Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:54 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


RUU 355 Hanya Perangkap BN Untuk PRU14?

Posted: 24 Nov 2016 08:30 AM PST


Langkah kerajaan Umno-BN membenarkan usul Rang Undang-Undang 355 hanya dibaca tanpa dibahas di Dewan Rakyat hari ini disifatkan satu perangkap untuk parti itu berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa yakin tindakan kerajaan BN membenarkan Ahli Parlimen Marang membaca usul itu hari ini, menandakan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum Parlimen bersidang Mac depan.

"Umno berjaya menggantungkan isu 'perlaksanaan hudud' di 'titik keseimbangan' atau 'equilibrium point'.

"Ia bagus untuk Pas tidak dilihat gagal dalam pendekatannya. Juga sebagai penyedap rasa untuk berterusan dalam senggama politik antara Pas dan Umno khususnya untuk PRU terdekat," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu juga berkata, dengan bacaan RUU 355 itu hari ini, Umno cuba memperlihatkan imej mereka sebagai jujur dalam memartabatkan hukum Islam dan pada masa yang sama Pas pula tidak dilihat sudah dipermainkan.

"Ia resipi yang mustajab, win win untuk tiga pihak menghadapi PRU secara 'smart partnership'," katanya lagi.

Beberapa jangkaan katanya boleh dibuat dengan perkembangan yang berlaku hari ini.

Ini termasuk jangkaan bahawa PRU14 akan diadakan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan sama ada Mac atau April bagi mengelakkan RUU 355 dibahaskan sehingga menganggu 'keseimbangan' yang terwujud pada hari ini, kata Husam.

"Pas adalah rakan Umno BN dalam permainan 'segi tiga' atau 'triangle equation' sampai PRU. Bagi mereka yang masih mengharapkan Pas bersama dengan pakatan pembangkang, akhirnya akan menggigit jari.

"Matlamat Umno adalah untuk mendapat majoriti dua pertiga dengan pertolongan Pas. Apa akan jadi dengan RUU 355 selepas PRU adalah ditentukan selepas PRU," katanya.

Lebih licik kata Husam, tindakan itu dirancang Umno bagi memerangkap sebahagian rakyat khususnya pengundi Islam antara sentimen RUU 355 dan isu nyata yang sedang dihadapi mereka.

Ia termasuk himpitan kos sara hidup, rasuah, penyelewengan, hutang negara dan ancaman krisis kewangan dan implikasi pengaruh Republik Rakyat China ke atas geopolitik, ekonomi, sosial dan keselamatan Malaysia.

Manakala PKR hari ini dalam respon segera Setiausaha Agung dan Naib Presidennya, Rafizi Ramli menyifatkan permintaan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menunda lagi pembentangan pindaan Akta 355 hanya akan memperlihatkan 'Pas terus berkawan dengan Umno'.

"Tetapi apabila berulang kembali perkara ini (penangguhan pembentangan pindaan Akta 355) pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir Pas akan terus dimain-mainkan.

"Akhirnya Pas akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak," ujarnya dalam catatan 'lintas langsung' beliau dari Parlimen yang kemudiannya mendapat lebih 200 perkongsian selepas tiga jam dimuat naik di Facebook.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Cakap Sajalah Nak Naik Harga Gula Tu.. Tak Payah Cover Dengan Nak Kaji..

Posted: 24 Nov 2016 06:59 AM PST


Bukan sesuatu yang luar biasa bagi Kerajaan Barisan Nasional ni.. bila kajian dibuat akhirnya akan berlaku kenaikkan harga barangan yang dikaji itu.. 


Bukannya tahu nak buat kajian bagaimana untuk mengelakkan kenaikkan harga.. yang depa tau kaji untuk naikkan harga..

Kali ini harga gula pula nak dikaji dengan alasan kononnya ada permintaan dari pengeluar sebab kos gula mentah semakin meningkat.. jadi untung mereka berkurangan..

Laporan berkaitan..

Kerajaan sedang mengkaji permintaan pengeluar gula bagi menaikkan harga barang kawalan itu berikutan kos gula mentah yang semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perbincangan mengenai perkara itu dilakukan sejak sebulan lalu.

"Kerajaan akan meneliti trend harga pasaran gula dunia terlebih dahulu kerana ia boleh naik dan menurun, malah (kadang-kadang) stabil, (supaya) mudah kita hendak membuat kiraan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan hari ini.

Beliau berkata, perubahan trend itu tidak menentu dan banyak dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk iklim serta bekalan gula tidak mencukupi yang boleh menyebabkan harga gula meningkat dan kadang kala akan kembali normal serta stabil.

"Oleh itu, tidak adil jika kita membenarkan mereka naikkan harga (terutama apabila perubahan mendadak seperti ini berlaku)," katanya.

Hamzah diminta mengulas kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang meminta kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20% kerana kos gula mentah dikatakan meningkat 40% sejak awal tahun ini serta memberi kesan terhadap margin syarikat.

