Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:26 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Pemimpin UMNO Akui Strategi '1 Lawan 1' Memudaratkan BN..

Posted: 28 Nov 2016 06:00 AM PST


Pemimpin Umno di peringkat bahagian melahirkan kekhuatiran sekiranya strategi parti pembangkang untuk menjadikan pertandingan 'satu lawan satu' berkemungkinan akan mengurangkan sokongan pengundi terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).


Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata,jika perkara ini berlaku Umno-BN akan berhadapaan dengan tentangan yang sangat kuat daripada parti pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Jika berlaku 'satu lawan satu' kita akan ditentang habis- habisan. Sekiranya berlaku tiga penjuru atau lebih ia memberi ruang kepada Umno-BN untuk kembali merampas kerusi yang pernah kita kalah dalam PRU13 lalu," ujarnya.

Walaupun beliau mengakui cabaran kuat Umno hari ini adalah tentangan terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perpecahan ahlinya, namun ujarnya, ia tidak sesekali boleh menjejaskan parti.

"Najib dihentam kerana beliau seorang perdana menteri dan presiden Umno-BN. Kalaulah Najib itu `Ismail Kijo' tiada siapa yang nak hentam.

"Sedangkan disebalik isu 1MDB sebenarnya ia adalah satu institusi pelaburan yang perlu dibanggakan orang Melayu. Kita sudah ada PNB,Tabung Haji, Khazanah, Petronas misalnya, dengankewujudan 1MDB ini adalah satu lagi platform menjadikan konlomerat Melayu lebih meluas," ujarnya memberikan pandangan berkaitan 1MDB dan skandal kewangan yang dikaitkan dengan Najib.

Justeru ujarnya lagi, sekalipun Umno-Pas akan bekerjasama dalam beberapa perkara untuk kepentingan Melayu dan Islam, beliau masih mengharapkan prioriti seharusnya diberikan kepada Umno berbanding rakan sekutu dari parti pembangkang.

"Sebagai pemimpin diperingkat bahagian kita patuh kepada kehendak pucuk pimpinan parti. Namun dalam masa sama pemimpin dan ahli diperingkat bahagian dan cawangan perlu mempunyai semangat untuk mempertahankan parti dari pelbagai dakyah dan fitnah pakatan pembangkang dan parti yang menyokong mereka," ujarnya yang merujuk kepada parti serpihan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPB).

Beliau menafikan dakwaan PPBM terdapat ramai ahli Umno kini keluar menyertai parti serpihan itu. Bahkan ujarnya lagi, ia hanya `wayang' yang dimainkan dikalangan pemimpin yang kecewa dalam perjuangan mereka yang gagal dalam Umno.

"Ahli Umno tidak berkurangan dengan wujudnya PPBM... itu wayang mereka. Masih ramai Melayu yang setia pada Umno kerana mereka tahu perjuangan Umno sejak memerintah negara ini.

"Walaupun ramai melihat perjuangan PPBM suci dan bersih kerana kini berbaik-baik dengan DAP tetapi orang Melayu majoriti elergi dengan DAP lebih-lebih lagi bekas ahli dan pemimpin Umno yang kini menyertai PPBM," sindirnya.

Datuk Ismail Kijo sebelum ini pernah menjadi Adun Lembah Jaya selama tiga penggal. Namun, beliau kalah pada PRU ke-12 di tangan calon Pas di Dun sama.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding dalam PRU-14 akan datang,beliau berkata, sedia galas tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang oleh pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun katanya, pemilihan calon-calon kali ini begitu teliti dilakukan Umno-BN yang kini dikawal tiga agensi tambahan berbanding lima agensi sedia ada sebelum ini untuk memantau kelayakaan calon yang akan terpilih.

"Kita semua bercita-cita nak jadi wakil rakyat. Tetapi dalam Umno-BN ada prosedur untuk seseorang itu jadi calon.

"Dulu Umno-BN perlu dapatkan maklumat daripada SB (Special Branch), Jasa, Kemas,MIO dan Majlis Keselamatan Negara.

"Contoh yang terkini dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah ada tambahan tiga agensi lagi yang tak ada sesiapa pun tahu agensi mana yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menilai calon.

"Jadi saya serah pada pucuk pimpinan asalkan mereka itu dari Umno.... kita akan sokong,"ujarnya lapor MalaysiaDateline




PAS Gagal Islamkan Kelantan, Sebab Itu UMNO Bantu - Nazri

Posted: 28 Nov 2016 04:00 AM PST


Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mendakwa PAS gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam menyebabkan parti itu perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).


Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, hukuman sedia ada "tidak mencukupi" buat rakyat di negeri itu menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menambahnya.

"PAS di Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu menjadi menteri besar Terengganu, enakmen di sana dia turut tukar.

"Maknanya PAS gagal, kalau dia berjaya dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau kamu (PAS) berjaya, saya percaya semua (rakyat negeri Kelantan) akan puasa, ini tidak dia nak tambah lagi, gagallah dia di Kelantan itu.

"Jadi pada kita Umno nak bantu dia nak pastikan dia, kena bantu dia lah sebab dia gagal. Macam kita Umno tak minta pun tambah," kata menteri pelancongan itu.

Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu di Kuala Lumpur.

Beliau ditanya mengenai hubungan antara PAS dan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

Nazri turut berkata hukuman sedia ada tidak mampu membendung kesalahan syariah di negeri Serambi Mekah itu, menyebabkan ia perlu ditingkatkan.

