Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:59 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenapa Guan Eng Tidak Pilih Rashid Atau Ramasamy Sebagai Penggantinya?.. Ini Jawapannya..

Posted: 07 Nov 2016 04:02 AM PST


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.



Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.

Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.

Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya?

Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.

Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri?

Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.

Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy.

... Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh Timmy Say yang telah disiarkan oleh Free Malaysia Today di SINI

Sebenarnya bukan Timmy Say sahaja yang tertanya-tanya.. malah aku sendiripun pernah tertanya-tanya suatu masa dulu bila dimaklumkan oleh sumber dari DAP akan sebab sebenar Guan Eng mahu mengadakan PRN mengejut suatu masa dulu..

Persoalannya juga sama iaitu mengapa Guan Eng tidak mahu melepaskan jawatan Ketua Menteri yang dipegangnya kepada Timbalan Ketua Menteri yang ada.. samada TKM1 ataupun TKM2?

Ok.. untuk pengetahuan dan juga makluman semua jawatan TKM1 atau TKM2 adalah jawatan yang tiada dalam perlembagaan Negeri Pulau Pinang, oleh itu pemegang-pemegang jawatan tersebut tidak semestinya mengambil alih jawatan tersebut andaikata berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apa yang ada sekarang ialah hanya kesinambungan dari apa yang telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional ketika mereka memerintah Pulau Pinang pada tahun 90an.

TKM1 Rashid Hasnon dilantik sebagai TKM bagi mewakili kaum Melayu manakala Ramasamy pula dilantik sebagai TKM bagi mewakili kaum India sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Rashid Hasnon adalah Wakil Rakrat dari PKR yang hanya mempunyai 10 Kerusi DUN sahaja berbanding 19 yang dikuasai DAP di Pulau Pinang.

Oleh itu beliau boleh dikatakan tidak layak kerana PKR bukanlah parti yang dominan di Pulau Pinang sekarang ini.

Jika kesinambungan dari Barisan Nasional iaitu kewujudan jawatan TKM dikekalkan oleh Kerajaan Negeri.. persoalannya disini ialah mengapa pula Gerakan yang lebih sedikit jumlah Kerusinya dulu diberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekarang?

Itu adalah kesilapan UMNO paling besar ketika menguasai Pulau Pinang suatu masa dulu.. entah apa yang ditakutnya dengan Gerakan hingga sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri itu kepada Gerakan tak tahulah aku..

Jadi... kalau tidak Rashid mengapa tidak juga Ramasamy?

Kalau nak dibandingkan antara Ramasamy dan Chow Kon Yeow, kedudukan Ramasamy tidaklah setanding dengan Chow Kon Yeow di dalam DAP Pulau Pinang dimana Chow Kon Yeow adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang... Ramasamy tu siapa?

Lagipun Chow Kon Yeow adalah individu yang sepatutnya memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang setelah Barisan Nasional tumbang dalam PRU12 dulu.. tapi malang buat dia.. Guan Eng dah 'Cah Keting' dia... he..he..





Tuan Ibrahim Akui.. Bukan DAP, Tapi UMNO Yang Pecahkan PAS

Posted: 07 Nov 2016 12:35 AM PST


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa bahawa DAP adalah punca parti Islam itu berpecah.



"(Berdasar) pengalaman lampau, Umno yang memecahkan PAS. Sejarah tumbangnya PAS di Kelantan dan Terengganu hasil pertembungan dengan Umno.

"Namun tindakan campur tangan DAP serta sikap menentang dasar dan perjuangan PAS menyumbang kepada apa yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas dakwaan Annuar bahawa DAP cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang termasuk PAS.

Bagaimanapun, katanya, walaupun DAP tidak meresap dalam PAS, parti itu berjaya menarik "serpihan PAS" sebagaimana yang berlaku.

Sebelum ini perpecahan dalam PAS berlaku sehingga Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin parti Islam itu tidak berpuas hati dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

'Teori konspirasi'

Sementara itu, ahli jawatankuasa DAP Selangor Edry Faizal Yusof pula menolak dakwaan Annuar.

Beliaumenyifatkan ia sebagai "teori konspirasi" untuk menyedapkan hati kerana ramai anggota Umno didakwa tidak mahu bersama parti Melayu itu.

"Pemimpin-pemimpin Umno kena berhenti tipu diri sendiri. Mereka cipta pelbagai teori konspirasi untuk sedapkan hati mereka selepas ramai ahli Umno sendiri sudah tak mahu bersama Umno.

"Pemimpin Umno kena terima hakikat Melayu bukan berpecah. Cumanya ramai Melayu yang bersama Umno dulu sudah serik dan tidak mahu bergelumang dengan puak kleptokrat dan korup, lalu mereka berhijrah memilih haluan lain," katanya.

Tambahnya lagi, kini anggota Umno sendiri turut bangun melawan partinya sendiri.

