Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:19 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya BN Akui Projek RM22 Juta Dah Jadi Projek Gajah Putih

Posted: 03 Nov 2016 03:36 AM PDT


Selepas diasak akhirnya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik mengakui projek Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Selangor merupakan projek gajah putih peninggalan Barisan Nasional (BN).



Projek yang menyebabkan pembaziran RM22 juta itu diklasfikasikan projek gajah putih apabila projek itu didapati tidak selamat dijadikan tempat pendaratan ikan oleh nelayan.

"Itu kerja pemimpin terdahulu, janganlah dibangkitkan lagi," kata Kamarol Zaki ketika membahaskan Belanjawan 2017 Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas diasak oleh ADN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Terdahulu beliau menyatakan kebimbangan terhadap satu skim yang dilancarkan pada 2017 daripada menjadi projek gajah putih.

Kenyataan Kamarol Zaki itu menarik minat Suee Lim untuk mencelah dan bertanya adakah projek gajah putih yang dimaksudkan sama seperti yang dialami projek jeti pendaratan ikan LKIM Kuala Selangor.

Kata Suee Lim, projek bernilai RM22 juta itu tidak berbaloi apabila hanya sebahagian kecilnya sahaja boleh dimanfaatkan dengan dijadikan 'Restoren Steamboat'.

Ia berbanding objektif sebenar tempat pendaratan bot nelayan kelas visel B dan A untuk menaikkan hasil tangkapan masing-masing.

Beliau yang pada mulanya cuba mengelak daripada menyentuh isu jeti yang pernah didedahkan SelangorKini pada 2012 lalu, akhirnya mengakui projek itu merupakan kesilapan dilakukan pemimpin BN terdahulu.

Pada 2012, SelangorKini mendedahkan projek itu gagal memperolehi kelulusan plan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKL) selepas MDKL mendapati projek itu tidak mendapat kelulusan pelbagai agensi terlibat ekoran tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Antara agensi yang perlu menilai sebelum kelulusan boleh diberi adalah Jabatan Alam sekitar (JAS), Jabatan Penilaian, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Pembangunan, Indah Water, TNB, Jabatan Mineral dan Geosains, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Maritim dan lain-lain apabila kesemuanya lebih kurang 19 pihak perlu meneliti projek terbabit.

Walaupun gagal mendapatkan kelulusan agensi terlibat tetapi BN mengambil keputusan meneruskannya hinggalah projek itu akhirnya gagal memperolehi sijil menduduki (CF) kerana diklasfikasikan sebagai tidak selamat ~ themalaysianmirror


Cenderung Kepada China Petanda Najib Terdesak - Anwar

Posted: 03 Nov 2016 12:38 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada mana-mana kuasa dalam membangunkan ekonomi, di sebalik penganugerahan kontrak dan perjanjian bernilai berbilion ringgit melibatkan syarikat China baru-baru ini.



Anwar yang ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi berkata walaupun kerjasama dengan China merupakan sesuatu yang positif, ia mencetuskan kebimbangan.

"Kita tidak boleh dilihat terlalu bergantung kepada mana-mana negara, itu yang menjadi kebimbangan kita.

"Ia juga menunjukkan petanda terdesak," kata bekas ketua pembangkang itu kepada wartawan.



Beliau hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar semakan kehakiman dalam kes mencabar Pengarah Penjara Sungai Buloh, Jabatan Penjara dan Menteri Dalam Negeri kerana tidak dibenarkan hubungan fizikal ketika lawatan ahli keluarga.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.

Semalam, PKR, DAP dan Amanah dalam kenyataan bersama melahirkan kebimbangan terhadap pembiayaan China dalam ECRL.

"Ini tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia. Apa yang lebih membimbangkan ialah Malaysia menjadi lebih bergantung kepada China dalam jangka masa panjang jika negara (China) menggunakan model yang dipasang di negara lain," kata kenyataan Pakatan Harapan.

Anwar berkata Najib perlu segera mengakui keadaan ekonomi kini "huru-hara".

"Lebih cepat dia akui, lebih baik. Bayangkan, selepas 2 minggu Bajet, semuanya naik (harga). Saya kesal, selepas Bajet, kerajaan naikkan harga barang keluaran negara seperti minyak sawit," katanya lapor FMT


Comments (0)