Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Konsesi China Yang Najib Bagi Projek RM55 Bilion Pernah Disenaraihitam World Bank

Posted: 04 Nov 2016 05:00 AM PDT


Pendedahan mengejutkan apabila konsesi China yang baru-baru ini dianugerahkan projek landasan keretapi bernilai RM55 bilion oleh kerajaan Datuk Seri Najib Razak sebenarnya pernah disenaraihitamkan oleh World Bank.



World Bank menyenaraihitamkan (debartment) CCCC selama 8 tahun (12 Januari 2009-12 Januari 2017) atas dakwaan fraudulent practices.

Ini kerana CCCC adalah designated successor entity kepada China Road and Bridge Corporation (CRBC)... lihat di SINI

Bukan sahaja disenaraihitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah pegawai kerajaan di negara terbabit.. lihat di SINI 

CCCC juga disenarai hitamkan oleh African Development Bank, Asian Development Bank, Inter-American Development Bank, European Bank For Reconstruction and Development dan dimasukkan dalam 2 senarai hitam di Amerika Syarikat berkaitan landasan keretapi Iran-Armenia.

Agensi berita Bloomberg melaporkan China sejak 2007-2012, mengalami sekurang-kurangnya 18 jambatan runtuh yang mengakibatkan 135 kematian, salah satu jambatan terpanjang di utara China runtuh selepas hanya 9 bulan ia siap dibina.

Suatu rahsia umum yang pahit untuk diterima adalah kelebihan syarikat-syarikat China berbanding syarikat-syarikat Barat, mereka lebih mahir dalam merasuah pegawai-pegawai kerajaan dan memanipulasi dengan pelbagai janji manis.

Kerajaan menganugerahkan Projek Landasan Kereta Api Pantai (ECRL) bernilai RM55 bilion kepada CCCC selepas dua minggu Perdana Menteri, Najib membentangkan Bajet 2017 di Parlimen.

Landasan sepanjang 620km tersebut merupakan projek ketiga melibatkan firma China dalam projek besar di Malaysia.

Konsesi China yang dianugerah projek tersebut adalah China Communication Construction Company (CCCC) yang akan membina laluan Kuala Lumpur-Kelantan lapor The Malaysian Mirror


Anwar Sudah ‘Bersih’, Boleh Kerjasama Lawan Najib, Kata Bekas Pemimpin TIBAI

Posted: 04 Nov 2016 02:38 AM PDT


Muhammad Zahid Md Arip yang dahulu lantang menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menganggap ketua umum PKR itu sudah "bersih" dan sedia bekerjasama dengannya.



Bekas mursyidul am kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu kini adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Zahid berkata, beliau tidak melihat perbezaan dalam dirinya dan Anwar, sebaliknya lebih menumpukan persamaan antara mereka berdua.

"Kita tutup buku lama, kita buka buku baharu kerana Anwar berada di dalam, saya berada di luar. Kita menentang Anwar dari segi politik, ada perangai dan tingkah laku dia yang saya tidak setuju.

"Kita hanya lawan politik sahaja. Kini, apabila kita hendak bekerjasama, kita tidak tengok pada perbezaan, tetapi kita lihat pada persamaan," katanya.

Zahid berkata, persamaan mereka ialah hendak menentang kemungkaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mentadbir negara.

"Persamaannya adalah Anwar menentang kemungkaran yang dilakukan Najib dan saya juga menentang perkara sama. Kita sama dari segi itu, jadi tidak ada masalah," katanya.

Zahid lantang mempertahankan Anwar yang dipecat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad daripada Kabinet dan Umno, pada zaman reformasi 1998.

Kedudukannya sebaris bekas senator, Datuk Ezam Mohd Nor dan bekas setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam, sebelum beliau dilantik sebagai naib ketua Angkatan Muda Keadilan.

Zahid bagaimanapun bangkit menentang Anwar kerana kecewa dengan sikap bekas ketua pembangkang itu mempertahankan kumpulan cauvinis Cina dalam dasar pendidikan negara, sebelum menubuhkan Tibai pada 18 April 2012.

Tibai dibubarkan pada 11 Februari 2015, sehari selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, pada 12 Mac 2015, Zahid mengumumkan TIBAI diubah nama kepada Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim (TIBABI) dengan alasan kes membabitkan Anwar dianggap belum selesai walaupun dia dipenjarakan.

Zahid yang menyifatkan hubungan beliau dengan Anwar sebagai sejarah lama percaya pengalamannya akan menjadi bekalan untuk beliau menghadapi masa depan lebih mencabar.

"Parti pembangkang di dalam negara belum mempunyai track record menjahanamkan Najib. Mereka hanya melihat tingkah laku Najib dan Barisan Nasional. Peluang harus diberikan.

"Saya yakin mereka tidak akan mengulangi kesilapan Najib dan BN. Seharusnya, rakyat memberi peluang untuk mereka memperbetulkan kesilapan," katanya.

Zahid turut mengibaratkan kerjasama PPBM dan parti pembangkang lain penting untuk menjatuhkan Najib dan BN.

"Saya umpamakan mengait buah rambutan setinggi 9 kaki, galah yang ada pada parti pembangkang setakat ini hanyalah setakat 7 kaki. Bertengek macam mana sekalipun tidak akan sampai.

"Melengkapkan proses mengait buah rambutan itu adalah PPBM yang mempunyai 3 kaki lagi galah. Kerjasama ini penting," ujarnya lapor FMT


Comments (0)