Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Menjelang 'Bersih 5': Jamal!! Awak Kat Mana?.. Awak Kat Mana?

Posted: 18 Nov 2016 06:55 AM PST


Selepas Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan kakitangan gabungan itu ditangkap, timbul persoalan di mana Ketua Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos sedang berada?


Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu sepatutnya mengadakan sidang media di Masjid Negara pada jam 2.30 petang tadi.

Namun beliau tidak muncul-muncul sehingga wartawan beredar pada jam 5 petang.

Beliau tidak hadir walaupun kira-kira 100 orang berbaju merah telah berkumpul di perkarangan Masjid Negara, di ibu negara selepas selesai solat Jumaat.

Ketika ditanya salah seorang sekretariat gabungan NGO Baju Merah Razali Zakaria, beliau memberitahu tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung kedudukan Jamal.

Bagaimanapun menurut Razali, kumpulan Baju Merah akan mula berkumpul bermula petang ini di Masjid Negara untuk perhimpunan yang akan diadakan esok.

"Kita akan berada di sini sampai esok. Orang ramai akan datang sedikit demi sedikit selepas ini dan akan terus berkumpul sampai perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.

Sementara menunggu kehadiran Jamal, peserta Baju Merah bersama beberapa pimpinan gabungan NGO berkumpul terlebih dahulu untuk mendengar amanat pemimpin lain kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Namun kira-kira 20 minit kemudian hujan lebat dan kesemua peserta lari berteduh di Masjid Negara sebelum peserta Baju Merah dilihat sedikit demi sedikit beransur meninggalkan masjid berkenaan selepas Asar.

Ditanya sekali lagi kepada pihak Baju Merah sama ada Jamal akan hadir dan membuat sidang media di Masjid Negara, individu yang mengaturkan sidang media itu tidak dapat memberikan jawapan kerana Jamal tidak dapat dihubungi.

"Saya tak tahu, saya pun tak dapat hubungi Jamal. Kami semua tak tahu Jamal berada di mana. Bila saya hubungi dia, dia kata sedang dalam perjalanan (ke Masjid Negara).

"Sekarang saya hubungi lagi dah tak dapat. Kami tak tahu dia ada di mana," kata individu berkenaan yang enggan nama disiarkan.

Malaysiakini juga cuba menghubungi Jamal namun tidak berjaya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, satu lagi undangan sidang media oleh Jamal diedarkan.

Ia dikatakan akan diadakan pada jam 10 malam ini juga di Masjid Negara lapor Malaysiakini


Menjelang 'Bersih 5': 58 Jalan Dilencongkan Trafik..

Posted: 18 Nov 2016 04:03 AM PST


Trafik di 58 jalan di tujuh kawasan di ibu negara akan dilencongkan menjelang penganjuran perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kawasan yang terjejas adalah Brickfields (Little India), Masjid Negara dan Muzium Negara; Sogo dan Dataran Merdeka; Bangunan Parlimen dan Bank Negara; Pudu Sentral dan Pasar Seni; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Chow Kit.

Beliau berkata, trafik akan dilencongkan dari pukul 7 pagi Sabtu sehingga berakhir perhimpunan oleh kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

Tambah Amar, lencongan tersebut bagi memastikan keadaan trafik di kawasan berkenaan terkawal bagi mengelakkan pertembungan dua kumpulan itu.

"Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan polis, menggunakan laluan alternatif untuk ke pusat bandar atau menggunakan pengangkutan awam," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Amar turut memberi jaminan bahawa polis akan melakukan yang terbaik bagi memastikan tiada pertembungan antara kumpulan Bersih 5.0 dan Baju Merah.

"Kita melakukan yang terbaik bagi memastikan kedua-duanya tidak bertemu," katanya lapor mStar


Ringgit Susut Lagi, Dah Jadi RM4.40 Bagi Setiap 1 USD.. Apa Nak Jadi??

Posted: 18 Nov 2016 01:43 AM PST


Ringgit terus menyusut, mencecah paras 4.4030 berbanding dolar US apabila pelabur bertindak balas ke atas kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) US, Janet Yellen, semalam yang memberi bayangan bahawa kadar faedah AS mungkin naik tidak lama lagi.


Pada 10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.4030/4100 berbanding dolar US.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah bagi membendung turun naik dalam pasaran pertukaran asing.

Ketua penyelidik Mercury Security Sdn Bhd, Edmund Tham, berkata walaupun bank pusat mengulangi bahawa kadar dalam negeri bagi mata wang merupakan harga rujukan yang betul, dan meminta bank-bank berlesen tempatan menghindari daripada memudahkan urus niaga dalam ringgit luar pesisir seperti kontrak hadapan tanpa serahan, ringgit terus menyusut.

"Persoalannya sekarang ialah kita perlu melihat apa yang BNM dapat lakukan untuk menstabilkan dan mengukuhkan nilai ringgit berbanding dolar US.

"Tekanan jualan ringgit dan trend menurun selain aliran menurun mata wang pasaran pesat membangun, terus berlaku disebabkan dolar US semakin mengukuh.

"Situasi ini perlu dikaji, dan BNM diharap bertindak memandangkan tidak ada yang dapat dilakukan oleh orang ramai," katanya hari ini.

Pada 9.10 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3950/4020 terhadap dolar US berbanding 4.3900/3970 pada Khamis lapor MMO


UMNO Kini Dah Tak Relevan Lagi Kata Bekas Menteri

Posted: 17 Nov 2016 10:00 PM PST


Bekas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Sharif Omar meminta rakyat Pulau Pinang menyatakan di manakah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan anti-Melayu.