"Kalau dia perlukan yang berat untuk tentukan supaya kesalahan syariah dapat dibendung, (Umno) kena bantu dialah. Jadi dia (PAS) gagal lah sebenarnya

"Kalau dia berjaya, dia tak minta hukuman yang lebih berat. Kenapa mereka gagal, itu sebabnya mereka perlu seratus sebatan.

"Kalau bagi enam sebatan tak cukup kita kena kasi dia seratus sebatan," katanya.

Sementara itu, Nazri berkata negeri-negeri lain tidak memerlukan hukuman yang lebih berat kerana tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kita pun risau juga kalau Islam dekat Kelantan makin teruk. Tapi negeri kita OK. Kita tetap apa yang ada, enam sebatan, tiga tahun dan denda RM5,000 sudah cukup," katanya sambil ketawa.

Tak mungkin kerjasama dalam PRU

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu turut menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno kerana mereka bertanding di kerusi yang sama.

"Awak tahu kenapa saya cakap begitu, kerana PAS dan Umno adalah parti politik. Kedua-duanya bertanding di kerusi yang sama. Macam kerusi saya di Padang Rengas sudah menjadi tradisi berlawan dengan PAS.

"Saya ingat, kerjasama kita dengan PAS hanya sesuatu isu… Untuk kerjasama dalam PRU tidak mungkin," katanya lapor MalaysiaKini


Wartawan Luah Rasa Terkilan Sikap Angkuh Dan Bongkak Pemimpin UMNO Pahang..

Posted: 27 Nov 2016 07:04 PM PST


Insiden petugas media dihalau keluar ketika membuat liputan Konvensyen Umno Pahang, baru baru ini seharusnya tidak berlaku.


Penulis difahamkam, petugas media di Pahang ke lokasi kerana membuat liputan ke atas Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hussein yang juga Menteri Pertahanan.

Sudah tentu kehadiran beliau dinanti-nantikan petugas media yang dahagakan maklumat terbaharu mengenai isu pertahanan negara.

Komen Hishamuddin mengenai gerak kerja Umno dan Barisan Nasional di peringkat Malaysia juga amat diperlukan supaya rakyat boleh mendapat gambaran lebih jelas mengenai parti terbesar negara itu.

Dikatakan, petugas media dijemput masuk oleh pegawai media Hishamuddin ke konvensyen itu, namun dihalau sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob semasa beliau berucap.

Pelbagai kata kurang enak disembur terhadap petugas media yang ada di lokasi dan yang paling kasihan adalah wartawan daripada organisasi media pro-Umno dan Barisan Nasional.

Terasa sia-sianya dan terhinanya mereka apabila sering melaporkan pelbagai berita positif mengenai kehebatan Adnan, tetapi dibalas pula dengan layanan buruk.

Beberapa rakan wartawan ada menghubungi penulis menerusi aplikasi WhatsApp bagi menceritakan perihal berkenaan.

Kata rakan wartawan, jika Adnan tidak mahu akan kehadiran mereka, boleh sahaja diminta untuk beredar dari konvensyen Umno itu dengan cara yang lebih beradab dan baik.

Wartawan, jurugambar dan jurukamera tentu faham kerana rata-ratanya sudah lama berkecimpung dengan dunia kewartawanan dan faham benar akan 'lenggok' Adnan.

Rakan-rakan wartawan di negeri yang menjadi kampung Perdana Menteri memberitahu, selepas dihalau Adnan, terdapat seorang pengikut Menteri Besar Pahang itu menghina profesion kewartawanan dan wartawan yang dihalau itu menerusi media sosial pula.

'Screen shot' dihantar kepada penulis dan ia memang jelas menunjukkan perikalu pengikut Adnan menghina, mengaibkan wartawan dengan cara yang cukup angkuh dan bongkak.

Tak salah kalau penulis samakan sikapnya dengan iblis. Seingat penulis, tingkah laku Adnan yang kasar, tegas tidak bertempat dan sering membuatkan wartawan berkecil hati bukan perkara baru.

Jika wartawan itu bertugas dalam organisasi yang tidak pro-Umno mungkin tidak mengapa, boleh saja wartawan itu mengkritik menerusi artikel terbitannya.

Namun bagaimana jika wartawan itu bertugas dalam organisasi pro-Umno? Maka terpaksa sahaja sikap jelik Adnan ditelan dan dihadam.

Walaupun dihina dan diperlakukan dengan kata nista, wartawan yang mewakili organisasi pro-Umno perlu kekal memaparkan sisi baik, sopan dan mulia Menteri Besar Pahang itu.

"Apa boleh buat? Kita bekerja makan gaji dan agaknya itulah tujuan gaji itu dibayar. Dihina dan dinista dan kemudian menulis benda baik-baik mengenai orang menghina kita itu," kata rakan wartawan terbabit.

Pada masa sama, gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) untuk memulaukan Adnan susulan kejadian itu juga sebenarnya sia-sia.

Wartawan bertugas atas arahan pengarang. Mana mungkin arahan pengarang media diabaikan demi cadangan NUJ itu.

Pada pandangan penulis, insiden itu menunjukkan Adnan gagal menjadi pemimpin contoh dan sudah mencabul Rukun Negara.

Rukun Negara yang kelima menyatakan pentingnya kesopanan dan kesusilaan sebagai rakyat Malaysia.
Sopan dan bersusilakah seorang pemimpin itu apabila memperlakukan saudara senegaranya sedemikian rupa sedangkan mereka hanya menjalankan amanah dan ibadah.

Semoga Adnan dan pengikutnya diberikan kesedaran dan keinsafan.

Penulis dan rakan wartawan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan teguran menerusi nukilan ini selain mendoakan beliau dan konco-konconya ~ TheMalaysianMirror


Comments (0)