Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Jamal: Bersih 7 Sebab Bersih 5 Gagal

Posted: 23 Nov 2016 07:18 AM PST


Nama Bersih 7 dipilih kerana kita ambil sempena Bersih 5 yang telah gagal supaya nama Bersih ini benar-benar 'bersih' dan 7, tujuh perkara yang kami tuntut."


Itu penerangan terperinci Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos, ketika ditanya media berkenaan pemilihan nama Bersih 7 bagi siri jelajah yang bakal diadakan.

"Kita nak bersihkan kerajaan negeri Selangor yang kotor, rasuah, penipu dan penyamun ni. Bersih tu kotor, ni bersih yang bersih dan kita takkan 'hijack' sesiapa," katanya pada sidang media pelancaran Bersih 7 di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Menurut Jamal, Bersih 7 akan memulakan siri jelajah di 700 lokasi seluruh Selangor bermula Sabtu ini di Sekinchan dan dijangka berakhir April depan.

"Kenapa Sekinchan? Saya mulakan dengan Sekinchan kerana saya suka dengan Ng Sue Lim (Adun Sekinchan)," katanya menjawab soalan media mengenai lokasi pilihan pertama siri jelajah itu.

Tambahnya, beliau yakin siri jelajah tersebut akan mencapai matlamat sekali gus impian kerajaan pemerintahan negeri Selangor 'bertukar tangan' tercapai.

"Kerajaan yang perintah negeri Selangor ini akan terbalik dan lepas pilihan raya, kerajaan akan ditukarkan.

"Saya percaya lepas tu rakyat Selangor akan percaya tentang kewibawaan kerajaan BN dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas siri jelajah di 700 lokasi," katanya lapor Sinar


Usul Hadi Tapi Zahid Yang Terangkan.. Kenapa?

Posted: 22 Nov 2016 09:56 PM PST


Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi taklimat berkenaan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi pihak Datuk Seri Abdul Hadi dianggap seperti "ada udang di sebalik batu".


Perkembangan itu juga dilihat Anggota Parlimen (MP) Shah Alam Khalid Samad sebagai bukti wujudnya kerjasama antara PAS dengan Umno.

Katanya, sangat menghairankan apabila usul persendirian itu datang daripada Abdul Hadi (PAS-Marang) tetapi yang mengadakan majlis taklimat mengenainya - walaupun atas kapasiti peribadi - adalah Ahmad Zahid.

"Ia menunjukkan ada udang di sebalik batu, ada tanda tanya politik yang perlu kita baca dan faham sejak awal lagi… ia ada kepentingan politik," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. 

Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri menghantar jemputan kepada anggota parlimen beragama Islam untuk menghadiri sesi perjumpaan dan taklimat berhubung usul dibawa Abdul Hadi.

Taklimat itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Selepas pertemuan itu Ahmad Zahid mengesahkan usul dibawa presiden PAS untuk meminda Akta 355 itu akan dibentangkan sama ada hari ini atau esok.

Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir esok.

Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata perkembangan yang berlaku semalam adalah bukti wujud kerjasama erat antara pembawa usul itu (Abdul Hadi) dengan kerajaan.

"Kita hairan kerajaan bersetuju dengan usul itu. (Jika ia memang dipersetujui) kenapa kerajaan sendiri tak bawa? lapor Malaysiakini


Comments (0)