"Saya nak tanya orang Pulau Pinang sekarang, tang mana yang dikatakan Lim Guan Eng ini anti-Melayu kot-kot saya tak tau.

"Tak ada sebenarnya," kata Sharif, bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang ketika Gerakan memimpin negeri itu.

Beliau kini adalah Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang.

Sharif menyertai forum "Biarlah aku berkorban untuk Malaysia" anjuran Parti Amanah Negara di Tasik Gelugor, Pulau Pinang malam tadi bagi menngingati kematian Mohd Shukri Saad, pemuda berusia 38 tahun yang terjun dari jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup.

Forum itu turut membariskan Datuk Dr Mujahid Yusof (ahli parlimen Parit Buntar), Zairil Khir Johari (ahli parlimen Bukit Bendera) dan Sim Tze Tzin (ahli parlimen Bayan Baru) sebagai panelis.

Sharif yang juga bekas Menteri Pertanian berkata, Umno sejak dari dahulu berkata, tidak boleh sokong DAP kerana parti itu anti-Melayu.

"Kini dah masuk penggal kedua DAP memerintah Pulau Pinang, boleh tunjuk kat saya tak mana (tindakan) yang DAP buat anti-Melayu tu," soalnya.

Bagi Sharif, Lim Guan Eng telah membuat lebih baik untuk rakyat Pulau Pinang berbanding dengan pemimpin sebelum ini.

"Lim Guan Eng ini buat lebih baik dari dulu... ini berasaskan fakta. Jadi isu rasis yang Umno dok canang tu tak laku dah, orang Pulau Pinang tak boleh terima dah isu tu," kata Sharif.

"Pooorah....," kata Sharif kepada pemimpin Umno sambil menegaskan yang menipu rakyat selama ini adalah pemimpin Umno.

"Yang depa tahu, hidup Umno, hidup Melayu... padahal dia sapu habis semua dah," katanya. Bagi beliau, slogan Umno itu hanya retorik semata-mata kerana pemimpin Umno inilah yang rosakkan Melayu.

"Kami dah bye-bye kepada Umno... kami dah tinggalkan Umno... kami tak kisah lagi dah mahu masuk parti mana, PKR, DAP, Amanah atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," kata Sharif. 

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak agar bersatu sebagaimana diminta oleh Mohd Shukri dalam notanya sebelum terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

"Kita perlu bersatu... DAP, PKR dan Amanah dan PPBM akan bersama-sama dengan tiga parti ini.

"Saya sertai PPBM dan akan bekerjasama dengan ketiga-tiga parti ini kerana kita hendakkan perubahan tanpa kira Melayu, Cina atau India," katanya.

Bagi Sharif, Umno sudah tidak relevan lagi kerana ramai yang sudah sedar dan akan tinggalkan Umno lapor MalaysiaDateline


Kenapa Jamal Tak Ganggu BERSIH Di Sungai Besar?

Posted: 17 Nov 2016 04:30 PM PST


Ketua geng baju merah Datuk Seri Jamal Yunos diminta membuktikan pengaruhnya dengan pulang ke Sungai Besar dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjadi calon.


Ketua Amanah Sungai Besar, Ustaz Azhar Abdul Shukur berkata, Jamal hanya bising di luar sahaja tetapi tidak ada pengaruh pun di kawasan yang beliau ketuai sendiri.

"Jamal adalah ketua Umno bahagian Sungai Besar tetapi bila Umno pilih calon, Budiman (Radzi) pula yang jadi calon bukannya Jamal.

"Jadi bagi saya Jamal tidak ada pengaruh sebenarnya. Dia hanya kepala samseng sahaja," kata Azhar, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar sebelum ini.

Menurut Azhar, Jamal hanya sibuk mengacau konvoi Bersih di luar kawasannya sendiri. "Tetapi bila kami buat Bersih di Sungai Besar, Jamal takda pula nak kacau," kata Azhar kepada Malaysia Dateline.

Geng baju merah yang dipimpin oleh Jamal kini sibuk mengganggu perhimpunan Bersih 5 yang disokong oleh Amanah.

Ekoran tindakan Jamal dan gengnya, polis telah memberikan amaran agar perhimpunan Bersih 5 yang bakal diadakan 19 November ini dibatalkan.

Namun tragedi yang berlaku kepada Jamal sehingga hidungnya berdarah selepas ditumbuk dalam satu perhimpunan di Ampang telah menimbulkan persepsi baru kepada beliau.

Sebelum ini, Jamal telah menunjukkan aksi beliau dipukul dengan kayu namun tidak ada apa-apa berlaku kepadanya, seolah-olah beliau kebal.

Tragedi hidung Jamal berdarah itu telah menjadi viral dalam laman sosial kononnya persepsi yang cuba ditunjukkan bahawa beliau kebal hanya lawak semata-mata.

Menurut Azhar, beliau sebagai anak jati Sungai Besar tidak kenal Jamal.

"Saya mula kenal dia selepas naik isu Sekinchan Ikan Bakar yang kemudiannya tutup," kata Azhar anak kepada bekas Adun Sungai Panjang dan parlimen Sungai Besar itu, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Dalam satu kenyataannya kepada Astro Awani, Jamal mengaku restoran Sekinchan Ikan Bakar ditutup selepas beliau melawan perhimpunan Bersih.

Jamal dikatakan membuka 23 outlet Restoran Sekinchan Ikan Bakar di seluruh negara namun ditutup kemudiannya atas dakwaan ia diboikot orang ramai selepas Jamal melawan Bersih.


Comments (0)