendiri. Ada perkara yang kami bantah dan kami sudah bantah dalam ucapan (perbahasan). 
"Kita tak sokong termasuk isu GST (cukai barangan dan perkhidmatan). 1MDB sama juga. 
"(Tapi) kita tidak mahu maksudnya menolak keseluruhan ada juga dalam bajet tu baik dan perlu sampai kepada rakyat seperti bahagian emolumen sebagai contohnya," katanya lapor Malaysiakini

Lepas PRU14 ni tak ada terus lagi baik.. menghabiskan duit pembayar cukai saja bayar gaji MP macam ni!!

Baik hantar tunggul kayu ke Parlimen.. tak payah bayar gaji dan lain lain elaun...

Atau depa ni nak jaga hati Najib?


Comments (0)