"Boneka sebenar ialah mereka yang terus menipu diri sedang tangan dan kakinya digerakkan tok dalang bernama Malaysian Official 1 (MO1)," katanya.

PKR: Terpengaruh 'propaganda' sendiri

PKR pula menyifatkan Umno kini terpengaruh dengan dengan propaganda sendiri.

"Saya ingin ingatkan Annuar Musa, pendekatan boneka ini ialah cara Umno terhadap parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

"Annuar Musa nampaknya terpengaruh dengan propaganda ciptaan BN sendiri iaitu 'DAP memperkudakan' parti-parti lain di dalam Pakatan.

"Kalau inilah bentuk serangan terbaru Umno, nampaknya parti pemerintah berhadapan dengan krisis defisit isu yang parah," kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Jelasnya, Pakatan sentiasa mengutamakan pendekatan konsensus dalam setiap proses membuat keputusan dan termasuk hal berkaitan pilihan raya.

Semalam Annuar mendakwa DAP kini cuba memecahkan Melayu dengan meletakkan calon pilihan mereka dalam parti pembangkang.

Dakwanya, langkah itu sebagai usaha DAP memerintah negara secara senyap dan menjadikan wakil Melayu 'sebagai boneka'.

Jelasnya, strategi DAP kini adalah meletakkan calon mereka dalam PKR, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu dakwanya DAP cuba memecahkan orang Melayu dengan menjalinkan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Ia katanya, bagi memastikan DAP dapat menumbangkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Saya Tidak Kisah Digelar Katak - Ezam

Posted: 06 Nov 2016 08:44 PM PST


Pengerusi Hisbah Center for Reform, Datuk Mohd Ezam Mohd Noor berkata, beliau tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang menggelarnya sebagai 'raja lompat parti, atau 'si katak' (gelaran untuk mereka yang sering keluar parti).



Ujarnya, beliau bukanlah seorang yang fanatik parti sebaliknya seorang yang fanatik terhadap perjuangan, sebab itulah katanya beliau akan bertindak untuk keluar mana-mana parti yang dianggap sudah lari daripada perjuangan asal, kerana tidak sanggup melanggar prinsip diri.

"Macam kata Tun Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri), kita jangan jadi fanatik parti, kita jadi orang yang fanatik perjuangan, kerana apa yang penting adalah perjuangan, bukan parti... parti hanya wadah, itu yang saya pegang.

"Jadi saya tidak hairan orang nak panggil saya apa pun, apa yang paling penting saya tidak boleh berkompromi dengan rasuah, memang untuk buat satu keputusan yang seperti yang saya buat hari ini bukan senang, susah... dah masuk keluar dah keluar masuk balik memang sesuatu keputusan yang sukar," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Ezam berkata, dalam hal ini (keluar parti), rekod beliau telah menyamai rekod Mahathir yang sudah tiga kali keluar parti.

"Dengan Tun M saya sama rekodlah, dia keluar parti tiga kali, saya keluar parti tiga kali cuma saya dua parti, dia (Mahathir) satu parti sahajalah, Mahathir keluar Umno tiga kali saya keluar Umno dua kali PKR sekali," katanya.

Karier politik Ezam bermula dari Umno, kemudian keluar parti itu pada 1998 untuk menyertai PKR, namun keluar PKR pada 2007 dan menyertai Umno semula pada 2008 sehinggalah pada 2016 beliau bertindak untuk keluar Umno semula.

Kini beliau bertindak sebagai Pengerusi Hisbah Center for Reform, sementelah Mahathir pula karier politiknya juga bermula dari Umno, pada 1969 beliau dipecat dari parti keramat Melayu itu dan menyertai semula Umno pada 1972 apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya keluar Umno pada Mei 2008‎, bagaimanapun menyertai semula parti itu pada 2009, dan terbaharu beliau keluar dari Umno pada Februari 2016 lalu, kini Mahathir merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM).


ECRL: Najib Umum RM55 Billion, China Umum RM46 Billion.. RM9 Billion Ke Mana?

Posted: 06 Nov 2016 04:00 PM PST


Semalam media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.



Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

On November 1, CCCC signed the business contract with MRL for a railway project in eastern coastal Malaysia, with a contract value of some 46,000 million Malaysian ringgits.

This is the largest overseas project signed by CCCC, as well as the largest economic and trade cooperation project between China and Malaysia so far.   

As a standard electric railway EPC project, as well as a major transport infrastructure project under planning in the East Coast Economic Region of Malaysia, the project will construct an east-west trunk railway line in Malaya, further improve Malaysia's integrated transport system, and be of great significance to promoting the economic development of eastern Malaysia and balancing the development of eastern Malaysia and western Malaysia ~ CCCC.


Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan... kenapa?


Ulasan seterusnya bacalah kat SINI

Comments (0)