Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:04 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jangan Perbodoh Rakyat Kata Puteri UMNO Kepada Pemimpin UMNO

Posted: 30 Nov 2016 04:16 AM PST


Perwakilan Puteri Umno Pahang hari ini menyampaikan pesanan keras kepada kerajaan, mendesak pemimpin berhenti menutup kebenaran mengenai ekonomi negara.


Norsarfinaz Mohd Azman berkata kerajaan juga sepatutnya berhenti memandang rendah kebijaksanaan golongan belia hari ini.

"Kami semua intelek tinggi. Jangan tipu kami. Kalau ekonomi tak bagus, cakap tak bagus. Jangan cakap ekonomi masih okay tapi kami nampak kawan-kawan diberhentikan kerja dan harga barang rumah naik," katanya ketika membahaskan usul agama di perhimpunan Puteri Umno di PWTC di sini hari ini.

Hadir mendengar ucapannya ialah pemangku Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Norsarfinaz yang juga ketua Puteri Umno Bahagian Jerantut meminta Zahid mendengar rayuannya supaya kerajaan berhenti melindungi kebenaran daripada rakyat, sebaliknya beritahu mereka supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Beliau turut meminta supaya masyarakat umum diberi peluang membantu menyelesaikan masalah itu.

"Kami tahu bukan Malaysia saja berdepan kesukaran kewangan. Ia masalah yang menjejaskan seluruh dunia.

"Jadi berterus terang dengan kami dan biar kami bekerjasama dengan kerajaan menangani isu ini," katanya.

Dengan nada sinis, Norsarfinaz berkata dalam kerajaan menasihati rakyat berjimat dengan melancong dalam negara, sekurang-kurangnya pastikan destinasi itu cukup menarik untuk dikunjungi.

"Contohnya, jika kami hendak bercuti, mungkin kami boleh ke Pahang. Lebih pun tahun depan tahun melawat Pahang.

"Tetapi jika kami pergi sana, pastikan hutan tak ditebang. Masalah bauksit diselesaikan, jadi tidaklah ia tebal macam foundation (mekap) kami.

"Dan sungai janganlah nampak macam teh tarik," katanya.

Wakil rakyat PKR Rafizi Ramli semalam mendakwa aktiviti penebangan hutan berlaku di seluruh Pahang.

Dalam amarannya, beliau meminta kerajaan menangani isu itu dengan segera atau beliau akan membocorkan maklumat, satu demi satu lapor FMT


Harakah Kantoi! Majoriti Yang Ditahan Rakyat Kelantan Bukan Penduduk Luar..

Posted: 30 Nov 2016 01:58 AM PST


Pinjam ayat Mat Saman Kati.. Semalam, Harakah pun menyiarkan berita kononya hampir kesemua OA yang ditangkap adalah orang luar, terutamanya dari Pahang dan Perak.


"Harakah ni akhbar parti ulamak, dan sepatutnya bercakap benar itu adalah sifat-sifat ulamak"

"Tapi bila tengok senarai yang ditangkap, aku cuma boleh cakap...ulama ale uto."

Bukan aku kata tapi Mat Saman Kati yang kata.. mana-mana penyokong PAS yang rasa pedih bolehlah memaki hamun dia kat Facebook dia di SINI

Malah ada yang mengatakan semenjak ketegangan antara PAS dan UMNO semakin kendur.. cara lidah rasmi parti tersebut membuat laporan sudah hampir sama dengan cara lidah rasmi UMNO melaporkan..

Apa yang Lidah Rasmi PAS itu telah laporkan hingga menjadi serangan netizen?..

GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984. 
Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang. 
"Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.

Laporan penuh bacalah di SINI

Kenapa lidah rasmi PAS itu dianggap hampir sama dengan cara lidah rasmi UMNO melaporkan berita?

Lapor Harakah..

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Hakikatnya.. majoriti yang ditangkap itu adalah rakyat negeri Kelantan..


Majoriti memiliki MyKad dengan kod 03 iaitu kod bagi negeri Kelantan... kenapa nak ikut cara lidah rasmi UMNO ni?

Reman Orang Asli Di Kelantan Dilanjutkan

Posted: 29 Nov 2016 11:26 PM PST


Persatuan Orang Asli menuduh Mahkamah Majistret Gua Musang kekurangan empati terhadap keluarga Orang Asli yang ditahan semalam, dengan mengeluarkan arahan reman selama 3 hari.


"Keluarga Orang Asli di Gua Musang bergantung kepada suami dan bapa untuk meneruskan hidup mereka. Jadi, anda tidak boleh menahan mereka dalam lokap selama beberapa hari," kata Presiden Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (Moada) Bob Manolan Mohamad.

Tambahnya, polis juga merampas kebanyakan motosikal digunakan Orang Asli di kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya, jika mereka mempunyai motosikal untuk berulang alik mendapatkan makanan dari kedai, tetapi kini mereka terperangkap di sana."

Penyelaras Pusat Orang Asli Concerns (COAC) Colin Nicholas berkata Orang Asli di Gua Musang sentiasa bergantung kepada hutan bagi memperoleh rezeki mereka, dan kerana itu mereka melibatkan diri dalam sekatan pembalakan pada September.

"Tanah itu penting bagi mereka dan justeru itu, ia perlu dipertahankan. Kegiatan pembalakan menjejaskan mata pencarian dan rezeki mereka, "katanya.

17 Orang Asli ditahan direman 2 hari, manakala 31 yang lain ditahan reman selama 3 hari.

Bob mendakwa pihak polis terpaksa melakukan 2 perjalanan disebabkan bilangan Orang Asli ditahan ramai.

"Selepas mereka menahan 17 orang yang pertama, masih terdapat protes. Lalu mereka datang kembali dan menahan 31 lagi," kata Bob.

Apabila ditanya, Bob menolak kemungkinan pihak polis akan memeriksa kebajikan keluarga yang tinggalkan.

"Polis tidak akan berbuat demikian. Apa yang boleh dilakukan keluarga ini ialah bergantung kepada kepada saudara-mara mereka," katanya lapor FMT

Comments (0)