Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Riza Aziz Anak Tiri Najib Tu VVIP Negara Ke?

Posted: 02 Nov 2016 07:30 AM PDT


Saya ada bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Azalina Othman Said mengenai kos setiap perjalanan jet peribadi bernombor pendaftaran A6-CJE yang disewa oleh kerajaan Malaysia dan digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Turki dalam bulan Mei 2016.



Jawapan yang diberikan oleh Menteri adalah bukan satu jawapan dan mengelak dari menjawab dengan berselindung di sebalik nama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan peraturan penggunaan pesawat rasmi Kerajaan.

Malah, jawapan ini adalah jawapan yang sama yang diberikan setip kali ada soalan mengenai kos dan penggunaan jet peribadi yang ditanggung rakyat.

Pendedahan bahawa anak tiri (Riza Aziz) dan anak (Ashman Najib) Dato' Seri Najib Tun Razak menaiki jet peribadi kerajaan dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke China menimbulkan beberapa soalan berkaitan seperti berikut:

1. Jika jet peribadi kerajaan adalah untuk kegunaan VVIP Negara, adakah ini bermakna selain dari isteri Perdana Menteri, kini anak dan anak tiri Perdana Menteri juga telah diiktiraf sebagai VVIP Negara sehingga mereka boleh menaiki jet peribadi kerajaan? 
2. Jika mereka bukan VVIP Negara, apakah peraturan kerajaan mengenai penggunaan jet peribadi kerajaan? Siapa yang layak dan boleh menaiki? Adakah Ahli Parlimen seperti kami pun boleh menaiki jet peribadi itu? 
3. Jika mereka bukan VVIP Negara, adakah mereka membayar kos menaiki jet peribadi itu? Berapa yang mereka bayar setakat ini setiap kali mereka menaiki jet peribadi kerajaan?

Peraturan-peraturan mengenai penggunaan jet peribadi di negara lain adalah jelas; iaitu ahli keluarga pemimpin kerajaan perlu membayar kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali menaiki jet peribadi kerajaan. Ini amalan yang digunakan termasuk oleh Michelle Obama sendiri.




Oleh itu, saya ingin menuntut supaya Riza Aziz dan Ashman Najib membayar kembali kos yang sama dengan tiket penerbangan komersil setiap kali mereka menaiki jet peribadi kerajaan, termasuk yang terbaru ke China.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG PKR
 AHLI PARLIMEN PANDAN

Zahid Tak Terjawab Mengapa Anak Tiri Najib Tidak Disiasat

Posted: 02 Nov 2016 05:00 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid tidak dapat menjawab serangan bertalu-talu oleh Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan mengapa anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang berada dalam pesawat semasa lawatan ke China tidak disiasat berhubung isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Dua ahli parlimen DAP, Gobind Singh Deo dan Nga Kor Ming bangkit mempersoalkan mengenai status membabitkan dua individu, Riza dan Jho Low, dua nama yang terpalit dalam skandal 1MDB dan disebut nama mereka berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) Julai lalu.

"Persoalan itu, saya tak perlu sentuh di dalam pengulungan ini dan saya fikir oleh kerana kes ini dalam siasatan saya tidak akan menjawab.

"Saya fikir apa yang harus dilakukan mungkin menteri yang jaga perundangan boleh jawab isu itu," jawab Zahid semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind semasa dalam dewan bertanya kepada Zahid mengapa Riza tidak dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan tapi sebaliknya ahli parlimen pula dipanggil untuk diambil keterangan.

Gobind merujuk kepada tiga bekas menteri kabinet yang dipanggil pihak polis berhubung ucapan perbahasan mereka dalam Bajet 2017 lalu kerana membangkitkan isu berkenaan 1MDB dan membocorkan rahsia kerajaan.

Semalam, media sosial mendedahkan anak Rosmah, Riza berada dalam penerbangan pesawat kerajaan membawa Najib ke Beijing. Riza yang juga anak tiri Najib adalah individu disebut pihak berkuasa Amerika Syarikat dalam saman DOJ negara itu ke atas 1MDB.

Riza juga adalah penerbit filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.

Penyertaan Riza dikesan melalui tweet berserta gambar Najib mengenai ketibaan beliau di Beijing. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Rafizi Ramli pula membidas tindakan rombongan Najib membawa Riza lapor The Malaysian Mirror


Ni Alasan Nak Naikkan Harga Gas Masak Pulaklah Ni..

Posted: 02 Nov 2016 02:07 AM PDT


Kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Katanya KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan 'Ops Gasak' bagi membanteras penyelewengan LPG bersubsidi itu.

"Sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM5.763 juta," katanya menjawab soalan Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat.

Izani ingin tahu mengenai jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat kes penyelewengan LPG bersubsidi dan hasil kerjasama operasi KPNDKK dengan NRRET.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai penguatkuasaan mengawal kenaikan harga minyak masak,

Henry berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat berhubung kenaikan produk itu.

"Orang awam antaranya ketua kampung dan penghulu perlu menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengesan ada peniaga yang melanggar undang-undang dengan menaikkan harga barang khususnya minyak masak," katanya lapor Malaysiakini


Pulau Pinang Tangani Air Banjir Dengan Air Liur..

Posted: 01 Nov 2016 11:00 PM PDT


Ramai yang meragui pandangan di hadapan mata pada pukul 5 petang, 29 Oktober lalu. Selepas hujan tanpa henti selama tiga jam, beberapa tempat di Pulau Pinang bertukar wajah menjadi 'kampung air'.



