Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:15 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Menteri Kewangan Menjawab Isu Kejatuhan Nilai Ringgit..

Posted: 29 Nov 2016 01:58 AM PST


Datuk Seri Najib Razak berkata prestasi ringgit yang dikatakan sedikit menurun berbanding dolar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini bukanlah seburuk yang didakwa sesetengah pihak.


Najib yang juga menteri kewangan berkata beliau hari ini mengadakan perbincangan dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim mengenai prestasi ringgit.

Katanya berdasarkan carta prestasi mata wang antarabangsa termasuk ringgit, didapati terdapat mata wang yang lebih lemah ekoran kesan luar kawalan.

"Ada mata wang lain yang prestasinya lebih buruk daripada ringgit. Ada juga (mata wang) yang lebih baik. Kita duduk di tengah-tengah.

"Dan ini kalau kita tengok dari segi pelbagai mata wang, kita tidak menurun sangat, cuma dengan dolar Amerika. Jadi ini adalah kerana kesan luaran yang di luar kawalan kita," kata beliau pada program khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 malam semalam.

Program sejam itu diperantarakan Hamdan Ahmir dan disertai Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zulkefli Hamzah dan pengacara RTM Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Najib yang juga presiden Umno turut mengingatkan agar rakyat tidak terkeliru dengan kesan penurunan mata wang tersebut memandangkan ia adalah faktor yang berada di luar kawalan.

Beliau menjelaskan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat dan dasar tertentu, umpamanya membawa kepada implikasi bukan sahaja kepada dunia tetapi juga Malaysia lapor FMT


Usul Hadi Bukan Hudud Najib Kata..

Posted: 28 Nov 2016 10:06 PM PST


Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak.


Presiden Umno itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

"Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah... dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut," katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, semalam.

Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.

"Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 lapor Malaysiakini


Comments (0)