Beliau berkata, harga pasaran gula dunia kini mencecah AS$0.26 sen (AS$1=RM4.40) bagi 1 paun (1 paun = 0.5kg) berbanding AS$0.16 sen pada 2013.

"Permintaan pengeluar ada asasnya, tetapi saya hendak pastikan ia memberi keselesaan dari segi kadar harga yang mereka sendiri mampu untuk berusaha mengeluarkan gula supaya bekalan cukup di pasaran," katanya.

Pada masa sama, pihaknya juga tidak mahu pengguna terasa beban dengan harga gula yang mahal.

Bagaimanapun, beliau turut memberi jaminan pengguna tidak perlu bimbang, memandangkan tiada pengumuman mengenai sebarang kenaikan harga gula buat masa ini ~ FMT

Margin terjejas minta nak naikkan harga gula.. tapi kenapa semasa untung banyak tak pulak nak diturunkan harga?

Untung bersih MSM Malaysia Holdings Bhd tahun 2014 RM257.01 Juta.. untung bersih tahun 2015 pula meningkat sembilan peratus kepada RM280.76 Juta..

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MSM Malaysia menyatakan peningkatan untung bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 disumbangkan oleh kos gula mentah yang rendah dan peningkatan daripada komoditi gula dan kontrak tukaran asing berjumlah RM25.77 juta berbanding kerugian RM4.35 juta tahun sebelumnya.

Untungkan jadi kroni ni.. keuntungan nak terjejas saja minta naik harga..


Serang Khalid: Anak Timbalan Menteri Dan Kawan-kawannya Dicari Polis..

Posted: 24 Nov 2016 04:00 AM PST


Polis Kuala Lumpur mengarahkan 10 individu yang dikenalpasti terlibat dalam kekecohan di luar lobi Parlimen pagi tadi agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.


Antara yang dikenalpasti adalah Firdaus Tajuddin iaitu anak kepada ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Pihak polis telah mengenal pasti 10 individu yang terlibat dalam insiden ini dan pihak polis meminta mereka yang terlibat untuk tampil menyrah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.

10 individu tersebut adalah;

1. Mohd Rizal Shafie
2. Arifin Mohamed Ali
3. Hasnah Md Razali
4. Erwan Halmi
5. Firdaus Tajuddin
6. Sapiah Aini Sulaiman
7. Norfirdaus Ahmad Zania
8. Azmir Ahmad
9. Mohd Saffek Mohd Saleh
10. Mohd Faizal Saidina Omar

Polis turut menyeru orang ramai terutamanya penyokong parti, ahli politik atau mana-mana individu agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.

Insiden sekitar jam 12 tenghari itu dipercayai susulan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu.

Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok lapor AstroAwani


Akhirnya Hadi Bentang RUU 355.. Tapi..

Posted: 23 Nov 2016 10:26 PM PST


Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya berjaya membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau. RUU355, di Dewan Rakyat tengah hari ini.


Namun, Hadi yang juga merupakan Presiden Pas berkata, oleh kerana masih ramai yang tidak faham sepenuhnya mengenai isu itu, beliau memohon untuk membuat huraian pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Memandangkan pindaan ini memerlukan pemahaman yang jelas walaupun sudah ada secara bertulis yang sudah diedarkan kepada ahli Parlimen, namun masih ada lagi kekeliruan.

"Polemik dalam dewan ini melibatkan semua pihak walaupun RUU355 ini khusus untuk umat Islam sahaja, berkait bidang kuasa raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat maka saya mohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15/5," katanya dalam Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Permintaan itu disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menjelaskan beliau membenarkan permintaan Abdul Hadi berkenaan.

Saya izinkan usul ini disambung ke mesyuarat akan datang," jelasnya.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.

Ia bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan lapor Sinar

Khalid Samad Diserang Kumpulan Dari Pasir Salak Di Parlimen (Video Inside)

Posted: 23 Nov 2016 08:46 PM PST


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini diserang oleh kumpulan yang percayai dari Pasir Salak di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.

Pada kejadian itu, kira-kira 12 orang bergegas dari pintu lobi Parlimen ke arah keretanya dan mula mencercanya.

Kekecohan itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila ada yang cuba untuk merempuh kawalan anggota keselamatan Parlimen yang cuba melindungi Khalid.

Berikutan pergelutan itu, seorang anggota keselamatan dan beberapa penyerang berkenaan dilaporkan terjatuh.

Mereka juga dilaporkan berjaya menarik baju Khalid tetapi gagal memukulnya. Pemimpin AMANAH itu kemudiannya diiringi ke lobi Dewan.

Seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menjerit "Kami dari Pasir Salak ni bukan sial!" 

Kumpulan itu juga melaungkan "Hidup Pasir Salak!" sebelum beredar.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Khalid berkata seorang daripada ahli kumpulan itu mengaku dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Dia kata kat saya kenapa awak panggil bapa saya sial?" kata ahli parlimen AMANAH tersebut. 


Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu lapor Malaysiakini

Video dari The Star

Comments (0)