Air lumpur menggenangi jalan, paras air di sesetengah tempat di bandar mencecah paras pinggang. Orang ramai 'melarikan diri', ada kereta yang rosak dan lembu pula berlindung di kandang.

Orang ramai keluh-kesah dengan air lumpur yang membanjiri jalan.

Orang Pulau Pinang berkongsi info banjir melalui WhatsApp. Ada yang mengingatkan supaya jangan lupa kencing sebelum keluar rumah kerana anda mungkin terpaksa menahan dalam kesesakan lalu lintas.

Penduduk di Taman Thean Teik memberitahu bahawa tidak mengalami banjir seteruk ini dalam tempoh 24 tahun.

Sekolah Han Chiang di Pulau Pinang telah bertukar wajah menjadi 'sungai'. Pihak sekolah memberitahu ia pertama kali dilanda banjir teruk dalam tempoh 10 tahun.

Bagaimana pula dengan kenyataan kerajaan?

Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan tiga faktor menyumbang kepada banjir kilat termasuk hujan lebat yang berterusan menyebabkan kawasan hulu gagal menampung jumlah air yang banyak.

Kawasan yang dilanda bah dikatakan merupakan 'kawasan hitam' banjir, kekurangan sistem yang baik dalam pengaliran air juga menyebabkan banjir.

Mereka seterusnya mempertikaikan kerajaan pusat dan bertanya bilakah akan menyalur RM350 juta untuk projek mitigasi banjir?

Selepas membaca kenyataan itu, saya tertanya-tanya. Projek mitigasi di Sungai Pinang memang penting, tetapi kawasan yang tidak berlaku banjir sebelum ini turut digenangi air.

Kawasan yang mana berhampiran dengan projek pembangunan di bukit mengalami banjir lebih teruk.

Kenapakah pihak kerajaan tidak menyebut implikasi daripada pembangunan berlebihan di kawasan bukit? Persoalan ini sudah diabaikan.

Tidak salah untuk membangun, tetapi tidak kurang orang Pulau Pinang yang mengesan kawasan bukit yang dibangunkan sering berlaku banjir beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa pula yang dicakapkan oleh orang-orang besar di Pulau Pinang?

Yang paling klasik ialah tiada banjir kalau tiada hujan, kuantiti hujan yang tinggi menyebabkan banjir dan air pasang bertembung dengan fenomena Super Moon (bulan purnama).

Saya teringat seorang pegawai negeri yang dikenali sebagai orang nombor satu bandar antarabangsa, beliau pernah mengeluarkan kenyataan luar biasa pada beberapa tahun lalu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pada masa itu dapat menyelesaikan banjir di Pantau Timur dan selatan Semenanjung jika memerintah selama satu penggal sahaja.

Bagaimanakah dengan Pulau Pinang? Mereka sudah memerintah dua penggal, adakah masalah banjir sudah diatasi? Adalah kejadian banjir berkurangan? ~ MalaysiaGazette


Masaalah Air Ni Ingatkan Di Selangor... Rupanya..

Posted: 01 Nov 2016 08:20 PM PDT


Yang kita nampak dan tahu ialah hanya negeri Selangor dan Kelantan saja dalam negara kita ini menghadapi masaalah dengan bekalan air bersih ini.



Ini pun kerana seringkali isu ini dilaporkan oleh media tunggangan UMNO iaitu TV3 dan juga Utusan...

Kebelakangan ini masaalah air di Kelantan sudah kurang dilaporkan, mungkin kerana sudah ada penambah baikkan kot..

Hanya Selangor yang masih berhadapan dengan masaalah air ini kononnya...  sebab negeri lain terutamanya yang dikuasai oleh BN tak ada masaalah ni kononnya...

Nasib baiklah ada Malaysiakini..

Baca ni..

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dan segera mengatasi masalah bekalan air yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri itu.

Tengku Abdullah juga mahukan pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap masalah itu.

"Pahang mempunyai kawasan tadahan air yang banyak dan apabila masalah ini berlaku ia tidak boleh diterima kerana kita juga mengeksport air ke negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

"Duduk diam tanpa menyelesaikan isu ini tidak boleh diterima oleh rakyat dan saya akan panggil jabatan berkenaan untuk tinjau tentang masalah itu.

"Bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun semua agensi perlu main peranan untuk atasinya," titah baginda semasa merasmikan majlis pecah tanahprojek pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Kuantan-Tanjung Lumpur, di Kuantan semalam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kerja Raya DatukSeri Fadillah Yusof dan Pengerusi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad dan Naib Pengerusinya, Datuk Seri Wan Zaki Wan Muda.

Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang banyak memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini termasuk dengan membina jambatan baru itu.

"Tahun 1960-an dahulu, rakyat Pekan terpaksa menaiki dua buah feri untuk ke bandar Pekan dan saya sendiri pernah merasai pengalaman tersebut semasa mengikuti ayahanda Sultan Ahmad Shah sebelum berpindah ke Kuantan.

"Kini banyak nikmat pembangunan telah dirasai oleh rakyat dan dengan pembinaan jambatan baharu ini, saya yakin limpahan ekonomi akan dapat dirasai oleh penduduk," tegas baginda lapor Malaysiakini


Comments (0)